Followers

Saturday, May 21, 2011

Surat buat awak

Assalamualaikum.

haih, maaflah lama menyepi. Ayat sama je kan? Nak buat macam mana. Dah memang tu aje ayat paling sesuai. Nak beritahu, entry kali ni, nak berkongsi sekeping surat cinta. Surat dari seorang gadis yang naif, bodoh tentang cinta, tapi gatal nak diri disayangi. Jemput baca!

Buat Mr. A,

Awak,
Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih sebab sudi bersama dengan saya menghadapi semua dugaan yang mendatang. Walau adakala awak makan hati dengan perangai saya, awak tetap anggap saya kesayangan awak.

Cuma, sejak dua menjak ni, saya perasan ada perubahan dalam hubungan kita. Saya rasa lain. Saya selalu rasa awak dah tak layan saya macam dulu. Kalau dulu, ada saja cara awak nak buatkan hari saye tersenyum indah. Awak call saya tiap pagi, awak SMS sebelum pergi kerja, awak akan buat apa sahaja. Tapi sekarang, awak mana ada call saya. Awak mana ada buat apa sahaja untuk saya.

Saya ni masih kesayangan awak ke? Saya masih dalam hati awak?

Adakala memang saya tersentuh dengan sikap awak yang tak ambil peduli. Yang tak suka saya bermanja. Ok I admit, memang ada masa saya sangat manja, gedik sampai awak malas nak layan. So, just let me know.

Awak,

Saya akui saya tak mempu untuk teruskan hidup tanpa awak. Kerana kalau nyawa diperlukan untuk bahagiakan awak dan mendapat keredhaan Allah, saya sanggup. Saya akan terus berdoa moga jodoh kita berpanjangan. Hati saya milik awak. =)



p/s: naif kan gadis ini? hihihihi

4 comments:

Unknown said...

Adeqq, i miss u lah

Fazleyatul Aini said...

si A busy kot sebab tuh berubah.ke ada masalah2 lain yg x tau. hihi pandai2 je

Adeqq said...

AreYou:-

Miss you Too Three Four... Luv luv luv!

Adeqq said...

Lya Colours:-

Kite lame xdtg blog awk! nak stalker jap lg! urm, insyAllah si dia da kembali ok. tanks awk!