Wednesday, February 10, 2010

Katakan 'I LOVE YOU'

Cinta sampai mati (sekadar gambar hiasan)


Salam. Oh blogger-blogger kesayanganku! Rindu kamu semua. Oh ya, sebelum I terlupa, ramai tak join gath Blogger Tegar kat Pulau nanti? I nak join!!!

Ok, pasal topik I LOVE YOU ni. Kadangkala kita susah nak mengungkapkan perkataan I Love U. Sangat susah. Bagi I la. I taktau orang lain. Tapi, pada I, perkataan tu sangat berharga. Hanya untuk suami je nanti I akan bagi.

Tapi, semalam! I jumpa satu artikel dalam sebuah majalah. Mengenai pentingnya mengungkapkan 'I love u', atau 'Saya sayang awak' kepada kawan-kawan kita, kekasih kita, dan paling utama, ibubapa kita. Bila kita mengungkapkan rasa hati kita, kita akan lebih tenang. Salah ke kalau kita berjumpa dengan seorang kawan, then kita ungkapkan 'Liya, aku sayang ko!'. Tak salah kan?

Kata-kata macam tu adalah satu semangat dan perangsang. Kata-kata tu juga adalah satu doa bilamana kita katakan kita sayang dekat seseorang, nescaya akan ada orang lain yang sedang sayang kita juga.

Selagi orang-orang yang kita sayang masih hidup, ungkapkan apa yang anda semua nak ungkapkan. Jangan menyesal kalau tak sempat ungkapkan. Sometimes kita anggap ini perkara remeh macam tak penting. Tapi, ungkapan sayang tu sebenarnya menguatkan lagi hubungan seseorang dengan orang yang lain. Lebih penting lagi, katakan anda sayang parents anda selagi mereka masih hidup. InsyaAllah restu mereka, sentiasa dengan anda semua.

I bercakap dari pengalaman. Ungkapkan selagi belum terlambat. =)


Kalau orang yang kita sayang dah tinggalkan kita, apa pilihan yang kita ada?

Friday, February 5, 2010

Merokok tu TIDAK HEBAT!!!

Salam. Seperti yang dijanjikan, I nak buat entry pasal ROKOK kan? Apa hebatnya rokok? Kenapa semua orang macam ada masalah je, mesti nak cari ROKOK? Rokok tu kawan karib ke?

I sangat suka berkongsi tips. Macam selalu I buat tu. I suka kongsi cerita yang I tahu.

Kenapa I TAK SUKA PEROKOK? Rokok itu HARAM. Merokok haram hukumnya berdasarkan makna yang terindikasi dari zahir ayat Al-Qur’an dan As-Sunnah serta iktibar (logika) yang benar. Dalil dari Al-Qur’an adalah firmanNya.
“Artinya : Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan” [Al-Baqarah : 195] Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu.

Rokok banyak BAHAN KIMIA. Tak percaya? Nah!

Bahan Kimia ni semua boleh menyebabkan anda GILA, SAKIT JANTUNG, dan macam-macam lagi sakit kronik! Dan, SANGAT BAHAYA kepada ibu mengandung. Tolongla berhenti merokok. I memang tak boleh sangat bau rokok. I senang nak muntah.

I bukan nak marah ke apa. Itu hak masing-masing. Cuma, benda yang dah kita tahu Haram and Bahaya, jauhkan lah. Cuba lah berhenti merokok. Banyak cara untuk berhenti merokok. Kalau orang lain boleh, anda semua pon boleh. Jom kawan-kawan semua, kita doakan orang yang merokok ni, berjaya BERHENTI MEROKOK.

I bukan nak POYO, I cuma nasihat. =)



p/s: Sesiapa nak dating ngan I, jangan MEROKOK please. ^____^

Wednesday, February 3, 2010

Merokok itu HEBAT? Siapa Kata???

Salam. Siapa kata Merokok tu HEBAT? Pada I, memang tak HEBAT langsung. Oke, ada sebab kenapa entry ni dicipta. Esok I sambung pasal merokok ni. Sekarang, mari layan cerita di bawah!

Oke, program KL Ride Le Tour de Langkawi telah tamat semalam! Yes, bole rehat sebelum 2 minggu lagi nye event. Hadeii. So, mari biarkan gambar berbicara oke~



Ni basikal-basikal kami~


Dia ni antara yang terawal sampai.


Proses tunggu basikal~


Geng-geng riders~



Geng kami. I xde. I tukang amik gmbar. haha


Yang pakai spek ni Musairi Musa. Johan Berbasikal Malaysia.
Yang pegang kepala, Mahadzir, johan jugak.
Yang tengok bawah ada baju biru kat dalam, riders Malaysia jugak.


Kayuh lagi abang!


Budak ni name die Fendy. Tengok, dia lagi laju dari abang polis belakang tu.


Pakcik ni hebat! 12.4 KM die rilek lagi. umur dalam 70 rasanya. I adore u pakcik!!!

Alalalala, jangan sedey oke.

Kesimpulannya, kitorang happy sebab berjaya gak organize mende nih! Best gak jadi staff nih. Dulu jadi student, takleh nakal-nakal sangat. Now jadi staff, mari membuli!! Hahaha

p/s: Cerita ROKOK nanti I update oke

Sunday, January 31, 2010

KL Ride

Salam. Akan update later. Esok ada KL Ride di Dataran Merdeka. Event together dengan Le Tour de Langkawi. Mari Berkayuhh!!!!~

Mari Berkayuh~
Mari Berkayuh~
Mari~
mari~
mari....
mari...
...
..
.


Gambar akan update esok malam atau Selasa. Oke, tata.

Tuesday, January 26, 2010

Hargailah Mereka

Salam. Setelah jatuh bangun jatuh bangun jatuh lagi, I menguatkan emosi untuk stabil! Walaupun sebenarnya I tak kuat lagi, I kenalah berlagak kuat. Nanti entry blog sedih je, siapa nak baca hah? Sekarang ni, I nak berkongsi satu gambar. Dah lama I simpan. Sekitar 2008.

Semasa Minggu Orientasi Pelajar Baru, ada dijalankan satu Khidmat Komuniti. I jadi Fasi, so, I kena ikut diorang semua. Tempatnya dekat Rumah Orang-orang Tua.

Sedih. Tu perkataan pertama dalam hati I. Mendengar kisah diorang, lagi sedih. Salah satu ceritanya, seperti dalam gambar di atas. Kawan I Baitie, dia handle kebajikan. Dialog mereka:

Baitie: Aunty, macam mana harini, sihat?
Aunty: Sihat. Wa ada cucu besar macam u. Cantik.
Baitie: Oh, yeke? Aunty ada jumpa dia lagi sekarang?
Aunty: Sudah lama tak jumpa. Anak wa sibuk kerja. Dia nak beli rumah baru
untuk wa. Anak wa baik.

Baitie: Baiknya anak aunty! Dia pernah datang jenguk aunty?
Aunty: Pernah, 4 tahun lepas...
Baitie: (terdiam)

I pun tak puas hati, pergi korek cerita. Kakak yang empunya rumah orang-orang tua tu cakap, aunty tu dihantar pada pukul 11.35 malam, seminggu sebelum Chinese New Year. Anak dia memang taknak jaga dia lagi. Dia bagitau mak dia, dia sibuk kerja nak buat rumah besar untuk mak dia. KESIANNYA!!!

Sampai hati anak dia. Kawan-kawan, hargailah ibubapa kita. Hargailah segala perit jerih mereka nak besarkan kita. Menyebut perkataan 'Ah!' pun dah berdosa besar. Apatah lagi kalau buat macam yang anak aunty tu buat. Kalau dah taknak jaga dia, jangan bagi harapan palsu. Tapi, kenapa mak ayah boleh jaga sepuluh anak, kenapa sepuluh anak tak boleh jaga mak ayah mereka? Renung-renungkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------

'Create

Entry ni 2 dalam 1. Yang pertama, pengajaran kepada semua blogger. Yang kedua, untuk contest Cinta Sang Ratu~ Sila terjah SINI untuk join! Mudah saje! =) Cuma letak gambar dan ceritakan kenangan gambar tu.

Selamat join ye kawan-kawan semua!

p/s: entry semua nak sedeh. haishh!

Monday, January 25, 2010

Tips Untuk Mengubati Luka di Hati

ENTRY INI PANJANG! SILA KLIK PANGKAH JIKA MACAM MALAS NAK BACA
TAPI I SARANKAN U ALL BACA SEBAB I NAK U ALL BACA. HA, APAKAH!!!


Salam. Haish! Baru je semalam I mintak tips nasihat dari kawan-kawan blogger, arini I dah buat tips sendiri? Berlagak! Hahaha

Bukanlah, I dah kumpul SEMUA (I ulang, SEMUA) nasihat yang kawan-kawan blogger baik hati I bagi. I letak kat sini, boleh jadi panduan kepada sesiapa yang mahu mengubati luka di hati dan melupakan insan tersayang! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua blogger yang memberi komen dan nasihat untuk I. Nah, ni link2 mereka. Pergi terjah!

- arieza - nabil - Fhad - Ruff - si Putihpurple - Khuzaini - pak long - enulwanie - lumut - aku Beskot - ween - farwalis - aNis aMirAh - kawie - hana zaty - Ms.Independant - HBZ - bonekaTaksakit - eiman - ije - ummi Dania - faarihin -
cik Cumey - Firol - Mieza - safizan - Kapten Luffy - hajarus -


Terima Kasih yang tak terhingga!!~ Sayang korang semua! Kurang sikit sendu di hati.

Mari ikuti tips mengubati hati yang luka dan melupakan seseorang~
  1. Pergilah mencari Pencipta Kamu. Mengadu pada Dia. Menangis depan Dia. Cerita semua pada Dia. (I Mohon keampunan dariNYA sebab mencintai seseorang yang belum sah menjadi suami. Hadoi, besar dosa I. Astaghfirullah!)
  2. Solat hajat, solat istikharah dan solat-solat sunat yang lain. Mengaji jangan tinggal. Barulah tenang hati. (Empunya diri ni pun sama, gi lah bawak-bawak mengaji)
  3. Jangan duduk sendirian! Kalau I, gi lah bowling! Pastu aim kat pin tu macam kita nak lepaskan geram. Confirm STRIKE!
  4. Pergi berbual dengan parents. Cuma, I tak boleh nak borak ngan my parents sangat tentang hati perasaan ni. I jenis pemalu nak bercerita. Tapi kan, my dad ada tanya soalan cepu cemas, "Agak-agak bila nak kawin?" ERK! Oke, TERDIAM.
  5. Jangan buang barang pemberian si dia. Simpan sahaja. Kalau rindu, tengok sahaja. Sebab kalau dah buang, terus tak ada apa untuk kita tengok. Sekurang-kurangnya, kita jadi kuat!
  6. Kalau I, I tak boleh dengar lagu-lagu jiwang. Cuba cari lagu yang semangat sikit. Macam I, I dengar lagu-lagu Linkin Park.
  7. Jangan merayu kepada dia untuk terima kita balik. Sebab dia akan rasa yang dia dah mendapat kemenangan total. Cuba jadi KUAT seperti MILO. Heh, sempat merepek.
  8. Yang paling penting, belajar untuk REDHA. Terima perkara tu and berdoa agar dapat yang Terbaik untuk kita.
Amiinn. I merasa air mata sangat banyak turun semasa menaip semua ni. Bukan sebab I down down down tapi sebab I rasa beruntung ada ramai kawan blog yang sayang I. Terima kasih semua. U make my day! I akan cuba jadi kuat. I masih cuba. Doakan I!

"Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang"

I akan kuat. I akan kuat. I akan kuat. T____T

Saturday, January 23, 2010

Cukup.Berhentilah.


Salam. Mahu pertolongan dari teman-teman blogger I yang baik hati dan sweet sangat. TOLONG bagi idea macam mana nak lupakan seseorang yang cukup ISTIMEWA?

Bantu I. Tolong. I dah tak nak nangis lagi. T____T

 
template by suckmylolly.com