Followers

Showing posts with label lagu. Show all posts
Showing posts with label lagu. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Indahnya!

Salam.

Oke, mood I da stabil! Sangat teruja nak berkongsi cerita dengan kamu kamu semua! Masih ingatkah semua dengan entry INI? Ala, entry tahun baru. My Wishlist kononnya. HEHE.

Ingat ni?

Untuk tahun 2010, list berikut I akan cuba capai!!!
  • Nak jadi seorang pendidik
  • Nak sambar DSLR
  • Beli gitar baru. Gitar lama dah bagi anak sedara
  • Nak jumpa kawan blogger especially Ms. Independant!
  • Rajin letak gambar sendiri dalam blog (Eh, macam boleh abaikan yang ini =p)
  • Nak cari jodoh??? Tetttt!!!~
  • Nak..... (Ada banyak lagi. Tak dapat nak listkan)
Itu wishlist I untuk tahun ni. Yang point pertama dan ketiga tu, I dah dapat! Alhamdulillah! I sekarang sudah bergelar LECTURER! Alhamdulillah sangat! =)

Tadi sudah mula masuk kelas. Macam mana la agaknya rupa I dalam kelas kan? HAHA. Mungkin macam ni kot?

OH! INI SANGAT GANAS!!!

Mungkin I baik macam dalam gambar atas ni kot? HEHE. Apapun, terima kasih kepada yang telah mendoakan I. Sangat berterima kasih. Dalam usia 22 tahun setengah ni, I dah dapat! Alhamdulillah!

Lagi satu, I nak promote dekat semua seantero dunia! Mari jengah blog ini beramai-ramai!
Klik pada gambar oke!


Jengah tau! Mari bersama imarahkan blog ini. Klik je. Eh, macam sudah lama tak berkongsi lirik kan? Nah! Pernah dengar lagu ini?

Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuang

Sebenarnya hidup disini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya
Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus diperjalanan

Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan Yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri
Untuk apa dipersembahkan kepada

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-ronta

Nilaikan lagu ini. Cari maksud tersirat yang I cuba bagi. Indahnya hidup ini! Jika sahabat ada disisi. Terima kasih sahabat! Kepada semua blogger yang selalu hadir ke sini, nantikan contest sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba nanti.


p/s: HP dia hilang! Sedih! T___T

Monday, July 20, 2009

ALIF , JANGAN NAKAL!

salam.. mood dah kembali tenang. hah, rindu la kamu. kamu la. siapa? yang tengah baca ni la. rindu sangat dekat blog (oh, padahal setiap hari bukak. haha) today rasa malas nak bercerita apa-apa. cuma, i dah addicted to few songs.

  • jangan nakal - alif oiam
  • kembali pulang - kangen band (yang ada dalam blog ni sekarang. dengar lah)
  • superman - the lucky laki

so, today i nak share lirik ALIF - JANGAN NAKAL. i taip sendiri sambil dengar lagu. ada satu part i tak dapat. u all tolong carikan bole? please please please. okela, enjoy. (lagu pergi cari ye. hehe)

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terindah
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Bisa (yang ni i tak dapat.. tolonggg!!!)

c/o
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curang
oh oh
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang bawa yang kau pesan

Diriku Untukmu

Semua tahu kau milikkku
Semua tahu ku cintamu
Adapun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Bisa (yang ni je x dapat.. tolonggg!!!)

Ulang c/o

Bukan aku terlalu mengawasi kamu
Ku hanya terlalu terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Ulang c/o 3x

Diriku Untukmu
Diriku Untukmu

see, best kan lagu ni. so, apa lagi, mari menggodeh mencari lagu ini. eh, i dah ada la. hehe. tolong ye part lirik tu. tanks. okela, i nak pergi rumah makcik esah yang sebelah pasar tani sungai buloh mengambil beberapa barang yang sudah ditempah amboi cantik-cantik belaka lah jangan jeles. (apakah ayat begini? haha) daaaaaaaa...

Monday, July 6, 2009

..lagu chenta+malas..

puteri...
jangan menangis
hapus airmata
di wajah cantikmu...
puteri...
kepergianku
tak akan lama
tahan rindumu
bila kau rindukan aku puteri
cuba kau pandangi langit malam ini

salam. lagu atas tu saja je. tiada kena mengena dengan yang muda atau yang tua, kecil atau besar, waima sesiapa sahaja. ceh ayat. oke, memandangkan tajuk entry ni ialah lagu chenta+malas, kita review one by one ye.

lagu chenta? sejak kebelakangan kedepanan ni, radio, tv, semua la, asyik lagu chenta je. eh, blog ni pon macam lagu chenta je. blog sape nih? jiwang betul budak punya blog ni. oke, sila keluar sape cakap i jiwang tuh. dah dah, sambung balik. lagu chenta ni sebenarnya memang la best. lagi-lagi kalau lagu tu macam kena je ngan keadaan diri kita. yang tak berapa bestnya, ada la lagu yang merepek. contoh kan:


i just want to say i love you

i just want to say i love you

i just want to say i love you

....

...

..

.

.

..

...

....

i just want to say i love you


erk? apekah? baiklah, penulis lirik dah takda idea mungkin. bayangkan, selama 3 minit 35 saat, tu je liriknya. mungkin la sedap kot tapi, macam kelakar je. tak kelakar ke? oke, sila keluar sape cakap tak kelakar tu. eh tak tak. jangan. baca la sampai habis. masa first time dengar lagu tu, apela lagu ni, takda ke ayat lain. apepun, syabas untuk penulis lirik kerana berjaya menghasilkan lirik yang hebat. bravo bravo. ceh, poyo. bodek dapat royalti kah? oke, abaikan.

selain tu jugak, ade sesetengah lagu yang akan-akan sama. macam ambil peluang atas lagu yang dah popular. balik-balik ulang 'tiap saat tiap ketika, hanya dikau bersamaku, peluk lah daku, rindukan aku, sayangi aku'. cuba la buat ayat melankolik sikit. macam 'ku redha andai kau bukan untukku, hanya Tuhan lebih tahu'. kan sedap. ceh, poyo saje penulis ni. apepun, secara sinopsis nya, i nak cakap, lagu-lagu chenta ni perlu la diberi nafas baru. yang lebih membuatkan orang rasa bersemangat mendengar. bukan lepas dengar, sedih la, menangis la, terus call boyfriend la. ceh, poyo lagi. oke tak tak. dah dah, layan cerita lain la.

story 2. malas? yela, i malas la skang ni. pagi bangun tido, gulik-gulik atas katil, tumbuk2 bobo, pastu baru la terhegeh-hegeh pergi mandi. aik, bobo? sape? ala, tak kenal ke? jap lagi la i kenalkan. oke, sambung. lepas da siap-siap semua, amik baju, masuk mesin. tett tett tett. siap. sambil tu, bukak laptop. pastu dah taktau nak buat ape lagi, nak update blog rasa malas, download lagu pon rasa malas, layan movie malas, semua malas. pastu mesin basuh bunyik-bunyik. teett,teett,teett, tu tanda dia da siap la tuh. oke, dengan malasnya, ambil bakul, pergi la sidai baju.

nak masak apa2 pon malas. nak keluar lagi malas. pastu da bosan sangat, layan la wonderpets wonderpets kami datang, membantu haiwan yang kesusahan. eh eh ape nih? oke, senyap. dah layan wonderpets, pergi solat. yang ni tak malas tau. betul tak tipu. pastu gi dapur, nampak ada pisang. buat cekodok ah. sedap nih. pastu dah gaul semua, tinggal la bagi dia kembang. dipendekkan cerita, dah petang, mari goreng cekodok. dah siap semua, makan la. ape lagi. pas maghrib, bukak laptop, rasa nak update blog. ha, ni dah update la ni. tapi, macam malas nak panjangkan lagi. so, bye.

p/s: haa.. ni la bobo! nak berkenalan? ah, tak boleh.