Followers

Wednesday, March 31, 2010

Pusat Perubatan UM memang Terbaik!

Salam. Ok, tajuk bukan membodek. Minggu lepas telinga gatal. Macam ada benda gigit. Bila malam, dah tak tahan, terus pergi klinik. Lepas tu, doktor kata, ada jangkitan. Ambil ubat, malam start makan, sampai sabtu, dah tahan. Makin sakit. Pergi hospital Sg.Buloh. Pastu dia transfer ke Pusat Perubatan UM sebab ada specialist.

So, hari Isnin yang lalu, I pergi ke PPUM. Kul 7.30 I dah sampai kat ENT Jabatan Otorinolaringologi (tergeliat lidah nak menyebut). Pehh! Sangat ramai orang! I tengok jam. Aik, 7.30 pagi dah ramai? Bagus betul.

Selepas jumpa doktor, baru I tau, ada jangkitan dalam telinga. So, kesimpulannya, sekarang ni I masih kena gi appointment kat PPUM untuk pastikan I sembuh sepenuhnya. Doakan I ye kawan2! Eh, btw, kenapa I cakap PPUM terbaek? Sebab PPUM mempunyai staff yang sangat sopan santun. Dahla doktor pun baik, bagus sangat! So, kesimpulannya, I memang syorkan anda gi PPUM!


p/s: Telinga sakit. Tak boleh mendengar dengan baik!

Tuesday, March 23, 2010

Budak kecik boleh buat kita SENYUM NGEEEE!!!

Salam.

Semalam I singgah di sebuah gerai makcik jual kuih sedap. Memang sedap. Tak boleh nak nafikan lagi dah kesedapan kuih-kuih beliau. Semua kuih pun sedap. Sebenarnya, masa I pergi gerai makcik tu, I baru lepas nangis. I nangis tanpa sebab yang diketahui. Tiba-tiba je I rindu 'dia'. Sangat rindu.

Bukan mudah nak menghilangkan rasa rindu. Apatah lagi bila hati sangat sayang. Tapi lately, I dengan dia dah okay. I mean, as a friend. Boleh gelak-gelak. Cuma dah tak boleh nak gedik macam dulu. Sakit sangat bila fikirkan yang I masih sayang kat dia. Tak ada lagi yang boleh ganti kedudukan dia. Entah apa yang special sangat. I sendiri tak tahu.

Lagu yang I sangat harapkan dari dia, tapi, I tau I tak akan dapat. Lagu ni:

"Puteri,
Jangan menangis,
Hapus airmata,
Di wajah cantikmu.

Puteri,
Kepergianku,
Tak akan lama,
Tahan rindumu.

Bila kau rindukan aku Puteri,
Cuba kau pandangi,
Langit malam ini,
Bila itu tak cukup mengganti,
Cubalah kau hirup,
Udara pagi, Aku disini"

Oke, lagu ini sangat bermakna. I harap someone akan bagi lagu ni kat I. *wink wink*

----------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik kepada cerita di gerai tu - Dalam sedih-sedih tu, I terus singgah kat gerai makcik tu. Lepas tu, I pun pilih la 2 jenis kuih. Tiba-tiba ada seorang budak bawak basikal datang. Dia tanya kat makcik tu, "Makcik, ni kuih apa?" Makcik tu pun jawab la nama kuih tu.

Tiba-tiba budak tu terus keluarkan botol air, dia siram air kat bekas kuih makcik tu. Apa lagi! Marah lah makcik tu. Lepas tu, makcik tu tanya. "Kenapa simbah air dalam bekas kuih ni? Dah membazir tak boleh jual"

Budak tu sengih je. Nak tau kenapa? Sebab NI!!!


KUIH SARANG SEMUT!!!!!!!!

Hahaha. Gelak tak ingat punya lepas dapat tau kenapa budak tu simbah air. Makcik tu pun tak jadi marah. Hai lah budak kecik! Kau memang buat akak senyum je sepanjang hari. Jom kapel.

Thursday, March 18, 2010

Kesian Pakcik Itu.........

Salam.

To be honest, I memang sangat busy untuk mengupdate blog sejak dua menjak ni. Kalau diikutkan, I memang langsung tiada masa untuk lawat blog orang. Tapi, I curi gak masa sekejap. So, hari ni macam ada masa sikit untuk update. Silalah baca kisah yang menyayat hati ni.

Semalam, I hantar CD gambar passport untuk dicuci. Dah dapat parking depan kedai gambar tu, I terlihat seorang pakcik tua yang berjalan terdengkot-dengkot. Sangat uzur, sangat menyedihkan. I terus ingat dekat ayah and mama. Sedih!

Dalam hati terfikir, mana anak dia? Kenapa dia sendiri? Kalau dia jatuh? Nak kata dia orang gila, I tengok dia normal. Dia macam nak mencari kerja tolong-tolong angkat barang, mungkin mencari sesuap nasi. I tak bawak camera, so memang tak dapat nak snap any gambar beliau.

I tengok je pakcik tu, seluruh perasaan simpati jatuh pada dia. I macam dah nekad nak belikan dia makanan. I bukak pintu kereta, I berjalan ke kedai makan yang selang 2 kedai dari kedai gambar tu. I belikan dia nasi campur and air. Masa I keluar dari kedai tu, I cari dia. Mana pakcik ni? Jatuh ke? Kena kidnap ke? Semua perasaan takut ada. Sebab I macam dah simpati sangat dekat dia. I berjalan ke depan sikit.

I nampak pakcik tu! Dah mula happy. Tiba-tiba, dia melangkah masuk ke satu kedai. Hancur terus perasaan I, hilang rasa simpati. Yang ada cuma rasa geram sangat! Tapi, sebab I dah niat nak bagi makanan tu kat dia, I tunggu dia keluar dari kedai tu, I bagi jugak. Dia cakap, terima kasih. Sambil sengih-sengih. I terus pergi ke kedai gambar untuk settlekan hal I.

Kenapa I geram? Dia masuk SPORTS TOTO 4D!!!! Oke, tamat!

Thursday, March 11, 2010

Aku Mahu Sara Liona!!!

Salam. Okay, sesiapa yang ada terbaca ENTRI INI di blog Ah Fatt, I betul-betul teruja nak Sara Liona! Sekali je I pandang, I terus nak.

Persoalannya, betul ke Ah Fatt buat contest? Atau dia sengaja nak mengklimakskan pemikiran I terhadap Sara Liona? Tak tahu siapa Sara Liona? Ini dia! Sara Liona yang membuat I rasa ingin memilikinya sekarang juga. Ah Fatt, tolonglah beri Sara liona pada I. Kalau tak pun, please beritahu katne I boleh dapatkan Sara Liona!

Sara Liona ni mempunyai satu karisma menarik yang membuatkan I nak sangat mendampinginya. Mana tahu, rapat dengan Sara Liona, I boleh rapat dengan tuan Sara Liona pula kan?

Ok, I bagi 3 sebab kenapa I perlukan Sara Liona.

1. I memerlukan sesuatu yang boleh comfortkan I setiap kali nak tidur. Setakat ni, hanya ada bantal berbentuk spongebob je teman I. So, nak sesuatu yang lain pula.

2. Sebab dia sangat comel!!! Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata lagi dah kecomelannya.

3. Nak tuan dia macam susah nak dapat. So, nak Sara Liona je la untuk mendekatkan diri dengan tuan dia.


Kesimpulannya, I memang nak sangat Sara Liona. Kalau I tak menang pun, tolong belikan I boleh tak Fatt? Sebab I memang dah in love sangat dengan Sara Liona!!!

Sayang Sara Liona!!!!!!


Tuesday, March 9, 2010

I'm Back!

Salam. Hye semua. Rindu la u all~ Ok, sangat happy pulang dari Le Tour de Langkawi. Picca akan diupload setelah dapat kesemuanya ok. Badan sangat penat. Rasa macam nak berehat seminggu. Apepun, we all have fun sangat walaupun penat. Memang rasa happening bekerja dalam panas terik, but we made it. Kitorang 7 gadis-gadis memang selambe rock. Dahla kitorang je yang drive sendiri sepanjang perjalanan tu. Kereta lain semua lelaki drive.

By the way, sesiapa yang berminat, bolehla apply jadi sukarelawan berbayar tahun hadapan. Boleh jumpa kami lagi. Hehehe. InsyaAllah, kalau ada rezeki, kami join lagi. 10 perkara yang kami belajar sepanjang Le Tour ni;

1. PUNCTUALITY!!! Memang sangat penting. Sebab, kami harus lebih awal dari cavalcade dan riders. So, kami kena gerak sejam awal dari mereka semua.

2. Sentiasa bertanya orang sekitar. Sebab, kami mana tahu jalan. Kena selalu bertanya orang untuk jalan pintas supaya tak bertembung dengan riders and cavalcade.

3. Muka Tebal. Kami kan buat kaji selidik. So, kena rajin menegur orang untuk pastikan mereka tolong kami buat soal selidik.

4. Tahan Panas! Hahaha, ini memang sangat tak boleh blah. Kami semua sunburn! Takpelah, kami redha. Hahaha

5. Baik dengan semua orang. Yes, ini penting. Sebab, senang kalau berlaku apa-apa, semua orang pun akan sudi tolong.

Ok, 5 dulu ya? Nanti tambah lagi. Nak hantar kawan pergi klinik jap. Dia muntah teruk. Gambar I upload nanti.

Sayang korang semua! Muahhxx~