Followers

Friday, July 31, 2009

kawan dah KAHWIN. saye BILE?

salam. kalau sebut tentang perkahwinan, pastinya orang akan membayangkan perkara-perkara yang indah-indah belaka. yela, siapa taknak perkahwinan yang membahagiakan kan?
antara perkara-perkara yang selalu difikir kalau nak berkahwin, mestila;

  • nak pasangan yang soleh/solehah
  • nak sentiasa berbahagia
  • kekal ke akhir hayat
  • mahukan keredhaan dari Allah
  • RESTU mak dan ayah
  • dan macam-macam lagi

well, i pun adalah terbayang macam-macam kalau nak kahwin nanti. eh, nak kahwin dah ke? erk, belum la. lambat lagi kut. bayang calon pun belum ada. tolong carikan i sorang bole? hehe. kenapa tiba-tiba cerita pasal kawin ni? yela, minggu lepas kawan zaman sekolah dah kawin. so, macam excited lebih la sebab rasa nak kawin jugak. Hoi, jangan rasa nak kawin ye. banyak lagi nak fikir. sesekali berangan tak salah kan? Lalalalala..

kahwin bukan senang. banyak perkara nak kena fikir. kena sentiasa redha. Oops, dah tak boleh gatal lagi. BERDOSA. i gatal ke? takde la gatal sangat. cuma nakal kadang-kadang tu biasa la. kan? betul tak? betul! 10 markah. ceh, ape ingat ni kuiz ke? nak kuiz masukla pop kuiz. eh, macam penat la nak menaip. kita layan gambar je la eh.








so, ada sesiapa yang rasa nak kahwin? carikan i sorang ye. heh.
p/s: bile la time i ye. *thinking*+*dreaming*

Tuesday, July 28, 2009

say NO to chocolate!!!~

kenapa gurls suka chocolate? eh, salam. lupe pula nak memberi salam kepada pembaca-pembaca yang baik hati baca blog i tanpa rasa bosan tapi kadang-kadang ada gak bosan i tau u tak perlu tipu oh panjangnya ayat i ini tiada noktah. haha.

sebenarnya, tercetus idea ni sebab bace kat blog chika pasal girls suka chocolate. so, konon-konon macam i ni buat entry balas la. hehe. okay, for me, i tak suka chocolate. i memang tak makan chocolate. i taktau kenapa. memang tak suka. padahal, macam-macam jenis chocolate ada kat pasaran ni. kalau yang terlebih unik sampai takut nak makan pun ada. contohnya macam ni;


they are all CHOCOLATES!!~ nampak macam high heels real kan? well, bukan kerana bentuk macam ni yang i tak suka chocs. it is just an attitude. masa my mum pregnant kan i dulu, dia suka sangat makan chocolate. so, maybe i lahir, terus dah muak kot makan chocs. dah puas dalam perut dulu kot. agaknyalah kan. sebab i memang tak ada sebab yang munasabah tak suka chocs. hehe. not only chocs la. kek pun i tak berapa makan. especially, i repeat, ESPECIALLY secret recipe cake! Oh my God, memang la i tak akan sentuh. sebab memang i tak boleh makan la makanan macam gitu. sesiapa yang nak pikat i, (oh sungguh cliche guna perkataan pikat. hahaha) jangan bagi chocolate okay.

ada pernah one guy bagi i chocolate. ala, chocolate yang bisa bikin hati perempuan girl ladies gadis anak dara di luar sana terbeliak biji mata. chocolate macam ni;



i ambil la chocolate tu. orang dah bagi kan. tapi i bagi kat kawan-kawan i. i tak makan langsung. entahla. mungkin pelik. tapi itu adalah satu kenyataan. tanya la kawan-kawan yang rapat dengan i. mereka tau yang i memang not a chocolate freak. stop saying girl akan cair kalau bagi chocolate. not me! i tak akan tertipu dengan chocolate. hahaha.


SAY NO TO CHOCOLATE!!!



Thursday, July 23, 2009

s i l e n t . . .

salam. esok i akan ke JB. membawa hati yang luka. cewah. mana ada. ada majlis kahwin la. so, will be back on sunday. urm,mood sekarang fifty fifty. ada happy, ada tak happy. kalau asyik fikir yang tak happy, lama-lama yang happy pun hilang. so, kita enjoy! hah, dah iklan sunsilk puteri pulak. blah ar dari blog ni. eh, jangan la. oke, tak melalut dah.




S I L E N T . sometimes. tak semua masalah boleh diselesaikan dengan cara berbincang. kadang-kadang 'shut up' lebih better. agree? kalau berbincang leh selesaikan semua masalah, tak ada la berlaku peperangan. pada i kan, i jenis tak suka bincang. haha. sebab, i jenis yang nak menang. oke, i mean, i mesti nak tegakkan my point. and, i tak akan buat tuduhan melulu kalau tiada info. tapi i lebih prefer diam. sebab bila kita diam, orang akan bosan.

sebagai contoh, kalau ada orang keep on sms'ing or calling kita, tapi kita tak angkat, mesti dia bosan kan? that's me. i tak suka nak bercakap panjang-panjang. i prefer written. nak apa-apa, bukak blog i. sebab most of my lifetime, i akan story kat sini. i jenis suka bahasa kiasan. siapa yang tahu, dia faham la kan. hehe.

lain padang, lain belalang. lain orang, lain lah caranya. betul tak? it's me. just accept it. haha. so, siapa nak kahwin dengan i, sila la bertahan ye.

Monday, July 20, 2009

ALIF , JANGAN NAKAL!

salam.. mood dah kembali tenang. hah, rindu la kamu. kamu la. siapa? yang tengah baca ni la. rindu sangat dekat blog (oh, padahal setiap hari bukak. haha) today rasa malas nak bercerita apa-apa. cuma, i dah addicted to few songs.

  • jangan nakal - alif oiam
  • kembali pulang - kangen band (yang ada dalam blog ni sekarang. dengar lah)
  • superman - the lucky laki

so, today i nak share lirik ALIF - JANGAN NAKAL. i taip sendiri sambil dengar lagu. ada satu part i tak dapat. u all tolong carikan bole? please please please. okela, enjoy. (lagu pergi cari ye. hehe)

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terindah
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Bisa (yang ni i tak dapat.. tolonggg!!!)

c/o
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curang
oh oh
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang bawa yang kau pesan

Diriku Untukmu

Semua tahu kau milikkku
Semua tahu ku cintamu
Adapun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Bisa (yang ni je x dapat.. tolonggg!!!)

Ulang c/o

Bukan aku terlalu mengawasi kamu
Ku hanya terlalu terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Ulang c/o 3x

Diriku Untukmu
Diriku Untukmu

see, best kan lagu ni. so, apa lagi, mari menggodeh mencari lagu ini. eh, i dah ada la. hehe. tolong ye part lirik tu. tanks. okela, i nak pergi rumah makcik esah yang sebelah pasar tani sungai buloh mengambil beberapa barang yang sudah ditempah amboi cantik-cantik belaka lah jangan jeles. (apakah ayat begini? haha) daaaaaaaa...

Sunday, July 19, 2009

s o r r y . . . S O R R Y . . .

salam. entry kali ini ditujukan khas kepada dua orang rakan yang telah i sakiti hatinya. mungkin you all perasan a week ago ada one entry about loser. so, this is the special entry to two of them yang might terasa dengan my words and writing. i publish this entry sebagai tanda memohon maaf atas kelancangan bahasa yang telah menyakitkan hati kalian.

Dear friend,

Please accept my most sincere apology for my entry a week ago (deleted). I have thought long and hard about what happened and I realise how very upset/angry you must have been. I am really sorry for creating the situation which I know I should have handled better. I admit that I was in the wrong and can only say how sorry I am. I understand that it might be difficult for you to accept my apology but hope that this entry will help. I accept full responsibility for what happened...

I tahu yang entry itu mungkin menyakiti hati kalian berdua. maaf kan i. i tidak bermaksud hendak memburukkan keadaan. maybe i cuma mahu menegakkan my point of view but maybe my words a bit harsh or 'kasar'. sorry again.

kepada two of you, i doakan kalian berdua akan berbahagia ke akhir hayat. as a friend, i akan doakan yang terbaik for two of you. ayat ini adalah ikhlas dari hati. tiada sesiapa yang memaksa i untuk tulis entry sebegini.

regards,
-Adeqq-

p/s: kepada rakan-rakan yang berpersepsi negatif kepada mereka berdua, lupakanlah. ini adalah ketentuan Yang Maha ESA. siapalah kita sebagai hamba-Nya hendak mempertikaikan takdir-Nya. doakanlah yang terbaik untuk mereka.

p/s/s: Kahwin jangan lupa jemput!~

p/s/s/s: tiada kata-kata melalut dan merapik dalam entry ini kerana mood ketika menaip adalah luhur dan serius. oleh yang demikian, kepada yang ingin membaca entry merapik-rapik i seperti biasa, tunggu entry selepas ini! daaaaaaaaaa...

Saturday, July 18, 2009

praktikal?

salam.

semalam kawan dari perak call. dia bagitahu yang dia dah dapat tempat praktikal. punyalah dia happy. maklumla, ambil course IT ni nak mencari tempat praktikal bukan mudah. sebab syarikat bukan senang-senang nak ambil pelajar praktikal. dah berborak punya lama, baru teringat nak tanya dia.

"ko dapat praktikal kat mana?"

"kat **** Bank", jawab dia.

"eh, **** Bank ada ambil student praktikal? untuk IT? kerja apa?"

"balas-balas email", jawab dia lagi.




i terkesima. owh. kesian dia. hahaha.

Wednesday, July 15, 2009

disturb the onion?

salam. oke mood marah dah tiada. makanya, kita haruslah membaca entry kali ini dengan perasaan bahagia. faham? sila berbahagia sekarang! memandangkan nama blog ini ialah ceritera-chenta, makanya cerita-cerita akan berkaitan dengan chenta lah. kalau tak suka, sila klik pangkah. jangan menghabiskan masa mencarut-carut di blog comel ini. ahaha..

teringat zaman praktikum beberapa minggu yang lalu. i ajar form 4 students. mereka memang agak lemah sedikit.tapi, mereka mahu belajar. oke, ayat dah skema. sambung. mereka faham simple english. contohnya, mereka faham 'kacau' adalah 'disturb'. seperti 'don't disturb your friend'. later, i suruh mereka buat simple english on 'how to cook fried rice'. mereka memang sangat kreatif. sehingga i tidak tahan hendak gelak tetapi terpaksa cover juga. masuk je blik guru, gelak tak ingat punya. siap terus call kawan bagitahu. nak tahu kenapa?



teacher, after put onion, we put white onion kan? (white onion? owh, garlic!) tak apa, boleh improve lagi.
teacher, after we disturb-disturb the onion and white onion, we put chillie right?
oke, dah tak tahan nak gelak sebab ayat atas tuh.
'disturb-disturb'. (kacau-kacau lah...) hahahahahaha.
sekian.