Followers

Thursday, August 9, 2012

Teman Pengganti - Malique & Black


Respect.

Itu yang aku rasa bila pertama kali aku dengar lagu ni. Melodi lama yang dibarukan. Cukup kena dengan apa yang berlaku dalam era metropolitan ni. Aku tak pernah bosan dengan semua lagu dari Malique dan Altimet. Mereka punya visi dalam menyampaikan lagu melalui lirik-lirik yang nampak kompleks tapi bila dihayati, kita boleh faham sebenarnya. 

Satu yang aku sangat kagum bila mereka cuba nak menyedarkan kita semua betapa masa kita dah hampir nak bertemu Pencipta. Antara sedar dengan tidak, kita yang konon dah maju ni sebenarnya jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan negara lain. 

Aku letak lirik lagu ni kat sini. Semoga beri manfaat pada kalian. :)


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Saturday, August 4, 2012

Kalaulah boleh bagi semua orang faham

Salam.

Penatlah nak jaga hati orang. Sebab selalunya orang pun tak jaga hati kita. Contohnya kalau kita cakap secara general, ada yang terasa. Kadang-kadang kita tak kisah benda tu langsung, tapi orang kata kita marah. Come on lah. 

Kepada kalian yang sedang hangat bercinta. To be honest, aku happy gila untuk kalian. Sebab aku rasa kalian dari dulu memang ada chemistry bersama. Aku tak pernah jeles dan aku memang ikhlas doakan kalian. CUMA, bila kalian letak gambar yang tepi pantai tu, boleh tak kalian faham perasaan aku? Time tu aku ada. Secara tak langsung aku kecil hati. Itu sahaja. 

Aku pun dah kata, aku marah sedih kecewa sehari tu saja. Dan aku siap hantar text maaf rasanya sebab taknak benda ni panjang. Ada kamu reply? Tak ada kan? Sampai sekarang pun kamu tak ada tegur aku kan? So, apa lagi yang boleh aku buat? 

Titik. Noktah.