Followers

Monday, June 20, 2011

Si Kecil yang buat saya SENYUM!

Assalamualaikum!
Hai!

Tahu tak, kanak-kanak adalah insan yang paling comel yang boleh buat kita tersenyum dengan keletah mereka. Comel! Comel! Comel! Saya sangat geram dengan kanak-kanak. Pantang jumpa di mana-mana, konfem jadi mangsa lensa saya.

Minggu lepas saya ada persidangan peringkat kebangsaan. Time nak masuk lif, ada parents dukung anak. Serius comel! Terus snap muka dia beberapa kali. Memang tak boleh jumpa budak. Mesti nak snap and cubet pipi. Kids are sooo cute! Especially yang pakai bedak Johnson and minyak Yu Yee. Fresh!

And terbaru, kegilaan saya adalah snap picca anak buah si Danish! Berusia 9 bulan, dia sangat dekat di hati saya! Saya letakkan gambar-gambar beliau yang comel. Mari berkongsi kecomelan dia ye kawan-kawan!




Manja!

Mampu bertahan selama 5 minit je duduk dalam ni T________T

Gosh! Sangat comel geram geram geram! <3

Kena dengki taknak bagi susu! HAHAHA

Sweetnya budak ni buat muka nakal~

I really love and adore your eye! Love you sayang!

Saya berdoa semoga Danish akan sentiasa diberkati Allah dan membesar menjadi kanak-kanak yang soleh. Jangan buli maksu! No no no~ ^__^


Buat kamu: Saya berdoa semoga kita akan bersama ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang mampu membuatkan kita tersenyum setiap masa. =)


Wednesday, June 15, 2011

The Greatest Love?

Assalamualaikum.

Hai semua. Masih ada orang baca blog bosan ni? Harapnya ada lah yang sudi ke mari. Saya taktau pada siapa saya nak luahkan. Serius saya rindu dia.

Dulu, masa awal perkenalan, setiap malam bergayut. HAHA. Biasalah. Gedik~ =p Lepas tu, dah agak kurang cuma sentiasa berSMS. Ada saja benda nak di SMS kan. Even nak cakap "Saya ada choki-choki" pun nak SMS. 1 Sen. Murah.

Tapi sekarang, semua tak ada. Gayut? Jauh sekali. SMS? Untunglah kalau malam ada sekali sebelum tidur, sekali bangun pagi. Memang macam tu ke? Atau kami je yang semakin berbeza?

Sayang semakin utuh. Rindu semakin kuat. Tapi langsung tak ada perhubungan dua hala. Entahlah. Salah siapa? Atau memang macam ni yang dituntut dalam Islam? Tapi rindu... Serius.

Saya takut saya tak tahan menanggung rindu. Memang lah disuruh dalam Islam tak selalu berhubung. Tapi, saya belum boleh biasakan. Macam mana? =(


p/s: Ya Allah! Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Panjangkanlah jodoh kami buat selamanya. Amin.

Thursday, May 26, 2011

Abah saya bukan seorang yang OPEN~

Salam.

Hai semua! Bahagia tak? Happy tak? Sakit? Alaaaa, makan ubat k! InsyaAllah sihat la tu. Sakit kan penghapus dosa kecil. Tabahlah kawan-kawan. HEHE. Dah lama menyepi sibuk bagi tazkirah kan? Hish cik penulis ni. Entah apa-apa~

Nak tanya kawan-kawan semua, apa persepsi anda terhadap abah anda? Soalan tu ditanya oleh seorang kawna semalam. Tiba-tiba macam sentap terdiam taktau nak jawab apa. Susah juga soalan tu. Macam nak kena buka buku SPM tahun 2003. HEHE.

Hakikatnya, soalan yang begini mudah tak mampu dijawab oleh seorang tukang cakap yang kononnya pandai berkata-kata. Haish. Ingat senang ke nak berpersepsi terhadap abah sendiri? Susah tau! Tapi secara jujurnya, yang paling nyata tentang abah saya adalah beliau seorang yang sangat COOL! Thumbs up abah~ Beliau akan senyum hadapi apa juga dugaan walaupun anak dara dia dah berbakul bakul airmata. Relax nya!

Tapi, ada satu tentang beliau yang saya sangat kagumi. Abah memang bukan seorang yang OPEN. Tapi, beliau prihatin tentang anak-anak dan keluarga. Beliau cukup titik beratkan dengan siapa anak dara dia mahu keluar. Berdua dengan si dia? NO WAY! Tidak mungkin abah izinkan. Alaaa, macam mana nak pergi kenduri ni abah? (anak dara buat muka kesian rengek2 manja)

Jawapan abah mudah: bawak dia jumpa abah. Nanti abah selidik dulu ON ke TAK nak keluar berdua. Yeayy abah! Errr, kena bawak dia jumpa abah? *pengsan!*

Hah, itulah abah saya! Sporting tapi bertempat. Luv you abah! Kesimpulannya, abah saya memang bukan seorang yang OPEN~


p/s: Mr. A, sila jumpa abah saya!

Saturday, May 21, 2011

Surat buat awak

Assalamualaikum.

haih, maaflah lama menyepi. Ayat sama je kan? Nak buat macam mana. Dah memang tu aje ayat paling sesuai. Nak beritahu, entry kali ni, nak berkongsi sekeping surat cinta. Surat dari seorang gadis yang naif, bodoh tentang cinta, tapi gatal nak diri disayangi. Jemput baca!

Buat Mr. A,

Awak,
Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih sebab sudi bersama dengan saya menghadapi semua dugaan yang mendatang. Walau adakala awak makan hati dengan perangai saya, awak tetap anggap saya kesayangan awak.

Cuma, sejak dua menjak ni, saya perasan ada perubahan dalam hubungan kita. Saya rasa lain. Saya selalu rasa awak dah tak layan saya macam dulu. Kalau dulu, ada saja cara awak nak buatkan hari saye tersenyum indah. Awak call saya tiap pagi, awak SMS sebelum pergi kerja, awak akan buat apa sahaja. Tapi sekarang, awak mana ada call saya. Awak mana ada buat apa sahaja untuk saya.

Saya ni masih kesayangan awak ke? Saya masih dalam hati awak?

Adakala memang saya tersentuh dengan sikap awak yang tak ambil peduli. Yang tak suka saya bermanja. Ok I admit, memang ada masa saya sangat manja, gedik sampai awak malas nak layan. So, just let me know.

Awak,

Saya akui saya tak mempu untuk teruskan hidup tanpa awak. Kerana kalau nyawa diperlukan untuk bahagiakan awak dan mendapat keredhaan Allah, saya sanggup. Saya akan terus berdoa moga jodoh kita berpanjangan. Hati saya milik awak. =)



p/s: naif kan gadis ini? hihihihi

Thursday, May 5, 2011

Kalau Kita Yakin Dia Milik Kita

Salam.

Tempat luahan rasa ni bersarang lagi. Kesian kan blog ni? Dahlah tuan tak ambil peduli. Pengunjung pun dah tak ada kat sini. HEHE. Padan muka diri sendiri! Siapa suruh tak pergi blog orang lain. Masa tak mengizinkan. Kalau tempek jadual kat sini, mesti ramai yang bersimpati kan? Sobs sobs sobs. Erm.

Derita cinta dah berkurangan. Alhamdulillah. Allah bersama kami! =) Cuma, jarak jauh membuatkan I rasa kurang kasih sayang. Haha. Geli statement macam tu. Entah. I bukan kaki jiwang. Jauh sekali romantik. I berkasih kerana Allah. Dan kalau dia jodoh yang Allah dah tentukan. ALHAMDULILLAH! ^_____^

Istikharah. Istikharah. Istikharah. Itu mungkin cara terbaik untuk memilih pasangan hidup. Lebih elok kalau parents yang jalankan istikharah tu. Sebab kalau diri sendiri yang dah terang-terang sayang dekat si dia, hati kita memang dah ke arah dia. Jadi istikharah tu, mungkin tak berapa relevan. Kalau parents yang buatkan, InsyaAllah, Allah akan beri petunjuk. =)

Nampak tak macam banyak benda serius dalam entry ni? Nak buat macam mana. Abah dah keluar statement. Ha, tunang la tahun ni. Errr! Tak ready lagi abah. Kami belum boleh berdikari sepenuhnya. Beri masa ya.

InsyaAllah. Yang bahagia itu akan hadir jua.


p/s: Lya Colours, trust me! U will find one~ Sayang kamu! Muahhh ^____^

Saturday, April 23, 2011

Sakit.Derita.Kecewa

Salam.

Betul kan orang kata. Blog ni tempat untuk kita meluahkan segala apa yang kita rasa. This is my personal blog. So, I hope tak ada yang kata I gedik sebab menulis semua kisah ni.

Biasalah. Kalau dah bercinta, badai pasang surut tu wajib akan berlaku. Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Hanya pada Allah boleh kita minta kan? Nak percaya manusia lain? Bukan tak boleh tapi takut lain yang akan berlaku. Puas sudah kami hadapi semua ni secara telus. Puas sudah kami hadapi semua ni dengan redha. Namun, satu pun tak berjaya. Mungkin Allah masih nak uji kami. Kenapa dugaan yang kami kena tanggung ni berat sangat? Mungkin Allah nak kami hapuskan dosa-dosa yang pernah kami lakukan.

Satu demi satu dugaan datang. Seorang demi seorang tak puas hati dengan hubungan yang kami bina dengan izin Allah ni. Tak faham apa yang dia cuba lakukan. Puas hati lihat kehancuran hubungan kami? Puas hati dengan kejatuhan kami? Puas hati dengan airmata yang tak pernah surut? Puas?

Manusia. Mana pernah puas. Sentiasa ada propaganda yang nak dibuat. Ada cerita baru yang nak diceritakan. Kenapa? Sebab dia tak dapat apa yang kami dapat? Atau dia nak apa yang saya ada? Tak cukupkah dengan apa yang kau ada? Seorang kau tak terjaga, sekeping hati kau tak terlayan, mampukah kau nak jaga dua?

Hebat sungguh cerita yang kau reka. Cerita yang kau pusing 360 darjah sehingga semua orang percaya pada kau. Percaya cerita kau. Percaya yang betul adalah kau~ Hanya kau!

Aku down. Aku sakit. Aku derita. Aku cuba tersenyum. Semalam, kelmarin, masih boleh. Tapi hari ini, aku dah tak boleh. Aku dah hilang sabar. Aku dah tak tahan dengan semua yang sedang berlaku.

Kepada Mr. A, saya harap awak kuat dengan saya. Awak bertahan dengan saya. Awak yakin dengan apa yang kita bina. Berdoalah agar Allah sentiasa bersama kita. Berdoalah semoga jodoh milik kita. Berdoalah semoga orang yang nak menghancurkan kita akan insaf. Tabahlah. Saya sentiasa dengan awak.

Thursday, April 21, 2011

Hidup itu indah

Salam.

Ya Allah! Lama nya tak menulis kat sini. Maaf maaf maaf~ Sekarang ni musim peperangan semester. Banyak perkara harus didahulukan. Cuma, terniat untuk menulis tentang perkara yang sedang berlaku kini.

Mood sekarang bahagia Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah! Kau tunjukkan aku kebenaran. Kau beri aku kekuatan. Kau bantu aku menggapai jiwa yang hilang. Buat kamu, semoga berbahagia bersama insan tersayang. =)

Hey hey apa sedih ni? Sekarang kena happy!

Hurm. Kecintaan yang Allah turunkan pada hambaNYA sama sahaja. Kita yang harus mendalami. Kita yang harus rasai. Dalam perhubungan, yang paling penting, kepercayaan, kesetiaan dan KEREDHAAN. Cukup 3 ini, dengan izin DIA, hubungan kamu pasti bahagia. Cuma, kau harus menahan hati dari merasai kecintaan yang tinggi. Selagi belum halal hubungan tu, jangan terlalu menyinta sehingga lupa yang lainnya. Bersederhanalah =)

Hidup ni sesuatu yang indah. Cukup indah. Tugas kita adalah hadapi setiap dugaan yang datang dan hikmah dari dugaan tu semua pasti sesuatu yang indah. Percayalah!

Kepada semua yang masih menjenguk ke mari, terima kasih sayang! Thanks! ^___^