Followers

Tuesday, September 29, 2009

apa yang anda tidak tahu?

salam kepada semua pembaca yang setia membaca walau terasa sangat bosan sebab tak ada post baru yang menarik urat belikat anda untuk terus tertawa. i pon bosan sangat bila tidak ada post yang menarik untuk dipersembahkan. tetapi, setelah mendapat mood dan tenaga yang baru, i sangat teruja untuk menaip papan kekunci yang agak berhabuk lama tak guna ni.

seperti biasa, dalam minggu-minggu raya semacam ini, kita haruslah bertandang ke rumah saudara mara, rakan taulan, musuh pon boleh juga. dan seperti biasa, kita akan makan kuih raya. macam wajib pula nak rasa kuih raya. itulah uniknya raya! oke, berbalik kepada penceritaan, kita sering mendengar nama kuih raya yang biasa bagi kita. namun, ada sesetengan kuih raya, biasa bagi kita, mungkin pelik bagi orang lain. biasa bagi orang lain, namun pelik bila kita mendengar.

sebagai contoh, KUIH DERAM. di Johor kami panggil deram. tetapi, datang ke Selangor, pakcik yang menjual kuih ni kata, ini KUIH TELINGA KERA. erkk? kenapa? oke, mari abaikan persoalan mengapa tersebut. mari lihat dari segi keunikan nama. makanan yang sama, dipanggil lain di negeri berlainan. Unik kan Malaysia.




inilah kuih DERAM!~

Seterusnya, Kuih Lidah Kucing. tak pernah dengar? Lidah buaya? Tiram? ha, kuih ni sangat sedap. memang mempunyai bentuk seakan pokok lidah buaya itu. tapi family i panggil lidah kucing. ada yang panggil Kuih TIRAM.


ini pula Kuih LIDAH KUCING!~

pernah dengar kuih teropong? ala, popia kecik tu. kami panggil teropong. anda panggil apa pulak? hehehe. seronok tau bila kita mendapat tahu tentang nama-nama baru kuih ni. sebenarnya, bukan nama baru pun. nama lama. cuma kita baru tahu. mungkin dekat negeri lain, nama nya lebih berbeza lagi kan. sebab tu la kita kena kongsikan. baru la dapat belajar perkara-perkara baru. tak la kekok kalau ada orang bertanya.

ini BISKUT TEROPONG!~


ha, KUIH SAMPAN!! ada yang panggil Biskut Kapal. i panggil biskut SAMPAN. comel. macam sampan juga. kalau dekat negeri lain, mungkin ada yang panggil Topi kot. pernah dengar orang sebut Biskut Topi. macam-macam nama ada. tu yang rasa macam Uniknya Malaysia ni.


ini biskut SAMPAN!~

kenapa i sentiasa kata Malaysia unik? sebab, kalau Spageti Bolognaise, dimana-mana negara pon panggil nama yang sama. Kalau Fish and Chip, Chicken Chop, di mana-mana pun tetap nama begitu. Tapi, kuih dan biskut, dalam Malaysia sendiri nama berubah-ubah. kan Unik!

p/s: Malaysia memang BEST!!~

4 comments:

Ms.Independant said...

Kueh Tinge kera + Kueh Lidah Kucem adlh pebret! Mmg ley ralit mkn bende ni. Especali nga ngadap tv.
Huhuhuhu ^_~

AzwaZynal said...

saya johor jugak.hehe tapi kitorang panggil kuih telinga kera tuh kuih telinga keling.. :p

Adeqq said...

Ms. Independent - hahaha.. betol2.. same laa kite.. syeddaaappp

Adeqq said...

AzwaZynal - hahaha.. tau.. just x sampai ati nak panggel.. ehehehe