Followers

Tuesday, September 29, 2009

apa yang anda tidak tahu?

salam kepada semua pembaca yang setia membaca walau terasa sangat bosan sebab tak ada post baru yang menarik urat belikat anda untuk terus tertawa. i pon bosan sangat bila tidak ada post yang menarik untuk dipersembahkan. tetapi, setelah mendapat mood dan tenaga yang baru, i sangat teruja untuk menaip papan kekunci yang agak berhabuk lama tak guna ni.

seperti biasa, dalam minggu-minggu raya semacam ini, kita haruslah bertandang ke rumah saudara mara, rakan taulan, musuh pon boleh juga. dan seperti biasa, kita akan makan kuih raya. macam wajib pula nak rasa kuih raya. itulah uniknya raya! oke, berbalik kepada penceritaan, kita sering mendengar nama kuih raya yang biasa bagi kita. namun, ada sesetengan kuih raya, biasa bagi kita, mungkin pelik bagi orang lain. biasa bagi orang lain, namun pelik bila kita mendengar.

sebagai contoh, KUIH DERAM. di Johor kami panggil deram. tetapi, datang ke Selangor, pakcik yang menjual kuih ni kata, ini KUIH TELINGA KERA. erkk? kenapa? oke, mari abaikan persoalan mengapa tersebut. mari lihat dari segi keunikan nama. makanan yang sama, dipanggil lain di negeri berlainan. Unik kan Malaysia.




inilah kuih DERAM!~

Seterusnya, Kuih Lidah Kucing. tak pernah dengar? Lidah buaya? Tiram? ha, kuih ni sangat sedap. memang mempunyai bentuk seakan pokok lidah buaya itu. tapi family i panggil lidah kucing. ada yang panggil Kuih TIRAM.


ini pula Kuih LIDAH KUCING!~

pernah dengar kuih teropong? ala, popia kecik tu. kami panggil teropong. anda panggil apa pulak? hehehe. seronok tau bila kita mendapat tahu tentang nama-nama baru kuih ni. sebenarnya, bukan nama baru pun. nama lama. cuma kita baru tahu. mungkin dekat negeri lain, nama nya lebih berbeza lagi kan. sebab tu la kita kena kongsikan. baru la dapat belajar perkara-perkara baru. tak la kekok kalau ada orang bertanya.

ini BISKUT TEROPONG!~


ha, KUIH SAMPAN!! ada yang panggil Biskut Kapal. i panggil biskut SAMPAN. comel. macam sampan juga. kalau dekat negeri lain, mungkin ada yang panggil Topi kot. pernah dengar orang sebut Biskut Topi. macam-macam nama ada. tu yang rasa macam Uniknya Malaysia ni.


ini biskut SAMPAN!~

kenapa i sentiasa kata Malaysia unik? sebab, kalau Spageti Bolognaise, dimana-mana negara pon panggil nama yang sama. Kalau Fish and Chip, Chicken Chop, di mana-mana pun tetap nama begitu. Tapi, kuih dan biskut, dalam Malaysia sendiri nama berubah-ubah. kan Unik!

p/s: Malaysia memang BEST!!~

Wednesday, September 23, 2009

dalam kenangan

salam Raya!!! oke, semua macam busy gile update tentang gambar raya and cerita bahagia gembira semua perasaan pun ada sepanjang raya yang baru hari keempat ni. i akan update, later! sebab macam malas nak update sekarang. ni pun lepak kat kopitiam jap on wireless. kalu tak, jangan la harap nak dapat bukak blog comel ni.

semalam gi mersing. rumah makcik, pakcik, saudara mara terchenta. eh, kata taknak update tentang raya. eh, bukan nak cerita pasal raya. nak imbau kenangan sahaja. sila teruskan sesi pembacaan. i masa kecik suka kejar ayam. asal balik kampung, kejar anak ayam. nak buat macam mana. mereka sungguh comel.

so, kat rumah makcik, anak dia yang sulung dengan selamba cakap, 'budak ni la dulu kejar ayam kan? dah besar panjang dah. kejar apa pulak sekarang?' peh, pandang kiri kanan, semua gelakkan i. sungguh la malu. ala, biasala tu. kanak-kanak riang. yang lagi best, sorang abang saudara, 'eh, ni budak gembeng tu kan? sekarang gembeng lagi tak?' hehe. memang pun. i masa kecik memang gembeng. sikit sikit nak nangis je keje.

walau apapun yang telah berlaku, itu kenangan i. benda yang akan diingati sampai bila-bila. kenangan indah suatu masa dulu. apa kenangan best anda semua?


p/s: rasa nak kejar itik!!~

Sunday, September 13, 2009

MEREPEK

mOod i HaPpy!~


salam. oh, sangat lama tidak update blog comel ini. rasa seperti berada di kutub utara kerana kesukaran menggunakan laptop dengan LCD. guess what? MY LAPTOP DAH OK!!! hah, sumpah happy. sebab i da dapat menaip dengan perasaan riang gumbira ibarat esok sudah hari raya. merepek.

memandangkan ada yang komen entry i susah nak baca, kena highlight dan sebagainya, NAH! i bagi template baru. hehe. susah jugak. sebab kena edit semua widget. semua terdelete masa nak install template baru ni. tapi tak mengapa, kerana pembaca comel sekalian, i sanggup. asalkan, anda happy baca blog comel ini. aih, banyaknya perkataan comel.

i dah dapat buku Firol!! minggu lepas lagi dah sampai. tapi i tak dapat update. so, now i nak update. tanks Firol! eh, kepada yang tidak tahu, Firol adalah owner blog KONOTASI.

ha, tinggal berapa hari lagi nak beraya. dah siap baju raya? kasut raya? langsir raya? duit raya? haha. i tak siap apa pun. baju je yang ada. lain tak perlu kot. sebab macam membazir je kalau tukar langsir. mama i kata langsir oke lagi. jangan membazir. sila faham. kepada sesiapa yang rajin, baik hati, comel, cantik, hensem, menawan, charming, adorable semua la, BAGI LA I DUIT RAYA!!

oke, ini yang dinamakan entry merepek. sekian.

Tuesday, September 8, 2009

Laptop sedang merajuk

salam. waaaaaaaaaaaaaa... sangat sedih. LAPTOP MERAJUK!!! boley on. tapi skrin kosong. nak tau cemana i menaip? i guna LCD projector!! pakai ayah punya. time dia tak ada kelas, ambil LCD dia, on! first time rasa menaip dan tengok skrin besar macam ni. waduhh.. macam dlam kelas je.
inilah LCD yang digunakan. hehehehehe

ha, kepada semua blogger tersayang, i perlu bantuan semua.

SILA KOMEN LAYOUT BARU BLOG INI... TOLONG-TOLONG!! BANTUAN ANDA AMAT DIHARAPKAN. JUJUR YE.

terima kasih semua.

Thursday, September 3, 2009

Lempeng oh Lempeng

macam biasa. gambar ini tiada kaitan dengan entry.
sekadar mencuci mata penambah perisa sahaja. ehehehehe.

salam Ramadhan. siapa tahu LEMPENG angkat tangan! bagus bagus. barulah anak Malaysia makan lempeng. siapa tak tahu lempeng, sila mengaku macam tahu. hahaha. harini masak lempeng. tu yang macam sangat la semangat nak bercerita pasal lempeng dekat semua pembaca yang comel comel belaka.

lempeng adalah sejenis makanan yang tradisional sebab ia bermula dari zaman merdeka lagi. tradisional la tu kan. lembut. SEDAP SEDAP SEDAP. dulu masa arwah nenek ada, dia sangat suka makan lempeng dengan ikan masin je. memang terangkat la! arini, masak asam pedas ikan. cicah la lempeng tu. peh, memang sangat SEDAP sehingga lupa nak ambil gambar. Hahaha. jangan risau, akan ku google sebentar lagi.

selain lempeng yang berperwatakan menarek lagi tertarik kau memang de bomb itu, ada lagi sejenis makanan yang tak kurang comel dan sedap nya. ia diberi nama ROTI JALA. (eleh, describe bukan main. roti jala je?) eh, jangan la under estimate i. i pandai tau buat roti jala. bila la nak makan roti jala.

oke, roti jala ni bentuknya macam jala (dah nama pun roti jala). warna kuning comel. semuapon comel. enak dimakan dengan lauk kari. lagi SEDAP kalau makan bersama ayam kari bercampur kentang oh sedapnya mama buat jom!!
haaaaa.. dah google dah. nah tengok puas-puas.


ini adalah LEMPENG. sedap kan? jomla buat lempeng ramai-ramai.
pastu anta kat i sikit eh. hehehe.

ha, ini la roti jala. berbentuk jala menangkap ikan di lautan luas.
memang SEDAP sangat dimakan dengan kari ayam campur kentang.
apa lagi?? jom makan!!