"Mungkinkah, bila ku bertanya, pada bintang-bintang.
Dan bila, ku mula merasa, bahasa kesunyian."
Dan bila, ku mula merasa, bahasa kesunyian."
Ah, itu intro sahaja. Nanti kalau letak lirik yang penuh, ada sahaja yang kata I gedik. So, I letak dua baris sahaja. Cukuplah buat masa ini kan. I nak mintak maaf dengan semua pembaca sebab i dah lama tak update dan jenguk blog orang. Ok, I tebus dosa sekarang. Sekarang I buat. Well, I sebenarnya sedang bermurah hati ingin memberi hadiah kepada pembaca yang comel sekalian. Hadiah adalah seperti berikut:
credits to aiflorist
Memandangkan I nak bagi hadiah ini, pembaca semua mestilah buat sesuatu untuk I. Ok, kalau namanya contest, mesti ada syarat. betul tak? jadinya, sila scroll ke bawah untuk syarat-syarat penyertaan (ada yang nak sertai ke? hahaha)
- Terbuka kepada semua wargablog yang berminat
- Anda perlu mengarang sebuah cerita kisah CINTA (antara manusia dengan manusia ke, antara pensel dengan pen ke, apa-apa pun tidak kisah. asalkan ianya sebuah cerita CINTA) TIDAK KURANG dari 135 patah perkataan dan TIDAK LEBIH dari 150 patah perkataan.
- Cerita mestilah asli. Kalau tak asli, I jemput Inspektor Chika buat siasatan. Huhu..
- Semua hasil cerita perlu dipublish dalam blog anda dengan tajuk "Contest Ceritera-Chenta". Anda perlu menyertakan gambar tentang kisah Cinta itu. (Kalau kisah kuali dan senduk, haruslah ada gambar kuali dan senduk) jangan lupa, letak banner express seperti di bawah syarat-syarat ini sekali tau!~ (tak cantik pun tak kisah. I buat edit edit 5 minit sahaja. Tak cukup masa!) And link kan ke entry ini!
- Selepas itu, sila inform I kalau anda dah publish. Inform dalam comment boleh, kalau nak email pun boleh. (dearie_fana[at]yahoo[dot]com) tapi macam lagi best kalau anda comment. So, pembaca lain pun boleh baca kisah anda tu.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada: 30 NOVEMBER 2009
- Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti anda. 2 pemenang akan dipilih dan akan mendapat hadiah yang tersebut!
p/s: Kalau ada yang tak makan coklat macam I, bagitahu dekat I. Nanti I akan tukar hadiah dengan nilai harga yang sama. Peace!!~
16 comments:
nak join boleh?
hadiah coklat je ke?? haishhh..
igt nk tulis gk cite cinta BJ n JB.. nama tajuk mcm best je..
hee...
kalau buat cerita cinta senduk dan sudu..letak gambar lain ley tak?
tapi menggambar kan cinta itu =)
huhuhu.... kene ngarang?... walawey... bab ngarang nih.. mmg fail lagi hancus... kene plak nak buat cite baru....huhuhuhuhu
btl2 mencabar pikiran org tau macam teman nih...huhuhuh
nah
cerita cinta budak2 kecik =D
http://mrchentasprofile.blogspot.com/2009/11/contest-ceritera-chenta.html
Wah! Laju sungguh Mr.Chenta!
Mmg ngam ngan name die tu.
Kalah la camni...
:P
Ruff - takde masalah.. silakan join..
Sir Hanif - Ferrero Rocher tuuu...
Mr. Chenta - boleh gak.. asalkan ade kene mengena gak laa..hehehe
google - alaa, karang sikit2.. boleh punya.. hehehe
Mr. Chenta - wahh!! anda sangat pantas.. oke, nak bace sekarang jugakk..
Ms.Independant - ha, tu lah. sangat pantas. bagus bagus.
ala, join je.. mane tau leh menang. hehe
Adeqq!!!
Dah join...
http://scribbleswithstyle.blogspot.com/2009/11/contest-ceritera-chenta_13.html
Ms.Independant - tankss!!!~ i bace nii.. hehehe
adeyh..asal ada limit perkataan..susah gle..
Razman - Ala, karang panjang sangat susah.. hehehe. barula namenye contest.. betul tak?
ok tuan tanah.. i'm in.. nantikan kmunculannye jam 10pg nnt di blog saya..
sir hanif - oke, no sweat! dah bace pun.. nice one oke..
Post a Comment