Followers
Monday, December 6, 2010
Why Are You Late?
Wah! Lamanya tak jenguk blog! Rindu sangat sangat. Maaf sebab terlalu lama membiarkan blog ni kusam tanpa sebarang ceritera. Maklumlah, terlalu sibuk and keadaan ofis yang masih tak berkemas sangat. Line internet agak bermasalah. So, susah sikit nak update sentiasa.
Hurm. Sejak 2 menjak ni, ramai betul blogger menyepi. Mungkin faktor akhir tahun. Kerja keras untuk bonus kot. HEHE. I pun sekarang ni kerja keras. Dapat subjek baru, banyak kena belajar balik. Kena sediakan modul yang sangat interaktif. Susah! Lepas tu, dapat pulak students yang datang lambat. Hishhh~ Ha, tahu tak apa antara alasan student datang lambat ke kelas?
1. Sakit perut la miss.
2. Tadi bilik saya terkunci. Tu yang lambat nak amik baju kat dalam.
3. Sorry miss. Saya silap tempat. Ingat dekat fac sana.
4. Saya bangun lambat tadi miss.
5. Motor saya rosak tadi.
6. Hujan la miss. Saya tak ada payung.
7. SAYA HANTAR AWEK GI CUCUK DUIT KEJAP TADI. (paling tak bole blah!)
Haissshhhh~ Macam-macam kan students ni? Ala, macam la yang menulis ni dulu tak macam tu? HAHAHA. Pandai betul mereka seribu satu alasan. Apapun, kalau tak ada students macam ni, tak fun lah kelas! So, chillex~
p/s: Dah lama tak update tapi bila update sikit je. Pemalas kan? HAHA
p/s/s: Jom kapel! HAHA
Friday, November 12, 2010
Ragam Perempuan Pregnant
Pernah tengok perempuan mengandung tak? Comel kan? Beberapa hari lepas, terjumpa dengan seorang kawan lama dekat tempat ambil barang kat Tesco. Hah, tengah pregnant 8 bulan. Comel oke! Nak dijadikan cerita, dia pun buka kisah pasal mengidam. Sejak dia pregnant 2 bulan, dia asyik rasa nak makan ketupat. Setiap minggu kena ada ketupat. Pelik! Sebab zaman belajar dulu, dia memang la tak suka makan ketupat. Terutama ketupat daun tu.
Memang bila pregnant, macam-macam benda pelik nak buat. Keinginan baby kot. HEHE. So, I nak share beberapa benda pelik yang dialami oleh kawan-kawan I, kakak I and sepupu I yang baru melahirkan anak and bakal melahirkan minggu depan. (tak sabar nak dapat anak buah lagi!)
1. Makan beras - Oke, ni kakak I. Anak dia lahir 4.3kg sebulan lepas. Entah apa pelik makan beras. Lepas tu tak boleh nampak tahu. Tahu bakar ke, tahu goreng ke, tahu sumbat ke, semua tak boleh. Tengok pun boleh vomit. Pelik!
2. Cium bau cat. Haa, ni akak sedara. Dia due lagi 3 minggu rasanya. Last 2 weeks dia datang rumah. Kebetulan bilik air bawah baru lepas cat. Peh, dia boleh layan bau cat. Ni lagi lah pelik kan?
3. Layan serbuk kopi. Peh ini memang tak bole blah. Pahit!!! Dah la tak sedap. Hadoii la~
4. Tak boleh bau perfume suami. Haa, ni memang biasa kan? Kawan I kat JB langsung tak boleh bau perfume suami dia. Kesian suami merana pergi kerja pagi-pagi tak boleh pakai perfume. HAHA
5. Mengidam ayam belanda. Ni kakak I. Dia memang taste melampau. HAHA. Terpaksa la abang ipar cari. Nasib kat JB tu ada. HEHE
6. Cium jari suami. Ni memang tak boleh blah. Sebelum makan, selepas makan, sebelum tidur, semua nak cium jari suami. Bukan kisah buat-buat. Memang kisah benar. Sepupu datang rumah and dia sendiri mengaku sambil gelak-gelak. And memang nampak dia buat. Gila kentang jiwang~ ^___^
Hah, cukup tak? kalau nak tambah, silakan. Banyak lagi sebenarnya. Cuma seronok yang 6 ni la. Macam pelik pun ada.
Macam mana la I kalau pregnant nanti kan? Ah, tak sabarr! =p
Sunday, October 31, 2010
Blogger! Nak tanya ni!
Entry kali ni cukup pendek. Tapi memerlukan komen yang panjang lebar. Boleh? HEHE. Macam ni, I rasa nak tukar template blog ni. Macam lapar tengok cupcakes tiap kali kan? Ada idea tak nak edit part mana? Atau nak tambah apa-apa?
Cadangan dan pandangan anda sangat diperlukan! ^___^
Thursday, October 21, 2010
Beberapa Hari Yang Lalu...

Salam.
Pernah ada pengalaman menduduki peperiksaan? Boring tak? 3 jam nak buat apa? Jawab soalan? Kalau tak dapat jawab? HAHA. Cuba fikir pula perasaan tukang jaga exam. Bukan lagi boring ke? YA! Itulah jawapannya! Sangat BORING. Jalan sana, jalan sini. Kalau tak ada student angkat tangan, kita buat apa? Tengok sahaja lah kan? HAISHHH~
Oleh yang demikian, kalau ada di antara anda yang mengalami nasib serupa, boleh cuba langkah berikut. Percayalah. Ia berkesan!
1. Berlagak garang. Contohnya, kalau student bukak kertas soalan sebelum dibenarkan, JELING student tu dan cakap, "Siapa suruh bukak?" Kalau student tu reply, "Berlagak nya cik tu" Anda boleh jawab, "Awak ada masalah ke kalau saya berlagak?" HAHAHA
2. Muka ketat. Contohnya, kalau student anda senyum-senyum, buat tak nampak je. Maintain muka ketat. Nanti mereka akan kata, "Senyumlah sikit cik. Tak baik masam-masam." So, anda boleh jawab, "Biarlah. Muka saya." HEHEHE
3. Berlagak POYO. Contohnya, kalau student dalam masa sejam da siap nak hantar, anda boleh cakap macam ni, "Awak rasa awak hantar awal ni dapat A ke?" Confirm dia akan panas. Lepas tu dia akan cakap, "Tak jadilah cik. Jap lagi saya hantar." So, sila jawab dengan poyo, "Hah! Bagus. Kalau rasa nak kena halau hantar lah awal-awal lagi." HAHAHA
4. Kacau students. Ini memang menarik. Contohnya, kalau student angkat tangan, anda pandang je muka dia lepas tu dengan nada berlagak sila cakap, "Pehal? Nak gaduh ke?" Atau, kalau mereka angkat tangan cakap nak tali untuk ikat kertas, anda cakap macam ni, "Lain kali bawak la tali rafia. Senang." HAHAHA
Amacam? Menarik tak? Cubalah! Pasti hilang boring. HEHEHE.
p/s: Tak sabar menanti detik umur meningkat! ^___^
Monday, October 11, 2010
Yang Mana Satu?
Semakin hari semakin bahagia.
Semakin hari semakin tersenyum.
Ah, entah esok entah lusa, mampu lagikah senyum?
Selagi masih tersenyum ni, mahu ukirkan sedikit kegembiraan dalam blog ni. Semakin hari semakin kelam kan? Bosan! HAHAHA.
Ha, malam semalam ayah tanya. "Taknak beli rumah ke?" Dalam hati, memang ada niat nak beli. Hari tu pun ada kawan bagi idea beli rumah instead of tukar kereta. Macam lagi better kan?
So, mana lebih baik sebenarnya?
1. Beli rumah
2. Beli kereta
3. Beli emas
4. Beli tanah
Erm. For future, macam-macam kena fikir kan?
Rasa macam muda lagi. =P
Semoga sentiasa dipermudahkan!
p/s: mahu idea dari kamu semua! i'm waiting!
Friday, July 30, 2010
Nak idea!
Ok, tak sempat nak update panjang-panjang. Semalam ada orang tegur kotak komen I. Dia suruh I pakai SHOUTMIX sebab yang sekarang ni kena letak password la semua kan? So, dia sarankan I pakai shoutmix.
Apa kata anda?
Perlu tukar atau biarkan yang sekarang?
Bantu beri idea pliss.
Komen anda sangat dihargai.
p/s: cukup 20 orang sokong, I tukar! HEHEHE
Wednesday, June 30, 2010
Tak semua orang suka kita
Hai hai. I dapat a few comments membina untuk penulisan I dalam entry lepas. Maybe I boleh cuba menulis lagi dengan lebih baik. Mana tahu, I boleh terbitkan buku? HAHA. Berangan itu penting ok.
Ha, berbalik kepada tajuk entry. Macam serius kan? Tak ada lah serius mana. Cuma, I sekadar nak berkongsi. Kan blogging is for sharing. Apa guna ada blog tapi tak mahu berkongsi kan? Dimulakan dengan ayat ini:
Cuba perhatikan tajuk entry. Tak semua orang suka kita. Cuba nilai balik. Kalau diputar sedikit ayat tu, kita akan dapat, Tak semua orang kita suka. Setuju? Bermakna, kalau kita sendiri ada perasaan tidak suka seseorang, mungkin gaya dia, cara pandangan, cara percakapan malah cara penulisan, mengapa kita perlu risau kalau ada orang yang tidak suka kita atas dasar yang sama?
Setiap orang ada kelemahan, ada kekuatan. Jangan ingat kita sentiasa akan disukai. Entah-entah, kita menulis ni pun, ada yang tak suka kita. Cuma, sebagai kawan, kita harus belajar memahami apa kehendak kawan kita.
Sebagai contoh. Kalau orang tu kata dia busy, atau dia nak keluar, bagi la ruang kepada dia. Jangan tanya sampai 10 soalan kemana, nk buat apa, dengan siapa, naik apa, agak-agak sampai pukul berapa dan sebagainya! HUH! Annoying la. Cuba bersikap biasa-biasa sahaja. InsyaAllah, kita akan disukai.

Ingin berkongsi lirik. Seperti biasa. ^___^
Rangkap satu
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua
Sebelum memulakan sesuatu, mulakan dengan salam. Jangan main HOI. Tak baik untuk kesihatan jantung dan juga telinga. =p
Jangan banyak jangan sikit
Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa
Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Sebab tu I kata, bersederhanalah. Baru lah hidup ni indah. Cara kamu dan aku mungkin sama tapi akan ada bezanya.
Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu
Jauhkan pandangan. Jangan hanya pandang yang dekat sahaja. Lepas tu, nak menjatuhkan orang lain. Tak perlu semua tu. Aim untuk diri sendiri. Kita tak kacau orang, orang pun tak kacau kita. Kan? ^___^
Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu
Naik turun aku
Bulan jauh? Tapi ada angkasawan dah sampai. Bermakna, benda yang sejauh itu pun mampu dicapai. Naik turun kita, hanya kita sahaja yang tahu. Orang lain tak berhak buat keputusan untuk pihak kita.
Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula
Kawan, persahabatan, sahabat semua tu penting. Bila kita jatuh, jangan cepat mengeluh. Bangun dan belajar lagi. Sama-sama bersahabat, tolong menolong lah sesama kita.
Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju
Berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu
Yang lebih penting, disukai ALLAH. =)
Sunday, June 20, 2010
Nasihat Aku Untuk KAMU
Agak lama tidak update. I rasa macam malas sangat nak membuka laptop. Tapi, tiba-tiba I rasa rajin pulak! HAHA. Cakap berbelit macam ular sawa kan? Well. =p
Ok, kita serius sekarang. Pernah tengok BOOMERANG? Macam ni.

Boomerang ni, kalau kita lemparkan, dia akan patah balik pada kita. Silap-silap, kena kat diri sendiri balik. Seronok tengok orang main boomerang ni. Sebab mereka akan sangat fokus and alert. Bagus bagus.
Kehidupan kita pun macam tu kan? Sesuatu yang kita campak, yang kita taknak, mungkin akan kembali balik kat kita. Hidup ni macam boomerang. Apapun, akan kembali balik. Sebab tu kita kena hadapi dengan senyuman setiap rintangan yang sampai pada kita. Jangan campak rintangan tu, sebab dia akan kembali balik. Hadapi dengan senyuman.
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
selagi hayat di kandung badan,
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
setakat ini,
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Serata Dunia,
Seperti Cahaya
So, apapun yang berlaku dalam kehidupan kita, jadilah kuat. Jangan selalu meratap nasib. Kan tak bagus. Sebab, kita kena sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan apa sahaja yang hadir depan mata kita. Sentiasa ingat! HIDUP SEPERTI BOOMERANG.
p/s: I rasa banyak quote I dapat minggu ni. Nanti esok I kongsi lagi oke.
Thursday, April 29, 2010
Tolong terangkan boleh tak?
First of all, I nak ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah yang meninggal ditembak polis beberapa hari lalu. So, ada sesiapa yang tahu kisah sebenar pasal kejadian yang menimpa adik ni? I memang tak tau yang mana satu betul yang mana satu salah. Banyak sangat versi kisah adik ni. Yang penting, I memang simpati dengan dia.
Yang kedua, I nak tanya semua readers blog ni. Kalau ada yang baca la blog merepek ni. Haha. Macam ni, kalau kita sedang memandu, then kita dengar ada siren ambulans, sedangkan lampu tengah merah, kita kena langgar je lampu merah tu atau kita tunggu sampai hijau? Kalau kita langgar sebab kecemasan tu, then kita kena saman lak, macam mana? Setahu I, masa belajar memandu dulu dia tak ajar pun. Huhu.
So, I nak tanya daripada semua readers. Tolong bagi jawapan boleh? Mekasih. ^______^
Wednesday, March 31, 2010
Pusat Perubatan UM memang Terbaik!
So, hari Isnin yang lalu, I pergi ke PPUM. Kul 7.30 I dah sampai kat ENT Jabatan Otorinolaringologi (tergeliat lidah nak menyebut). Pehh! Sangat ramai orang! I tengok jam. Aik, 7.30 pagi dah ramai? Bagus betul.
Selepas jumpa doktor, baru I tau, ada jangkitan dalam telinga. So, kesimpulannya, sekarang ni I masih kena gi appointment kat PPUM untuk pastikan I sembuh sepenuhnya. Doakan I ye kawan2! Eh, btw, kenapa I cakap PPUM terbaek? Sebab PPUM mempunyai staff yang sangat sopan santun. Dahla doktor pun baik, bagus sangat! So, kesimpulannya, I memang syorkan anda gi PPUM!
p/s: Telinga sakit. Tak boleh mendengar dengan baik!
Friday, February 5, 2010
Merokok tu TIDAK HEBAT!!!
I sangat suka berkongsi tips. Macam selalu I buat tu. I suka kongsi cerita yang I tahu.
Kenapa I TAK SUKA PEROKOK? Rokok itu HARAM. Merokok haram hukumnya berdasarkan makna yang terindikasi dari zahir ayat Al-Qur’an dan As-Sunnah serta iktibar (logika) yang benar. Dalil dari Al-Qur’an adalah firmanNya.
“Artinya : Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan” [Al-Baqarah : 195] Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu.
Rokok banyak BAHAN KIMIA. Tak percaya? Nah!
Bahan Kimia ni semua boleh menyebabkan anda GILA, SAKIT JANTUNG, dan macam-macam lagi sakit kronik! Dan, SANGAT BAHAYA kepada ibu mengandung. Tolongla berhenti merokok. I memang tak boleh sangat bau rokok. I senang nak muntah.I bukan nak marah ke apa. Itu hak masing-masing. Cuma, benda yang dah kita tahu Haram and Bahaya, jauhkan lah. Cuba lah berhenti merokok. Banyak cara untuk berhenti merokok. Kalau orang lain boleh, anda semua pon boleh. Jom kawan-kawan semua, kita doakan orang yang merokok ni, berjaya BERHENTI MEROKOK.
I bukan nak POYO, I cuma nasihat. =)p/s: Sesiapa nak dating ngan I, jangan MEROKOK please. ^____^
Monday, January 25, 2010
Tips Untuk Mengubati Luka di Hati
TAPI I SARANKAN U ALL BACA SEBAB I NAK U ALL BACA. HA, APAKAH!!!
Salam. Haish! Baru je semalam I mintak tips nasihat dari kawan-kawan blogger, arini I dah buat tips sendiri? Berlagak! Hahaha
Bukanlah, I dah kumpul SEMUA (I ulang, SEMUA) nasihat yang kawan-kawan blogger baik hati I bagi. I letak kat sini, boleh jadi panduan kepada sesiapa yang mahu mengubati luka di hati dan melupakan insan tersayang! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua blogger yang memberi komen dan nasihat untuk I. Nah, ni link2 mereka. Pergi terjah!
cik Cumey - Firol - Mieza - safizan - Kapten Luffy - hajarus -
Mari ikuti tips mengubati hati yang luka dan melupakan seseorang~
- Pergilah mencari Pencipta Kamu. Mengadu pada Dia. Menangis depan Dia. Cerita semua pada Dia. (I Mohon keampunan dariNYA sebab mencintai seseorang yang belum sah menjadi suami. Hadoi, besar dosa I. Astaghfirullah!)
- Solat hajat, solat istikharah dan solat-solat sunat yang lain. Mengaji jangan tinggal. Barulah tenang hati. (Empunya diri ni pun sama, gi lah bawak-bawak mengaji)
- Jangan duduk sendirian! Kalau I, gi lah bowling! Pastu aim kat pin tu macam kita nak lepaskan geram. Confirm STRIKE!
- Pergi berbual dengan parents. Cuma, I tak boleh nak borak ngan my parents sangat tentang hati perasaan ni. I jenis pemalu nak bercerita. Tapi kan, my dad ada tanya soalan cepu cemas, "Agak-agak bila nak kawin?" ERK! Oke, TERDIAM.
- Jangan buang barang pemberian si dia. Simpan sahaja. Kalau rindu, tengok sahaja. Sebab kalau dah buang, terus tak ada apa untuk kita tengok. Sekurang-kurangnya, kita jadi kuat!
- Kalau I, I tak boleh dengar lagu-lagu jiwang. Cuba cari lagu yang semangat sikit. Macam I, I dengar lagu-lagu Linkin Park.
- Jangan merayu kepada dia untuk terima kita balik. Sebab dia akan rasa yang dia dah mendapat kemenangan total. Cuba jadi KUAT seperti MILO. Heh, sempat merepek.
- Yang paling penting, belajar untuk REDHA. Terima perkara tu and berdoa agar dapat yang Terbaik untuk kita.
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang"
I akan kuat. I akan kuat. I akan kuat. T____T