Followers

Thursday, May 26, 2011

Abah saya bukan seorang yang OPEN~

Salam.

Hai semua! Bahagia tak? Happy tak? Sakit? Alaaaa, makan ubat k! InsyaAllah sihat la tu. Sakit kan penghapus dosa kecil. Tabahlah kawan-kawan. HEHE. Dah lama menyepi sibuk bagi tazkirah kan? Hish cik penulis ni. Entah apa-apa~

Nak tanya kawan-kawan semua, apa persepsi anda terhadap abah anda? Soalan tu ditanya oleh seorang kawna semalam. Tiba-tiba macam sentap terdiam taktau nak jawab apa. Susah juga soalan tu. Macam nak kena buka buku SPM tahun 2003. HEHE.

Hakikatnya, soalan yang begini mudah tak mampu dijawab oleh seorang tukang cakap yang kononnya pandai berkata-kata. Haish. Ingat senang ke nak berpersepsi terhadap abah sendiri? Susah tau! Tapi secara jujurnya, yang paling nyata tentang abah saya adalah beliau seorang yang sangat COOL! Thumbs up abah~ Beliau akan senyum hadapi apa juga dugaan walaupun anak dara dia dah berbakul bakul airmata. Relax nya!

Tapi, ada satu tentang beliau yang saya sangat kagumi. Abah memang bukan seorang yang OPEN. Tapi, beliau prihatin tentang anak-anak dan keluarga. Beliau cukup titik beratkan dengan siapa anak dara dia mahu keluar. Berdua dengan si dia? NO WAY! Tidak mungkin abah izinkan. Alaaa, macam mana nak pergi kenduri ni abah? (anak dara buat muka kesian rengek2 manja)

Jawapan abah mudah: bawak dia jumpa abah. Nanti abah selidik dulu ON ke TAK nak keluar berdua. Yeayy abah! Errr, kena bawak dia jumpa abah? *pengsan!*

Hah, itulah abah saya! Sporting tapi bertempat. Luv you abah! Kesimpulannya, abah saya memang bukan seorang yang OPEN~


p/s: Mr. A, sila jumpa abah saya!

2 comments:

Wafa Zaini said...

nice blog indeed :)

Adeqq said...

Wafa Zaini:-

hey hey. tanks! =)