Followers

Monday, May 26, 2014

Jodoh

Assalamualaikum.

Lama hilang. Rasa macam tak cukup 24 jam sekarang ni.

Jodoh.

Haish. Cerita pasal jodoh ni. Susah nak cerakinkan maksud.
Boleh tak semua orang keep calm and let jodoh come. Freely.
Tanpa perlu bertanya, "Kau kenapa tak kahwin lagi?"
Atau berkata, "Kesian kau. Andartu dah 27 tak kahwin lagi"

Sakit. Pedih.

Berilah masa. InsyaAllah ada yang dah ditetapkan Allah untuk aku.
Cuma masa. Lambat atau cepat.

Dan buat kau yang pernah aku letakkan dalam hati sebagai insan istimewa,
aku doakan kau bahagia. Ye?

Aku tetap kawan kau. Walau apa jua yang berlaku. Kawan sampai bila-bila.

Doakan aku. Doakan jodoh untuk aku. Doakan semua yang baik-baik untuk kita semua.

Assalamualaikum.

Monday, December 23, 2013

Kehilangan.

Assalamualaikum.

Selepas terlalu lama membiarkan blog ini sepi tanpa penghuni. Hari ini mungkin akan terpalit sedikit rasa hati yang entah bagaimana keadaannya. Perit. Pedih. Kosong. Rasa bagai mahu dilepaskan semua pergi. Tapi tinggal apa lagi? Aku terpaksa juga hadapi sendiri.


Ah. Bukan bercerita tentang cinta. Tapi tentang kehilangan mereka yang ada dekat dengan aku. Susah nak lepaskan walaupun rasa sekejap bersama. Satu semester tu sekejap ke? Lama juga rasanya kan?



Selama ni. Apa aku buat semua bersama mereka. Mereka yang sangat banyak backup turun naik aku. Kalau nak dilepaskan satu persatu, entah sampai bila. Tapi secara ringkasnya, aku luahkan.

  • Siapa nak teman aku pergi sana sini lagi lepas ni?
  • Siapa nak teman aku kalau aku perlu bawa parents aku ke hospital?
  • Siapa nak jaga makan aku kalau aku tak habis makan?
  • Siapa nak teman aku main badminton?
  • Siapa nak dengar cerita merepek aku?
  • Siapa nak melalak menyanyi lagu entah apa dengan aku?
  • Siapa yang sudi tunggu aku depan kelas sebelum aku sampai?
  • Siapa nak buat muka duck face kalau aku tengah marah?
  • Siapa nak peluk aku kalau aku rasa lemah?
  • Siapa nak tegur aku kalau aku malas pakai seat belt masa drive?
  • Siapa nak layan aku meroyan bila gelisah sampai hilang arah?
  • Siapa nak buat aku rasa dihargai?
  • Siapa nak ada dengan aku lepas ni?



Aku tahu benda ni mungkin nampak simple pada sesetengah orang. Tapi, benda biasa dilakukan setiap hari hilang macam tu sahaja adalah satu benda yang sangat susah nak hadapi. Aku tahu aku masih ada orang lain yang akan support aku tapi biasalah. Kita tetap akan merasa sedih dengan sesuatu kehilangan. Kan?


Belajar untuk menerima keadaan selepas ni. Aku sedang belajar. Aku sedang pulihkan jiwa. Aku berdoa semuanya akan menjadi seperti biasa. Aku tahu Allah ada dengan aku. Dan aku masih ada keluarga dan teman yang lain. Kan? 


"Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian dari hidup saya. Terima kasih kerana berkongsi semua rasa. Terima kasih kerana membuatkan saya kuat. Terima kasih atas semua kata-kata. Terima kasih untuk semua memori yang manis. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Moga kalian dirahmati Allah."

Saturday, January 26, 2013

Nikmat Bersahabat

Assalamualaikum.

Apa seronoknya duduk rumah tanpa ada benda nak buat? Layan TV dengan mama. Yeah. Itu sangat menarik. Susah nak dapat masa terluang macam ni. Alhamdulillah Allah masih beri aku ruang dan kesempatan bersama dengan mama dan abah.

Al kisahnya, sejak 2010, aku bersahabat dengan rakan blogger. Cukup ramai namun hanya di alam maya. Aku tak punya 'guts' untuk berjumpa mereka di alam realiti. Kenapa? Entah. Aku mungkin sukar nak bersahabat secara realiti. Malu mungkin?

Dan setelah beberapa ramai yang aku bersahabat, muncul beberapa yang aku amat rapat. Close. Kamceng. Apa pun yang kalian nak namakan. Aku sayang mereka. Dan semua pembaca blog aku. Bila aku nak ceritakan sesuatu, luahkan sesuatu, aku tahu ada yang ada dengan aku. Aku yakin tu. Sebab kalian semua anugerah dari Allah yang paling indah.

Dan kalau sesuatu terjadi, aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kalian. Kerana itulah nikmatnya bersahabat.

Kalian tahu siapa kalian kan? *kalau masih ada orang yang baca*


Ikhlas,

Adeqq Farhana

Friday, January 25, 2013

Setelah sekian lama

Assalamualaikum.

Hai! Busy sangat sekarang. Maklumlah, dua kerja campur belajar lagi. Tak ada masa. Doakan cepat settle ya.




Cuma nak beritahu.



Saya dah jatuh hati dekat seorang blogger. HAHA. Oke bye.

Saturday, December 15, 2012

Selamat Hari Lahir Kamen :)

Assalamualaikum.

Hari ni 14.12.12. Dalam kalendar Islam 1.2.34. :) Entri ini khas buat seorang teman dekat di hati. Dia kekal sahabat dunia akhirat.

Dulu, setiap benda pasti aku kongsi dengan dia. Alhamdulillah. Allah beri peluang pada aku untuk hargai seorang kawan. Kenal di alam maya tanpa pernah bersua muka namun berkawan bagai kami dah kenal lama. Aku bersyukur kerana dia diturunkan Allah bagai seseorang yang sentiasa support apa aku buat. Dialah pengkritik, dialah tukang komen. Ada ketika kami salah faham. Tapi itu normal. Mungkin ketika ini Allah sedang uji aku. Mungkin.

Buat dia yang jauh. Aku rindu kau. Dan akan selalu rindu kau. Aku doakan semua yang terbaik untuk kau. Aku harap kau sentiasa di bawah lembayung Allah Taala. Jutaan terima kasih kerana pernah jadi sahabat yang terbaik untuk aku. Dan jika diizinkan Allah, aku akan terus jadi sahabat kau selamanya.

Selamat Hari Lahir Kamen @ Kamil Zulkepli.

Ikhlas,

Adeqq Farhana :)


Friday, November 23, 2012

Aku rindu kalian

Salam.

Lama tak mencoret dekat blog ni. Berhabuk-habuk. Sebenarnya dah lama. Terlalu lama simpan benda ni. Tiba-tiba tadi terdengar lagu 150 juta. Apa lagi, kenangan lama tu datang kembali. Aku rindukan Kamen. Aku rindukan si Frodo. Aku rindu Fara Miss Independent. Aku rindukan AJ. Aku rindukan Alvin. Aku rindukan Ah Ian, Fhad, Lya Colours, Nasikputeh, Lumut, Bidadari Besi, Sabarimon, Mofasad, Berd, dan semua lah yang aku pernah singgah blog selalu, yang pernah gaduh-gaduh manja dulu, yang tak putus-putus bagi semangat bila aku jatuh.

Jujur. Aku sangat rindu.

Kamen. Ko lagi aku rindu. Tiba-tiba ko hilang. Sampai sudah aku taktahu kenapa. Nah untuk kalian semua.

Inginku berteriak namun tak bisa
Sahabat kalian semua ada dimana?
Sejenak mataku berkaca kaca dalam keheningan
Tak terasa air mata membasahi pipiku

#Rindu mencengkam. :(

Thursday, August 9, 2012

Teman Pengganti - Malique & Black


Respect.

Itu yang aku rasa bila pertama kali aku dengar lagu ni. Melodi lama yang dibarukan. Cukup kena dengan apa yang berlaku dalam era metropolitan ni. Aku tak pernah bosan dengan semua lagu dari Malique dan Altimet. Mereka punya visi dalam menyampaikan lagu melalui lirik-lirik yang nampak kompleks tapi bila dihayati, kita boleh faham sebenarnya. 

Satu yang aku sangat kagum bila mereka cuba nak menyedarkan kita semua betapa masa kita dah hampir nak bertemu Pencipta. Antara sedar dengan tidak, kita yang konon dah maju ni sebenarnya jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan negara lain. 

Aku letak lirik lagu ni kat sini. Semoga beri manfaat pada kalian. :)


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Saturday, August 4, 2012

Kalaulah boleh bagi semua orang faham

Salam.

Penatlah nak jaga hati orang. Sebab selalunya orang pun tak jaga hati kita. Contohnya kalau kita cakap secara general, ada yang terasa. Kadang-kadang kita tak kisah benda tu langsung, tapi orang kata kita marah. Come on lah. 

Kepada kalian yang sedang hangat bercinta. To be honest, aku happy gila untuk kalian. Sebab aku rasa kalian dari dulu memang ada chemistry bersama. Aku tak pernah jeles dan aku memang ikhlas doakan kalian. CUMA, bila kalian letak gambar yang tepi pantai tu, boleh tak kalian faham perasaan aku? Time tu aku ada. Secara tak langsung aku kecil hati. Itu sahaja. 

Aku pun dah kata, aku marah sedih kecewa sehari tu saja. Dan aku siap hantar text maaf rasanya sebab taknak benda ni panjang. Ada kamu reply? Tak ada kan? Sampai sekarang pun kamu tak ada tegur aku kan? So, apa lagi yang boleh aku buat? 

Titik. Noktah.

Tuesday, July 24, 2012

Batman The Dark Knight Rises Daebak!

Salam Ramadhan semua! Mesti ada yang kata aku lambat sebab baru nak update cerita Batman ni kan? Memang aku lambat sikit. Tak sempat nak online via PC. Ni ada masa sekejap, aku nak juga update. Sebelum aku beria nak update, aku nak ucapkan salam Ramadhan, semoga Ramadhan kali ni membawa berkah kepada anda semua.

Aku tengok Batman ni masa first day dia keluar. Khamis. Memang terbaik! Daebak! 2 jam 45 minit aku berbaloi dengan movie ni. Sesiapa yang belum tengok, aku suggest kamu pergi tengok sekarang! Sound effect dia superb, adventure dia superb. Ada part yang lawak pada aku. Tapi mungkin aku sendiri yang rasa benda tu lawak. Orang lain might take it serious sebab fokus tengok movie tu. Overall, movie ni dapat standing ovation dan few people bertepuk lepas habis movie ni. Aku dah lama tak dengar orang bertepuk dalam cinema. Aku rasa last adalah movie Battleship. Ke, aku sorang saja yang bertepuk masa tu? Haha.

Untuk tatapan kalian, nah terimalah wallpaper Batman yang best. Sampai bertemu lagi.



*aku dah taknak update entry dengan saya awak dah. macam fake sangat je.*

Thursday, June 21, 2012

Hilang dalam ramai

Salam. Hai. Lama kan tak jumpa? Untuk tahun 2012 ni, ini entry ketiga. Nampak tak betapa lama tak update? Mula-mula ingat mahu hilang terus dari dunia blog. Tapi entah macam mana, hati tersentak-sentak mahu terus ada di sini. Walau tiada pengunjung lagi, harap boleh jadi diari satu masa nanti.

Lama. Sungguh lama. Perit di hati masih tak surut lagi. Sedarlah diri, lelaki itu sudah berkahwin. Jangan dikenang. Berdosa. Suami orang tu. Semoga ALLAH memelihara rumahtangga mereka.

Apa khabar kalian semua? Semoga sihat sejahtera. Update lah kisah terkini awak-awak semua. Nanti saya serbu rumah awak semua. Okay? Love!

Tuesday, February 21, 2012

Kenapa oh Kenapa

Salam.

Pernah rasa bila kita dalam dilema kita selalu tanya KENAPA? Tapi kita jarang sedar yang kita tanya tu perjalanan hidup yang telah ditentukan. Ibarat kalau papan skateboard kalau dah guna tiba tiba roda dia patah, KENAPA patah tu boleh dijelaskan dengan sekali lalu ke?

Entah kenapa pendekatan papan skateboard digunakan. Mungkin rasa pendekatan tu paling logik kot. Kot lah. Tak pasti pon.

Ceritanya, ada perkara yang kurang menarik berlaku. Tapi takdelah orang tu nak tanya atau nak mintak penjelasan ke apa. Terus tanya, 'kenapa boleh jadi macam ni?' 'kenapa cuai sangat?' 'kenapa tak macam ni?' 'kenapa tak macam tu?' Banyak sangat guna perkataan KENAPA sampai da naik muak nak jawab. Cuba tak perlu push dulu? Keadaan dah relaks, baru lah tanya.

Ah ini entri tentang jiwa sendiri. Tak ada kena mengena dengan orang lain sebenarnya. Aku yang emo. Ah sudah.

Thursday, January 19, 2012

Titik Mula

Salam.

Sangat lama sejak last update dulu. Harap dah jadi lebih matang. Bosan dengan cara penulisan yang sentiasa cover sampai tak mampu menunjukkan diri yang sebenar. Perlu lebih yakin lagi dalam menulis. Doakan saya terus menulis sehingga saya sudah kering idea untuk menulis.

Sekarang mood asyik bercinta. Bahagia. InsyaAllah. Doakan.

><

Tuesday, August 23, 2011

Tak tahan~

Salam.

Entry pendek.

Dah tak tahan. Rasa nak cari tempat baru.

Ada kerja kosong? HEHEHE

Tata!

Wednesday, August 10, 2011

Kata-kata itu

Hai! Kawan-kawan semua sihat? Kalau tak sihat, pergi makan ubat. Eh, bulan puasa yang mulia mana boleh makan ubat sembarangan. Pergi puasa sekarang kau tak puasa nanti Allah marah.

Sekarang ni mood tak berapa stabil ekoran UNISEL dah block Facebook, Youtube, Myspace dan seangkatan dengannya. Motif? Entah. Rasa dalam tempurung dah sekarang ni. Hoi semua readers, saya tak dapat la nak update selalu. Tiap kali update kan, bila publish mesti tak lepas. Sakit hati.

Eh, saya dapat satu ayat best semalam.

"Agama itu jalan,
Cinta itu TUHAN." =)

Renung-renungkan! Selamat berpuasa. Sayang semua!

Friday, July 29, 2011

kembali!

Salam.

Saya mahu kembali aktif di sini. Kehidupan luar buat saya serabut. Maka, sini tempat kita kongsi. Boleh kan? Itupun kalau ada pembaca yang nak membaca. Entah ada ke tak.

Semester ni sekali lagi dapat subjek gedik. Mungkin kebarangkalian untuk student score tu tinggi kot? HAHAHA. Subjek gedik ni hanya boleh diajar oleh lecturer yang gedik sahaja. So kesimpulannya, diri saya ni salah seorang dalam kategori gedik.

Pernah dengar istilah kalau sedih, kita kena makan? Saya rasa sedih lah. Maka, saya pergi makan dulu ye. BYE!


Monday, June 27, 2011

Jom makan-makan!

Hyeeeee!
Sangat bosan harini. Sebab langsung tak pergi mana-mana. Tapi semalam dah keluar so okaylah harini just duduk rumah diam-diam. Macam dah lama tak pernah update pasal makanan. So, here you are =)

Seperti biasa kalau keluar, tak singgah makan-makan macam sedikit pelik kan? Sebab macam WAJIB walaupun makanan ringan. Last week bersama dengan girlfriends, we go out and have a window shopping. Window je la. Nak shopping fulus tak mengizinkan sangat. So, we cuci mata at IKEA! Ada satu kitchen set tu sangat cantik! Macam nak kena kumpul duit and tempah dari sekarang. Niceeeee ~___~

Hah, kalau dah melangkah ke IKEA, haruslah makan dekat foodcourt kan? Meatball nyummy! Setelah JAKIM keluarkan kenyataan Meatballs IKEA adalah HALAL, berdesupp terus ke sini! Nah jamu mata!


Well, my niece ke, sister ke, girlfriends ke, even my students sekalipun memang in love with this DAIM CAKE. Saya je yang masih belum ada perasaan itu. One day maybe ~___~ Diorang kata sedap!

This is great! Dapat 2 keping untuk sepinggan memang sangat berbaloi!
Kitorang beli sepinggan je haritu! Yummm~

Err. Can't say much about this. Sedap sangat-sangat Yummyyyyyyyyyy!~

Well, that's it for now. Ok lah kan daripada tak ada picca? Nasib baik pantas men snap! Kalau tak, memang tak sempat dah masuk mulut dah. HEHE. So, mana lagi tempat best untuk makan-makan?

Monday, June 20, 2011

Si Kecil yang buat saya SENYUM!

Assalamualaikum!
Hai!

Tahu tak, kanak-kanak adalah insan yang paling comel yang boleh buat kita tersenyum dengan keletah mereka. Comel! Comel! Comel! Saya sangat geram dengan kanak-kanak. Pantang jumpa di mana-mana, konfem jadi mangsa lensa saya.

Minggu lepas saya ada persidangan peringkat kebangsaan. Time nak masuk lif, ada parents dukung anak. Serius comel! Terus snap muka dia beberapa kali. Memang tak boleh jumpa budak. Mesti nak snap and cubet pipi. Kids are sooo cute! Especially yang pakai bedak Johnson and minyak Yu Yee. Fresh!

And terbaru, kegilaan saya adalah snap picca anak buah si Danish! Berusia 9 bulan, dia sangat dekat di hati saya! Saya letakkan gambar-gambar beliau yang comel. Mari berkongsi kecomelan dia ye kawan-kawan!




Manja!

Mampu bertahan selama 5 minit je duduk dalam ni T________T

Gosh! Sangat comel geram geram geram! <3

Kena dengki taknak bagi susu! HAHAHA

Sweetnya budak ni buat muka nakal~

I really love and adore your eye! Love you sayang!

Saya berdoa semoga Danish akan sentiasa diberkati Allah dan membesar menjadi kanak-kanak yang soleh. Jangan buli maksu! No no no~ ^__^


Buat kamu: Saya berdoa semoga kita akan bersama ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang mampu membuatkan kita tersenyum setiap masa. =)


Wednesday, June 15, 2011

The Greatest Love?

Assalamualaikum.

Hai semua. Masih ada orang baca blog bosan ni? Harapnya ada lah yang sudi ke mari. Saya taktau pada siapa saya nak luahkan. Serius saya rindu dia.

Dulu, masa awal perkenalan, setiap malam bergayut. HAHA. Biasalah. Gedik~ =p Lepas tu, dah agak kurang cuma sentiasa berSMS. Ada saja benda nak di SMS kan. Even nak cakap "Saya ada choki-choki" pun nak SMS. 1 Sen. Murah.

Tapi sekarang, semua tak ada. Gayut? Jauh sekali. SMS? Untunglah kalau malam ada sekali sebelum tidur, sekali bangun pagi. Memang macam tu ke? Atau kami je yang semakin berbeza?

Sayang semakin utuh. Rindu semakin kuat. Tapi langsung tak ada perhubungan dua hala. Entahlah. Salah siapa? Atau memang macam ni yang dituntut dalam Islam? Tapi rindu... Serius.

Saya takut saya tak tahan menanggung rindu. Memang lah disuruh dalam Islam tak selalu berhubung. Tapi, saya belum boleh biasakan. Macam mana? =(


p/s: Ya Allah! Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Panjangkanlah jodoh kami buat selamanya. Amin.

Thursday, May 26, 2011

Abah saya bukan seorang yang OPEN~

Salam.

Hai semua! Bahagia tak? Happy tak? Sakit? Alaaaa, makan ubat k! InsyaAllah sihat la tu. Sakit kan penghapus dosa kecil. Tabahlah kawan-kawan. HEHE. Dah lama menyepi sibuk bagi tazkirah kan? Hish cik penulis ni. Entah apa-apa~

Nak tanya kawan-kawan semua, apa persepsi anda terhadap abah anda? Soalan tu ditanya oleh seorang kawna semalam. Tiba-tiba macam sentap terdiam taktau nak jawab apa. Susah juga soalan tu. Macam nak kena buka buku SPM tahun 2003. HEHE.

Hakikatnya, soalan yang begini mudah tak mampu dijawab oleh seorang tukang cakap yang kononnya pandai berkata-kata. Haish. Ingat senang ke nak berpersepsi terhadap abah sendiri? Susah tau! Tapi secara jujurnya, yang paling nyata tentang abah saya adalah beliau seorang yang sangat COOL! Thumbs up abah~ Beliau akan senyum hadapi apa juga dugaan walaupun anak dara dia dah berbakul bakul airmata. Relax nya!

Tapi, ada satu tentang beliau yang saya sangat kagumi. Abah memang bukan seorang yang OPEN. Tapi, beliau prihatin tentang anak-anak dan keluarga. Beliau cukup titik beratkan dengan siapa anak dara dia mahu keluar. Berdua dengan si dia? NO WAY! Tidak mungkin abah izinkan. Alaaa, macam mana nak pergi kenduri ni abah? (anak dara buat muka kesian rengek2 manja)

Jawapan abah mudah: bawak dia jumpa abah. Nanti abah selidik dulu ON ke TAK nak keluar berdua. Yeayy abah! Errr, kena bawak dia jumpa abah? *pengsan!*

Hah, itulah abah saya! Sporting tapi bertempat. Luv you abah! Kesimpulannya, abah saya memang bukan seorang yang OPEN~


p/s: Mr. A, sila jumpa abah saya!

Saturday, May 21, 2011

Surat buat awak

Assalamualaikum.

haih, maaflah lama menyepi. Ayat sama je kan? Nak buat macam mana. Dah memang tu aje ayat paling sesuai. Nak beritahu, entry kali ni, nak berkongsi sekeping surat cinta. Surat dari seorang gadis yang naif, bodoh tentang cinta, tapi gatal nak diri disayangi. Jemput baca!

Buat Mr. A,

Awak,
Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih sebab sudi bersama dengan saya menghadapi semua dugaan yang mendatang. Walau adakala awak makan hati dengan perangai saya, awak tetap anggap saya kesayangan awak.

Cuma, sejak dua menjak ni, saya perasan ada perubahan dalam hubungan kita. Saya rasa lain. Saya selalu rasa awak dah tak layan saya macam dulu. Kalau dulu, ada saja cara awak nak buatkan hari saye tersenyum indah. Awak call saya tiap pagi, awak SMS sebelum pergi kerja, awak akan buat apa sahaja. Tapi sekarang, awak mana ada call saya. Awak mana ada buat apa sahaja untuk saya.

Saya ni masih kesayangan awak ke? Saya masih dalam hati awak?

Adakala memang saya tersentuh dengan sikap awak yang tak ambil peduli. Yang tak suka saya bermanja. Ok I admit, memang ada masa saya sangat manja, gedik sampai awak malas nak layan. So, just let me know.

Awak,

Saya akui saya tak mempu untuk teruskan hidup tanpa awak. Kerana kalau nyawa diperlukan untuk bahagiakan awak dan mendapat keredhaan Allah, saya sanggup. Saya akan terus berdoa moga jodoh kita berpanjangan. Hati saya milik awak. =)



p/s: naif kan gadis ini? hihihihi