Followers

Tuesday, January 18, 2011

Sedih Sedih Sedih!

Salam.

Minggu ni merupakan minggu yang paling menyedihkan. Setiap hari pun ada adegan airmata. Sangat kecewa dengan sikap beberapa orang yang hanya tahu memandang kesalahan orang lain tanpa perlu tilik diri sendiri.

Menjadi tukang cakap pada usia yang muda (muda ke? Wekkk!) memberi cabaran yang bukan sedikit. Kadang pening dengan sikap mereka yang senior. Yang seringkali memutar belit cerita untuk menyelamatkan diri sendiri and menghumban orang lain tanpa sempat berpaut pada tiang keselamatan. Hello! Kalau nak lemas, biar lemas sama-sama. Ni selamatkan diri sendiri je. Apa kau fikir kau cukup hebat?

Bila fikir balik, memang itu lumrah pun. Setiap hari akan ada ujian dari NYA untuk buatkan kita lebih tabah. I bukan jenis yang pandai marah. I nak maki orang pun setakat cakap, "jahat la awak ni". Tu la kalau paling marah pun. Memang teruk kan?

I nak kena belajar marah. Kalau tak orang pijak kepala. Eh, I sangat lama tak blogwalking. Reply komen pun tak sempat. Maafkan I ye kawan-kawan. I janji akan rajin ke blog kawan2. Maaf sangat! T______T


p/s: I rasa I terlalu berusaha untuk dapatkan perhatian orang itu. Sedangkan dia seperti tak ada perasaan. Adakah I terlalu perasan? Atau dia yang tak mahu kisah lama berulang kembali? Hadui.

Thursday, January 13, 2011

Kisah seorang Raja dengan Rakyat Jelata

Salam.

Satu masa dulu, ada seorang raja. Baginda mengarahkan orang-orang kanannya menyiapkan satu jalan baru untuk kegunaan rakyat jelata. Setelah jalan tersebut siap, baginda mengarahkan semua rakyat jelata menggunakan jalan tersebut sehingga ke kawasan istana.

Setelah beberapa jam, ramailah rakyat jelata telah sampai di hadapan istana. Maka baginda bertanya apakah reaksi rakyat jelata tentang jalan yang baru itu.

"Tuanku, jalan tersebut penuh batu bata. Teruk!"
"Tuanku, jalan tu banyak kerikil. Sakit kaki hamba."
"Tuanku, nak mendera kami ke? Luka tapak kaki kami."

Baginda hanya tersenyum.

Tidak lama kemudia, sampai seorang lelaki. Dia membawa sekarung emas lantas menjunjung titah.

"Ampun tuanku. Ini ada sekarung emas. Patik jumpa di pertengahan jalan tadi."
"Bagaimana kamu boleh jumpa karung ini?"
"Di jalan tadi, patik lihat banyak batu-batu, kerikil, dan serpihan halus. Patik alihkan ke tepi semuanya. Patik risau jika ada orang tua, kanak-kanak atau perempuan mengandung melalui jalan itu."

Sambil tersenyum, baginda berkata, "Karung itu milik kamu. Kamulah yang layak memilikinya kerana kamu membuatkan jalan itu mudah untuk orang lain melaluinya."

..................................................................................................................................................

Nahhh.
Adakah kita yang asyik komplen itu atau adakah kita yang akan mengalihkan kerikil-kerikil itu untuk kemudahan orang lain?
Adakah kita akan komplen dan terus terusan mengeji tanpa fikir penyelesaian?
Dimana kita?
Renung-renungkan.


Tuesday, January 11, 2011

Sana sini Chocolate!

Salam.

Bila I buka blog ni, rasa sedih pun ada gak. Macam dah hidup segan mati tak mahu. Ada ke lagi orang nak baca blog poyo ni? Ada ke lagi orang nak layan blog yang tak ada kisah atau info ni? Entahlah. Semakin ramai yang menghilang. Semakin ramai tutup blog. Kenapa? Mungkin mereka ada alasan mereka yang tersendiri. Siapa tahu kan?

Eh tak baik fikir pasal orang. Baik cerita pasal diri sendiri. Hari Ahad yang lepas, I pergi ke Chocolate Fair! Sungguh rambang mata. Walaupun I tak makan chocolate, melihat pelbagai jenis ukiran, rasa geram sangat. Sangat cantik! Nah, I hidangkan gambar-gambar yang boleh ditonton. Ada yang diambil dari pakcik gugel tau. Hehe


Menarik kan logo ni? Penuh chocolate!

Ramai kan? Kami pun pening~


Sangat banyak pilihan. Cantek~


Sorry pakcik. Termasuk tangan pakcik sikit lah. T___T


Ini memang ambil dari blog seperti tertera itu lah.
Boleh letak chocolate cairkan~


Ini pun dapat dari pakcik gugel.
Sebab masa I pergi aritu dah banyak lubang-lubang.
Tak berapa seni dah jadinye. Hehe


Ini bukan chess ye kawan-kawan. Ini chocolate! ^__^

Lihat? Meriah betul. Sesiapa yang gilakan coklat pastinya takkan lepaskan peluang kan? Sebab kebanyakan yang datang memang peminat tegar coklat. Yang sampai boleh kata, "Rasa macam Russian Choc kan? Tapi I bet lagi sedap dari Ganache." See. I pun tak pernah tau ada coklat Ganache ke, Russian ke bagai. HAHA.

Tapi itulah, kalau dah memang minat, tak mustahil untuk travel around the world just for choc kan! Hey hey, best ape. ^___^ Ha itulah. Sekarang nak buat entry makanan banyak banyak. Biar semua yang baca rasa geram. Heeeeee.

Tata. See you again kawan-kawan!

Tuesday, January 4, 2011

Setelah Dilafazkan

Salam.

Entry pendek. Sangat pendek.

Dan setelah beberapa ketika dipendam, ayat yang satu itu keluar juga. Dengan harapan dia terima. Tapi...

Jawapannya hampa. Namun, dia punya sebab kukuh. Dan Alhamdulillah, aku boleh terima dengan tenang. Walaupun airmata gugur satu satu setelah penolakan ikhlas itu, aku tau dia jujur.

Thanks. Saya tetap sayang awak. Sebagai sahabat.

Tahun Baru dimulakan dengan entry sedih? Tidak. Kalau kau dapat cari di sebalik makna tersirat itu. Penuh bahagia. =)