Followers

Thursday, November 12, 2009

Let's have fun!~ Contest contest contest~

"Mungkinkah, bila ku bertanya, pada bintang-bintang.
Dan bila, ku mula merasa, bahasa kesunyian."

Ah, itu intro sahaja. Nanti kalau letak lirik yang penuh, ada sahaja yang kata I gedik. So, I letak dua baris sahaja. Cukuplah buat masa ini kan. I nak mintak maaf dengan semua pembaca sebab i dah lama tak update dan jenguk blog orang. Ok, I tebus dosa sekarang. Sekarang I buat. Well, I sebenarnya sedang bermurah hati ingin memberi hadiah kepada pembaca yang comel sekalian. Hadiah adalah seperti berikut:


credits to aiflorist


Memandangkan I nak bagi hadiah ini, pembaca semua mestilah buat sesuatu untuk I. Ok, kalau namanya contest, mesti ada syarat. betul tak? jadinya, sila scroll ke bawah untuk syarat-syarat penyertaan (ada yang nak sertai ke? hahaha)

  1. Terbuka kepada semua wargablog yang berminat

  2. Anda perlu mengarang sebuah cerita kisah CINTA (antara manusia dengan manusia ke, antara pensel dengan pen ke, apa-apa pun tidak kisah. asalkan ianya sebuah cerita CINTA) TIDAK KURANG dari 135 patah perkataan dan TIDAK LEBIH dari 150 patah perkataan.

  3. Cerita mestilah asli. Kalau tak asli, I jemput Inspektor Chika buat siasatan. Huhu..

  4. Semua hasil cerita perlu dipublish dalam blog anda dengan tajuk "Contest Ceritera-Chenta". Anda perlu menyertakan gambar tentang kisah Cinta itu. (Kalau kisah kuali dan senduk, haruslah ada gambar kuali dan senduk) jangan lupa, letak banner express seperti di bawah syarat-syarat ini sekali tau!~ (tak cantik pun tak kisah. I buat edit edit 5 minit sahaja. Tak cukup masa!) And link kan ke entry ini!

  5. Selepas itu, sila inform I kalau anda dah publish. Inform dalam comment boleh, kalau nak email pun boleh. (dearie_fana[at]yahoo[dot]com) tapi macam lagi best kalau anda comment. So, pembaca lain pun boleh baca kisah anda tu.

  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada: 30 NOVEMBER 2009

  7. Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti anda. 2 pemenang akan dipilih dan akan mendapat hadiah yang tersebut!

  8. Pemenang akan di beritahu secara senyap. Hahaha. Nanti I akan war-warkan oke. Jom ajak kawan-kawan blog JOIN!!~



    Apa lagi? Mari sertai I sekarang. Selamat bercinta~~~

p/s: Kalau ada yang tak makan coklat macam I, bagitahu dekat I. Nanti I akan tukar hadiah dengan nilai harga yang sama. Peace!!~

16 comments:

Unknown said...

nak join boleh?

Motokar Kelisa said...

hadiah coklat je ke?? haishhh..
igt nk tulis gk cite cinta BJ n JB.. nama tajuk mcm best je..

mrhasifrahman said...

hee...
kalau buat cerita cinta senduk dan sudu..letak gambar lain ley tak?
tapi menggambar kan cinta itu =)

dOrmantWriter said...

huhuhu.... kene ngarang?... walawey... bab ngarang nih.. mmg fail lagi hancus... kene plak nak buat cite baru....huhuhuhuhu

btl2 mencabar pikiran org tau macam teman nih...huhuhuh

mrhasifrahman said...

nah
cerita cinta budak2 kecik =D

http://mrchentasprofile.blogspot.com/2009/11/contest-ceritera-chenta.html

fara said...

Wah! Laju sungguh Mr.Chenta!
Mmg ngam ngan name die tu.
Kalah la camni...

:P

Adeqq said...

Ruff - takde masalah.. silakan join..

Sir Hanif - Ferrero Rocher tuuu...

Mr. Chenta - boleh gak.. asalkan ade kene mengena gak laa..hehehe

Adeqq said...

google - alaa, karang sikit2.. boleh punya.. hehehe

Mr. Chenta - wahh!! anda sangat pantas.. oke, nak bace sekarang jugakk..

Adeqq said...

Ms.Independant - ha, tu lah. sangat pantas. bagus bagus.
ala, join je.. mane tau leh menang. hehe

fara said...

Adeqq!!!
Dah join...

http://scribbleswithstyle.blogspot.com/2009/11/contest-ceritera-chenta_13.html

Adeqq said...

Ms.Independant - tankss!!!~ i bace nii.. hehehe

Razman said...

adeyh..asal ada limit perkataan..susah gle..

Adeqq said...

Razman - Ala, karang panjang sangat susah.. hehehe. barula namenye contest.. betul tak?

Motokar Kelisa said...

ok tuan tanah.. i'm in.. nantikan kmunculannye jam 10pg nnt di blog saya..

Adeqq said...

sir hanif - oke, no sweat! dah bace pun.. nice one oke..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.