Followers

Showing posts with label car. Show all posts
Showing posts with label car. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

OPS SIKAP kembali lagi ^___^

Salam.

Hari ni diari tukang cakap agak memenatkan. Penuh dengan kelas. Tapi, bukan tu yang I nak cakap. Ni, nak beritahu pada semua rakyat Malaysia, OPS SIKAP DAH MULA!!!~ HEHE.

Semoga kemalangan jalan raya akan berkurangan dengan adanya OPS SIKAP yang mula awal ni. Bukan apa, sekarang ni, kemalangan selalu sangat berlaku. Nak kata kerana terlampau laju, kadang-kadang tak laju pun. Mungkin sikap pemandu tu sendiri. Yelah, cuba kita lihat, banyak sangat perkara yang tak sepatutnya dibuat semasa memandu, tapi dibuat juga. I ambil contoh diri I sendiri la. Perkara berikut I selalu buat. Bahaya sebenarnya!

1. Memandu sambil berSMS.
2. Memandu sambil bergayut di telefon (walaupun ada hands free)
3. Memandu tanpa memakai tali pinggang keledar (ni mesti ramai buat)
4. Memandu tapi minda fikir benda lain (well~ T___T)
5. Memandu sambil betulkan tudung. Oopsss~ HEHE

Tu la perkara yang I selalu buat yang ramai sangat marah. Bahaya! Ye, I tahu. Maafkan saya ye tuan tuan puan puan. HUHU.

Musim nak raya ni la mat rempit pun penuh di jalanraya. So, jangan sampai kejadian seperti di bawah ni menimpa anda semua. Renung renungkan dan selamat beramal~ ^___^

23 Ogos 2007

p/s: Berapa hari lagi nak beraya. Can't wait!!! Nak kad raya!

Thursday, July 9, 2009

my dream car oh kereta idamanku

salam. best tak layan lagu kat blog ni? ape? jiwang sangat? ha? tak best? oke, tak kesah. yang penting i suka. i rasa best. haha. eh, tadi tanya sangat.poyo betul pemilik blog ni. hehe. dah, jangan gaduh ye. tajuk entry ni my dream car. sila jangan melalut ye penulis. baekklaaahh.

kalau nak gambarkan, kereta idaman i memang la banyak. banyak sekali. tapi, apa boleh buat. kereta-kereta tu semua hanya dalam angan je. sebab memang tak mampulah. ada yang nak support ke? mari mari. penulis memang kecil tapak tangan gunung everest ditadahkan. apa ni? eh maaf. terlebih sudah. sebelum i share kereta idaman i, i nak bagitahu kepada semua pembaca yang setia bahawasanya kita perlulah bercita-cita tinggi agar pencapaian kita juga akan tinggi. (ni kenapa ni? penulis meroyan?) eheh, saje je. ayat biar gempak.

so, tanpa membuang masa yang dah banyak terbuang, mari la saksikan kereta idaman i.. jeng jeng jeng! taraaaaaaaaa....


nissan skyline 2009

omaigod. sumpah sangat teruja. kalau pergi exhibition dia, memang rasa feel lah. feel teramat sangat. tapi, apakan daya, memang tak mampu lah kan. kalau ada rezeki, alhamdulillah. apa yang penting? bercita-cita tinggi la. kan dah bagitahu tadi. apasal jawab kerjasama pulak. eh, melalut pula. oke, sambung. nissan skyline 2009 ni antara the greatest car yang buat orang tak tidur malam punya la. tapi, yang buat i lagi jatuh chenta dengan kereta ni sebab bahagian dalam dia. sumpah smart. tak percaya?




smart kan? sebab tu la i fall in love dengan nissan skyline 2009 ni. memang buat hati berbunga-bunga cinta seperti misha omar lah. i bet u. lagipun, kalau tak silap ada dual tranmisi. tapi, kalau i, i lagi suka manual lah. yelah, dah suka. nak buat macam mana. haish.

ha, kereta idaman seterusnya... jeng jeng jeng lagii.... plingg!


oh my porsche carrera


porsche gemballa gtr650 pun not bad la

kalau tanya pendapat i, memang lah i akan lebih memilih porsche carrera. sebab lebih smart, comfort and nampak lebih sporty. tetapi, kalau ada yang mahu beri porsche gemballa secara percuma pon, i terima dengan hati yang sungguh lapang lah. and i bet kalau diberi kereta kancil sekalipun secara PERCUMA tetap berasa sungguh gembira la. (tipu kalau taknak.tak baik tipu. dosa.) porsche gemballa ni bukan tak smart. smart je. cuma i lebih tertarik ngan carrera la.

bila la nak dapat pakai salah satu kereta idaman di atas kan? ada anak tan sri baca blog ni tak? nak sponsor i tak? hahahahahaha poyo sungguh si penulis. baiklah, mahu berangan menaiki kereta diatas. sementara i berangan dengan hebatnya, jangan lupa komen ya. barula penulis bersemangat nak bercerita lelaki idaman pula. eh? manade. oke, bye.