Followers

Saturday, December 15, 2012

Selamat Hari Lahir Kamen :)

Assalamualaikum.

Hari ni 14.12.12. Dalam kalendar Islam 1.2.34. :) Entri ini khas buat seorang teman dekat di hati. Dia kekal sahabat dunia akhirat.

Dulu, setiap benda pasti aku kongsi dengan dia. Alhamdulillah. Allah beri peluang pada aku untuk hargai seorang kawan. Kenal di alam maya tanpa pernah bersua muka namun berkawan bagai kami dah kenal lama. Aku bersyukur kerana dia diturunkan Allah bagai seseorang yang sentiasa support apa aku buat. Dialah pengkritik, dialah tukang komen. Ada ketika kami salah faham. Tapi itu normal. Mungkin ketika ini Allah sedang uji aku. Mungkin.

Buat dia yang jauh. Aku rindu kau. Dan akan selalu rindu kau. Aku doakan semua yang terbaik untuk kau. Aku harap kau sentiasa di bawah lembayung Allah Taala. Jutaan terima kasih kerana pernah jadi sahabat yang terbaik untuk aku. Dan jika diizinkan Allah, aku akan terus jadi sahabat kau selamanya.

Selamat Hari Lahir Kamen @ Kamil Zulkepli.

Ikhlas,

Adeqq Farhana :)


Friday, November 23, 2012

Aku rindu kalian

Salam.

Lama tak mencoret dekat blog ni. Berhabuk-habuk. Sebenarnya dah lama. Terlalu lama simpan benda ni. Tiba-tiba tadi terdengar lagu 150 juta. Apa lagi, kenangan lama tu datang kembali. Aku rindukan Kamen. Aku rindukan si Frodo. Aku rindu Fara Miss Independent. Aku rindukan AJ. Aku rindukan Alvin. Aku rindukan Ah Ian, Fhad, Lya Colours, Nasikputeh, Lumut, Bidadari Besi, Sabarimon, Mofasad, Berd, dan semua lah yang aku pernah singgah blog selalu, yang pernah gaduh-gaduh manja dulu, yang tak putus-putus bagi semangat bila aku jatuh.

Jujur. Aku sangat rindu.

Kamen. Ko lagi aku rindu. Tiba-tiba ko hilang. Sampai sudah aku taktahu kenapa. Nah untuk kalian semua.

Inginku berteriak namun tak bisa
Sahabat kalian semua ada dimana?
Sejenak mataku berkaca kaca dalam keheningan
Tak terasa air mata membasahi pipiku

#Rindu mencengkam. :(

Thursday, August 9, 2012

Teman Pengganti - Malique & Black


Respect.

Itu yang aku rasa bila pertama kali aku dengar lagu ni. Melodi lama yang dibarukan. Cukup kena dengan apa yang berlaku dalam era metropolitan ni. Aku tak pernah bosan dengan semua lagu dari Malique dan Altimet. Mereka punya visi dalam menyampaikan lagu melalui lirik-lirik yang nampak kompleks tapi bila dihayati, kita boleh faham sebenarnya. 

Satu yang aku sangat kagum bila mereka cuba nak menyedarkan kita semua betapa masa kita dah hampir nak bertemu Pencipta. Antara sedar dengan tidak, kita yang konon dah maju ni sebenarnya jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan negara lain. 

Aku letak lirik lagu ni kat sini. Semoga beri manfaat pada kalian. :)


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Saturday, August 4, 2012

Kalaulah boleh bagi semua orang faham

Salam.

Penatlah nak jaga hati orang. Sebab selalunya orang pun tak jaga hati kita. Contohnya kalau kita cakap secara general, ada yang terasa. Kadang-kadang kita tak kisah benda tu langsung, tapi orang kata kita marah. Come on lah. 

Kepada kalian yang sedang hangat bercinta. To be honest, aku happy gila untuk kalian. Sebab aku rasa kalian dari dulu memang ada chemistry bersama. Aku tak pernah jeles dan aku memang ikhlas doakan kalian. CUMA, bila kalian letak gambar yang tepi pantai tu, boleh tak kalian faham perasaan aku? Time tu aku ada. Secara tak langsung aku kecil hati. Itu sahaja. 

Aku pun dah kata, aku marah sedih kecewa sehari tu saja. Dan aku siap hantar text maaf rasanya sebab taknak benda ni panjang. Ada kamu reply? Tak ada kan? Sampai sekarang pun kamu tak ada tegur aku kan? So, apa lagi yang boleh aku buat? 

Titik. Noktah.

Tuesday, July 24, 2012

Batman The Dark Knight Rises Daebak!

Salam Ramadhan semua! Mesti ada yang kata aku lambat sebab baru nak update cerita Batman ni kan? Memang aku lambat sikit. Tak sempat nak online via PC. Ni ada masa sekejap, aku nak juga update. Sebelum aku beria nak update, aku nak ucapkan salam Ramadhan, semoga Ramadhan kali ni membawa berkah kepada anda semua.

Aku tengok Batman ni masa first day dia keluar. Khamis. Memang terbaik! Daebak! 2 jam 45 minit aku berbaloi dengan movie ni. Sesiapa yang belum tengok, aku suggest kamu pergi tengok sekarang! Sound effect dia superb, adventure dia superb. Ada part yang lawak pada aku. Tapi mungkin aku sendiri yang rasa benda tu lawak. Orang lain might take it serious sebab fokus tengok movie tu. Overall, movie ni dapat standing ovation dan few people bertepuk lepas habis movie ni. Aku dah lama tak dengar orang bertepuk dalam cinema. Aku rasa last adalah movie Battleship. Ke, aku sorang saja yang bertepuk masa tu? Haha.

Untuk tatapan kalian, nah terimalah wallpaper Batman yang best. Sampai bertemu lagi.



*aku dah taknak update entry dengan saya awak dah. macam fake sangat je.*

Thursday, June 21, 2012

Hilang dalam ramai

Salam. Hai. Lama kan tak jumpa? Untuk tahun 2012 ni, ini entry ketiga. Nampak tak betapa lama tak update? Mula-mula ingat mahu hilang terus dari dunia blog. Tapi entah macam mana, hati tersentak-sentak mahu terus ada di sini. Walau tiada pengunjung lagi, harap boleh jadi diari satu masa nanti.

Lama. Sungguh lama. Perit di hati masih tak surut lagi. Sedarlah diri, lelaki itu sudah berkahwin. Jangan dikenang. Berdosa. Suami orang tu. Semoga ALLAH memelihara rumahtangga mereka.

Apa khabar kalian semua? Semoga sihat sejahtera. Update lah kisah terkini awak-awak semua. Nanti saya serbu rumah awak semua. Okay? Love!

Tuesday, February 21, 2012

Kenapa oh Kenapa

Salam.

Pernah rasa bila kita dalam dilema kita selalu tanya KENAPA? Tapi kita jarang sedar yang kita tanya tu perjalanan hidup yang telah ditentukan. Ibarat kalau papan skateboard kalau dah guna tiba tiba roda dia patah, KENAPA patah tu boleh dijelaskan dengan sekali lalu ke?

Entah kenapa pendekatan papan skateboard digunakan. Mungkin rasa pendekatan tu paling logik kot. Kot lah. Tak pasti pon.

Ceritanya, ada perkara yang kurang menarik berlaku. Tapi takdelah orang tu nak tanya atau nak mintak penjelasan ke apa. Terus tanya, 'kenapa boleh jadi macam ni?' 'kenapa cuai sangat?' 'kenapa tak macam ni?' 'kenapa tak macam tu?' Banyak sangat guna perkataan KENAPA sampai da naik muak nak jawab. Cuba tak perlu push dulu? Keadaan dah relaks, baru lah tanya.

Ah ini entri tentang jiwa sendiri. Tak ada kena mengena dengan orang lain sebenarnya. Aku yang emo. Ah sudah.

Thursday, January 19, 2012

Titik Mula

Salam.

Sangat lama sejak last update dulu. Harap dah jadi lebih matang. Bosan dengan cara penulisan yang sentiasa cover sampai tak mampu menunjukkan diri yang sebenar. Perlu lebih yakin lagi dalam menulis. Doakan saya terus menulis sehingga saya sudah kering idea untuk menulis.

Sekarang mood asyik bercinta. Bahagia. InsyaAllah. Doakan.

><