Followers

Monday, December 23, 2013

Kehilangan.

Assalamualaikum.

Selepas terlalu lama membiarkan blog ini sepi tanpa penghuni. Hari ini mungkin akan terpalit sedikit rasa hati yang entah bagaimana keadaannya. Perit. Pedih. Kosong. Rasa bagai mahu dilepaskan semua pergi. Tapi tinggal apa lagi? Aku terpaksa juga hadapi sendiri.


Ah. Bukan bercerita tentang cinta. Tapi tentang kehilangan mereka yang ada dekat dengan aku. Susah nak lepaskan walaupun rasa sekejap bersama. Satu semester tu sekejap ke? Lama juga rasanya kan?



Selama ni. Apa aku buat semua bersama mereka. Mereka yang sangat banyak backup turun naik aku. Kalau nak dilepaskan satu persatu, entah sampai bila. Tapi secara ringkasnya, aku luahkan.

  • Siapa nak teman aku pergi sana sini lagi lepas ni?
  • Siapa nak teman aku kalau aku perlu bawa parents aku ke hospital?
  • Siapa nak jaga makan aku kalau aku tak habis makan?
  • Siapa nak teman aku main badminton?
  • Siapa nak dengar cerita merepek aku?
  • Siapa nak melalak menyanyi lagu entah apa dengan aku?
  • Siapa yang sudi tunggu aku depan kelas sebelum aku sampai?
  • Siapa nak buat muka duck face kalau aku tengah marah?
  • Siapa nak peluk aku kalau aku rasa lemah?
  • Siapa nak tegur aku kalau aku malas pakai seat belt masa drive?
  • Siapa nak layan aku meroyan bila gelisah sampai hilang arah?
  • Siapa nak buat aku rasa dihargai?
  • Siapa nak ada dengan aku lepas ni?



Aku tahu benda ni mungkin nampak simple pada sesetengah orang. Tapi, benda biasa dilakukan setiap hari hilang macam tu sahaja adalah satu benda yang sangat susah nak hadapi. Aku tahu aku masih ada orang lain yang akan support aku tapi biasalah. Kita tetap akan merasa sedih dengan sesuatu kehilangan. Kan?


Belajar untuk menerima keadaan selepas ni. Aku sedang belajar. Aku sedang pulihkan jiwa. Aku berdoa semuanya akan menjadi seperti biasa. Aku tahu Allah ada dengan aku. Dan aku masih ada keluarga dan teman yang lain. Kan? 


"Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian dari hidup saya. Terima kasih kerana berkongsi semua rasa. Terima kasih kerana membuatkan saya kuat. Terima kasih atas semua kata-kata. Terima kasih untuk semua memori yang manis. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Moga kalian dirahmati Allah."