Followers

Tuesday, January 26, 2010

Hargailah Mereka

Salam. Setelah jatuh bangun jatuh bangun jatuh lagi, I menguatkan emosi untuk stabil! Walaupun sebenarnya I tak kuat lagi, I kenalah berlagak kuat. Nanti entry blog sedih je, siapa nak baca hah? Sekarang ni, I nak berkongsi satu gambar. Dah lama I simpan. Sekitar 2008.

Semasa Minggu Orientasi Pelajar Baru, ada dijalankan satu Khidmat Komuniti. I jadi Fasi, so, I kena ikut diorang semua. Tempatnya dekat Rumah Orang-orang Tua.

Sedih. Tu perkataan pertama dalam hati I. Mendengar kisah diorang, lagi sedih. Salah satu ceritanya, seperti dalam gambar di atas. Kawan I Baitie, dia handle kebajikan. Dialog mereka:

Baitie: Aunty, macam mana harini, sihat?
Aunty: Sihat. Wa ada cucu besar macam u. Cantik.
Baitie: Oh, yeke? Aunty ada jumpa dia lagi sekarang?
Aunty: Sudah lama tak jumpa. Anak wa sibuk kerja. Dia nak beli rumah baru
untuk wa. Anak wa baik.

Baitie: Baiknya anak aunty! Dia pernah datang jenguk aunty?
Aunty: Pernah, 4 tahun lepas...
Baitie: (terdiam)

I pun tak puas hati, pergi korek cerita. Kakak yang empunya rumah orang-orang tua tu cakap, aunty tu dihantar pada pukul 11.35 malam, seminggu sebelum Chinese New Year. Anak dia memang taknak jaga dia lagi. Dia bagitau mak dia, dia sibuk kerja nak buat rumah besar untuk mak dia. KESIANNYA!!!

Sampai hati anak dia. Kawan-kawan, hargailah ibubapa kita. Hargailah segala perit jerih mereka nak besarkan kita. Menyebut perkataan 'Ah!' pun dah berdosa besar. Apatah lagi kalau buat macam yang anak aunty tu buat. Kalau dah taknak jaga dia, jangan bagi harapan palsu. Tapi, kenapa mak ayah boleh jaga sepuluh anak, kenapa sepuluh anak tak boleh jaga mak ayah mereka? Renung-renungkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------

'Create

Entry ni 2 dalam 1. Yang pertama, pengajaran kepada semua blogger. Yang kedua, untuk contest Cinta Sang Ratu~ Sila terjah SINI untuk join! Mudah saje! =) Cuma letak gambar dan ceritakan kenangan gambar tu.

Selamat join ye kawan-kawan semua!

p/s: entry semua nak sedeh. haishh!

17 comments:

cinta sang ratu... said...

thanks sudi join contest ni ye..
mcm2 dlm dunia ni kan..mmg betol la,anak2 nak jg sorang mak mmg xsesempurna mak jg anak2..
harapnye cerite ni jd iktibar buat kite semua..

actuallly,nile bc entry ni sy teringat kat mak saya kat umah..huhu

«♪Ruff♪» said...

wah..sedey plak aku...
hope aku xkan wat mak aku cmtuh

Kapten Luffy said...

kesiannya
mati2 kena tipu mak dia kan
kita semua jgn buat mcm tu ya

Ms.Independant said...

insap bace entri ni.
smoga jadik iktibar sume...

Gudlak Adeqq!!!

:)

Adeqq said...

cinta Sang Ratu:-

same-same. Tula, mmg betol pon. hargailah mereka..

yeke? xpe, gi tepon mak ye. hehe

Adeqq said...

Ruff:-

jangan sedey, ni sekadar nasehat. jangan buat mak mcm tu! BERDOSA

Adeqq said...

Kapten Luffy:-

sangat kesian. kitorg yg dengar kat belakang ni, nangis!!!

Adeqq said...

Ms.Independant:-

ye, ini entry nasehat. hehe.
Gudlak to u too!!~

-aTie- said...

anak2 sekarang same kejam ngn ibubapa sekarang (ank yg besar buang mak ayah, mak ayah yg muda buang anak2)
dunia skang xtau l ank jadi ape

-->>xjiwang la..hahaah ayt ni biase saje ;D

Khaizarien Blog @ atie

hajarus said...

ala.. sedih plak k.hajar baca n3 adeqq ni...

Alhamdulillah dapat jaga arwah ayah sebelum menghembuskan nafasnyer yang terakhir.. untuk mak insyaallah xkan diabaikan...

Adeqq said...

-aTie-:-

tula. dunia nak kiamat agaknye. mcm2 kan diorg sanggup buat.

kamu jiwang laa.. hehehe

Adeqq said...

hajarus:-

kak, ni untuk iktibar je. urm, insyaAllah kak. jage lah mak akak baik2 tauu.. =)

Fida Jai OWN said...

tersentuh haty ,, semoga semua ambil iktibar .

jdi follower saya juga ya ..

yoroshikufieda.blogspot

Rowena Chasez said...

uishhh...
xguna punye anak...
snggup tipu mak die hdup2..
ishhhhh...
emosi sngguh i!!
i mmg tasuke org yg brtanggungjwb cmnie!

Adeqq said...

fida:-

tersentuh kan. oke, mekaseh

Adeqq said...

rowena:-

sabar2.. hehehe..

lin said...

視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情