Followers

Saturday, January 26, 2013

Nikmat Bersahabat

Assalamualaikum.

Apa seronoknya duduk rumah tanpa ada benda nak buat? Layan TV dengan mama. Yeah. Itu sangat menarik. Susah nak dapat masa terluang macam ni. Alhamdulillah Allah masih beri aku ruang dan kesempatan bersama dengan mama dan abah.

Al kisahnya, sejak 2010, aku bersahabat dengan rakan blogger. Cukup ramai namun hanya di alam maya. Aku tak punya 'guts' untuk berjumpa mereka di alam realiti. Kenapa? Entah. Aku mungkin sukar nak bersahabat secara realiti. Malu mungkin?

Dan setelah beberapa ramai yang aku bersahabat, muncul beberapa yang aku amat rapat. Close. Kamceng. Apa pun yang kalian nak namakan. Aku sayang mereka. Dan semua pembaca blog aku. Bila aku nak ceritakan sesuatu, luahkan sesuatu, aku tahu ada yang ada dengan aku. Aku yakin tu. Sebab kalian semua anugerah dari Allah yang paling indah.

Dan kalau sesuatu terjadi, aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kalian. Kerana itulah nikmatnya bersahabat.

Kalian tahu siapa kalian kan? *kalau masih ada orang yang baca*


Ikhlas,

Adeqq Farhana

2 comments:

Anonymous said...

:)

Adeqq said...

Aku akan jadi sekerat dua sahabat kau purple! InsyaAllah :)