puteri...
jangan menangis
hapus airmata
di wajah cantikmu...
puteri...
kepergianku
tak akan lama
tahan rindumu
bila kau rindukan aku puteri
cuba kau pandangi langit malam ini
salam. lagu atas tu saja je. tiada kena mengena dengan yang muda atau yang tua, kecil atau besar, waima sesiapa sahaja. ceh ayat. oke, memandangkan tajuk entry ni ialah lagu chenta+malas, kita review one by one ye.
lagu chenta? sejak kebelakangan kedepanan ni, radio, tv, semua la, asyik lagu chenta je. eh, blog ni pon macam lagu chenta je. blog sape nih? jiwang betul budak punya blog ni. oke, sila keluar sape cakap i jiwang tuh. dah dah, sambung balik. lagu chenta ni sebenarnya memang la best. lagi-lagi kalau lagu tu macam kena je ngan keadaan diri kita. yang tak berapa bestnya, ada la lagu yang merepek. contoh kan:
i just want to say i love you
i just want to say i love you
i just want to say i love you
....
...
..
.
.
..
...
....
i just want to say i love you
erk? apekah? baiklah, penulis lirik dah takda idea mungkin. bayangkan, selama 3 minit 35 saat, tu je liriknya. mungkin la sedap kot tapi, macam kelakar je. tak kelakar ke? oke, sila keluar sape cakap tak kelakar tu. eh tak tak. jangan. baca la sampai habis. masa first time dengar lagu tu, apela lagu ni, takda ke ayat lain. apepun, syabas untuk penulis lirik kerana berjaya menghasilkan lirik yang hebat. bravo bravo. ceh, poyo. bodek dapat royalti kah? oke, abaikan.
selain tu jugak, ade sesetengah lagu yang akan-akan sama. macam ambil peluang atas lagu yang dah popular. balik-balik ulang 'tiap saat tiap ketika, hanya dikau bersamaku, peluk lah daku, rindukan aku, sayangi aku'. cuba la buat ayat melankolik sikit. macam 'ku redha andai kau bukan untukku, hanya Tuhan lebih tahu'. kan sedap. ceh, poyo saje penulis ni. apepun, secara sinopsis nya, i nak cakap, lagu-lagu chenta ni perlu la diberi nafas baru. yang lebih membuatkan orang rasa bersemangat mendengar. bukan lepas dengar, sedih la, menangis la, terus call boyfriend la. ceh, poyo lagi. oke tak tak. dah dah, layan cerita lain la.
story 2. malas? yela, i malas la skang ni. pagi bangun tido, gulik-gulik atas katil, tumbuk2 bobo, pastu baru la terhegeh-hegeh pergi mandi. aik, bobo? sape? ala, tak kenal ke? jap lagi la i kenalkan. oke, sambung. lepas da siap-siap semua, amik baju, masuk mesin. tett tett tett. siap. sambil tu, bukak laptop. pastu dah taktau nak buat ape lagi, nak update blog rasa malas, download lagu pon rasa malas, layan movie malas, semua malas. pastu mesin basuh bunyik-bunyik. teett,teett,teett, tu tanda dia da siap la tuh. oke, dengan malasnya, ambil bakul, pergi la sidai baju.
nak masak apa2 pon malas. nak keluar lagi malas. pastu da bosan sangat, layan la wonderpets wonderpets kami datang, membantu haiwan yang kesusahan. eh eh ape nih? oke, senyap. dah layan wonderpets, pergi solat. yang ni tak malas tau. betul tak tipu. pastu gi dapur, nampak ada pisang. buat cekodok ah. sedap nih. pastu dah gaul semua, tinggal la bagi dia kembang. dipendekkan cerita, dah petang, mari goreng cekodok. dah siap semua, makan la. ape lagi. pas maghrib, bukak laptop, rasa nak update blog. ha, ni dah update la ni. tapi, macam malas nak panjangkan lagi. so, bye.
p/s: haa.. ni la bobo! nak berkenalan? ah, tak boleh.