Followers

Saturday, April 23, 2011

Sakit.Derita.Kecewa

Salam.

Betul kan orang kata. Blog ni tempat untuk kita meluahkan segala apa yang kita rasa. This is my personal blog. So, I hope tak ada yang kata I gedik sebab menulis semua kisah ni.

Biasalah. Kalau dah bercinta, badai pasang surut tu wajib akan berlaku. Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Hanya pada Allah boleh kita minta kan? Nak percaya manusia lain? Bukan tak boleh tapi takut lain yang akan berlaku. Puas sudah kami hadapi semua ni secara telus. Puas sudah kami hadapi semua ni dengan redha. Namun, satu pun tak berjaya. Mungkin Allah masih nak uji kami. Kenapa dugaan yang kami kena tanggung ni berat sangat? Mungkin Allah nak kami hapuskan dosa-dosa yang pernah kami lakukan.

Satu demi satu dugaan datang. Seorang demi seorang tak puas hati dengan hubungan yang kami bina dengan izin Allah ni. Tak faham apa yang dia cuba lakukan. Puas hati lihat kehancuran hubungan kami? Puas hati dengan kejatuhan kami? Puas hati dengan airmata yang tak pernah surut? Puas?

Manusia. Mana pernah puas. Sentiasa ada propaganda yang nak dibuat. Ada cerita baru yang nak diceritakan. Kenapa? Sebab dia tak dapat apa yang kami dapat? Atau dia nak apa yang saya ada? Tak cukupkah dengan apa yang kau ada? Seorang kau tak terjaga, sekeping hati kau tak terlayan, mampukah kau nak jaga dua?

Hebat sungguh cerita yang kau reka. Cerita yang kau pusing 360 darjah sehingga semua orang percaya pada kau. Percaya cerita kau. Percaya yang betul adalah kau~ Hanya kau!

Aku down. Aku sakit. Aku derita. Aku cuba tersenyum. Semalam, kelmarin, masih boleh. Tapi hari ini, aku dah tak boleh. Aku dah hilang sabar. Aku dah tak tahan dengan semua yang sedang berlaku.

Kepada Mr. A, saya harap awak kuat dengan saya. Awak bertahan dengan saya. Awak yakin dengan apa yang kita bina. Berdoalah agar Allah sentiasa bersama kita. Berdoalah semoga jodoh milik kita. Berdoalah semoga orang yang nak menghancurkan kita akan insaf. Tabahlah. Saya sentiasa dengan awak.

Thursday, April 21, 2011

Hidup itu indah

Salam.

Ya Allah! Lama nya tak menulis kat sini. Maaf maaf maaf~ Sekarang ni musim peperangan semester. Banyak perkara harus didahulukan. Cuma, terniat untuk menulis tentang perkara yang sedang berlaku kini.

Mood sekarang bahagia Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah! Kau tunjukkan aku kebenaran. Kau beri aku kekuatan. Kau bantu aku menggapai jiwa yang hilang. Buat kamu, semoga berbahagia bersama insan tersayang. =)

Hey hey apa sedih ni? Sekarang kena happy!

Hurm. Kecintaan yang Allah turunkan pada hambaNYA sama sahaja. Kita yang harus mendalami. Kita yang harus rasai. Dalam perhubungan, yang paling penting, kepercayaan, kesetiaan dan KEREDHAAN. Cukup 3 ini, dengan izin DIA, hubungan kamu pasti bahagia. Cuma, kau harus menahan hati dari merasai kecintaan yang tinggi. Selagi belum halal hubungan tu, jangan terlalu menyinta sehingga lupa yang lainnya. Bersederhanalah =)

Hidup ni sesuatu yang indah. Cukup indah. Tugas kita adalah hadapi setiap dugaan yang datang dan hikmah dari dugaan tu semua pasti sesuatu yang indah. Percayalah!

Kepada semua yang masih menjenguk ke mari, terima kasih sayang! Thanks! ^___^