Followers

Thursday, April 29, 2010

Tolong terangkan boleh tak?

Salam.

First of all, I nak ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah yang meninggal ditembak polis beberapa hari lalu. So, ada sesiapa yang tahu kisah sebenar pasal kejadian yang menimpa adik ni? I memang tak tau yang mana satu betul yang mana satu salah. Banyak sangat versi kisah adik ni. Yang penting, I memang simpati dengan dia.

Yang kedua, I nak tanya semua readers blog ni. Kalau ada yang baca la blog merepek ni. Haha. Macam ni, kalau kita sedang memandu, then kita dengar ada siren ambulans, sedangkan lampu tengah merah, kita kena langgar je lampu merah tu atau kita tunggu sampai hijau? Kalau kita langgar sebab kecemasan tu, then kita kena saman lak, macam mana? Setahu I, masa belajar memandu dulu dia tak ajar pun. Huhu.

So, I nak tanya daripada semua readers. Tolong bagi jawapan boleh? Mekasih. ^______^

Wednesday, April 28, 2010

Sebabnya cuma SATU...

Salam.

Kadang-kadang, kehidupan ni membuatkan kita rasa nak mengalah. Tapi, bila kita fikir balik, kehidupan ni yang akan buat kita kuat. Yang buat kita sedar, di mana kita berada. Yang buat kita rasa, kita ni di alam nyata. Bukan angan-angan, bukan mimpi.

Sejauh mana pun kita berjalan, seluas mana pun pemandangan, kita tetap takkan lari dari satu benda ni; DUGAAN. Betul tak? Sebab tanpa DUGAAN, tak bermaknalah apa yang kita kerjakan. Tak bermaknalah apa yang kita kejarkan. Namun, kadangkala kita tewas. Tewas melawan DUGAAN. DUGAAN ni ada bermacam jenis. Contohnya:

"Kenapa kau mudah menangis?"
"Kenapa kau cepat maafkan orang?"
"Kenapa kau suka cerita benda baik pasal orang yang jahat dengan kau?"
"Kenapa kau lemah sangat bila dengan lelaki yang kau sayang?"
"Kenapa kau senyap lepas tu kau macam berdendam?"
"Kenapa kau berani lawan bos kau?"
"Kenapa kau susah jatuh cinta?"
"Kenapa kau itu, kenapa kau ini"

Jawapannya, nak tahu?
Kerana AKU PEREMPUAN.
Sebab itu kadang-kadang aku lembut hati. Dan sebab itu aku selalu percaya pada KARMA.

Seronok kan jadi PEREMPUAN kawan-kawan? ^____^


p/s: Apa motif entry ni? Entah. Cuma nak jawab soalan yang orang selalu tanya I. And tanpa sedar, I guna kata nama 'aku' 'kau'. Perasan tak?

Monday, April 26, 2010

Hantaran nak RM 17,777.77 boleh? ^_______^

Salam. Haha, nak berlagak kejap. Ok, saya pun dah ada akaun formspring. Ngeee, baru buat kot. Bukan apa, semua blogger ada, jadi macam excited lak nak letak. Taktahu la ada ke yang nak tanya soalan kat I ke tak. I letak je.

Well, lately ni, ramai yang bersiap-siap nak bertunang, bernikah, bersanding. And I akan sentiasa teruja untuk attend semua yang menjemput. Sebab sekali seumur hidup kan. So, macam excited nak have fun with those yang bakal bertunang, bernikah and bersanding.

Benda yang I paling suka during majlis-majlis ni semua are the dresses! Sangat cantik!


Ini yang the most cantik! I sangat suka!
Cantik kan labuci dia?


Ini macam English Style dress~

Simple but sangat nice. ^^


Oke, ini romantik. Hiks! Comel.

Selain daripada I sukakan dress pengantin yang cantik-cantik ni, I sangat gila melihat hantaran! I akan ambil semua gambar hantaran, yet I akan tilik satu-satu. Unik kan hantaran ni. Jom cuci mata lagi!

Cantik!!!


nak macam ni please...

gubahan ni pun cantik!

oh cincin~ melting melting~


kan best kalau dapat ni sebagai hantaran!

Kesimpulannya, semua ni sangat indah. Weeeee~


p/s: Jangan lupa formspring I tau! Tanyalah apa sahaja! Sila sila. ^____^

Monday, April 19, 2010

No Picture Please!

Salam. Ha, korang semua sihat ke? Korang suka bergambar tak? Ada jenis people yang sangat suka bergambar. Pantang nampak orang angkat kamera, muka dia mesti nak terselit sama. Camera freak la katakan. Tapi seronok tengok orang macam ni, muka akan cantik je dalam gambar.

Macam I pulak, I tak tahu lah. Dari kecik, sampai besar, I memang tak suka kamera. Susah I nak faham kenapa kena bergambar. Macam-macam posing pulak tu. I cuba tapi mesti I tak berjaya buat posing. I akan end up dengan kaku je depan kamera.

So, I perlukan nasihat dari sesiapa yang pakar, macam mana nak berjaya di hadapan kamera. Chewaah, berjaya pulak. Maksud I macam mana nak bergaya oke BERGAYA. I tak pandai la. Nanti mesti muka I yg paling vain. Hahaha. Selalu I amik gambar muka separuh la, pandang lain la, memang buruk sumpah.

Tolong eh. Terima kasih. Eh, ni I tabur gambar sepanjang kami Le Tour de Langkawi. Dah janji nak tunjuk kan? Sila sila sila. Jangan malu-malu. (I tak ada dalam mana-mana pic. Sila Faham.)










nasi air?? Owh, bubur. Baru tahu. Hehe. Oke, sekian. Peace!~

Monday, April 12, 2010

Ni Kerja Manusia ke BINATANG?

Salam.

I dapat satu email. Lepas I tengok semua gambar tu, satu je perkara yang I fikir. Ni kerja manusia ke binatang? I menangis. Sebab I rasa gambar tu sangat kejam. I harap, tengok gambar ni, jadikan iktibar. Lepas tu, fikir balik. Siapa yang bersalah sebenarnya.


Seorang bayi. Pastinya tak berdosa.


Badan dicucuh puntung rokok? KESIAN! T______T


Dia sangat comel. Kenapa nasib jadi macam ni?


First I tengok gambar-gambar ni, I terus terfikir. Kenapa ada manusia yang masih tak menghargai rezeki yang penuh bernilai dari Allah ni? Fikirkan lah.


p/s: Hargailah 'anak' ini. Ia pemberian yang bukan semua bisa mendapatnya. =)

Tuesday, April 6, 2010

Kaedah Menulis Blog Yang Baik

Salam.

Kawan-kawan semua. Maaf dipinta kerana hasil tulisan I lately ni sangat membosankan. Menulis blog ni memerlukan satu kaedah yang dipanggil 'hentam dari hati'. Kalau kita sekadar menaip dengan kaedah 'HENTAM', tulisan kita akan dianggap tulisan yang entah apa-apa. Kalau kita menaip dengan kaedah 'DARI HATI', tulisan kita dianggap sangat sweet, suci, ikhlas, sampai mengalirkan air mata darah. Tapi, jenis tulisan ini agak sukar nak dapat sebab nak mencari kisah yang mengalirkan air mata tu sangat susah. Nak buat orang gelak berguleng-guleng pun susah.

Oleh itu, gunakanlah kaedah 'HENTAM DARI HATI' sebab kalau 'HENTAM DARI HATI', tulisan yang entah apa-apa pun, boleh dianggap sweet kerana niat yang ikhlas nak menulis blog itu sampai kepada pembaca sekalian.

Kesimpulannya, anggaplah ini entry 'HENTAM DARI HATI' ikhlas dari Adeqq! Sekian!


p/s: Dah takda idea. Wahahaha

Friday, April 2, 2010

Beringat Sebelum Terlambat...

Salam.

Entry ni tak panjang. Tak terlalu pendek. Cuma nak mengimbas kembali. Sesuatu yang sering buat I tergelak di waktu pagi.

Macam ni lebih kurang dialognya:

"Saya Master Chef. Semua jenis masakan saya boleh masak. Saya dulu kerja di Tokyo 7 tahun. Hotel Tokyo dekat IPOH. HAHAHA. Masakan Perancis yang saya paling pandai ialah, French Fries. Selain itu, saya juga pandai masak Burglar eh salah Burger. Kalau masakan Melayu, saya pandai masak Sambal Belacan."

Hahaha. Sentiasa gelak kalau 'dia' buat slang, 'dia' tukar suara. Sangat terhibur. I bet, mesti ramai di luar sana yang akan bersedih atas kehilangannya sebab 'dia', menghiburkan.

'dia' Istimewa
'dia' Bukan sesiapa
'dia', bukan macam orang lain


Kerana 'dia', DIN BERAMBOI. Al-Fatihah Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amiinn.


p/s: I menangis. Sebab rasa kehilangan sangat!!! Selalu dengar pagi-pagi. Sedih!