
Salam.
Entry hari ni mungkin agak panjang berjela. Sebab I taktau nak luahkan kat siapa. Cuma, I boleh luahkan dekat blog ni je. Sebab I boleh type apa je I suka.
Siapa yang taknak disayangi? Semua orang nak. Semua orang ada perasaan tu. I pun sama. Cuma, I selalu sangat jatuh hati pada orang yang salah. Selalu. Sampai I rasa yang tiada nilai pun kasih sayang ni sebenarnya. Tapi, maybe Allah nak uji I untuk jumpa dengan orang yang salah sebelum I berjumpa dengan orang yang betul.

I jatuh hati pada orang yang anggap I cuma kawan, adik-adik. Bukan. Bukan I memilih. Tapi bila hati dah berkata YA, I susah nak menidakkan hati I. I kalau dah jatuh cinta pada seseorang, sayang seseorang, I tak akan berpaling kat orang lain. I susah nak menyayangi orang tapi bila I dah sayang, untuk lupakan memang payah. Sangat.
Perkenalan kami bermula semasa kami sama-sama menjadi fasi untuk pelajar baru pada 2006. Itu tahun pertama I sebagai fasi. I demam masa hari persiapan sebelum menjelang esok. Dia datang, tanya khabar. Masa tu di kafe. Semua orang sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja terakhir. I kata pada dia, I demam. Dia letakkan tangan dia 10cm dari muka I. Dia kata, eh, panas. Macam ni jauh pun rasa haba. Dia ambilkan panadol suruh I makan. Dari situ perkenalan kami. I tak pernah jumpa berduaan dengan dia. Mesti ada orang lain temankan. MESTI.
Kami rapat. Cukup rapat. Sebab dia mengaku, I adalah salah seorang yang dekat di hati dia. I jarang berahsia dengan dia. Sebab I anggap dia macam abang. Semua benda remeh pun I mengadu dekat dia. Dan I sangat berterima kasih pada dia. Dia pernah jemput I jadi MC untuk satu majlis. Majlis tu organize by his team. I terima. Sejak dari tu, lebih dari 10 majlis untuk Fakulti dia sahaja I akan jadi MC. Itu belum masuk MC untuk majlis universiti dan lain-lain. Terima kasih kepada dia untuk itu. Kembali kepada topik sebenar.
I menyayangi dia sebagai abang. Tapi, entah bila, perasaan ni berubah menjadi lebih dari itu. Lebih dari abang. I anggarkan dia masih single. Dia tak pernah bercerita. Sehinggalah tahun lepas, I macam terdengar orang berkata dia sudah berpunya. Dia masih tak bercerita. Tahun ini, bulan 3 yang lalu, berjumpa dengan dia depan masjid putrajaya. Handphone dia berbunyi. Dia angkat. Cara bercakap macam agak manja. I tanya, GF ke? Dia kata, kalau GF, lagi sopan cara dia bercakap. DUMMM!! Macam ada guruh menghentak I ketika tu.
Baru I faham. Dia sudah berpunya. Sudah lama. Sedikit demi sedikit, sehingga saat ini, dia rajin bercerita mengenai si dia yang berjaya mencuri hatinya. I hanya mendengar penuh setia seolah-olah I tak terasa apa-apa. Hakikatnya? Pedih mencengkam ulu hati. Adakah kita perlukan Gaviscon untuk itu? Oh, lupakan.
I sedang belajar untuk menerima hakikat. Hakikat yang I bukan pilihan dia. Dia bukan jodoh yang diciptakan Allah untuk I. Perkenalan kami selama 4 tahun ni, memang memberi memori suka duka antara I dengan dia. Mungkin tiada kesan di hati dia, tapi pada I, memori kami sangat terkesan.
I sanggup buat apa sahaja untuk dia. Selagi ia tidak melanggar hukum Allah, I sanggup. Dia minta I carikan photographer terbaik untuk wedding dia, I cari. I akan buat. Sampai kawan I tanya, tak sedih ke? Kenapa sanggup buat semua ni? Jawapan I, InsyaAllah, jika kita melepaskan satu perkara untuk kebaikan orang lain, Allah akan balas dengan kebaikan yang lebih berlipat kali ganda.
Ini bukan kisah untuk I katakan yang I ni baik, innocent, lurus, sopan santun geli I dengar! I hanya menulis. Untuk kepuasan sendiri. Untuk muhasabah sendiri diri. Untuk fahamkan diri I. Hakikatnya, I masih belum kuat. I menulis untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri. Hakikat yang dia bukan untuk I, dan hakikat yang I hanya seorang adik. I kena terima.

Sedikit cebisan yang I lakar:
"Aku duduk sendiri,
Sambil memikirkan tentang kisah kita,
Kisah bila kau membuat aku sedih dan menangis,
Dengan harapan,
Kisah itu membuat aku kurang menyayangi kau,
Namun,
Kisah yang hadir dalam minda ini,
Hanya kisah indah,
Saat kau hadir dan tenangkan aku,
Saat kau hilangkan kesedihan di wajahku,
Saat kau ceriakan aku kembali,
Saat kau dengar semua cerita aku,
Saat aku tertawa bersama kau.
Dimana kekuatan itu?
Untuk aku paut kembali,
Aku takut terjatuh lagi,
Kerana aku menyayangi kau,
Dan kau hanya sekadar teman."

Sebab I menyayangi dia? Tiada sebab. I sayang dia kerana dia. Tiada alasan kukuh untuk soalan itu. I doakan dia akan berbahagia dengan insan pilihan. I akan sentiasa di sisi dia sebagai seorang adik. Selagi I mampu, I akan buat. I sanggup!