Followers

Saturday, December 15, 2012

Selamat Hari Lahir Kamen :)

Assalamualaikum.

Hari ni 14.12.12. Dalam kalendar Islam 1.2.34. :) Entri ini khas buat seorang teman dekat di hati. Dia kekal sahabat dunia akhirat.

Dulu, setiap benda pasti aku kongsi dengan dia. Alhamdulillah. Allah beri peluang pada aku untuk hargai seorang kawan. Kenal di alam maya tanpa pernah bersua muka namun berkawan bagai kami dah kenal lama. Aku bersyukur kerana dia diturunkan Allah bagai seseorang yang sentiasa support apa aku buat. Dialah pengkritik, dialah tukang komen. Ada ketika kami salah faham. Tapi itu normal. Mungkin ketika ini Allah sedang uji aku. Mungkin.

Buat dia yang jauh. Aku rindu kau. Dan akan selalu rindu kau. Aku doakan semua yang terbaik untuk kau. Aku harap kau sentiasa di bawah lembayung Allah Taala. Jutaan terima kasih kerana pernah jadi sahabat yang terbaik untuk aku. Dan jika diizinkan Allah, aku akan terus jadi sahabat kau selamanya.

Selamat Hari Lahir Kamen @ Kamil Zulkepli.

Ikhlas,

Adeqq Farhana :)