
I mulakan misi dengan 'google' tentang no. 13 ni. apa yang i dapat ialah, orang yang fobia dengan no.13 dikenali sebagai Triskaidekaphobia iaitu Bahasa Greek dimana Tris ialah no.3, Kai ialah dan and Deka ialah no.10. semuanya bermula dari Babylon (siapa yang tak tahu tak lulus Sejarah aiyoo tak tahu) Memula ingatkan ianya kerana kejadian HITAM 13 Mei tapi baru tahu yang no.13 ditakuti di SELURUH DUNIA.
Tak percaya? Buktinya, sebanyak 80% bangunan tinggi di seluruh dunia tiada tingkat 13. maksudnya, dari tingkat 12 terus ke tingkat 14. tingkat 13 itu samada tidak digunakan, atau dijadikan sebagai tingkat 14. kalau masuk lif, tiada no 13. tak percaya juga? lihat gambar dibawah.

selain tu, kebanyakan Airport tiada Gate no.13. kalau tak percaya, pergi la check. hahaha. tapi KLIA maybe ade la. sebab Malaysia kan tak percaya tahyul kan. kan. kan. kalau pergi bercuti ke London, Rome, atau mana-mana tempat di luar negara, kebanyakan hotel mereka tiada tingkat 13. even bangsal pun, diorang tak letak no.13. mereka namakan sebagai 12A.
di Malaysia pula, ada sejarah tersendiri tentang no.13 kan. i tahu semua orang tahu. so, i taknak la mulakan kelas Sejarah di sini. ni kan blog yang comel. mane bole buka kelas Sejarah. ahahaha. eh, ada lagi info. Kebanyakan jalan dan lorong di Itali tiada Jalan 13. Rumah pula tiada rumah no.13. Selepas rumah no. 12, adalah rumah no. 12 1/2 kemudian baru rumah no.14. Unik juga kan?
Mereka juga percaya, sesiapa yang mempunyai 13 perkataan pada nama mereka (contoh nama Charles Manson), mereka akan ada nasib yang buruk. Ha, mesti u all tengah kira nama sendiri kan? Hahaha. Ini mungkin tahyul pada sesetengah orang, but for those yang percaya, percayalah. I cuma berkongsi sedikit ilmu yang I pun nak tahu. So, pada hari ini, mungkin anda dah belajar benda baru kan? Komenla, ape lagi!
Sumber: http://www.funtrivia.com/askft/Question56079.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Triskaidekaphobia




















