Followers

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Kita kan kawan ^___^

Salam.

Maaf pada semua rakan blogger sebab lama sangat meninggalkan dunia maya ni. Bukan apa. Tuntuan kerja agak membuatkan pergerakan terdera. Harapnya dengan kehadiran port internet baru ni, lebih keraplah I dapat update blog.

Entri ini khas buat seorang rakan blogger yang pernah membuat sebuah entri khas pada tarikh hari kejadian I Oktober lalu. Thanks sebab wish birthday dengan cara paling comel macam tu. Ah, I anggap ia comel. Biarlah! HAHA. Untuk itu, I nak wish ini;

HAPPY BIRTHDAY XTIONKAMEN!

Ini Kamen! (dalam bulatan)

Curik dari blog Alvin ^___^

Pesanan ikhlas buat Kamen (Sila Klik Nama Dia Untuk Ke Blog Beliau!)

"Kamen, kamu kawan dan teman yang sangat baik. Kamu buat aku kuat, kamu buat aku gelak dan yang paling penting kamu buat aku selalu gila. HAHA. Hoi si gila! Kamu dah tua tau! So, sila lah berperangai seperti orang tua. HEHE. Kamen, semoga kamu berjaya tamatkan pengajian dekat akademi tu, semoga kamu cepat kerja, semoga kamu cepat kumpul duit, semoga kamu cepat pinang dura-dura, and semoga kamu cepat kahwin!"

Hey hey, kita kan kawan ^____^


p/s: Miss this one blogger. Lama dia senyap. Hurm.

Saturday, October 23, 2010

Sudah berusia 23 ^___^

Salam.

Pada 23 tahun yang lalu, seorang bayi perempuan yang comel telah dilahirkan. HAHA comel ke? Ah, dipendekkan cerita, HAPPY BIRTHDAY untuk diri sendiri! ^___^

Tak sempat nak buat entry panjang-panjang la. Busy sangat.

Bahagia dah berumur 23! Ada hadiah tak? HEHE

Kepada Xtionkamen, Jack Alvin, Fhad, Farid Mofasad, Hajarus, dan semua yang wish walau dimana pun, THANKS! ^___^

Sayang korang semua! Eh, dah 23 boleh kawin kan? =P

Monday, May 31, 2010

Sudah Menjadi Tunang Orang

Salam.

Jangan biarkan blog bersawang macam I. HEHE. Sorry lama sangat tak update. Cuti kan. Kenduri kahwin banyak sangat! Dah takda baju da nak pakai. HAHA. Harini entry simple. Nak update pasal kenduri tunang kawan I. Bukan I tau. I lambat lagi. Tunggu orang datang merisik. =P

Kisah kawan I ni sangat unik. Kenal Disember 2009. Akhir Disember mereka couple. April datang merisik. Mei tunang. Bila nak kahwin weh? I sangat malas nak tulis panjang-panjang. Layan gambar boleh? ^__^



















Oh~ Kau sangat cantik la dear.
I doakan U selalu bahagia dengan Tunang Tersayang!
Cepat-cepat kahwin ye!
Muahx!~


p/s: Bila tiba giliran I? HEHE

Thursday, May 13, 2010

Hari Belia Negara 2010 - Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara

Salam.

Pagi tadi masuk office, seorang kawan message, "Jadi tak ahad ni?" I reply, "Jadi. Mesti jadi." Ahad ni, kami akan ke Hari Belia Negara 2010. Mungkin masih ramai yang tak tahu tentang Hari Belia Negara ni. Jadi, I nak kongsikan apa yang I tahu.


Hari Belia Negara bakal mengumpulkan semua belia-belia untuk menyertai pelbagai aktiviti di samping dapat berkenalan, mendapat rakan baru and paling penting, mengeratkan silaturrahim antara semua belia. At first, I memang berniat nak pergi hari Sabtu dan Ahad. Memandangkan komitmen kerja, terpaksa I pergi hari Ahad je. Sangat tak sabar untuk bersama-sama belia yang lain menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti yang ada: (KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)






Memang sangat menarik. Bukan selalu kita dapat semua aktiviti dalam satu masa yang sama. Buktikan yang kita semua adalah belia yang akan bersama-sama menaikkan nama negara di samping membantu golongan yang memerlukan. Kenapa I kata kita boleh membantu? Ada satu aktiviti yang sangat menarik iaitu '1 YOUTH 1 Malaysia The Largest Motorsport Gathering @ HBN 2010.' Memang menarik!

Pengisian program ini adalah perhimpunan (gathering) sebanyak 6,000 buah kenderaan terbesar yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti kereta, motor, van dan lain-lain. YOUTH mensasarkan menerusi perhimpunan kenderaan ini akan mendapat pengiktirafan di dalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai perhimpunan kenderaan terbesar di Malaysia.

Lagi satu, individu yang ingin turut serta perlu menyumbang RM 20 di mana sebahagian daripada kutipan tersebut akan disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Peserta yang terlibat akan diberikan t-shirt, stiker khas, majalah khas serta sijil sebagai tanda penghargaan sumbangan dan komitmen anda semua!!! WaaHHH! Sangat seronok kan kawan-kawan!

Lagi info untuk Hari Belia Negara? Sila baca artikel di bawah.

Ha, jangan marah-marah kalau jalan tutup ye. HEHE. Kawan-kawan, selaras dengan tema Hari Belia Negara pada tahun ini, iaitu Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara, kita semua sebagai belia harus bersatu padu.

Semangat perpaduan adalah penting dan harus wujud serta disemai di dalam diri setiap belia di Negara ini. Ini adalah untuk memastikan masa depan dan pembangunan golongan belia terjamin sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang sering diwar-warkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan itu, pihak ITYM atau Information Technology Youth Movement sedang mencari 50 blog yang kreatif untuk dijadikan wadah belia dan akan dipersembahkan kepada Y.A.B. PM kita. Take this challenge friends! Boleh klik logo dibawah untuk maklumat lanjut!~



Apa yang anda perlu lakukan adalah
  • Tuliskan sebuah entry mengenai hari belia negara atau mengenai ITYM
  • tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut..
  • Sertai kami sebagai ahli.. dengan melengkapkan borang keahlian besertakan URL blog anda..
  • e-mail kan url post anda beserta borang keahlian di email berikut itym2007@yahoo.com
  • pendaftran mestilah di submit selewat-lewatnya pada 13 mei 2010
Saya sudah! Anda?

Marilah kawan-kawan, sertai kami semua di HARI BELIA NEGARA 2010. Jumpa anda disana!

Monday, April 19, 2010

No Picture Please!

Salam. Ha, korang semua sihat ke? Korang suka bergambar tak? Ada jenis people yang sangat suka bergambar. Pantang nampak orang angkat kamera, muka dia mesti nak terselit sama. Camera freak la katakan. Tapi seronok tengok orang macam ni, muka akan cantik je dalam gambar.

Macam I pulak, I tak tahu lah. Dari kecik, sampai besar, I memang tak suka kamera. Susah I nak faham kenapa kena bergambar. Macam-macam posing pulak tu. I cuba tapi mesti I tak berjaya buat posing. I akan end up dengan kaku je depan kamera.

So, I perlukan nasihat dari sesiapa yang pakar, macam mana nak berjaya di hadapan kamera. Chewaah, berjaya pulak. Maksud I macam mana nak bergaya oke BERGAYA. I tak pandai la. Nanti mesti muka I yg paling vain. Hahaha. Selalu I amik gambar muka separuh la, pandang lain la, memang buruk sumpah.

Tolong eh. Terima kasih. Eh, ni I tabur gambar sepanjang kami Le Tour de Langkawi. Dah janji nak tunjuk kan? Sila sila sila. Jangan malu-malu. (I tak ada dalam mana-mana pic. Sila Faham.)










nasi air?? Owh, bubur. Baru tahu. Hehe. Oke, sekian. Peace!~

Tuesday, March 9, 2010

I'm Back!

Salam. Hye semua. Rindu la u all~ Ok, sangat happy pulang dari Le Tour de Langkawi. Picca akan diupload setelah dapat kesemuanya ok. Badan sangat penat. Rasa macam nak berehat seminggu. Apepun, we all have fun sangat walaupun penat. Memang rasa happening bekerja dalam panas terik, but we made it. Kitorang 7 gadis-gadis memang selambe rock. Dahla kitorang je yang drive sendiri sepanjang perjalanan tu. Kereta lain semua lelaki drive.

By the way, sesiapa yang berminat, bolehla apply jadi sukarelawan berbayar tahun hadapan. Boleh jumpa kami lagi. Hehehe. InsyaAllah, kalau ada rezeki, kami join lagi. 10 perkara yang kami belajar sepanjang Le Tour ni;

1. PUNCTUALITY!!! Memang sangat penting. Sebab, kami harus lebih awal dari cavalcade dan riders. So, kami kena gerak sejam awal dari mereka semua.

2. Sentiasa bertanya orang sekitar. Sebab, kami mana tahu jalan. Kena selalu bertanya orang untuk jalan pintas supaya tak bertembung dengan riders and cavalcade.

3. Muka Tebal. Kami kan buat kaji selidik. So, kena rajin menegur orang untuk pastikan mereka tolong kami buat soal selidik.

4. Tahan Panas! Hahaha, ini memang sangat tak boleh blah. Kami semua sunburn! Takpelah, kami redha. Hahaha

5. Baik dengan semua orang. Yes, ini penting. Sebab, senang kalau berlaku apa-apa, semua orang pun akan sudi tolong.

Ok, 5 dulu ya? Nanti tambah lagi. Nak hantar kawan pergi klinik jap. Dia muntah teruk. Gambar I upload nanti.

Sayang korang semua! Muahhxx~

Saturday, February 27, 2010

... Ini Entry Campur-campur ...

Salam. Kawan-kawan blogger yang I sayang sekalian! Mula-mula I rasa I macam tak dapat update untuk 10 hari! Tapi, sebab dah rindu sangat dengan blog ni, I nak update jugak! I pinjam broadband orang sebelah kat hotel ni. Hahaha.

Eh, kenapa I tido hotel? Oke, meh nak bagitahu. I sekarang kat Kota Bharu. I join event Le Tour de Langkawi. Jelajah 7 negeri! Memang sangat penat. Tapi sangat happening! Eh, event belum start lah. Start esok (27 Februari 2010). Ada KB Ride. Bermulalah kerja I. So, kawan-kawan semua, sila doakan I ok!

Eh, I lupa nak bagitahu, ni list negeri yang I lalu. Manalah tahu ada yang nak jumpa I. Hahaha. I akan Kota Bharu - Kuala Berang - Kuala Terengganu - Chukai - Pekan - Mersing - Parit Sulong - Muar - PD - Putrajaya - Genting - KKB - Dataran Merdeka!

-------------------------------------Ok, tutup kisah LTDL----------------------------------

Sebenarnya, I nak update pasal Present yang I dapat sebab menang contest kat blog Cik Scribbleswithstyle. Ala, yang entry buat lagu untuk blog dia tu. So, I menang! Entry klik SINI.

Bila I dapat je hadiah tu, I terus bukak! Excited! And hadiahnya~


Ini parcel~


Parcel lagi?


Tadaaaaaaaaaaa~


Yeay! Bole letak jeweleries~

Suke sangat! love u sayang!

Oke, I dah rasa puas main laptop! Tunggu update terbaru dari I!!!~ Sayang kamu semua~



p/s: Ada yang nak jumpa I dekat mana-mana peringkat negeri? Hehehe...

Wednesday, February 3, 2010

Merokok itu HEBAT? Siapa Kata???

Salam. Siapa kata Merokok tu HEBAT? Pada I, memang tak HEBAT langsung. Oke, ada sebab kenapa entry ni dicipta. Esok I sambung pasal merokok ni. Sekarang, mari layan cerita di bawah!

Oke, program KL Ride Le Tour de Langkawi telah tamat semalam! Yes, bole rehat sebelum 2 minggu lagi nye event. Hadeii. So, mari biarkan gambar berbicara oke~



Ni basikal-basikal kami~


Dia ni antara yang terawal sampai.


Proses tunggu basikal~


Geng-geng riders~



Geng kami. I xde. I tukang amik gmbar. haha


Yang pakai spek ni Musairi Musa. Johan Berbasikal Malaysia.
Yang pegang kepala, Mahadzir, johan jugak.
Yang tengok bawah ada baju biru kat dalam, riders Malaysia jugak.


Kayuh lagi abang!


Budak ni name die Fendy. Tengok, dia lagi laju dari abang polis belakang tu.


Pakcik ni hebat! 12.4 KM die rilek lagi. umur dalam 70 rasanya. I adore u pakcik!!!

Alalalala, jangan sedey oke.

Kesimpulannya, kitorang happy sebab berjaya gak organize mende nih! Best gak jadi staff nih. Dulu jadi student, takleh nakal-nakal sangat. Now jadi staff, mari membuli!! Hahaha

p/s: Cerita ROKOK nanti I update oke