Thursday, January 13, 2011

Kisah seorang Raja dengan Rakyat Jelata

Posted by Adeqq at 6:01 PM
Salam.

Satu masa dulu, ada seorang raja. Baginda mengarahkan orang-orang kanannya menyiapkan satu jalan baru untuk kegunaan rakyat jelata. Setelah jalan tersebut siap, baginda mengarahkan semua rakyat jelata menggunakan jalan tersebut sehingga ke kawasan istana.

Setelah beberapa jam, ramailah rakyat jelata telah sampai di hadapan istana. Maka baginda bertanya apakah reaksi rakyat jelata tentang jalan yang baru itu.

"Tuanku, jalan tersebut penuh batu bata. Teruk!"
"Tuanku, jalan tu banyak kerikil. Sakit kaki hamba."
"Tuanku, nak mendera kami ke? Luka tapak kaki kami."

Baginda hanya tersenyum.

Tidak lama kemudia, sampai seorang lelaki. Dia membawa sekarung emas lantas menjunjung titah.

"Ampun tuanku. Ini ada sekarung emas. Patik jumpa di pertengahan jalan tadi."
"Bagaimana kamu boleh jumpa karung ini?"
"Di jalan tadi, patik lihat banyak batu-batu, kerikil, dan serpihan halus. Patik alihkan ke tepi semuanya. Patik risau jika ada orang tua, kanak-kanak atau perempuan mengandung melalui jalan itu."

Sambil tersenyum, baginda berkata, "Karung itu milik kamu. Kamulah yang layak memilikinya kerana kamu membuatkan jalan itu mudah untuk orang lain melaluinya."

..................................................................................................................................................

Nahhh.
Adakah kita yang asyik komplen itu atau adakah kita yang akan mengalihkan kerikil-kerikil itu untuk kemudahan orang lain?
Adakah kita akan komplen dan terus terusan mengeji tanpa fikir penyelesaian?
Dimana kita?
Renung-renungkan.


9 comments:

De'din on January 13, 2011 6:52 PM said...

hurmmm
di tgh2 kowt..
hehe

slalunya kalau boleh alih
mmg dedin alihkan !

Lya Colours on January 13, 2011 8:05 PM said...

siapkah lelaki itu
hamba mahu berkahwin dgn nya
kihkihkihkih

black_mel on January 13, 2011 9:58 PM said...

nice..kagum dgn lelaki itu...

HEROICzero on January 14, 2011 6:14 AM said...

tak faham. mana dia dapat karung emas tu yek?

HEROICzero on January 14, 2011 6:14 AM said...

oh ok. dia jumpa. haha! nice~

eiffel on January 14, 2011 9:07 AM said...

ye, kte lbh pndai merungut dr memikirkn penyelesaiannya..dn siapa yg hendak menyusahkan diri mereka sendiri utk org lain?

fara on January 16, 2011 11:44 AM said...

klo kite ikhlas buat sesuatu. mesti ade ganjaran baek balek kan.
sama ada kite sedar ke x je :)

MOFASAD on January 18, 2011 7:33 PM said...

buang perkataan berlagak

itu bahasa kuno tak sesuai di guna di dunia maya

ayat sekarang, sembang kencang

apa maksud sembang kencang ye???

:)

Natsu on January 22, 2011 12:51 AM said...

nice story.

(yang manakah kita?)
err.. aku yang raja tu kot.

 

Ceritera-Chenta Si Tukang Cakap Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device