Followers

Tuesday, February 22, 2011

Update macam Tak Update Je

Salam.

Wah! Sangat lama tak update. Bukan bersarang dah ni, dah beranai-anai blog ni. Ada tukang baca lagi ke? Hadeh. Sedih sangat sebab dah terlalu lama meninggalkan dunia blog. Banyak sangat benda nak update tentang life sendiri. Tapi, masa belum mengizinkan. Beri masa sikit boleh? Sikit je. Plis plis plis. Tanks! Muahhhh!


^_____________^

Saturday, February 5, 2011

Seorang bergelar ABAH

Salam.

Quick updates. Maaf atas keterbiaran blog ni. Masa agak suntuk. Macam tak cukup 24 jam sehari. HEHE.

Corat coret beberapa hari melangsaikan kerja kerja seorang tukang cakap. Banyak lagi nak dibuat. Tak menang tangan. Cumanya, sekarang ni I bukan nak bercerita pasal berapa banyak nya kerja. I nak bercerita tentang abah. Ya, seorang ABAH.

_____________________________________________________

Masing-masing diam. Tak berani bersuara. Mungkin suara abah kedengaran tegas. Tapi, abah bukan marah. Aku faham itu. Cuma dia risau. Barangkali.

"Abah kata tak payah, means tak payah. Jangan bantah."
"Alaaaaa..."
Aku cuba meraih simpati. Entah kenapa. Biasanya abah tak kisah aku keluar dengan kawan-kawan. Tapi, bila sebut nama 'orang itu', dia jadi keras. Hati batu juga abah ni.

Mungkin abah tak mahu anak daranya dipermainkan lagi. Macam dulu tu. Ke sana ke sini sudahnya bertunang dengan orang lain. Kawin dengan orang lain. Anak dia? Sendiri tanpa siapa. Haih.

Mungkin abah risau. Anak dia umur dah 24. Namun tak ada sesiapa yang istimewa lagi. Memilih? Tak. Tak pernah pun. Sampaikan abah suruh curi daun sirih dekat rumah kawan yang bernikah semalam. Kenapa? Supaya dapat berkat katanya. InsyaAllah. Doakan saya abah.

Dia seorang abah. Abah yang akan sentiasa ligat berfikir untuk anaknya. Satu-satu anak yang masih belum berkahwin. Yang masih ala-ala manja. Yang masih meminta abah belikan topup kalau duit simpanan dah terperuk dalam ASB.

Dan untukmu abah. Anak abah ni akan cari jodohnya. InsyaAllah yang terbaik.

^____________^


p/s: Abah oh abah~ T___T