Followers

Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Si Kecil yang buat saya SENYUM!

Assalamualaikum!
Hai!

Tahu tak, kanak-kanak adalah insan yang paling comel yang boleh buat kita tersenyum dengan keletah mereka. Comel! Comel! Comel! Saya sangat geram dengan kanak-kanak. Pantang jumpa di mana-mana, konfem jadi mangsa lensa saya.

Minggu lepas saya ada persidangan peringkat kebangsaan. Time nak masuk lif, ada parents dukung anak. Serius comel! Terus snap muka dia beberapa kali. Memang tak boleh jumpa budak. Mesti nak snap and cubet pipi. Kids are sooo cute! Especially yang pakai bedak Johnson and minyak Yu Yee. Fresh!

And terbaru, kegilaan saya adalah snap picca anak buah si Danish! Berusia 9 bulan, dia sangat dekat di hati saya! Saya letakkan gambar-gambar beliau yang comel. Mari berkongsi kecomelan dia ye kawan-kawan!




Manja!

Mampu bertahan selama 5 minit je duduk dalam ni T________T

Gosh! Sangat comel geram geram geram! <3

Kena dengki taknak bagi susu! HAHAHA

Sweetnya budak ni buat muka nakal~

I really love and adore your eye! Love you sayang!

Saya berdoa semoga Danish akan sentiasa diberkati Allah dan membesar menjadi kanak-kanak yang soleh. Jangan buli maksu! No no no~ ^__^


Buat kamu: Saya berdoa semoga kita akan bersama ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang mampu membuatkan kita tersenyum setiap masa. =)


Monday, August 30, 2010

Nak Letak Tajuk Ape Eh? Adeh~

Salam.

Ku pintal-pintal hati
Menjadi buih-buih penyeri
Menghibur jiwa yang kian hilang
Dari sehari ke sehari
Ku cari mana pengganti
Rupanya tiada lagi
Hanya dia
Dia
Dia
Dia

Maaf. Itu namanya sajak selingan. Sajak ke? ^__^ Alhamdulillah. Sudah 53 tahun negara tercinta ni MERDEKA. Dan selama itu jugalah kita bebas dari penjajah. Tapi, kenapa kadang-kadang rasa macam kita ni tak merdeka lagi? Erk. Renung-renungkan dan selamat beramal. =P

Ada ramai ajak berbuka puasa sama. Maaf. Maaf. Maaf. Bukan tak sudi. Busy. Sangat-sangat. Nah tengok jadual ni!

23,24,25 Ogos
8.30 a.m - 11.30 a.m (class)
2.30 p.m - 5.30 p.m (class)
8.30 p.m - 11.30 p.m (class)

26 Ogos
2.30 p.m - 5.30 p.m (class)

28,29 Ogos
Seminar, Meeting

30 Ogos
8.30 a.m - 11.30 a.m (class)
2.30 p.m - 6.30 p.m (Shah Alam, Meeting)

31 Ogos
8.30 p.m - 11.30 p.m (class)

1,2,6 September
8.30 a.m - 11.30 p.m (class)

3,4 September
UPSI (Assignment Submission)

HAH! Tu baru sebelum raya. Selepas raya! Hadei. Penat betul la. Taktahu dah nak rehat macam mana. Nak makan ikan bakar JERAM! Lepas raya lah! HEHEHE

p/s: Nak dia je. Taknak orang lain dah. Boleh tak? =)

Monday, April 12, 2010

Ni Kerja Manusia ke BINATANG?

Salam.

I dapat satu email. Lepas I tengok semua gambar tu, satu je perkara yang I fikir. Ni kerja manusia ke binatang? I menangis. Sebab I rasa gambar tu sangat kejam. I harap, tengok gambar ni, jadikan iktibar. Lepas tu, fikir balik. Siapa yang bersalah sebenarnya.


Seorang bayi. Pastinya tak berdosa.


Badan dicucuh puntung rokok? KESIAN! T______T


Dia sangat comel. Kenapa nasib jadi macam ni?


First I tengok gambar-gambar ni, I terus terfikir. Kenapa ada manusia yang masih tak menghargai rezeki yang penuh bernilai dari Allah ni? Fikirkan lah.


p/s: Hargailah 'anak' ini. Ia pemberian yang bukan semua bisa mendapatnya. =)

Tuesday, March 23, 2010

Budak kecik boleh buat kita SENYUM NGEEEE!!!

Salam.

Semalam I singgah di sebuah gerai makcik jual kuih sedap. Memang sedap. Tak boleh nak nafikan lagi dah kesedapan kuih-kuih beliau. Semua kuih pun sedap. Sebenarnya, masa I pergi gerai makcik tu, I baru lepas nangis. I nangis tanpa sebab yang diketahui. Tiba-tiba je I rindu 'dia'. Sangat rindu.

Bukan mudah nak menghilangkan rasa rindu. Apatah lagi bila hati sangat sayang. Tapi lately, I dengan dia dah okay. I mean, as a friend. Boleh gelak-gelak. Cuma dah tak boleh nak gedik macam dulu. Sakit sangat bila fikirkan yang I masih sayang kat dia. Tak ada lagi yang boleh ganti kedudukan dia. Entah apa yang special sangat. I sendiri tak tahu.

Lagu yang I sangat harapkan dari dia, tapi, I tau I tak akan dapat. Lagu ni:

"Puteri,
Jangan menangis,
Hapus airmata,
Di wajah cantikmu.

Puteri,
Kepergianku,
Tak akan lama,
Tahan rindumu.

Bila kau rindukan aku Puteri,
Cuba kau pandangi,
Langit malam ini,
Bila itu tak cukup mengganti,
Cubalah kau hirup,
Udara pagi, Aku disini"

Oke, lagu ini sangat bermakna. I harap someone akan bagi lagu ni kat I. *wink wink*

----------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik kepada cerita di gerai tu - Dalam sedih-sedih tu, I terus singgah kat gerai makcik tu. Lepas tu, I pun pilih la 2 jenis kuih. Tiba-tiba ada seorang budak bawak basikal datang. Dia tanya kat makcik tu, "Makcik, ni kuih apa?" Makcik tu pun jawab la nama kuih tu.

Tiba-tiba budak tu terus keluarkan botol air, dia siram air kat bekas kuih makcik tu. Apa lagi! Marah lah makcik tu. Lepas tu, makcik tu tanya. "Kenapa simbah air dalam bekas kuih ni? Dah membazir tak boleh jual"

Budak tu sengih je. Nak tau kenapa? Sebab NI!!!


KUIH SARANG SEMUT!!!!!!!!

Hahaha. Gelak tak ingat punya lepas dapat tau kenapa budak tu simbah air. Makcik tu pun tak jadi marah. Hai lah budak kecik! Kau memang buat akak senyum je sepanjang hari. Jom kapel.

Wednesday, December 30, 2009

Candid Photo Contest


Salam. Oke, nak habes 2009 ni, semua pon nak wat contest. And I sangat excited nak join contest-contest ni semua. Saje je menghiburkan hati sendiri yang jarang terhibur ni. hahaha.

Kali ni, I nak join Candid-Photo-Contest! Contest ni I dapat tau daripada blog Rina Salleh. Memang gambar-gambar yang masuk semua cun oke. I memang tipis je peluang nak menang. Tapi, kalau ada rezeki, mana lah tahu kan. Urm, oke, gambar yang I pilih ni diambil dari kamera henfon I je. So, maafla kalau kurang terang ke, effect teruk ke. Sila jangan komplen ye. KEPADA SESIAPA YANG NAK JOIN, BOLEH KLIK GAMBAR DI ATAS ATAU KLIK SINI. Ye, SINI!!!

Gambar candid yang I pilih~

Kenapa I rasa gambar ni menarek? Sebab diorang berdua ni memang langsung tak sedar I capture gambar ni. Yang lelaki asyik sangat main game henfon. Yang si kecik tu, sangat asyik tengok cara game tu dimainkan. I sangat suka gambar ni. Nampak macam si kecik tu sangat manja. I tak boleh nak terangkan. Tapi, seriously, gambar ni I wajib tengok setiap hari (sebab wallpaper laptop I. HAHAHAHAHA)

puh kiri ~
puh kanan~
HEHEHE

Tak menang pun tak apa. Just I suka meriahkan semua contest-contest!!!~

Wednesday, September 23, 2009

dalam kenangan

salam Raya!!! oke, semua macam busy gile update tentang gambar raya and cerita bahagia gembira semua perasaan pun ada sepanjang raya yang baru hari keempat ni. i akan update, later! sebab macam malas nak update sekarang. ni pun lepak kat kopitiam jap on wireless. kalu tak, jangan la harap nak dapat bukak blog comel ni.

semalam gi mersing. rumah makcik, pakcik, saudara mara terchenta. eh, kata taknak update tentang raya. eh, bukan nak cerita pasal raya. nak imbau kenangan sahaja. sila teruskan sesi pembacaan. i masa kecik suka kejar ayam. asal balik kampung, kejar anak ayam. nak buat macam mana. mereka sungguh comel.

so, kat rumah makcik, anak dia yang sulung dengan selamba cakap, 'budak ni la dulu kejar ayam kan? dah besar panjang dah. kejar apa pulak sekarang?' peh, pandang kiri kanan, semua gelakkan i. sungguh la malu. ala, biasala tu. kanak-kanak riang. yang lagi best, sorang abang saudara, 'eh, ni budak gembeng tu kan? sekarang gembeng lagi tak?' hehe. memang pun. i masa kecik memang gembeng. sikit sikit nak nangis je keje.

walau apapun yang telah berlaku, itu kenangan i. benda yang akan diingati sampai bila-bila. kenangan indah suatu masa dulu. apa kenangan best anda semua?


p/s: rasa nak kejar itik!!~

Friday, August 28, 2009

Jom Main Teng Teng!!~

salam Ramadhan. pernah tak dengar tentang permainan teng teng? tak pernah? kesiannya. oke, TENG TENG ialah sejenis permainan tradisional yang menggunakan kaki untuk melompat-lompat dari satu kotak ke satu kotak dan kadangkala memerlukan kaki yang panjang jika terpaksa melompat jauh. fuh. panjang betul ayat. skema lak tu. ahaha. sila faham sekarang apa itu teng teng. dulu kan, mase budak-budak la kan, i pon main teng teng. seronok! baling batu macam pro lepas tu lompat-lompat la. lukis pakai kapur atas simen depan rumah, lepas main kena basuh nanti mak bising aiyoo taktau.


ini adalah TENG TENG. main teng teng pon ada strategi tau.
ingat main counter strike je ada stategi? eleh.

oke, seterusnya, main KONDA KONDI! seronok! lagi-lagi kalau balik kampung. main dengan sedara, sepupu, dua pupu, kupu-kupu. merepek. kalau sesiapa yang tak tahu permainan ni, jangan segan-segan bertanya kepada Uncle Google ye. i tak mahir sangat nak cerita pasal permainan ni. sebab main je ikut orang masa kecik-kecik COMEL dahulu. heh, perasan ah!

comel comel. jom main konda kondi. siapa nak masuk kumpulan i?

Selain tu, i main congkak! ye, CONGKAK! siapa tak tahu congkak dia memang bukan anak Malaysia ah. main congkak ni memerlukan kreativiti juga. Matematik kena la pandai dapat A masa sekolah rendah darjah tiga pun cukup la. kena kira betul-betul guli tu nak masuk mana. lagi best kalau berhenti dekat lubang kosong depan tu ada lubang lawan kita yang penuh, peh, memang syok arr rembat guli dia. mesti terkesima lawan kita tu sampai rasa nak berlari-lari keliling padang sekolah. oke,merepek.




sekadar gambar hiasan. tiada kena mengena dengan penulis, keluarga penulis mahupun kupu-kupu penulis. jangan main dengan makcik-makcik. mereka hebat!

ha, masa zaman tadika dulu, i pernah main permainan yang sumpah COMEL. yela, semua pun nak comel kan. permainan ni ada lagu. macam ni.

Ola Oli, diberi nama
Saudara saudari
cikebum cikebum
malam malam hari
siang siang hari
disko disko ...
bla bla bla tak ingat

ha, siapa pernah main? meh jadi geng i meh. hehe. yela, budak-budak zaman sekarang terutama yang dekat bandar, tak pernah main dah permainan macam ni. ada yang umur 7 tahun mak dengan ayah dah ajar main bowling. hebat tu. walau macam mana pun, hiduplah permainan tradisional untuk blogger! eh, merepek lagi.



ni la permainan budak-budak zaman sekarang. tak best tak best. tak berkembang langsung minda. baik main congkak. ada matematik. baik main teng teng. badan sihat.
akhir kata, HIDUP TENG TENG!!~

Monday, August 17, 2009

Kenapa Banyak Tanya?

kanak-kanak suka bertanya soalan yang kita sendiri taktahu macam mana nak jawab.
betul tak? contohnya, "Macam mana nak tengok hari esok?". oke, mungkin ada yang fikir jawab sahaja, "Tunggu je la esok" atau "Tidurlah, nanti jumpa hari esok". Tetapi, sebenarnya, minda kanak-kanak bekerja lebih dari orang dewasa. mereka akan mencari soalan lagi dan lagi dan lagi sehingga kita tidak boleh menjawab.

Jangan ambil mudah persoalan yang diajukan oleh kanak-kanak. oke, yang merepek itu abaikan lah. yang berupa pengetahuan am, persoalan yang ada jawapan tetapi tidak tahu bagaimana nak jawab, kita kena jawab dengan cara yang mereka fahami.

TETAPI!!!

Ada soalan yang kita memang tak dapat nak jawab. Sebagai contoh,


"Kenapa bas sekolah warna kuning? Kenapa tak buat warna merah ke, putih ke, hijau ke."

Siapa boleh jawab, sila beri jawapan sekarang!!!