Followers

Thursday, May 26, 2011

Abah saya bukan seorang yang OPEN~

Salam.

Hai semua! Bahagia tak? Happy tak? Sakit? Alaaaa, makan ubat k! InsyaAllah sihat la tu. Sakit kan penghapus dosa kecil. Tabahlah kawan-kawan. HEHE. Dah lama menyepi sibuk bagi tazkirah kan? Hish cik penulis ni. Entah apa-apa~

Nak tanya kawan-kawan semua, apa persepsi anda terhadap abah anda? Soalan tu ditanya oleh seorang kawna semalam. Tiba-tiba macam sentap terdiam taktau nak jawab apa. Susah juga soalan tu. Macam nak kena buka buku SPM tahun 2003. HEHE.

Hakikatnya, soalan yang begini mudah tak mampu dijawab oleh seorang tukang cakap yang kononnya pandai berkata-kata. Haish. Ingat senang ke nak berpersepsi terhadap abah sendiri? Susah tau! Tapi secara jujurnya, yang paling nyata tentang abah saya adalah beliau seorang yang sangat COOL! Thumbs up abah~ Beliau akan senyum hadapi apa juga dugaan walaupun anak dara dia dah berbakul bakul airmata. Relax nya!

Tapi, ada satu tentang beliau yang saya sangat kagumi. Abah memang bukan seorang yang OPEN. Tapi, beliau prihatin tentang anak-anak dan keluarga. Beliau cukup titik beratkan dengan siapa anak dara dia mahu keluar. Berdua dengan si dia? NO WAY! Tidak mungkin abah izinkan. Alaaa, macam mana nak pergi kenduri ni abah? (anak dara buat muka kesian rengek2 manja)

Jawapan abah mudah: bawak dia jumpa abah. Nanti abah selidik dulu ON ke TAK nak keluar berdua. Yeayy abah! Errr, kena bawak dia jumpa abah? *pengsan!*

Hah, itulah abah saya! Sporting tapi bertempat. Luv you abah! Kesimpulannya, abah saya memang bukan seorang yang OPEN~


p/s: Mr. A, sila jumpa abah saya!

Saturday, May 21, 2011

Surat buat awak

Assalamualaikum.

haih, maaflah lama menyepi. Ayat sama je kan? Nak buat macam mana. Dah memang tu aje ayat paling sesuai. Nak beritahu, entry kali ni, nak berkongsi sekeping surat cinta. Surat dari seorang gadis yang naif, bodoh tentang cinta, tapi gatal nak diri disayangi. Jemput baca!

Buat Mr. A,

Awak,
Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih sebab sudi bersama dengan saya menghadapi semua dugaan yang mendatang. Walau adakala awak makan hati dengan perangai saya, awak tetap anggap saya kesayangan awak.

Cuma, sejak dua menjak ni, saya perasan ada perubahan dalam hubungan kita. Saya rasa lain. Saya selalu rasa awak dah tak layan saya macam dulu. Kalau dulu, ada saja cara awak nak buatkan hari saye tersenyum indah. Awak call saya tiap pagi, awak SMS sebelum pergi kerja, awak akan buat apa sahaja. Tapi sekarang, awak mana ada call saya. Awak mana ada buat apa sahaja untuk saya.

Saya ni masih kesayangan awak ke? Saya masih dalam hati awak?

Adakala memang saya tersentuh dengan sikap awak yang tak ambil peduli. Yang tak suka saya bermanja. Ok I admit, memang ada masa saya sangat manja, gedik sampai awak malas nak layan. So, just let me know.

Awak,

Saya akui saya tak mempu untuk teruskan hidup tanpa awak. Kerana kalau nyawa diperlukan untuk bahagiakan awak dan mendapat keredhaan Allah, saya sanggup. Saya akan terus berdoa moga jodoh kita berpanjangan. Hati saya milik awak. =)



p/s: naif kan gadis ini? hihihihi

Thursday, May 5, 2011

Kalau Kita Yakin Dia Milik Kita

Salam.

Tempat luahan rasa ni bersarang lagi. Kesian kan blog ni? Dahlah tuan tak ambil peduli. Pengunjung pun dah tak ada kat sini. HEHE. Padan muka diri sendiri! Siapa suruh tak pergi blog orang lain. Masa tak mengizinkan. Kalau tempek jadual kat sini, mesti ramai yang bersimpati kan? Sobs sobs sobs. Erm.

Derita cinta dah berkurangan. Alhamdulillah. Allah bersama kami! =) Cuma, jarak jauh membuatkan I rasa kurang kasih sayang. Haha. Geli statement macam tu. Entah. I bukan kaki jiwang. Jauh sekali romantik. I berkasih kerana Allah. Dan kalau dia jodoh yang Allah dah tentukan. ALHAMDULILLAH! ^_____^

Istikharah. Istikharah. Istikharah. Itu mungkin cara terbaik untuk memilih pasangan hidup. Lebih elok kalau parents yang jalankan istikharah tu. Sebab kalau diri sendiri yang dah terang-terang sayang dekat si dia, hati kita memang dah ke arah dia. Jadi istikharah tu, mungkin tak berapa relevan. Kalau parents yang buatkan, InsyaAllah, Allah akan beri petunjuk. =)

Nampak tak macam banyak benda serius dalam entry ni? Nak buat macam mana. Abah dah keluar statement. Ha, tunang la tahun ni. Errr! Tak ready lagi abah. Kami belum boleh berdikari sepenuhnya. Beri masa ya.

InsyaAllah. Yang bahagia itu akan hadir jua.


p/s: Lya Colours, trust me! U will find one~ Sayang kamu! Muahhh ^____^