Followers

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Contest Belog Tandas Lelaki: ini bukan AIM 18

Salam. Today rasa mood sangat swing! Jadi, rasa nak join contest. Siapa-siapa ada buat contest! Mari sini. I nak join. HEHE. Sebenarnya, I terbukak blog takamine. Ada contest! I nak join. Mari kita tepek gambar dulu!~


Oke, caranya mudah je.

1. Korang kena ada belog sendiri

2. Mesti warganegara malaysia ye

3. Mesti jadi follower belog TANDAS LELAKI *mamat ni gediks! HAHA*


Lain-lain syarat, sila ke blog beliau. HEHE.

First of all, I baru sangat kenal dengan takamine ni. I mean, baru je baca blog beliau. Baru 3 minggu. Tapi, everyday I mesti nak bukak. Nak baca apa dia tulis. Memang macam haram sikit la penulisan dia ni. Tapi, I enjoy. Sebab tak serabut nak fikir apa-apa. Baca and layan je. Sambil makan popcorn. HAHA

Yang kedua, ada satu entry tu, memang I suka sangat! Entry INI. Sweet kot. Telefon mak, lepas tu syahdu je dengar suara mak. Jarang kot lelaki nak manja dalam telefon dengan mak. Siap tulis dalam blog lagi. Cayalah!

Senang kata, I memang suka baca blog dia. Cuma x pernah komen. Sebab I kan memang malas sikit nak komen-komen ni. Apapun, untuk UBAHSUAI atau PERBAIKI, I rasa blog takamine ni dah cukup OK. Cuma, I tak jumpa chatbox la. Ke, memang tak ada? Mana? Mana? Letak la. Senang nak kutuk! HAHA


Ok la beb, I dah siapkan contest ni. Sila nilai ye! *puh kiri puh kanan*

Menang atau kalah, bukan persoalan. Yang penting, dengan join contest, kita dapat eratkan silaturrahim! Kan? Eh kawan-kawan, meh la join!!!~

Thursday, March 11, 2010

Aku Mahu Sara Liona!!!

Salam. Okay, sesiapa yang ada terbaca ENTRI INI di blog Ah Fatt, I betul-betul teruja nak Sara Liona! Sekali je I pandang, I terus nak.

Persoalannya, betul ke Ah Fatt buat contest? Atau dia sengaja nak mengklimakskan pemikiran I terhadap Sara Liona? Tak tahu siapa Sara Liona? Ini dia! Sara Liona yang membuat I rasa ingin memilikinya sekarang juga. Ah Fatt, tolonglah beri Sara liona pada I. Kalau tak pun, please beritahu katne I boleh dapatkan Sara Liona!

Sara Liona ni mempunyai satu karisma menarik yang membuatkan I nak sangat mendampinginya. Mana tahu, rapat dengan Sara Liona, I boleh rapat dengan tuan Sara Liona pula kan?

Ok, I bagi 3 sebab kenapa I perlukan Sara Liona.

1. I memerlukan sesuatu yang boleh comfortkan I setiap kali nak tidur. Setakat ni, hanya ada bantal berbentuk spongebob je teman I. So, nak sesuatu yang lain pula.

2. Sebab dia sangat comel!!! Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata lagi dah kecomelannya.

3. Nak tuan dia macam susah nak dapat. So, nak Sara Liona je la untuk mendekatkan diri dengan tuan dia.


Kesimpulannya, I memang nak sangat Sara Liona. Kalau I tak menang pun, tolong belikan I boleh tak Fatt? Sebab I memang dah in love sangat dengan Sara Liona!!!

Sayang Sara Liona!!!!!!


Saturday, February 27, 2010

... Ini Entry Campur-campur ...

Salam. Kawan-kawan blogger yang I sayang sekalian! Mula-mula I rasa I macam tak dapat update untuk 10 hari! Tapi, sebab dah rindu sangat dengan blog ni, I nak update jugak! I pinjam broadband orang sebelah kat hotel ni. Hahaha.

Eh, kenapa I tido hotel? Oke, meh nak bagitahu. I sekarang kat Kota Bharu. I join event Le Tour de Langkawi. Jelajah 7 negeri! Memang sangat penat. Tapi sangat happening! Eh, event belum start lah. Start esok (27 Februari 2010). Ada KB Ride. Bermulalah kerja I. So, kawan-kawan semua, sila doakan I ok!

Eh, I lupa nak bagitahu, ni list negeri yang I lalu. Manalah tahu ada yang nak jumpa I. Hahaha. I akan Kota Bharu - Kuala Berang - Kuala Terengganu - Chukai - Pekan - Mersing - Parit Sulong - Muar - PD - Putrajaya - Genting - KKB - Dataran Merdeka!

-------------------------------------Ok, tutup kisah LTDL----------------------------------

Sebenarnya, I nak update pasal Present yang I dapat sebab menang contest kat blog Cik Scribbleswithstyle. Ala, yang entry buat lagu untuk blog dia tu. So, I menang! Entry klik SINI.

Bila I dapat je hadiah tu, I terus bukak! Excited! And hadiahnya~


Ini parcel~


Parcel lagi?


Tadaaaaaaaaaaa~


Yeay! Bole letak jeweleries~

Suke sangat! love u sayang!

Oke, I dah rasa puas main laptop! Tunggu update terbaru dari I!!!~ Sayang kamu semua~



p/s: Ada yang nak jumpa I dekat mana-mana peringkat negeri? Hehehe...

Tuesday, January 26, 2010

Hargailah Mereka

Salam. Setelah jatuh bangun jatuh bangun jatuh lagi, I menguatkan emosi untuk stabil! Walaupun sebenarnya I tak kuat lagi, I kenalah berlagak kuat. Nanti entry blog sedih je, siapa nak baca hah? Sekarang ni, I nak berkongsi satu gambar. Dah lama I simpan. Sekitar 2008.

Semasa Minggu Orientasi Pelajar Baru, ada dijalankan satu Khidmat Komuniti. I jadi Fasi, so, I kena ikut diorang semua. Tempatnya dekat Rumah Orang-orang Tua.

Sedih. Tu perkataan pertama dalam hati I. Mendengar kisah diorang, lagi sedih. Salah satu ceritanya, seperti dalam gambar di atas. Kawan I Baitie, dia handle kebajikan. Dialog mereka:

Baitie: Aunty, macam mana harini, sihat?
Aunty: Sihat. Wa ada cucu besar macam u. Cantik.
Baitie: Oh, yeke? Aunty ada jumpa dia lagi sekarang?
Aunty: Sudah lama tak jumpa. Anak wa sibuk kerja. Dia nak beli rumah baru
untuk wa. Anak wa baik.

Baitie: Baiknya anak aunty! Dia pernah datang jenguk aunty?
Aunty: Pernah, 4 tahun lepas...
Baitie: (terdiam)

I pun tak puas hati, pergi korek cerita. Kakak yang empunya rumah orang-orang tua tu cakap, aunty tu dihantar pada pukul 11.35 malam, seminggu sebelum Chinese New Year. Anak dia memang taknak jaga dia lagi. Dia bagitau mak dia, dia sibuk kerja nak buat rumah besar untuk mak dia. KESIANNYA!!!

Sampai hati anak dia. Kawan-kawan, hargailah ibubapa kita. Hargailah segala perit jerih mereka nak besarkan kita. Menyebut perkataan 'Ah!' pun dah berdosa besar. Apatah lagi kalau buat macam yang anak aunty tu buat. Kalau dah taknak jaga dia, jangan bagi harapan palsu. Tapi, kenapa mak ayah boleh jaga sepuluh anak, kenapa sepuluh anak tak boleh jaga mak ayah mereka? Renung-renungkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------

'Create

Entry ni 2 dalam 1. Yang pertama, pengajaran kepada semua blogger. Yang kedua, untuk contest Cinta Sang Ratu~ Sila terjah SINI untuk join! Mudah saje! =) Cuma letak gambar dan ceritakan kenangan gambar tu.

Selamat join ye kawan-kawan semua!

p/s: entry semua nak sedeh. haishh!

Thursday, January 21, 2010

Contest Oh Kunci! by Arieza



Oh Kunci,
Tatkala malam bulan mengambang,
Hati dipagut rasa rindu,
Kucuba redakan gelombang jiwaku,
Tetap berlagu puisi syahdu.

Oh Kunci,
Pekat malam semakin menghantui,
Hati resah terusik kembali,
Kenangan dulu menggamit memori,
Bagai ditusuk dengan belati,
Setelah hati di bawa pergi.

Oh Kunci,
Hanya satu ku pinta kini,
Kuncikanlah pintu hatiku,
Dari digamit rasa rindu,
Pada 'dia' yang telah berlalu,
Tanpa sempat aku sampaikan,
"Aku masih sayang padamu".



Jom Join Contest Oh Kunci by Aziera!

Wednesday, December 30, 2009

Candid Photo Contest


Salam. Oke, nak habes 2009 ni, semua pon nak wat contest. And I sangat excited nak join contest-contest ni semua. Saje je menghiburkan hati sendiri yang jarang terhibur ni. hahaha.

Kali ni, I nak join Candid-Photo-Contest! Contest ni I dapat tau daripada blog Rina Salleh. Memang gambar-gambar yang masuk semua cun oke. I memang tipis je peluang nak menang. Tapi, kalau ada rezeki, mana lah tahu kan. Urm, oke, gambar yang I pilih ni diambil dari kamera henfon I je. So, maafla kalau kurang terang ke, effect teruk ke. Sila jangan komplen ye. KEPADA SESIAPA YANG NAK JOIN, BOLEH KLIK GAMBAR DI ATAS ATAU KLIK SINI. Ye, SINI!!!

Gambar candid yang I pilih~

Kenapa I rasa gambar ni menarek? Sebab diorang berdua ni memang langsung tak sedar I capture gambar ni. Yang lelaki asyik sangat main game henfon. Yang si kecik tu, sangat asyik tengok cara game tu dimainkan. I sangat suka gambar ni. Nampak macam si kecik tu sangat manja. I tak boleh nak terangkan. Tapi, seriously, gambar ni I wajib tengok setiap hari (sebab wallpaper laptop I. HAHAHAHAHA)

puh kiri ~
puh kanan~
HEHEHE

Tak menang pun tak apa. Just I suka meriahkan semua contest-contest!!!~

Thursday, December 24, 2009

Contest-Scribbles-Song


Salam.

Sebenarnya I nak tunggu hari terakhir untuk join contest ni. Tapi, I sangat risau kalau lagu yang I nak dah ada orang pilih. Setelah berdiskusi dengan kawan-kawan I ditambah dengan dengar lagu yang sama berulang-ulang kali untuk kepastian, dah muktamad untuk I pilih lagu:


1234 by PLAIN WHITE T'S!!!


The reason I choose this song dan I merasakan lagu ni sesuai untuk blog Scribbleswithstyle adalah kerana,
  1. lagu ni tak berapa slow dan agak catchy.
  2. lirik lagu ni sesuai dengan pemilik blog Scribbleswithsyle
  3. lagu ni sweet macam pemilik blog Scribbleswithstyle!!!
Antara lirik dalam lagu ni yang betul-betul menarek minat I ialah;

Give me more loving than I’ve ever had
Make me feel better when I’m feeling sad
Tell me I’m special even though I know I’m not

Make me feel good when I hurt so bad
Barely getting mad
I’m so glad I found you
I love being around you
You make it easy
Its as easy as 1-2-1-2-3-4

There’s only one thing
To Do
Three words
For you
(I love you) I love you

sweet kan? ^___^

Blog Scribbleswithstyle ni best sebab entry-entry dia tak heavy. Easy going kata orang. Menarek hati I untuk terus membaca her latest entry. And, dia pandai buat ayat supaya jadi kelakar and sedih. One more thing, blog dia PINK!!! I like!!!

--------------------------------------------------------TAMAT---------------------------------------------------------

Oke, ini contest untuk memberikan lagu terbaik untuk blog Scribbleswithstyle. Sesiapa yang nak join, boleh klik sini.

Friday, December 4, 2009

tak terer tapi nak jugak join

Salam. Nak tahu tak? 19 Disember nanti adalah 'birthday' kawan I. Nama dia Ween. Kenal tak? Tak kenal buat-buatlah kenal. I dah 18 hari berfikir nak bagi dia apa untuk bithday nanti. Sebenarnya, I ingat nak bagi dia pakej percutian ke Langkawi. Tapi, I ada satu tiket je. Tak kan lah dia nak pergi sendiri pula. Lepas itu, I nak bagi la dia handphone. Tapi, I tak ada duit. Macam mana?

Setelah puas I fikir selama 18 hari 12 jam, I pun mendapat satu idea menarik. Memandangkan I memang tak mempunyai duit yang cukup untuk memberi dia hadiah yang mahal, I hanya mampu bagi ni je;

(klik untuk menjelaskan pandangan anda~)

Ha, ni je la yang I mampu bagi; 'Simple Birthday Card'!!!

I akan laminate kad ni and post kepada Ween. I ada 5 sebab kenapa I nak bagi this present dekat Ween;

  1. I tak pandai nak pilih hadiah. Nanti dia tak suka pula.
  2. I tak mampu nak bagi hadiah yang mahal.
  3. I nak bagi sesuatu yang dia boleh simpan and ingat I.
  4. I nak dia hargai persahabatan walau dengan siapa pun.
  5. Supaya Ween sentiasa tersenyum tengok kad ni sebab kad ni ada gambar-gambar Ween yang comel.
Done! I harap sangat Ween akan suka hadiah ni. (Gambar kat atas ni tak clear. Yang real punya sangat clear and cantik. I suka! Tak sabar nak bagi Ween)

------------------------------------------Tamat------------------------------------------

Untuk pengetahuan semua, entry ini khas untuk contest kat blog Ween. Kalau nak join, sila klik sini. Entry ni cuma karangan biasa je. Nak memeriahkan contest sahaja. Tapi, kalau ada rezeki, InsyaAllah kan? *wink*

Monday, November 30, 2009

siapa nak present?

salam. harini, I mendapat MOOD yang baru. I berazam nak update blog setiap hari. fuiyoo... oke, I tipu. mungkin setiap dua hari kot. I memang sangat semangat untuk update blog sekarang. I nak kongsi macam-macam cerita dengan semua bloggers yang disayangi!!~

First of all, TODAY ADALAH TARIKH TUTUP UNTUK CONTEST CERITERA-CHENTA!~ So, ada 12 penyertaan semuanya (ramai yang segan send thru email je ye?). Daripada 12 tu, I suppose to pilih 2 orang kan? Tapi, I nak pilih 4 yang terbaik! Tepuk tangan tepuk tangan!!
Senarai pemenang dan link kisah mereka:-

Ms. Independant
Sir Aneep
Miss Suhaina (dihantar dalam email)
Mr.Chenta

So, I akan hantar hadiah kat semua oke!! (Tepuk Tepuk~~)

Yang kedua, I nak lancarkan satu lagi contest. Tapi, kena tunggu okey. Okaylah, sampai sini dulu I nak membebel. Again, tahniah pada yang menang!!! ~___~

Thursday, November 12, 2009

Let's have fun!~ Contest contest contest~

"Mungkinkah, bila ku bertanya, pada bintang-bintang.
Dan bila, ku mula merasa, bahasa kesunyian."

Ah, itu intro sahaja. Nanti kalau letak lirik yang penuh, ada sahaja yang kata I gedik. So, I letak dua baris sahaja. Cukuplah buat masa ini kan. I nak mintak maaf dengan semua pembaca sebab i dah lama tak update dan jenguk blog orang. Ok, I tebus dosa sekarang. Sekarang I buat. Well, I sebenarnya sedang bermurah hati ingin memberi hadiah kepada pembaca yang comel sekalian. Hadiah adalah seperti berikut:


credits to aiflorist


Memandangkan I nak bagi hadiah ini, pembaca semua mestilah buat sesuatu untuk I. Ok, kalau namanya contest, mesti ada syarat. betul tak? jadinya, sila scroll ke bawah untuk syarat-syarat penyertaan (ada yang nak sertai ke? hahaha)

  1. Terbuka kepada semua wargablog yang berminat

  2. Anda perlu mengarang sebuah cerita kisah CINTA (antara manusia dengan manusia ke, antara pensel dengan pen ke, apa-apa pun tidak kisah. asalkan ianya sebuah cerita CINTA) TIDAK KURANG dari 135 patah perkataan dan TIDAK LEBIH dari 150 patah perkataan.

  3. Cerita mestilah asli. Kalau tak asli, I jemput Inspektor Chika buat siasatan. Huhu..

  4. Semua hasil cerita perlu dipublish dalam blog anda dengan tajuk "Contest Ceritera-Chenta". Anda perlu menyertakan gambar tentang kisah Cinta itu. (Kalau kisah kuali dan senduk, haruslah ada gambar kuali dan senduk) jangan lupa, letak banner express seperti di bawah syarat-syarat ini sekali tau!~ (tak cantik pun tak kisah. I buat edit edit 5 minit sahaja. Tak cukup masa!) And link kan ke entry ini!

  5. Selepas itu, sila inform I kalau anda dah publish. Inform dalam comment boleh, kalau nak email pun boleh. (dearie_fana[at]yahoo[dot]com) tapi macam lagi best kalau anda comment. So, pembaca lain pun boleh baca kisah anda tu.

  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada: 30 NOVEMBER 2009

  7. Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti anda. 2 pemenang akan dipilih dan akan mendapat hadiah yang tersebut!

  8. Pemenang akan di beritahu secara senyap. Hahaha. Nanti I akan war-warkan oke. Jom ajak kawan-kawan blog JOIN!!~



    Apa lagi? Mari sertai I sekarang. Selamat bercinta~~~

p/s: Kalau ada yang tak makan coklat macam I, bagitahu dekat I. Nanti I akan tukar hadiah dengan nilai harga yang sama. Peace!!~