Followers

Sunday, January 31, 2010

KL Ride

Salam. Akan update later. Esok ada KL Ride di Dataran Merdeka. Event together dengan Le Tour de Langkawi. Mari Berkayuhh!!!!~

Mari Berkayuh~
Mari Berkayuh~
Mari~
mari~
mari....
mari...
...
..
.


Gambar akan update esok malam atau Selasa. Oke, tata.

Tuesday, January 26, 2010

Hargailah Mereka

Salam. Setelah jatuh bangun jatuh bangun jatuh lagi, I menguatkan emosi untuk stabil! Walaupun sebenarnya I tak kuat lagi, I kenalah berlagak kuat. Nanti entry blog sedih je, siapa nak baca hah? Sekarang ni, I nak berkongsi satu gambar. Dah lama I simpan. Sekitar 2008.

Semasa Minggu Orientasi Pelajar Baru, ada dijalankan satu Khidmat Komuniti. I jadi Fasi, so, I kena ikut diorang semua. Tempatnya dekat Rumah Orang-orang Tua.

Sedih. Tu perkataan pertama dalam hati I. Mendengar kisah diorang, lagi sedih. Salah satu ceritanya, seperti dalam gambar di atas. Kawan I Baitie, dia handle kebajikan. Dialog mereka:

Baitie: Aunty, macam mana harini, sihat?
Aunty: Sihat. Wa ada cucu besar macam u. Cantik.
Baitie: Oh, yeke? Aunty ada jumpa dia lagi sekarang?
Aunty: Sudah lama tak jumpa. Anak wa sibuk kerja. Dia nak beli rumah baru
untuk wa. Anak wa baik.

Baitie: Baiknya anak aunty! Dia pernah datang jenguk aunty?
Aunty: Pernah, 4 tahun lepas...
Baitie: (terdiam)

I pun tak puas hati, pergi korek cerita. Kakak yang empunya rumah orang-orang tua tu cakap, aunty tu dihantar pada pukul 11.35 malam, seminggu sebelum Chinese New Year. Anak dia memang taknak jaga dia lagi. Dia bagitau mak dia, dia sibuk kerja nak buat rumah besar untuk mak dia. KESIANNYA!!!

Sampai hati anak dia. Kawan-kawan, hargailah ibubapa kita. Hargailah segala perit jerih mereka nak besarkan kita. Menyebut perkataan 'Ah!' pun dah berdosa besar. Apatah lagi kalau buat macam yang anak aunty tu buat. Kalau dah taknak jaga dia, jangan bagi harapan palsu. Tapi, kenapa mak ayah boleh jaga sepuluh anak, kenapa sepuluh anak tak boleh jaga mak ayah mereka? Renung-renungkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------

'Create

Entry ni 2 dalam 1. Yang pertama, pengajaran kepada semua blogger. Yang kedua, untuk contest Cinta Sang Ratu~ Sila terjah SINI untuk join! Mudah saje! =) Cuma letak gambar dan ceritakan kenangan gambar tu.

Selamat join ye kawan-kawan semua!

p/s: entry semua nak sedeh. haishh!

Monday, January 25, 2010

Tips Untuk Mengubati Luka di Hati

ENTRY INI PANJANG! SILA KLIK PANGKAH JIKA MACAM MALAS NAK BACA
TAPI I SARANKAN U ALL BACA SEBAB I NAK U ALL BACA. HA, APAKAH!!!


Salam. Haish! Baru je semalam I mintak tips nasihat dari kawan-kawan blogger, arini I dah buat tips sendiri? Berlagak! Hahaha

Bukanlah, I dah kumpul SEMUA (I ulang, SEMUA) nasihat yang kawan-kawan blogger baik hati I bagi. I letak kat sini, boleh jadi panduan kepada sesiapa yang mahu mengubati luka di hati dan melupakan insan tersayang! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua blogger yang memberi komen dan nasihat untuk I. Nah, ni link2 mereka. Pergi terjah!

- arieza - nabil - Fhad - Ruff - si Putihpurple - Khuzaini - pak long - enulwanie - lumut - aku Beskot - ween - farwalis - aNis aMirAh - kawie - hana zaty - Ms.Independant - HBZ - bonekaTaksakit - eiman - ije - ummi Dania - faarihin -
cik Cumey - Firol - Mieza - safizan - Kapten Luffy - hajarus -


Terima Kasih yang tak terhingga!!~ Sayang korang semua! Kurang sikit sendu di hati.

Mari ikuti tips mengubati hati yang luka dan melupakan seseorang~
  1. Pergilah mencari Pencipta Kamu. Mengadu pada Dia. Menangis depan Dia. Cerita semua pada Dia. (I Mohon keampunan dariNYA sebab mencintai seseorang yang belum sah menjadi suami. Hadoi, besar dosa I. Astaghfirullah!)
  2. Solat hajat, solat istikharah dan solat-solat sunat yang lain. Mengaji jangan tinggal. Barulah tenang hati. (Empunya diri ni pun sama, gi lah bawak-bawak mengaji)
  3. Jangan duduk sendirian! Kalau I, gi lah bowling! Pastu aim kat pin tu macam kita nak lepaskan geram. Confirm STRIKE!
  4. Pergi berbual dengan parents. Cuma, I tak boleh nak borak ngan my parents sangat tentang hati perasaan ni. I jenis pemalu nak bercerita. Tapi kan, my dad ada tanya soalan cepu cemas, "Agak-agak bila nak kawin?" ERK! Oke, TERDIAM.
  5. Jangan buang barang pemberian si dia. Simpan sahaja. Kalau rindu, tengok sahaja. Sebab kalau dah buang, terus tak ada apa untuk kita tengok. Sekurang-kurangnya, kita jadi kuat!
  6. Kalau I, I tak boleh dengar lagu-lagu jiwang. Cuba cari lagu yang semangat sikit. Macam I, I dengar lagu-lagu Linkin Park.
  7. Jangan merayu kepada dia untuk terima kita balik. Sebab dia akan rasa yang dia dah mendapat kemenangan total. Cuba jadi KUAT seperti MILO. Heh, sempat merepek.
  8. Yang paling penting, belajar untuk REDHA. Terima perkara tu and berdoa agar dapat yang Terbaik untuk kita.
Amiinn. I merasa air mata sangat banyak turun semasa menaip semua ni. Bukan sebab I down down down tapi sebab I rasa beruntung ada ramai kawan blog yang sayang I. Terima kasih semua. U make my day! I akan cuba jadi kuat. I masih cuba. Doakan I!

"Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang"

I akan kuat. I akan kuat. I akan kuat. T____T

Saturday, January 23, 2010

Cukup.Berhentilah.


Salam. Mahu pertolongan dari teman-teman blogger I yang baik hati dan sweet sangat. TOLONG bagi idea macam mana nak lupakan seseorang yang cukup ISTIMEWA?

Bantu I. Tolong. I dah tak nak nangis lagi. T____T

Thursday, January 21, 2010

Contest Oh Kunci! by Arieza



Oh Kunci,
Tatkala malam bulan mengambang,
Hati dipagut rasa rindu,
Kucuba redakan gelombang jiwaku,
Tetap berlagu puisi syahdu.

Oh Kunci,
Pekat malam semakin menghantui,
Hati resah terusik kembali,
Kenangan dulu menggamit memori,
Bagai ditusuk dengan belati,
Setelah hati di bawa pergi.

Oh Kunci,
Hanya satu ku pinta kini,
Kuncikanlah pintu hatiku,
Dari digamit rasa rindu,
Pada 'dia' yang telah berlalu,
Tanpa sempat aku sampaikan,
"Aku masih sayang padamu".



Jom Join Contest Oh Kunci by Aziera!

Monday, January 18, 2010

Dah Nasib

Salam. Hurm, nampaknya ada yang nak tahu tentang I. Terima kasih atas email Saudari Fir yang tanya I pernah ada blogdrive pastu selalu tag tag orang ke dulu. Haha. Yes, I am! Oke, I admit I memang kurang menyerlah dalam blog sekarang ni. Memang I ketandusan idea-idea untuk menulis, melemparkan isi hati and meliuk lintukkan jari menekan kekunci. I bukan seorang penulis hebat! I memang blogger tegar suatu ketika dulu. Setiap hari satu hingga 3 entry baru. Sekarang I dah kurang menyerlah. Bukan kerana kamu. Kerana Dia!

Satu hari, 2006:

I dapat satu email dari seorang insan yang lemah lembut budi pekerti yang I cukup hormati. Email beliau ringkas. Tak ada corner baring, tak ada lampu merah, tak ada bengkang bengkok. Email ringkas, straight, padat.

"Akak memang sayang kamu tapi akak harap, jangan gunakan bahasa indah dalam blog ni nak menarik hati boyfriend akak, atau boyfriend sesiapa. Jangan jadi perempuan murahan. Akak tak hadap blog kamu ni."

Titik. Noktah. Cukup.

Ada blog susah, tak ada blog susah. I suka meluahkan perasaan melalui tulisan. Kecuali I dah tak tahan, i akan call sesiapa yang terlintas dalam otak I masa tu. (Ada yang pernah jadi mangsa? Haha)

Kesimpulannya, tak ada manusia yang disukai semua orang. Sebab manusia tiada yang perfect. Sebagus mana ayat kamu dalam blog, ada juga yang tak suka. Kamu senyap pon ada orang mengata. Jadi, Lu Pikir La Sendiri!~

Friday, January 15, 2010

Cikebom Cikebom

Pernah dengar lagu Ola Oli? Comel kan. Cikebom Cikebom. Semalam, I check email. I nak kongsi dengan blogger sekalian!~

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid
dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika
mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa
minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam
perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

kui.. kui.. kui..

Hadoii.. I baca email ni terus gelak guling-guling. Hampeh!

Monday, January 11, 2010

Owh, Terima Kasih

Kerana sudi jengah blog usang ni.
Blog ni memang berhapuk. Dah lama tak datang kemas dia.
Nantilah nak edit apa-apa yang patut.

Tapi, macam dah kurang orang baca blog ni.
Takpe.
Yang penting, I sayang dia.

Korang memang baca tapi tak nak komen kan?
I tahu.. (sedapkan hati sendiri. haha)

Thursday, January 7, 2010

Banyak Karakter

Siapa kata manusia ni ada yang perfect?
Pernah tak bayangkan anda ada banyak personaliti?
Semua yang anda nak jadik, anda dapat. Best ke?
Pernah tak terfikir kalau kita ada banyak sangat keinginan, sampaikan kita sendiri taktau siapa kita sebenarnya. Nak jadi itulah, nak jadi inilah.

Cuba bayangkan kalau anda ada 24 watak!
YES! Itulah yang I nak cerita harini. Kisah seorang lelaki yang ada 24 watak. Billy Milligan atau nama sebenarnya William Stanley Milligan berasal dari Miami Beach Amerika Syarikat. Billy seorang yang biasa saja luarannya. Tapi, kalau nak tahu, Billy mempunyai 24 watak yang berbeza. Pakar Psikiatri dah sahkan dia mempunyai 'mental disorder'.

Fakta menarik tentang Billy yang KELAKAR, PELIK TAPI BENAR:

Dalam 24 watak personaliti yang dia ada, ada 2 watak dalam diri Billy yang melakukan jenayah, tapi watak yang lain tu tak tahu pun. Faham tak? Maksudnya, kalau Billy buat jenayah dengan menggunakan peribadi A, bila dia bertukar ke peribadi B, dia memang tak tahu yang dia pernah lakukan kejahatan semasa peribadi A. FUH! Hebat!

Billy mempunyai masalah personaliti sejak berusia 5 tahun lagi. Pada masa tu, dia dah ada 3 personaliti (Christene, Shawn, Nobody). Bayangkan, budak kecik pun dah ada masalah personaliti. Kehebatan mamat ni? Dia pernah merompak dengan menggunakan senjata api yang bukan calang-calang, and dia juga pernah MEROGOL di Ohio State University. PEHH!

Dalam banyak-banyak personaliti yang dia ada, dia ada jugak menjadi GURU! Hadoii. Dia juga ada menjadi wanita. Ok, itu normal. Dah banyak berlaku. T___T

Kesimpulannya, tak perlulah nak jadi semua orang. Jadilah diri kita. Barulah original!

Mahu kisah lebih lanjut, dapatkan buku kat bawah ni.


Wednesday, January 6, 2010

tolong jangan nak touching boleh tak?

Kalau dah namanya HATI, pantang tersentuh BERSEPAI terus!

Aish, bosan la nak touching touching. Tunggu lama-lama, last-last dia pilih orang lain. Tak apa la. Mungkin bukan jodoh I dengan dia. I redha.

Okay, sesiapa yang single atau ada kawan yang single, bolehlah bagi kat I. HAHAHAHA

Monday, January 4, 2010

Trouble is a Friend

by Lenka!

Owh I like the song.
Hari ni pertama bekerja untuk tahun 2010. Aman. Tenang.
I dah berazam untuk sentiasa senyum. Walau apa pun yang terjadi.
TROUBLE ITUKAN FRIEND KITA KATA LENKA.

I nak simpan duit. Nak fulfill my dream!
I nak AUDI A4!!!

By the way, semalam I pergi Times Square.
Hajat di hati nak tengok Avatar 3D tapi semua dah merengek nak tengok Duhai Si Pari-Pari.
I pun konon berazam nak tengok sorang Avatar tu. Sekali, sold out!!!
Kecewa gile ah!
So, I pun ikut la tengok Duhai Si Pari Pari.

BEST!!! LAWAK!!!

I puas hati. Sebab sangat comel. Que Haidar sangat berjaya membawa watak Lurus Bendul!
HAHAHAHA!!!
oops, jangan gelak lebih-lebih. =)




Kisah ni menceritakan tentang seorang lelaki bernama Syadon Al Sya'din (Que Haidar) yang sangat lurus bendul. Memang kelakar. Nak sangat rasa pengalaman bercinta, sekali tersilap step, jatuh bedebuk! Dalam masa yang sama, Pari pari dari kayangan (Liyana Jasmay) yang nak sangat merasa cinta manusia, hadir dalam hidup Syadon. (Cewahh.)

Dua orang penipu+perompak menguatkan lagi kisah cinta dua alam ni. Lagi? Pergi la reserved tiket.

Pergilah tengok cite ni. Tak rugi =)

Sempena tahun baru ni juga, I terfikir nak gunakan 'Aku' instead of I. Tapi, rasa macam I lagi sesuai je. So, tak jadi la tukar. Lagi satu, kepada yang suruh I letak gambar dalam blog, tunggu la ye. Masanya akan tiba. =)


TROUBLE IS A FRIEND~ (I paste sikit lirik kat sini)

"He's there in the dark,
He's there in my heart,

He waits in the wing,

He's gotta play a part,

Trouble is a friend,

Yeah

Trouble is a friend of mine"



p/s: Menangislah hati. Biar tenang. Aman. Damai. Kau akan bertemu yang lebih baik. Sabar ye hati. =)