Followers

Saturday, April 23, 2011

Sakit.Derita.Kecewa

Salam.

Betul kan orang kata. Blog ni tempat untuk kita meluahkan segala apa yang kita rasa. This is my personal blog. So, I hope tak ada yang kata I gedik sebab menulis semua kisah ni.

Biasalah. Kalau dah bercinta, badai pasang surut tu wajib akan berlaku. Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Hanya pada Allah boleh kita minta kan? Nak percaya manusia lain? Bukan tak boleh tapi takut lain yang akan berlaku. Puas sudah kami hadapi semua ni secara telus. Puas sudah kami hadapi semua ni dengan redha. Namun, satu pun tak berjaya. Mungkin Allah masih nak uji kami. Kenapa dugaan yang kami kena tanggung ni berat sangat? Mungkin Allah nak kami hapuskan dosa-dosa yang pernah kami lakukan.

Satu demi satu dugaan datang. Seorang demi seorang tak puas hati dengan hubungan yang kami bina dengan izin Allah ni. Tak faham apa yang dia cuba lakukan. Puas hati lihat kehancuran hubungan kami? Puas hati dengan kejatuhan kami? Puas hati dengan airmata yang tak pernah surut? Puas?

Manusia. Mana pernah puas. Sentiasa ada propaganda yang nak dibuat. Ada cerita baru yang nak diceritakan. Kenapa? Sebab dia tak dapat apa yang kami dapat? Atau dia nak apa yang saya ada? Tak cukupkah dengan apa yang kau ada? Seorang kau tak terjaga, sekeping hati kau tak terlayan, mampukah kau nak jaga dua?

Hebat sungguh cerita yang kau reka. Cerita yang kau pusing 360 darjah sehingga semua orang percaya pada kau. Percaya cerita kau. Percaya yang betul adalah kau~ Hanya kau!

Aku down. Aku sakit. Aku derita. Aku cuba tersenyum. Semalam, kelmarin, masih boleh. Tapi hari ini, aku dah tak boleh. Aku dah hilang sabar. Aku dah tak tahan dengan semua yang sedang berlaku.

Kepada Mr. A, saya harap awak kuat dengan saya. Awak bertahan dengan saya. Awak yakin dengan apa yang kita bina. Berdoalah agar Allah sentiasa bersama kita. Berdoalah semoga jodoh milik kita. Berdoalah semoga orang yang nak menghancurkan kita akan insaf. Tabahlah. Saya sentiasa dengan awak.

4 comments:

Frodo Baggins said...

wah ... dah banyak gua tertinggal ni
huhuhuhu, harap lu n mr. a bertabah
big hugs adeq

Lya Colours said...

berdoa pada DIA. andai dia jodoh kita, insyaALLAH walau beribu orang yang datang nak memisahkan kamu, dia tetap untuk kamu.

smile =)

Adeqq said...

Frodo:-

takdela banyak mana. Cuma, wa nak share ngan lu. macam biasa. YM eh nanti!

Adeqq said...

Lya:-

tanks a lot sayang! =)