Followers

Monday, November 30, 2009

siapa nak present?

salam. harini, I mendapat MOOD yang baru. I berazam nak update blog setiap hari. fuiyoo... oke, I tipu. mungkin setiap dua hari kot. I memang sangat semangat untuk update blog sekarang. I nak kongsi macam-macam cerita dengan semua bloggers yang disayangi!!~

First of all, TODAY ADALAH TARIKH TUTUP UNTUK CONTEST CERITERA-CHENTA!~ So, ada 12 penyertaan semuanya (ramai yang segan send thru email je ye?). Daripada 12 tu, I suppose to pilih 2 orang kan? Tapi, I nak pilih 4 yang terbaik! Tepuk tangan tepuk tangan!!
Senarai pemenang dan link kisah mereka:-

Ms. Independant
Sir Aneep
Miss Suhaina (dihantar dalam email)
Mr.Chenta

So, I akan hantar hadiah kat semua oke!! (Tepuk Tepuk~~)

Yang kedua, I nak lancarkan satu lagi contest. Tapi, kena tunggu okey. Okaylah, sampai sini dulu I nak membebel. Again, tahniah pada yang menang!!! ~___~

Sunday, November 22, 2009

nak delete blog la mcm ni..

salam. hye, sejak dua menjak ni, memang jarang sangat berblogging. maklumla, dah keje. kat ofis blogger ni kena block. tu yang menyukarkan sebenarnya. hehe. I tahu, ada yang kata, I buat blog sekadar melepas batuk di tangga. bukan macam tu. I sebenarnya memang suka menulis and mengarang.

I memang dah sangat lama dalam dunia blog. before this I ada blog tapi blogdrive. Blog tu wujud since 2004. Start tahun ni baru I menceburi Blogger. I tak suka letak story yang beremosi. I lebih suka sistem 'sharing'. Macam I suka letak kisah-kisah yang jarang orang dengar.

I buat contest pun tak ramai join. Ok, I admit hadiah dia memang la tak lumayan mana (Ferrero Rocher koott) I saje cuba nasib. Manalah tahu, ada yang nak join. And I sangat berterima kasih kepada yang dah join. Ok, I sedar, blog I tak la popular mana. Tak ramai pun komen and bagi feedback. I dah cuba lawat blog semua orang at least 2 hari sekali. Just I tak tinggal nota kaki je. Believe me, setiap blog yang ada dalam list I, mesti I akan lawat at least seminggu sekali.

I bukan nak luahkan perasaan ke apa. I just suka-suka hati nak bercerita. blog I kan. hahaha. Apapun, terima kasih kepada yang support. I akan cuba buat yang lebih baik ke arah blog yang cemerlang! (poyo!)


p/s: Sesiapa nak komen untuk kebaikan blog ini, dipersilakan. Ha!! JANGAN LUPA JOIN CONTEST. PENYERTAAN MASIH DIBUKA!!! KLIK SINI UNTUK CONTEST!!!~__~

Thursday, November 12, 2009

Let's have fun!~ Contest contest contest~

"Mungkinkah, bila ku bertanya, pada bintang-bintang.
Dan bila, ku mula merasa, bahasa kesunyian."

Ah, itu intro sahaja. Nanti kalau letak lirik yang penuh, ada sahaja yang kata I gedik. So, I letak dua baris sahaja. Cukuplah buat masa ini kan. I nak mintak maaf dengan semua pembaca sebab i dah lama tak update dan jenguk blog orang. Ok, I tebus dosa sekarang. Sekarang I buat. Well, I sebenarnya sedang bermurah hati ingin memberi hadiah kepada pembaca yang comel sekalian. Hadiah adalah seperti berikut:


credits to aiflorist


Memandangkan I nak bagi hadiah ini, pembaca semua mestilah buat sesuatu untuk I. Ok, kalau namanya contest, mesti ada syarat. betul tak? jadinya, sila scroll ke bawah untuk syarat-syarat penyertaan (ada yang nak sertai ke? hahaha)

  1. Terbuka kepada semua wargablog yang berminat

  2. Anda perlu mengarang sebuah cerita kisah CINTA (antara manusia dengan manusia ke, antara pensel dengan pen ke, apa-apa pun tidak kisah. asalkan ianya sebuah cerita CINTA) TIDAK KURANG dari 135 patah perkataan dan TIDAK LEBIH dari 150 patah perkataan.

  3. Cerita mestilah asli. Kalau tak asli, I jemput Inspektor Chika buat siasatan. Huhu..

  4. Semua hasil cerita perlu dipublish dalam blog anda dengan tajuk "Contest Ceritera-Chenta". Anda perlu menyertakan gambar tentang kisah Cinta itu. (Kalau kisah kuali dan senduk, haruslah ada gambar kuali dan senduk) jangan lupa, letak banner express seperti di bawah syarat-syarat ini sekali tau!~ (tak cantik pun tak kisah. I buat edit edit 5 minit sahaja. Tak cukup masa!) And link kan ke entry ini!

  5. Selepas itu, sila inform I kalau anda dah publish. Inform dalam comment boleh, kalau nak email pun boleh. (dearie_fana[at]yahoo[dot]com) tapi macam lagi best kalau anda comment. So, pembaca lain pun boleh baca kisah anda tu.

  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada: 30 NOVEMBER 2009

  7. Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti anda. 2 pemenang akan dipilih dan akan mendapat hadiah yang tersebut!

  8. Pemenang akan di beritahu secara senyap. Hahaha. Nanti I akan war-warkan oke. Jom ajak kawan-kawan blog JOIN!!~



    Apa lagi? Mari sertai I sekarang. Selamat bercinta~~~

p/s: Kalau ada yang tak makan coklat macam I, bagitahu dekat I. Nanti I akan tukar hadiah dengan nilai harga yang sama. Peace!!~