Followers

Thursday, December 30, 2010

Owh Mr. K....

Salam.

Speechless sangat. Tak tahu nak taip apa. Suara pun dah tak ada. Penat menjerit semalam. Congratulations to Malaysia!

Haha, itu yang buat I speechless sebenarnya. Terutama bila I pandang goalkeeper Malaysia tu kan. Hadeii, sangat bergaya. Permainan yang boleh dikatakan dikuasai 80% oleh Indonesia namun barisan pertahanan negara sangat hebat! Tahniah! 2 gol bolos tu tak apa. Goalkeeper kita dah selamatkan lebih dari 5 cubaan gol. I agak cuak bila nak penalti tu. But, you doing great goalkeeper! HAHA. Dari tadi sebut goalkeeper tak sebut nama. =P

Nah. Ini CURI dari Facebook beliau.

Khairul Fahmi Che Mat! Malaysia love you!




p/s: Alhamdulillah. Tak sia-sia menjerit semalam. Tapi. harini suara dah serak. Hadeii.

Monday, December 27, 2010

Kerana BOLA!

Salam.

Dengan kayuhan langkah perlahan lahan, secara teratur, membilang anak tangga. Haih, bila nak sampai kelas ni? Jauh pula rasa kelas kali ni. Mungkin dengan bag laptop, dengan LCD, memberatkan bebanan bahu.

Mata sangat segar pagi ni. Maklum, bangun dengan senyuman penuh, puas dengan kemenangan Malaysia! Tapi, 29hb penentu segala. Semalam puas menjerit bila gol pertama dah bolos. Ape lagi, berkobar-kobar tengok TV. Dengan keadaan rumah dah macam wayang, cuma tak ada popcorn je lagi. HEHE.

Dengan perasaan gembira, tidur mestilah gembira. Bangun pagi pun rasa happy sangat. Tak sabar nak masuk kelas. Namun, bila masuk kelas, terus duduk di kerusi hadapan. Dah prepare nak keluarkan marker, terus terdengar satu suara,

"Cik, salah kelas eh? Ni group 4 la cik."

Angkat muka. ERK! Salah kelas! Dengan muka merah ala-ala gadis Maori kena panas, terus cakap, "eh, sorry. Ingat kelas saya tadi. HEHE"

Maluuuuu sangat! Kalau semester lepas pakai baju kurung dengan sport shoes. Semester ni silap kelas pula. Semua kerana penangan BOLA!




credit picture : Syafiq Ramli


p/s: Lagi beberapa hari nak Tahun Baru. ^___^

Tuesday, December 21, 2010

Dan Sebenarnya

Salam.

Siapa yang tak pernah jatuh cinta?
Siapa yang tak pernah rasa sayang?
Siapa yang tak pernah fall pada orang yang salah?


Bila difikirkan balik, semua orang mesti pernah mengalami rasa-rasa yang sebegitu kan? Lebih-lebih lagi kaum perempuan. Fall pada orang yang salah bukan bermaksud I jenis yang senang jatuh hati. Cuma, lumrah alam. Perempuan memang mudah cair dengan kalimah-kalimah indah yang dilontarkan. Cumanya, I tak mudah menyatakan apa yang I rasa. Bukan mudah bukan mudah bukan mudah. Terutama dalam bab nak merahsiakan rahsia hati. Susah kan?

Dan dalam hal ini, I mengaku pernah jatuh sayang pada orang yang salah. I tak sepatutnya ada perasaan macam tu, namun ia hadir tanpa dijangka. And sampai sekarang, I memang ada perasaan pada dia. Siapa? Biarlah I dengan Allah sahaja yang tahu. Sebab I memang yakin tak akan ada apa-apa akan berlaku dalam persahabatan kami. Kami akan kekal sahabat, yang saling mengingatkan antara satu sama lain. Cuma itu. Ya, cuma itu.

Persoalan:
Salahkah kalau perempuan meluahkan isi hati dulu?



p/s: Sesiapa ada akaun SKYPE, nak!!! =)
p/s 2: Layout baru ni OK tak? Komen! ^__^

Wednesday, December 15, 2010

Kita kan kawan ^___^

Salam.

Maaf pada semua rakan blogger sebab lama sangat meninggalkan dunia maya ni. Bukan apa. Tuntuan kerja agak membuatkan pergerakan terdera. Harapnya dengan kehadiran port internet baru ni, lebih keraplah I dapat update blog.

Entri ini khas buat seorang rakan blogger yang pernah membuat sebuah entri khas pada tarikh hari kejadian I Oktober lalu. Thanks sebab wish birthday dengan cara paling comel macam tu. Ah, I anggap ia comel. Biarlah! HAHA. Untuk itu, I nak wish ini;

HAPPY BIRTHDAY XTIONKAMEN!

Ini Kamen! (dalam bulatan)

Curik dari blog Alvin ^___^

Pesanan ikhlas buat Kamen (Sila Klik Nama Dia Untuk Ke Blog Beliau!)

"Kamen, kamu kawan dan teman yang sangat baik. Kamu buat aku kuat, kamu buat aku gelak dan yang paling penting kamu buat aku selalu gila. HAHA. Hoi si gila! Kamu dah tua tau! So, sila lah berperangai seperti orang tua. HEHE. Kamen, semoga kamu berjaya tamatkan pengajian dekat akademi tu, semoga kamu cepat kerja, semoga kamu cepat kumpul duit, semoga kamu cepat pinang dura-dura, and semoga kamu cepat kahwin!"

Hey hey, kita kan kawan ^____^


p/s: Miss this one blogger. Lama dia senyap. Hurm.

Monday, December 6, 2010

Why Are You Late?

Salam.

Wah! Lamanya tak jenguk blog! Rindu sangat sangat. Maaf sebab terlalu lama membiarkan blog ni kusam tanpa sebarang ceritera. Maklumlah, terlalu sibuk and keadaan ofis yang masih tak berkemas sangat. Line internet agak bermasalah. So, susah sikit nak update sentiasa.

Hurm. Sejak 2 menjak ni, ramai betul blogger menyepi. Mungkin faktor akhir tahun. Kerja keras untuk bonus kot. HEHE. I pun sekarang ni kerja keras. Dapat subjek baru, banyak kena belajar balik. Kena sediakan modul yang sangat interaktif. Susah! Lepas tu, dapat pulak students yang datang lambat. Hishhh~ Ha, tahu tak apa antara alasan student datang lambat ke kelas?

1. Sakit perut la miss.
2. Tadi bilik saya terkunci. Tu yang lambat nak amik baju kat dalam.
3. Sorry miss. Saya silap tempat. Ingat dekat fac sana.
4. Saya bangun lambat tadi miss.
5. Motor saya rosak tadi.
6. Hujan la miss. Saya tak ada payung.
7. SAYA HANTAR AWEK GI CUCUK DUIT KEJAP TADI. (paling tak bole blah!)

Haissshhhh~ Macam-macam kan students ni? Ala, macam la yang menulis ni dulu tak macam tu? HAHAHA. Pandai betul mereka seribu satu alasan. Apapun, kalau tak ada students macam ni, tak fun lah kelas! So, chillex~


p/s: Dah lama tak update tapi bila update sikit je. Pemalas kan? HAHA
p/s/s: Jom kapel! HAHA

Wednesday, November 24, 2010

Konvo Konvi Hari Graduasi

Salam.

Nah layan gambar sudaa la ye? ^____^










Alhamdulillah. Thanks to my parents, BFF's, Friends, And semua yang telah wish! Thanks Thanks Thanks. Love you all! ^__^



p/s: Akan mula update dengan bergembira mulai minggu depan sebab baru pindah ofis. Ni pun menumpang ofis orang. HEHE. =)

Thursday, November 18, 2010

Maaf Maaf Maaf

Salam.

Maaf tak dapat update kerap.
Maaf tak dapat blogwalking balas kunjungan kawan-kawan.
Maaf tak dapat reply komen.
Maaf tak dapat hasilkan header baru.
Maaf tak dapat ceriakan blog.

Maaf.
Maaf.
Maaf.

Akan bergraduasi Sabtu ini. Doakan I tak tergelincir dari pentas.



p/s: Jiwa tertekan. Semua pihak mahu dijaga.
Hati sendiri? Siapa peduli?
Sudah jatuh cinta barangkali.
Tapi, tak siapa mengerti.
Ada sesiapa mahu coba?


Friday, November 12, 2010

Ragam Perempuan Pregnant

Salam.

Pernah tengok perempuan mengandung tak? Comel kan? Beberapa hari lepas, terjumpa dengan seorang kawan lama dekat tempat ambil barang kat Tesco. Hah, tengah pregnant 8 bulan. Comel oke! Nak dijadikan cerita, dia pun buka kisah pasal mengidam. Sejak dia pregnant 2 bulan, dia asyik rasa nak makan ketupat. Setiap minggu kena ada ketupat. Pelik! Sebab zaman belajar dulu, dia memang la tak suka makan ketupat. Terutama ketupat daun tu.

Memang bila pregnant, macam-macam benda pelik nak buat. Keinginan baby kot. HEHE. So, I nak share beberapa benda pelik yang dialami oleh kawan-kawan I, kakak I and sepupu I yang baru melahirkan anak and bakal melahirkan minggu depan. (tak sabar nak dapat anak buah lagi!)

1. Makan beras - Oke, ni kakak I. Anak dia lahir 4.3kg sebulan lepas. Entah apa pelik makan beras. Lepas tu tak boleh nampak tahu. Tahu bakar ke, tahu goreng ke, tahu sumbat ke, semua tak boleh. Tengok pun boleh vomit. Pelik!

2. Cium bau cat. Haa, ni akak sedara. Dia due lagi 3 minggu rasanya. Last 2 weeks dia datang rumah. Kebetulan bilik air bawah baru lepas cat. Peh, dia boleh layan bau cat. Ni lagi lah pelik kan?

3. Layan serbuk kopi. Peh ini memang tak bole blah. Pahit!!! Dah la tak sedap. Hadoii la~

4. Tak boleh bau perfume suami. Haa, ni memang biasa kan? Kawan I kat JB langsung tak boleh bau perfume suami dia. Kesian suami merana pergi kerja pagi-pagi tak boleh pakai perfume. HAHA

5. Mengidam ayam belanda. Ni kakak I. Dia memang taste melampau. HAHA. Terpaksa la abang ipar cari. Nasib kat JB tu ada. HEHE

6. Cium jari suami. Ni memang tak boleh blah. Sebelum makan, selepas makan, sebelum tidur, semua nak cium jari suami. Bukan kisah buat-buat. Memang kisah benar. Sepupu datang rumah and dia sendiri mengaku sambil gelak-gelak. And memang nampak dia buat. Gila kentang jiwang~ ^___^

Hah, cukup tak? kalau nak tambah, silakan. Banyak lagi sebenarnya. Cuma seronok yang 6 ni la. Macam pelik pun ada.

Macam mana la I kalau pregnant nanti kan? Ah, tak sabarr! =p

Wednesday, November 10, 2010

Saya Mahu KAMU!

Salam.

Lately ni sangat sibuk. Kalau dulu sibuk dengan siapkan kertas soalan, lepas tu sibuk student nak exam, then sibuk marking paper exam, sekarang ni sibuk dengan Majlis Konvokesyen! Sangat-sangat sibuk.

Eh, tak tahu eh I nak konvo? HEHE. Akan berkonvo tak lama je lagi. Sangat excited cum nervous gak la. Sebab macam dah setahun lepas habis belajar kan baru nak konvo? Jadi, macam dah lama tak jumpa kawan-kawan lama. Mesti best!

So, atas sebab itu, sangatlah tak berkesempatan untuk update entry apa-apa. Inipun tumpang PC dekat bilik orang lain. Ha, semua tukang cakap fakulti ni akan berpindah bangunan. Tu yang tak sempat sangat. Dengan nak kemas barang lagi, haishh~

Eh, nah lirik lagu. Menarik tak? Special for 'you'. ^___^

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

Ada ke orang nak kat I ni? HEHE. InsyaAllah.


p/s: Tajuk entri ni bermaksud - Hati semakin kuat mengatakan 'dia'. Tapi, 'dia' ada rasa itu ke?

Tuesday, November 2, 2010

Apa kaitan dengan makanan?

Salam.

First of all, thanks atas cadangan bernas di entri sebelum ni [klik!]. Yup, memang I bercadang akan tukar header cuma, template ni tak boleh nak edit header. Means, dia dah memang stick the whole template macam ni. Cupcakes tu tak boleh nak delete so macam kena buat template baru. Probably I will stick to pink tapi macam ada perasaan nak buat putih. How's that? Baru suci sikit kan? HAHA

Oke, merepek dah panjang lebar, tajuk entri pun entah ke mana. Pernah tak dengar orang kata macam ni:

"Tak nak lah kahwin dengan orang Kelantan. Nanti kena makan budu."
"Tak suka tempoyakk! Say NO to Pahang and Perak!"
"Erk. Perlu ke makan pedas-pedas? Harap-harap tak kawin dengan orang Nogori."

dan seribu satu ayat lagi. Ok, fine. Itu hak masing-masing. I sendiri banyak benda I tak makan. Tapi, perlu ke kaitkan dengan taknak kawin dengan orang Negeri tersebut? Macam tak perlu lah kot. Sebab jodoh itu sendiri dah ditetapkan. Bila kita terlalu taksub, akan datang balik pada kita. Maka, chill chill sudah~


p/s: Jari telunjuk menuding ke orang lain, empat jari lagi, bukan kah menuding arah diri sendiri? Berhenti bercakap pasal orang. Lihat diri sendiri dulu. ^___^

Sunday, October 31, 2010

Blogger! Nak tanya ni!

Salam.

Entry kali ni cukup pendek. Tapi memerlukan komen yang panjang lebar. Boleh? HEHE. Macam ni, I rasa nak tukar template blog ni. Macam lapar tengok cupcakes tiap kali kan? Ada idea tak nak edit part mana? Atau nak tambah apa-apa?

Cadangan dan pandangan anda sangat diperlukan! ^___^

Friday, October 29, 2010

I Need More Plaster!

Salam.

Ku terima semuanya dengan tabah
Mengharapkan ada hikmah

Pernah dengar lagu ni tak? "Hati Terluka" by Billy Zulkarnain. Hah! Macam tu la perasaan I sekarang ni. Semalam abah tanya lagi. "Selalu bergayut malam-malam dengan siapa?" Ah sudah. Itu kawan biasa. "Kawan la abah. Kawan biasa." Abah buat muka tak percaya. "Yeke?" Aduh abah ni. "Betul. Kawan je. Takde special la. Abah carikan lah." Abah senyum. "Betul nak abah carik? Sekarang jugak boleh!" Err.. "Abah ni, orang muda lagi la. Baru 23 tau." Abah senyum lagi. Dengan nada halus abah kata, "Abah ni yang taktau lama ke tidak. Nak tengok kamu naik pelamin. Lega sikit abah." Errrr...

Senyap.

"Abah, insyAllah. Ada jodoh orang nanti. Orang naik atas dulu eh."

Abah terus terusan senyum.

Hakikatnya, memang I takde special sekarang ni. Kawan-kawan pun tak percaya. Hadui. Memang tak ada. Hati terluka beberapa bulan lalu. Tak kan semudah tu dapat pengganti kan? Ditinggalkan pulak oleh lelaki yang sangat baik. Lagilah susah nak pengganti. Hurrmm~

Soalnya. Hati semakin terluka. Siapa nak ubatkan? I need more plaster pleasee~



p/s: Soal hati itu seni. Berat kan? Mengeluh. T___T

Saturday, October 23, 2010

Sudah berusia 23 ^___^

Salam.

Pada 23 tahun yang lalu, seorang bayi perempuan yang comel telah dilahirkan. HAHA comel ke? Ah, dipendekkan cerita, HAPPY BIRTHDAY untuk diri sendiri! ^___^

Tak sempat nak buat entry panjang-panjang la. Busy sangat.

Bahagia dah berumur 23! Ada hadiah tak? HEHE

Kepada Xtionkamen, Jack Alvin, Fhad, Farid Mofasad, Hajarus, dan semua yang wish walau dimana pun, THANKS! ^___^

Sayang korang semua! Eh, dah 23 boleh kawin kan? =P

Thursday, October 21, 2010

Beberapa Hari Yang Lalu...


Salam.

Pernah ada pengalaman menduduki peperiksaan? Boring tak? 3 jam nak buat apa? Jawab soalan? Kalau tak dapat jawab? HAHA. Cuba fikir pula perasaan tukang jaga exam. Bukan lagi boring ke? YA! Itulah jawapannya! Sangat BORING. Jalan sana, jalan sini. Kalau tak ada student angkat tangan, kita buat apa? Tengok sahaja lah kan? HAISHHH~

Oleh yang demikian, kalau ada di antara anda yang mengalami nasib serupa, boleh cuba langkah berikut. Percayalah. Ia berkesan!

1. Berlagak garang. Contohnya, kalau student bukak kertas soalan sebelum dibenarkan, JELING student tu dan cakap, "Siapa suruh bukak?" Kalau student tu reply, "Berlagak nya cik tu" Anda boleh jawab, "Awak ada masalah ke kalau saya berlagak?" HAHAHA

2. Muka ketat. Contohnya, kalau student anda senyum-senyum, buat tak nampak je. Maintain muka ketat. Nanti mereka akan kata, "Senyumlah sikit cik. Tak baik masam-masam." So, anda boleh jawab, "Biarlah. Muka saya." HEHEHE

3. Berlagak POYO. Contohnya, kalau student dalam masa sejam da siap nak hantar, anda boleh cakap macam ni, "Awak rasa awak hantar awal ni dapat A ke?" Confirm dia akan panas. Lepas tu dia akan cakap, "Tak jadilah cik. Jap lagi saya hantar." So, sila jawab dengan poyo, "Hah! Bagus. Kalau rasa nak kena halau hantar lah awal-awal lagi." HAHAHA

4. Kacau students. Ini memang menarik. Contohnya, kalau student angkat tangan, anda pandang je muka dia lepas tu dengan nada berlagak sila cakap, "Pehal? Nak gaduh ke?" Atau, kalau mereka angkat tangan cakap nak tali untuk ikat kertas, anda cakap macam ni, "Lain kali bawak la tali rafia. Senang." HAHAHA

Amacam? Menarik tak? Cubalah! Pasti hilang boring. HEHEHE.


p/s: Tak sabar menanti detik umur meningkat! ^___^

Busy~

Salam.


Busy!


Sangat!


Tak tipu~


Eh dah busy balik.


Ok bye~



p/s: Akan update petang sikit. HEHEHE. Macam ada org bace je blog bosan ni. T___T

Thursday, October 14, 2010

Mulanya Di Sini - Aku Wanita Biasa

Salam.

(Penulisan hari ini lebih kepada 'penulisan dari hati' maka perkataan 'aku' akan digunakan sepanjang entry ini)

Jauh hati. Itu yang aku rasa. Kenapa kau melampiaskan kata-kata yang sebegitu? Aku sedar aku bukanlah wanita lemah lembut yang memikat. Aku bukan gadis sopan santun yang akan berjalan control ayu. Aku bukan gadis seperti itu. Aku memang kasar luaran. Namun dalam? Kau tahu?

"Kau ni mesti kahwin lambat nanti. Entah ada lelaki nak ke tak. Tak lemah lembut langsung."
Bukan sekali kau kata begitu. Tapi tiga.

Perlu ke aku menjadi wanita sebegitu hanya untuk memikat lelaki?
Ketahuilah Allah dah kurniakan dalam diri setiap wanita itu sifat penyayang. Walau bagaimana kasarnya dia di mata orang, tapi masih tertanam sifat penyayang. Bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk yang bengkok? Dan bengkok itu bukan bermakna kekurangan namun sebenarnya satu penyempurnaan. Tulang rusuk yang bengkok tadi sifatnya sebagai pelindung.

Dalam erti kata lain, terciptanya seorang perempuan itu secara semula jadinya dua sifat ada dalam dirinya; penyayang dan pelindung. Oleh sebab itu, perasaan perempuan ni halus. Bersabar apabila hatinya digores oleh mereka mereka.

Perempuan yang kau kata kasar tingkah laku ini, yang kau kata tidak layak untuk lelaki yang faham agama ini lantas berusaha memperbaiki diri. Aku sedar aku banyak kekurangan kerana itu aku masih berusaha dan pastinya dengan cara aku sendiri.

Dan...

Dalam diam aku berharap agar satu hari nanti aku akan menjadi bidadari syurga kepada seorang lelaki yang melihat aku seperti bidadari. Bidadari dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Ah. Puas. Semoga dia membaca penulisan ini.



p/s: Rasa macam dah dekat. Eh, ke jauh lagi? ^___^

Monday, October 11, 2010

Yang Mana Satu?

Salam.

Semakin hari semakin bahagia.
Semakin hari semakin tersenyum.

Ah, entah esok entah lusa, mampu lagikah senyum?

Selagi masih tersenyum ni, mahu ukirkan sedikit kegembiraan dalam blog ni. Semakin hari semakin kelam kan? Bosan! HAHAHA.

Ha, malam semalam ayah tanya. "Taknak beli rumah ke?" Dalam hati, memang ada niat nak beli. Hari tu pun ada kawan bagi idea beli rumah instead of tukar kereta. Macam lagi better kan?

So, mana lebih baik sebenarnya?

1. Beli rumah
2. Beli kereta
3. Beli emas
4. Beli tanah

Erm. For future, macam-macam kena fikir kan?
Rasa macam muda lagi. =P

Semoga sentiasa dipermudahkan!



p/s: mahu idea dari kamu semua! i'm waiting!

Thursday, October 7, 2010

Senyuman Manis seringkali disalah erti T___T

Salam.

Menghampiri musim Final Exam. Bukan student je pening. Tukang cakap bertambah tambah pening. Semoga semua dapat menjawab dengan baik. Haih~ T___T

Life is full with surprises! Kan? Kalau hari ni kau bahagia, kau pasti esok kau masih terus bahagia? Tanpa memohon doa pada DIA, kau pasti ke hidup kau gembira sentiasa? I admit, life sangat mencabar ketika ini. Dan di saat I menaip entry ni, air mata sedang meleleh tanpa henti. Berfikir di mana silap diri, di mana kekurangan diri. Sehingga dituduh tak menghargai. Maaf. I memang kurang pandai nak tunjuk cara nak hargai. Maaf Maaf Maaf.

Itu lah kita manusia. Selalu mohon maaf di saat dah terlambat. Ye, itu saya. Saya tahu. Huuuu~

Ok, cukuplah isu airmata. Semalam ada terbaca dalam sebuah blog ni, "Kalau nak makan sedap, kena lah berkorban duit sikit, tempat kalau jauh nak kena isi minyak kereta. Macam Cinta." Wah! Pandai dia kaitkan makan dengan cinta. Ai Like!

Eh, lapar! Nak berbuka apa ye? Sandwich jom! Like like like~

Apa kaitan dengan tajuk entri? HEHE. Entah. Baru perasan. Takpelah. Anggap saja ada kaitan ye. ^___^



p/s: 43:67. InsyaAllah kamu boleh! Thanks pada yang memberi~

Saturday, October 2, 2010

Jodoh Lagi? Haih...

Salam.

Melewati hari-hari menjelang Final Exam memang agak mencuakkan. Risau gak ngan performance student. Almaklumlah, first semester as tukang cakap. So, mcm gedik sikit. HAHA.

Enough about student. Nak bercerita tentang hati. Boleh? Sejak dua menjak ni, hati macam dah centre balik. Macam dah normal balik la. Terima kasih kepada semua pihak yang berjaya membantu memulihkan keadaan hati yang agak tak normal. HEHE. Terima kasih!

Cuma, keadaan agak kecoh musim raya ni bila semua saudara mara bertanya tentang diri. Dah berpunya ke belum, dah ada yang merisik ke belum. Tu semua membuatkan ayah macam tak sabar nak terima menantu. Masalahnya, anak dara ayah ni belum berpunya.

Kadang-kadang serabut jugak. Cuma, masalah jodoh ni tak boleh nak pandang ringan sangat, tak boleh pandang berat sangat. Betul tak? Tu lah, kena buat supaya ayah sabar sikit. Sabar ye papa! Satu hari nanti, ada lah sampai jodoh anak papa ni!

Seseorang pernah bagi I ini~

"Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun.
Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati

kamu baik dalam suka dan duka.
Percayalah pasangan yang berjodoh
pasti tak takut
mengalami pasang-surut,
suka-duka saat bersama.
Sekarang, ingat-ingat kembali.

Apakah dia orang pertama yang datang memberi

bantuan tatkala kamu dirundung musibah?

Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu?

Dia tahu keadaan waktu anda sakit?

Jika ya, tak salah lagi.

Dialah orangnya..."




InsyaAllah. Satu hari. Masa itu akan tiba. Kan? ^__^


p/s: Soal jodoh ni memang kena ambil berat sikit! =P

Monday, September 27, 2010

Siapa Harus Disalahkan?

Salam.

Kelmarin ke Setiawangsa.

Balik dari Setiawangsa, Federal Highway JAMMED!


Semalam ke PJ.

Balik nak lalu Federal Highway.

JAMMED!

Tanpa ragu, belok kenderaan dengan cara yang agak merbahaya, masuk highway SPRINT!

TAK JAMMED! YAY! ^___^

tapi...




BANYAK TOL! TAK YAY! T___T



Haha. Gedik kan si tukang cakap ni? Nak buat macam mana. Memang dah dijadikan sebegini rupa. Tanpa ragu, saya lah yang si gedik itu, sila berkenalan! =P
Dalam kereta semalam, bersama anak sedara, melayan segala lagu di Hitz, Fly, Hot and Era. Semua pun best. Bagus. tiba-tiba, dekat salah sebuah stesyen radio tu, ada tentang kenakan orang. Macam panggilan palsu la. Tapi, dia kenakan dalam Bahasa Inggeris, dan orang yang dikenakan tu pastilah orang yang memang tak pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pernah dengar? Tahu radio mana? Diam-diam sudah! =P

Nak dijadikan cerita, pihak radio ni menelefon seorang guru sekolah. Mereka menyamar sebagai pekerja di KL Tower. Cikgu ni pula nak bawa anak murid pergi melawat KL Tower. Berikut merupakan sedikit dialog yang diambil:

Penyamar: I'm calling from KL Tower Office. About the charging fees for your student, they need to add extra RM10 per person.
Cikgu: Eh, Cannot! The parents is not rich. They only 'penoreh getah'.
Penyamar: What is that? I can't understand.
Cikgu: Getah la. Rubber rubber. Toreh rubber.

See? Ada 2 pernyataan yang boleh disimpulkan;
1. Tak baik la malukan orang macam ni. ISH!
2. Ada parents akan mula tak mempercayai kredibiliti guru.

So, siapa harus disalahkan? Renung-renungkan~ ^__^


p/s: Jemputan kenduri kahwin 10.10.10 ada 6!!!

Thursday, September 23, 2010

Jangan Tanya Tajuk Entri Ni

Salam.

Ada banyak benda nak cerita. Tapi kumpul semua dalam satu entri. Boleh kan? Sejak dua menjak ni, keinginan untuk bertemu blogger-blogger semakin menular. Namun, niat harus ditahan dulu memandangkan sangat sibuk dengan student yang bakal nak Final Exam. So, sabar yek hati. Eh, ada ke blogger nak jumpa I? HAHA.

Urm. Pernah dengar perkataan ANNOYING tak? Perasaan tu bercambah dalam hati sejak beberapa hari yang lalu. Ada manusia yang bila dah dalam kesusahan baru nak cari kita, call setiap jam, SMS setiap masa. Kalau takda hal apa-apa, ingat dia akan kisah? Tu la manusia, dah susah baru nak cari. Astaghfirullah. Syaitan dah kuasai nampaknya. Huhuhu.

Dah lama tak kongsi lirik. Pernah dengar lagu SENYUM? Dengarlah. =)

Ni antara part yang I sangat suka ^___^

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Menarik. Setuju? Mestilah! =P


p/s: Yela, saya orang kebanyakan. Kamu orang berada. Saya bekerja sektor swasta. Awak sektor kerajaan. Siapalah saya. <------ Menyampah ayat ni! HAHAHAHA

Friday, September 17, 2010

Hampir Puas!

Salam.

Waah! Lama tak jenguk blog. Dah bersawang. Yela, seminggu kan biarkan blog ni sepi. Haissh! Maaf ye blog. Si tukang cakap ni beraya tak ingat dunia. Maklumlah, bukan senang nak berkumpul sanak saudara.

Dua perkataan untuk sambutan Hari Raya tahun ni; HAMPIR PUAS! Nak mencapai tahap PUAS mungkin kena tunggu lepas berkahwin kot. Baru lah PUAS beraya bersama suami. Amboi! HAHAHA.

Baiklah. Malas mahu bercerita tentang Hari Raya. Nanti tak cukup page dibuatnya. Cuma, sedikit sedih. Tahun ni dapat sikit duit raya. Mungkin sebab orang tahu kita dah bekerja kan? Ala, nak duit raya. Ada yang nak beri tak?

Eh, ada satu kisah. Satu je. Tak banyak. Masa pulang ke kampung, rasa tak janggal sebab panggil ayah dengan panggilan 'BAK'. Sebab kebanyakan orang Batu Pahat memang menggelar ayah mereka 'BAK'. Dulu pernah rasa macam pelik. Sekarang tak lagi!

Eh, macam dah merepek je entry ni. Maklumlah, mood beraya masih kuat! Jumpa esok atau lusa ye. Selamat beraya kawan-kawan!



p/s: Isnin dah kerja. Hurrrmmmmmmmm T_____T


Thursday, September 9, 2010

Nah! kAd rAYA konon RARE!

Salam.

Hah! I tengok kad Raya ni pon I gelak. Tapi korang semua jangan gelak tau! Semangat ni buat konon-konon nak RARE punya pasal. HAHA.

Kepada semua kawan-kawan BLOGGER, Pengunjung BLOG Ceritera-Chenta yang tak putus-putus memberi idea, semangat, kekuatan tak kurang juga kutukan gurauan, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan.

InsyaAllah ada rezeki, dapat jumpa dengan anda semua. Cepat-cepat komen! Tak sabar nak dengar komen pasal kad raya si comel atas tu. HEHE.

p/s: Kepada yang nak tempek kad ni, amatlah dialu-alukan. HUHU. Jom main mercun!!! ^__^

Wednesday, September 8, 2010

Pulang Berhari Raya

Salam.

Kurang dari sejam, I akan memulakan perjalanan pulang ke Johor Bahru. Tak sabar! Tapi, kepulangan kali ini agak menyedihkan. I terpaksa bawa sekali beberapa assignment student bersama dengan test untuk proses key in markah. Hai! Apalah nasib. HEHE

Maaf sangat lama meninggalkan blog ni. Sangat lama juga tak blogwalking. Dah semakin ramai yang wish Raya. Yang bagi kad raya pun ramai. Terima kasih. ^__^

InsyaAllah. Akan cuba sedaya upaya untuk sediakan kad raya untuk anda semua. Paling lambat pun esok pagi. Jenguk-jenguk lah blog ni ye. Kesian dia tak ada orang lawat. HAHAHA. Ayat tak boleh blah betul!

Nak dijadikan cerita, semalam pergi cari kuih bahulu. Favourite ayah ni. Pusing punya pusing, sampai ke mana entah. Tak jumpa tempatnya. Akhirnya, pergi shopping tudung. HEHE. Sorry papa. Ur bahulu tak dapat. Anak bertuah betul kan? Weeeeeeee~

Eh, nak kena pakai tudung. Jap lagi nak gerak. Nanti malam or esok pagi, nantikan kad raya dari pemilik blog ni ye. Happy Holiday everyone!

p/s: Kepada yang masih bekerja, JANGAN JELES!~ ^__^

Wednesday, September 1, 2010

OPS SIKAP kembali lagi ^___^

Salam.

Hari ni diari tukang cakap agak memenatkan. Penuh dengan kelas. Tapi, bukan tu yang I nak cakap. Ni, nak beritahu pada semua rakyat Malaysia, OPS SIKAP DAH MULA!!!~ HEHE.

Semoga kemalangan jalan raya akan berkurangan dengan adanya OPS SIKAP yang mula awal ni. Bukan apa, sekarang ni, kemalangan selalu sangat berlaku. Nak kata kerana terlampau laju, kadang-kadang tak laju pun. Mungkin sikap pemandu tu sendiri. Yelah, cuba kita lihat, banyak sangat perkara yang tak sepatutnya dibuat semasa memandu, tapi dibuat juga. I ambil contoh diri I sendiri la. Perkara berikut I selalu buat. Bahaya sebenarnya!

1. Memandu sambil berSMS.
2. Memandu sambil bergayut di telefon (walaupun ada hands free)
3. Memandu tanpa memakai tali pinggang keledar (ni mesti ramai buat)
4. Memandu tapi minda fikir benda lain (well~ T___T)
5. Memandu sambil betulkan tudung. Oopsss~ HEHE

Tu la perkara yang I selalu buat yang ramai sangat marah. Bahaya! Ye, I tahu. Maafkan saya ye tuan tuan puan puan. HUHU.

Musim nak raya ni la mat rempit pun penuh di jalanraya. So, jangan sampai kejadian seperti di bawah ni menimpa anda semua. Renung renungkan dan selamat beramal~ ^___^

23 Ogos 2007

p/s: Berapa hari lagi nak beraya. Can't wait!!! Nak kad raya!

Monday, August 30, 2010

Nak Letak Tajuk Ape Eh? Adeh~

Salam.

Ku pintal-pintal hati
Menjadi buih-buih penyeri
Menghibur jiwa yang kian hilang
Dari sehari ke sehari
Ku cari mana pengganti
Rupanya tiada lagi
Hanya dia
Dia
Dia
Dia

Maaf. Itu namanya sajak selingan. Sajak ke? ^__^ Alhamdulillah. Sudah 53 tahun negara tercinta ni MERDEKA. Dan selama itu jugalah kita bebas dari penjajah. Tapi, kenapa kadang-kadang rasa macam kita ni tak merdeka lagi? Erk. Renung-renungkan dan selamat beramal. =P

Ada ramai ajak berbuka puasa sama. Maaf. Maaf. Maaf. Bukan tak sudi. Busy. Sangat-sangat. Nah tengok jadual ni!

23,24,25 Ogos
8.30 a.m - 11.30 a.m (class)
2.30 p.m - 5.30 p.m (class)
8.30 p.m - 11.30 p.m (class)

26 Ogos
2.30 p.m - 5.30 p.m (class)

28,29 Ogos
Seminar, Meeting

30 Ogos
8.30 a.m - 11.30 a.m (class)
2.30 p.m - 6.30 p.m (Shah Alam, Meeting)

31 Ogos
8.30 p.m - 11.30 p.m (class)

1,2,6 September
8.30 a.m - 11.30 p.m (class)

3,4 September
UPSI (Assignment Submission)

HAH! Tu baru sebelum raya. Selepas raya! Hadei. Penat betul la. Taktahu dah nak rehat macam mana. Nak makan ikan bakar JERAM! Lepas raya lah! HEHEHE

p/s: Nak dia je. Taknak orang lain dah. Boleh tak? =)

Thursday, August 26, 2010

Kemalangan Tak Berapa Nak Jiwa~ T____T

Salam.

Isnin lalu.

Kemalangan kecil.

Kereta tukang cakap.

Melanggar kereta student.

Tulah!

Berangan lagi.


Kereta Tukang cakap. Owh Lampu!!!



Kereta student itu. Kesian dia~ T___T

Tula. Kan ada sign NO U-TURN! Degil student ni!

Dah settle polis report.

Kena settle insuran.

Macam-macam. Nak raya!

Tuesday, August 24, 2010

Perasan tak? MERDEKA ke?

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

(sekadar selingan. HEHE)
Salam.

Perasaan tak minggu depan dah merdeka? Eh, merdeka ke? Kenapa macam tak ada satu pun kenderaan memasang bendera? I macam sangat pelik. Semalam ke satu kawasan dengan niat mencari kentang. Kereta I memasang bendera. Bila I lalu, kereta lain semua macam tengok je. Ish! Kenapa eh? Pelik ke?

Mana semangat merdeka rakyat Malaysia? I yang punya patah jiwa ni pun patriotik. HAHA. Marilah! Memasang bendera di kenderaan. Jom Jom Jom~ Jom Pasang Bendera~ ^___^

Eh, seronok tahu jadi tukang cakap? Tapi, sakit kepala bila suruh present, tak siap-siap. GERAM! Nak marah je, student pujuk comel comel. ISH! Sabar je lah! Apapun, menjadi tukang cakap boleh buat kita bersabar. Tahap kesabaran akan meningkat dengan sendirinya.

Eh, kenapa entry ni macam bercampur? Maaflah. Jiwa tukang cakap tengah penuh dengan urat yang berselirat. Tak percaya? Meh jumpa! =P

p/s: Kena kuat! Kan?

Friday, August 20, 2010

Hilang Jiwa

Salam.

Sepertinya langit tanpa dipagari bintang
tidak mampu ku oleh dengan genggaman
pilu hatiku seluas lautan mataku melihat
hanya hatiku adalah milik hati seorang manusia
sedar olehku bahawa pinjaman itu sudah tamat tempohnya
bintang itu masih bersinar
seperti mekarnya bunga di waktu pagi
berkembang segar di taman
hati dan mataku memandangnya dari jauh
kerana itu sahaja yang mampu dilakukan
satu demi satu serangan dukacita
pabila satu demi satu helaian kenangan
terkumpul di hati dan perasaan
lalu titik air mata yang jatuh satu satu
kian laju mengalir hangat
sebak mengamuk dada
jarum mencucuk di jantung

tenungan mata tidak berkelip
memandang jauh
sambil hati dan akal merewang-rewang entah ke mana
ku sambut kehilangan ini
seperti kehilangan yang lalu


Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu,

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan


p/s: Kenapa diuji lagi? T____T

Wednesday, August 18, 2010

Jodoh Itu Ada. Sabarlah.

sumber: encik google~

Salam.

Beberapa hari yang lalu, ayah bertanya, "Dah ada calon ke?" Terdiam. Taktahu nak jawab macam mana. Rasa sangat susah soalan tu. Seperti menghadapi SPM. Jujurnya, taktahu macam mana nak beritahu. Macam ada, tapi macam tak ada. Kemudian, tanya soalan pada ayah, "Nak kriteria macam mana eh agak-agak?" Ayah pun jawab.......

"Kalau boleh yang lulusan Universiti."
"Kalau boleh yang ada kerja bagus."
"Takda rupa dan harta tak kisah sangat, asalkan masa depan terjamin."
"Semakin hari semakin maju. Akan datang nanti lagi lah maju. Kena cari pasangan betul-betul."

I terdiam. Yelah, seorang ayah. Mesti nak yang terbaik untuk anak dia. lagi-lagi anak kesayangan~

Terus SMS kakak pulak. "Kak, kalau orang nak kahwin, kriteria bakal suami macam mana eh?" Kakak pun jawab...........

"Tak perlu pilih rupa sangat, harta sangat, yang penting IKHLAS dan SAYANG kita seadanya. InsyaAllah. Dah ada calon ke? Bila nak kenalkan kat akak?"

"Takdela kak. Tanye je. Hiks. Mekasih!"

Lega sikit. Bukan apa. Zaman sekarang. Susah nak cari yang betul-betul ikhlas sayang kita. Susah nak dapat yang akan hargai kita. Nak ikut ciri-ciri ayah tu susah sikit. Bukan tak ada yang berkelulusan tinggi, ada, tapi dah tinggalkan kita. Haish~


"Ya Allah. Aku berserah padaMu.
Jika kau datangkan jodohku,
aku terima dengan REDHA.
Dekatkanlah hatiku dengan hatinya
jika dia benar jodohku. Amiinnn."



p/s: Kalau ada yang betul-betul sayang kita, cuma tak berapa nak menepati ciri-ciri yang macam ayah nak tu, macam mana eh? Macam mana nak yakinkan ayah? Tolong bagi idea boleh?

Monday, August 16, 2010

Sebenarnya Hati Tengah Sedih Tapi Nak Type Entry Jugak!

Salam.

Hye semua! Sihat? Puasa tak? Hepp! Jangan ponteng puasa ok. Hajat di hati nak bermadah manja, tapi, risau la bulan-bulan puasa ni bermadah, ada yang marah nanti. EHEHE.

So, tak jadi bermadah. Ha, nak dijadikan cerita, minggu lepas, dalam kelas. Ada satu topik tu sangat la fakta. Memang susah nak menerangkan. Sampai tukang cakap pun pecah kepala nak memahamkan. Pastu bila tanya, semua student pun macam dah berasap kepala. Ok, tukang cakap pun apa lagi, "take five!" Huh! Penat weh bercakap je kerja. HEHE.

Lepas dah rehat beberapa minit, sambung balik topik tu. Tukang cakap pun menggunakan falsafah CINTA untuk menerangkan maksud topik tu. Hah! Semua faham! Apesal la tak terfikir dari tadi kan? Maksudnya, nak ajar student, guna contoh CINTA je, mesti faham ye? Ish ish ish. Penat la macam ni. Asyik kena cari modal CINTA je la. Haih~

Nasib la tukang cakap ni pun agak suka bab-bab CINTA ni~ HAHAHA.


Kepada si 'Dia':
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji


Motif jiwang? Dahla takde boyfriend. HEHE. Kepada bakal suami la konon-konon. ^___^


p/s: Rasa nak makan puding laici! Jom buat! NYUMMMM~

Thursday, August 12, 2010

Dulu-Kini-Tak Jauh Beza Pun ^___^

Salam.

Hari kedua berpuasa. Demam. Kena hujan malam pertama terawih. Suara dah tak ada.

Oke, itu introduction ye. HEHE. Bekerja sebagai tukang cakap sampai student bosan adalah satu pekerjaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun student I bukan di peringkat budak sekolah, perangai masing-masing, ISH! boleh buat kepala pening.

Tapi, bila fikir balik, betul lah apa yang orang kata. 'What goes around comes around'. I sangat bersetuju dengan frasa tu. Dulu masa zaman belajar, selalu membebel.

"Apalah tukang cakap kat depan ni. Tak faham kau ajar apa."
"Alamak, subjek ni fakta gila! Ok, malas study~"
"Presentation sambil baca je boleh kan? Tak payah terang panjang lebar."

Dan tukang cakap biasanya akan kata kat kami,

"Saya ajar sampai habis suara ni, awak semua dok bercakap kat belakang!"
"Subjek fakta ni senang je kalau awak membaca."
"Awak membaca ke awak terangkan? Awak ingat saya tak boleh baca ke apa ada kat slide tu."

Dan bila tiba giliran I menjadi tukang cakap sekarang ni, baru I faham perasaan seorang tukang cakap bila student buat apa yang I pernah buat dulu. Nasib baik la I pandai kautim. Baeeeek punya!

Betul apa orang kata. 'What goes around comes around'.


p/s: Entry dibuat semasa student tengah menjawab test. Bagus kan tukang cakap ni? Hiks~

Monday, August 9, 2010

Kisah Semalam : Itu Realiti

Salam.

Owh! Sangat penat hari ini. Seperti mahu terbang rasanya. HAHA. Eh, macam lama tak update blog. Maaf. Sangat tidak berkesempatan. Tadi ke blog FRODO. Terbaca entry INI. I menangis. Entah kenapa. Oke, I touching sekejap. T___T

Berbalik kepada tajuk entry, ceh! Semalam I ke PC Fair. Best! Manusia penuh. Membanjiri KLCC Concourse itu. I mencari external hard disk 500GB. Sangat happy sebab dah tak sabar nak transfer movie. Then, ke Putrajaya melihat indahnya bumi ciptaan ALLAH. Cantik.

Tapi, itu bukan kisahnya. Semasa di KLCC, ada pasangan tua yang seperti ini.


(sumber dari encik google~)

Melayu sudah pasti. Yang lelaki berkopiah. Yang perempuan bertudung. Agak uzur. Si suami memimpin isteri. Mesra nya mereka. Tapi persoalannya, kenapa ke KLCC? Tak kan mereka ke PC Fair? Kelihatan mereka sangat susah berjalan. Seperti tercari-cari arah. Sampai ke tempat membayar kupon parking, mereka macam terpinga. Kami pun tanya, "pakcik nak bayar ke?" Si lelaki hanya menjawab, "Takpe nak. Anak bayar dulu ye."

Kami mula membuat persepsi sendiri. Kesian pasangan ni. Ke mana lah arah tujunya. Tak sampai 2 minit, datang 2 lelaki membawa 2 troli. Penuh dengan barang. Lelaki tu bersuara kepada pakcik tadi, "Jom bah. Zal dah beli semua barang dah." Pakcik tu hanya mengangguk. Kemudian, sampai 2 kenderaan mewah di depan tempat membayar kupon parking tu. Sebiji BMW baru dan sebiji JAGUAR tak silap Eksterior C-XF. Kalau silap maaf lah.

Pakcik tu bersama isterinya masuk ke dalam BMW duduk di tempat duduk belakang. Siap ada driver ber suit putih buka kan pintu. WAH! Tan Sri kah? Terus melayang segala persepsi kami.

Itu realiti hidup kan? Yang mewah harta dan mewah budi pekerti. Sedikit pun tidak menyombong diri. Sedikit pun tak meninggi. Yang anak siap senyum ke arah kami. Realiti hidup begitulah. Yang mewah sedari awal, jarang meninggi diri. Yang mewah durian runtuh yang sering lupa asal sendiri. Manusia.

Namun, sampai bila pasangan seperti ini harus dibiar hidup sendiri? renung-renungkan.




p/s: Entry pun mahu sambut Ramadhan juga. =)

Tuesday, August 3, 2010

J A T U H

Salam.

Sangat teruja hendak melampiaskan kata-kata dekat blog ni. Dek kerana kekangan masa yang sangat mencemburui, I harungi jua. Tetap nak tepek sesuatu untuk blog usang ini.

Cinta tu apa? C I N T A = L O V E ~ Cinta tu adalah sesuatu yang lahir dari hati dan mengikat kata sayang. Ibarat mandi tak kenyang, makan tak basah. Eh, salah? HEHE. Ok, sila serius. Pernah jatuh cinta? Secara jujurnya, I tak pernah jatuh CINTA. I hanya jatuh Sayang. Mungkin CINTA tu ALLAH akan turunkan bila mana I berjumpa dengan si pemegang tulang rusuk I kot? CINTA pada ALLAH itu wajib. Lakukan suruhannya, tinggalkan larangannya, lakukan yang sunat untukNYA.

Kalau CINTA pada ibu bapa, hargai mereka, kasihi mereka, jaga mereka. Kalau pada seseorang yang istimewa? Entahlah. Hati I kosong. Memang I tak nafikan, I ada menyayangi seseorang. Namun, I tak pasti, itu kah CINTA HATI I nanti?

I pernah menyayangi orang sehingga I JATUH! Kejatuhan yang bukan sedikit, yang membuatkan I serik nak bercinta. Secara jujurnya, I ANTI LELAKI SATU MASA DULU. Sampailah seseorang bukak mata I, tarik I perlahan-lahan untuk kembali kepada normal. Namun, dia tinggalkan I sekarang.

I bersyukur, Allah datangkan seseorang buat I bahagia kini. Tapi, tak boleh berharap! Jodoh di tangan TUHAN. Ikut je Flow yang ALLAH dah buat. InsyaAllah, kebahagiaan milik kita hendaknya. Tiba-tiba nak nyanyi lagu ni.

Saat Indah Bermula...
Terasa Bahagia...
Cinta Yang Lama Terhenti,
Berputik Kembali...
Ada Yang Menghampiri,
Ku Tidak Peduli...
Cinta Ini Cinta Gila,
Untuk Kita Berdua...

Tiada Yang Dapat Menghalangnya
Kita Berdua Terus Bercinta,
Selamanya...
I Cant Live..
I Cant Living Without You Oh Baby
Just Only You That My Love..
With Love...

Hanya Kau Ku Miliki,
Yang Tiada Ganti...
Bukan Mimpi Sudah Pasti,
Jiwaku Berseri...
Ada Yang Menghampiri,
Ku Tidak Peduli...
Cinta Ini Cinta Gila,
Untuk Kita Berdua....

Sesiapa yang nak lagu ni, sila ambil. Anggap I bagi. HEHE.

p/s: Masih mencari CINTA. Anyone? ^___^

Friday, July 30, 2010

Nak idea!

Salam.

Ok, tak sempat nak update panjang-panjang. Semalam ada orang tegur kotak komen I. Dia suruh I pakai SHOUTMIX sebab yang sekarang ni kena letak password la semua kan? So, dia sarankan I pakai shoutmix.

Apa kata anda?

Perlu tukar atau biarkan yang sekarang?
Bantu beri idea pliss.
Komen anda sangat dihargai.


p/s: cukup 20 orang sokong, I tukar! HEHEHE

Thursday, July 29, 2010

Penyamaran Kau dah GAME OVER!

Bingkisan senja membawa cahaya
Pekat malam nan hampir tiba
Wahai bulan apa maknanya
Hati gelap kini terang semula

Salam.

Ewah! Berpantun la pulak kan? Ok, mood bercampur aduk. Happy itu adalah pasti. Namun, still ada rasa sangat sangat kecewa. Eh, pernah dengar tikam belakang? Tak pernah? Backstabbing tahu? Owh! Tahu pulak. Nampak sangat anda semua ni oreng putey kan? Berlagak! HAHA

Apa nak buat dengan orang yang backstab kita ye? Kalau ditanya pendapat I, I suruh buat bodoh je. Abaikan sahaja orang macam ni. Bak kata FRODO, tak payah beratkan musuh dari sahabat. So, biar lah. Nama je kawan, tapi berlakon jadi ANON. Hish! Buat orang menyampah je. Eh, apa I merepek ni. HUHU

Ada satu kisah. Seorang guru.

Putri baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Putri cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Putri lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Putri memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Putri kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Putri mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Putri bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Saya adalah penjaga gol!"

HAHAHAHA.
Ok, tamat. ^__^


p/s: Tak perlu menyamar sebagai ANON. Takpe, I maafkan U. ^__^

Monday, July 26, 2010

Ujian Itu Sesuatu Yang Perlu Dihadapi

Salam.

Setelah 3 hari tak buka blog, harini tengok ada 20 komen dalam entri lepas. Terima kasih pada yang sudi komen. Walaupun ada komen yang agak 'sentap', tak apa. Terima kasih! ^___^

Hidup ni tak selalunya indah. Memang akan datang mendung, akan datang hujan, akan ada petir, akan ada panas terik. Itu semua lumrah. Itu semua rencah kehidupan. Harus ditempuhi harus dihadapi. Siapa antara kita yang tidak pernah menerima ujian? Siapa yang hidupnya sentiasa happy tanpa sebarang masalah?

Perbezaan antara kita mungkin cara kita nak atasi masalah itu. Allah hanya akan turunkan masalah dan ujian yang kita boleh hadapi. Siapa kita nak melawan takdir hukum Allah?

Tapi, kenapa setiap kali kita di timpa pelbagai kesusahan dan kepayahan, kebanyakan daripada kita tidak bersyukur? Bukankah ujian itu satu penganugerahan yang Allah berikan kepada kita? Anugerah yang menunjukkan bahawa Allah sedar akan hadirnya kita di bumi ini. Anugerah yang melambangkan betapa Allah sayang akan kita.

So, kawan-kawan~ Seharusnya, kita perlu bersyukur dan bersabar dengan apa jua yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran,3: 200)

Oleh itu, janganlah kita bersedih hati dengan segala ujian yang diturunkan kepada kita. Walaupun tak dinafikan I sangat sedih dengan komen 'sentap' yang I terima, yang mana buat I mengalirkan airmata, I rasa I tak patut menangis pun kan? Entahlah.


p/s: Sorry. Mood kurang baik. Sangat tak baik. Sensitif sangat-sangat. Sorry. My bad. =(

Friday, July 23, 2010

Singkap Kisah Blogger MISTERI

Salam.




Menjadi blogger yang agak sukar memberitahu perihal diri membuatkan ada sesetengah blogger tak suka atau lebih tepat menyampah. Betul ke? Salah ke menjadi blogger misteri?

Mari kita singkap kisah blogger yang memisterikan diri mereka. I berborak dengan beberapa blogger yang misteri seperti I (eh, I misteri ke? HAHA). Kebanyakan dari mereka mengatakan perkara yang sama. Mari I listkan. Boleh tegur kalau tak puas hati. HEHE

1. Mahu bebas menulis apa sahaja tanpa perlu orang pertikaikan identiti diri. (mereka kata)
2. Segan hendak mempamerkan rupa sendiri (kata seorang abang blogger)
3. Tak pandai nak bercerita perihal diri (kata diri sendiri)
4. Lebih mudah berinteraksi jika identiti disembunyikan. (kata seorang akak blogger)
5. Nak nilai samada berkawan sebab rupa ke ikhlas (mereka kata, I tempek je)
6. Senang nak cover dengan boyfriend atau girlfriend (mereka juga kata, bukan I)
7. Rimas dengan orang yang tak sudah-sudah memaksa nak jumpa kalau dah tahu kita macam mana (kata seorang akak blogger)

Itu antara beberapa pendapat yang I kutip daripada beberapa orang blogger misteri. Mereka ada di kalangan kita. Blogger yang bukan sekadar picisan. Tetapi, mereka lebih senang merahsiakan identiti mereka. Jadi, kita hormatilah prinsip mereka. Jangan desak untuk tahu. Kan lebih indah persahabatan tu jika kita ikut flow yang sebenar? Bukan begitu? ^___^

Misteri itu bukan satu masalah. Malah ianya indah kalau difahami sebenarnya. Hidup ni pun satu misteri. Kita tak tau apa akan berlaku esok. Jadi, ikut sahaja flow yang ada. Ok?



p/s: Cepat Komen! Tak sabar nak dengar pandangan blogger-blogger!

Wednesday, July 21, 2010

Tuntutan Kerja Menghalang Entri Baru Untuk Terbit Dengan Hebat!

Salam

I mahu update tapi belum berkesempatan.

Jaga blog I elok-elok oke? Nah, baca lirik ni diam-diam. Jangan nakal-nakal oke blogger semua. Sayang korang! Muuuuahhhxxx!!~


Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan



Jumpa yang tersirat? Fikirkan. ^___^

Tata, ada class!~ ^___^

Monday, July 19, 2010

Aku Tak Pandai Marah Orang

Salam.

Sejak akhir-akhir ni, perasan tak entry blog ni macam dah kurang UuuUmpH? Macam hilang seri. Penulis sebenarnya sangat sibuk. Tapi, masih perlu harus wajib meletakkan entri. HEHE.

Tahu tak, I sangat sayang kawan-kawan. Sangat-sangat! I akan cuba hargai selagi I mampu. Sebab tu I akan terjah juga blog-blog kawan-kawan semua! Cuma, maybe tak sempat komen. Tapi, percayalah. I baca! HEHE

Ada yang tanya, macam mana lelaki pilihan I. Baiklah. Nah, ini list. Cukup tak? HAHA

Menjaga solat 5 waktu
Hormat parents
Memahami
Tak Mendesak
TIDAK MEROKOK
TIDAK ROMANTIK
TIDAK JIWANG
TIDAK GEDIK
TIDAK MENGHABISKAN DUIT BELI BUNGA

HAHAHA. Ada yang gelak tak baca list ni? Ok, ini adalah jujur dari hati! Memang I tak suka orang yang romantik. Sangat tak suka. Entah. Huuu. And, I tak suka bunga. Tak payah bagi. HAHA.

Memang ada lelaki yang cakap kat I. Ala, poyo la awak ni. Nak romantik pun tak boleh. Eh,bukan tak boleh. Terpulang la. Cuma, I tak suka. So, jangan la marah kalau I menolak. Sebab I memang tak pandai nak marah. So, I harap, bila I macam tak suka tu, faham-faham la sendiri. Betul tak? I dah cuba. Masalahnya, I memang tak boleh orang jiwang-jiwang dengan I. Rasa pening!

I suka lagu ni. Sangat membuatkan I kuat. Jom kuat sama-sama. HEHE.

Pukul 7 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
Masih ada mentari, jadi

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Mlihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi


Lagu ni sangat memberi kesan. Yela, manusia kan? Terkadang kita terlalai. Kekadang kita alpa. Kita lupa di mana kita. Belajar tinggi melangit tapi minda kelas terbawah. Masih mahu berlagak? Sedarlah dari mimpi-mimpi. Kita hidup bukan lama. Bersyukurlah dengan pemberian Tuhan ni. Ada yang tak dapat apa yang kita ada. Masih mahu kata kau paling teruk? Bangunlah. Sedarlah. Jangan selalu mengeluh. Berdosa. Sayangi kawan-kawan. Jangan lukakan hatinya. Berdosa. Ingat ye ^___^

Wednesday, July 14, 2010

Mintak Tolong Kawan-kawan!

Salam.

Ramai betol gelakkan I. Ala, pakai sport shoes dengan baju kurung bukan comel ke? HEHE. Arini I pakai heels oke. Tidak lagi memakai sport shoes. HAHA

Eh, berapa ramai yang suka dengan teddy bear? I sangat suka teddy bear! Benda yang comel-comel memang I suka. ^___^

Tapi, ada masalah sikit. I dapat satu teddy yang SANGAT COMEL! Dah lama la. Sejak Form 5 yang lalu. Masalahnya, I taktahu apakah ia. Sampai sekarang I masih belum mendapat jawapan yang pasti. Tolong lah bagitahu. Apakah ini?


INI ANAK AYAM ATAU ANAK ITIK??



p/s: Cuba dengar lagu SAHABAT by AIZAT. Dengar tau. I paksa! HAHA

Monday, July 12, 2010

Rasa Macam Pemain Antarabangsa

Salam.

Walaupun bersengkang mata menyaksikan perlawanan bola Holland yang hebat menentang Spain yang poyo, kelas pagi ini tetap kena teruskan. Tepat jam 8.15 pagi, dengan keadaan diri yang belum boleh menerima kemenangan Spain, kaki dihayun melangkah sopan ke dewan kuliah yang mampu memuatkan seramai 120 orang. Kenapa mereka beri I dewan kuliah ni? Student subjek ni hanya 36 orang! Bagi la I kelas yang comel sikit. HUHU.

Kaki yang dihayun akhirnya terhenti depan dewan kuliah. Melangkah ke dalam dengan begitu yakin tak tersilap kelas. Terpandang wajah student yang tersengih-sengih. Confirm tak silap kelas. Mengajar subjek FALSAFAH PENDIDIKAN buat I rasa macam sangat kerdil. Masa I study dulu, subjek ni diajar dalam English oleh seorang Prof. Dr. I ni, title pun tak ada, umur baru nak masuk 23. Cabaran!

Subjek ni sangat susah. Terlalu banyak teori, terlalu banyak yang perlu difahamkan. Silap-silap, dengan I sekali tak faham. HAHA. Bayangkan, teori individu sahaja ada lebih kurang 10, teori bebas ada lebih kurang 5, teori-teori lain lagi. Setiap satu pastinya ada pecahan. I terfikir nak suruh student je present, I tengok je. Boleh tak? HAHA. Ok, jangan buat pasal.

Dengan yakin, I meletakkan handbag, beg kecil berisi marker yang banyak beserta stationary yang lain. Tiba-tiba, seorang student tegur,

“Cik, nak pergi main bola ke? Sedih Holland kalah la tu.” Seraya menjeling ke arah kasut I.

“High heels saya hilang lah!” Ketawa memenuhi ruang dewan kuliah.

Hampeh. Macam mana boleh tak perasan yang I pakai sport shoes dengan baju kurung! Rasa macam pemain antarabangsa dah!

Wednesday, July 7, 2010

Indahnya!

Salam.

Oke, mood I da stabil! Sangat teruja nak berkongsi cerita dengan kamu kamu semua! Masih ingatkah semua dengan entry INI? Ala, entry tahun baru. My Wishlist kononnya. HEHE.

Ingat ni?

Untuk tahun 2010, list berikut I akan cuba capai!!!
  • Nak jadi seorang pendidik
  • Nak sambar DSLR
  • Beli gitar baru. Gitar lama dah bagi anak sedara
  • Nak jumpa kawan blogger especially Ms. Independant!
  • Rajin letak gambar sendiri dalam blog (Eh, macam boleh abaikan yang ini =p)
  • Nak cari jodoh??? Tetttt!!!~
  • Nak..... (Ada banyak lagi. Tak dapat nak listkan)
Itu wishlist I untuk tahun ni. Yang point pertama dan ketiga tu, I dah dapat! Alhamdulillah! I sekarang sudah bergelar LECTURER! Alhamdulillah sangat! =)

Tadi sudah mula masuk kelas. Macam mana la agaknya rupa I dalam kelas kan? HAHA. Mungkin macam ni kot?

OH! INI SANGAT GANAS!!!

Mungkin I baik macam dalam gambar atas ni kot? HEHE. Apapun, terima kasih kepada yang telah mendoakan I. Sangat berterima kasih. Dalam usia 22 tahun setengah ni, I dah dapat! Alhamdulillah!

Lagi satu, I nak promote dekat semua seantero dunia! Mari jengah blog ini beramai-ramai!
Klik pada gambar oke!


Jengah tau! Mari bersama imarahkan blog ini. Klik je. Eh, macam sudah lama tak berkongsi lirik kan? Nah! Pernah dengar lagu ini?

Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuang

Sebenarnya hidup disini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya
Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus diperjalanan

Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan Yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri
Untuk apa dipersembahkan kepada

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-ronta

Nilaikan lagu ini. Cari maksud tersirat yang I cuba bagi. Indahnya hidup ini! Jika sahabat ada disisi. Terima kasih sahabat! Kepada semua blogger yang selalu hadir ke sini, nantikan contest sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba nanti.


p/s: HP dia hilang! Sedih! T___T

Tuesday, July 6, 2010

Menyendiri

Salam.

Rindu sangat dekat blog! Rindu kawan-kawan blog! Maafkan I sebab tak dapat mengupdate cerita baru. I sangat busy. Sangat-sangat. Dengan interview, perpindahan ofis, pindah department, bertukar profesion, buat I sangat-sangat susah nak menghadap laptop. Dah beberapa hari I langsung tak ada masa nak buka laptop.

I dah berjaya mendapat profesion idaman. Nanti I update k. Please jangan rindu I. I perlukan ruang untuk bersendiri pagi tadi. Mendapat message dari seorang BLOGGER. Dia kata, dia takut dengan I. Maybe cara I message yang buatkan dia nak avoid I? Entah. I gangster sangat kot. T___T


p/s: kepada mana-mana BLOGGER yang tak suka cara I bermessage (SMS), Maafkan I. Itu memang cara I. Maybe I gedik kadang-kadang. Tak ada niat apa. Sekadar gurauan. Sila jangan serik dengan I and jangan judge I terlalu cepat. Sedih! @___@

Wednesday, June 30, 2010

Tak semua orang suka kita

Salam.

Hai hai. I dapat a few comments membina untuk penulisan I dalam entry lepas. Maybe I boleh cuba menulis lagi dengan lebih baik. Mana tahu, I boleh terbitkan buku? HAHA. Berangan itu penting ok.

Ha, berbalik kepada tajuk entry. Macam serius kan? Tak ada lah serius mana. Cuma, I sekadar nak berkongsi. Kan blogging is for sharing. Apa guna ada blog tapi tak mahu berkongsi kan? Dimulakan dengan ayat ini:

INI HANYA PANDANGAN JUJUR PENULIS. BOLEH HENTAM KALAU KAMU MAHU. TIDAK MERUJUK KEPADA SESIAPA.

Cuba perhatikan tajuk entry. Tak semua orang suka kita. Cuba nilai balik. Kalau diputar sedikit ayat tu, kita akan dapat, Tak semua orang kita suka. Setuju? Bermakna, kalau kita sendiri ada perasaan tidak suka seseorang, mungkin gaya dia, cara pandangan, cara percakapan malah cara penulisan, mengapa kita perlu risau kalau ada orang yang tidak suka kita atas dasar yang sama?

Setiap orang ada kelemahan, ada kekuatan. Jangan ingat kita sentiasa akan disukai. Entah-entah, kita menulis ni pun, ada yang tak suka kita. Cuma, sebagai kawan, kita harus belajar memahami apa kehendak kawan kita.

Sebagai contoh. Kalau orang tu kata dia busy, atau dia nak keluar, bagi la ruang kepada dia. Jangan tanya sampai 10 soalan kemana, nk buat apa, dengan siapa, naik apa, agak-agak sampai pukul berapa dan sebagainya! HUH! Annoying la. Cuba bersikap biasa-biasa sahaja. InsyaAllah, kita akan disukai.


Ingin berkongsi lirik. Seperti biasa. ^___^

Rangkap satu
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua

Sebelum memulakan sesuatu, mulakan dengan salam. Jangan main HOI. Tak baik untuk kesihatan jantung dan juga telinga. =p

Jangan banyak jangan sikit
Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa

Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Sebab tu I kata, bersederhanalah. Baru lah hidup ni indah. Cara kamu dan aku mungkin sama tapi akan ada bezanya.

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Jauhkan pandangan. Jangan hanya pandang yang dekat sahaja. Lepas tu, nak menjatuhkan orang lain. Tak perlu semua tu. Aim untuk diri sendiri. Kita tak kacau orang, orang pun tak kacau kita. Kan? ^___^

Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu
Naik turun aku

Bulan jauh? Tapi ada angkasawan dah sampai. Bermakna, benda yang sejauh itu pun mampu dicapai. Naik turun kita, hanya kita sahaja yang tahu. Orang lain tak berhak buat keputusan untuk pihak kita.

Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula

Kawan, persahabatan, sahabat semua tu penting. Bila kita jatuh, jangan cepat mengeluh. Bangun dan belajar lagi. Sama-sama bersahabat, tolong menolong lah sesama kita.

Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju

Berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Teruskan berlari. Kejar bintang yang kau mahu itu. Jangan asyik fikir siapa suka kita, siapa benci kita, siapa kita tak suka, siapa yang kita benci. Lebih baik fikirkan AIM kita.

Yang lebih penting, disukai ALLAH. =)

Monday, June 28, 2010

Mencari yang Dicari

Salam.

Entry ini sekadar nukilan hati jam 5.24 pagi tadi. Masih belajar untuk memperbaiki penulisan. Maafkan penulis jika terdapat kesilapan. ^___^

Seringkali kita terbejat dengan persoalan-persoalan hidup yang sukar dirungkai. Adakala kita menerima dengan redha, adakala kita mempersoalkan kenapa. Lebih banyak menyoal aku kira. Didatangi masalah bertimpa, buat kita sering terlupa, pada siapa hendak mengadu, pada siapa hendak meratap hiba. LUPA! LALAI! Entah mana silapnya.

Itulah manusia. Yang dijadikan cukup sempurna, lengkap dengan akal fikiran, masih terabai dengan paradigma dunia. Masih terlupa pada janji dengan Pencipta. Bukankah DIA sudah tetapkan kemana hala? Mengapa masih mahu mengubah rentak perjalanannya? Hebat sangatkah kita?

Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan

Lirik itu mungkin memberi kesan, mungkin juga tidak. Cubalah cari relevan nya. Mungkin anda berjumpa dengan SESUATU. ^___^

p/s: so, boleh komen! I tak pandai sangat menulis. Sekadar mencuba. =)

Thursday, June 24, 2010

Fynn Jamal memang TERBAEK!

Salam.

Tajuk entry macam tak ada kena mengena dengan entry. HAHA. Cuma nak beritahu, I dah FALL IN LOVE dengan lagu-lagu Fynn Jamal terutama lagu 150 JUTA. Pergi download sekarang! Cari lirik dia. Memang best kuasa tiga~ ^__^

Oke, abaikan kisah itu. Pernah makan sambal belacan? Lagi pedas, peh lagi sedap beb! Terangkat. Lagi-lagi kalau dapat menu macam bawah ni. FUHHH!~

sambal belacan memang menarik!~


Ni lagi terbaekk!~ Rindu nak sambal belacan Mama @____@


Harap maklum. Tengah lapar. Tu yang entry makanan je. HEHE

SAMBAL BELACAN ni best!~ Pedas tapi sedap! Lagi pedas lagi sedap! SETUJU? ^__^

Macam tu juga CINTA. Lagi bergaduh, lagi bahagia. HAHA. Lagi menangis sampai berjurai-jurai airmata, lagi la dia suka. Tak bergaduh tak sah. Walau macam mana, kalau dah namanya cinta, tetap akan sayang juga kan.

Cinta tak seharusnya dinilai dari luaran. Tak semestinya kamu harus berjumpa, tenung mata, lirikan manja, meliuk lintuk semua baru boleh bercinta. Kadang-kadang, tak berjumpa pon kita boleh jatuh cinta. SETUJU?

Macam sambal belacan. Rupa bukan menarik. Tapi sedap. Sama juga macam cinta. Kalau hanya dari luaran, itu bukan cinta. Itu nafsu ye. Kesimpulannya kat sini, jangan ingat dalam alam maya tak boleh bercinta. Kadang-kadang, dengan hanya dari penulisan, dari suara, dah boleh jatuh cinta.

I dah mengalaminya. Anda? ^__^


p/s: Ini bukan entry jiwang. Harap maklum. =p

Sunday, June 20, 2010

Nasihat Aku Untuk KAMU

Salam.

Agak lama tidak update. I rasa macam malas sangat nak membuka laptop. Tapi, tiba-tiba I rasa rajin pulak! HAHA. Cakap berbelit macam ular sawa kan? Well. =p

Ok, kita serius sekarang. Pernah tengok BOOMERANG? Macam ni.



Boomerang ni, kalau kita lemparkan, dia akan patah balik pada kita. Silap-silap, kena kat diri sendiri balik. Seronok tengok orang main boomerang ni. Sebab mereka akan sangat fokus and alert. Bagus bagus.

Kehidupan kita pun macam tu kan? Sesuatu yang kita campak, yang kita taknak, mungkin akan kembali balik kat kita. Hidup ni macam boomerang. Apapun, akan kembali balik. Sebab tu kita kena hadapi dengan senyuman setiap rintangan yang sampai pada kita. Jangan campak rintangan tu, sebab dia akan kembali balik. Hadapi dengan senyuman.

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
selagi hayat di kandung badan,

Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
setakat ini,
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Serata Dunia,
Seperti Cahaya


So, apapun yang berlaku dalam kehidupan kita, jadilah kuat. Jangan selalu meratap nasib. Kan tak bagus. Sebab, kita kena sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan apa sahaja yang hadir depan mata kita. Sentiasa ingat! HIDUP SEPERTI BOOMERANG.


p/s: I rasa banyak quote I dapat minggu ni. Nanti esok I kongsi lagi oke.