Followers

Monday, May 3, 2010

Surat Cinta Buat Ayahanda

Penggunaan kata nama 'awak' adalah merujuk kepada penulis. Harap maklum.

________________________________________________________

Salam.

Kehadapan ayahanda,

Ingat lagi masa umur awak 7 tahun sampai 17 tahun, ke mana pun pergi, ayah anta. Ayah ambik. Walaupun dah Form 5, tanpa segan silu pergi jalan-jalan kat City Square JB ayah hantar. Lepas tu, call, "Awak dah siap. Nanti amik eh." Ikutkan hati, nak je balik naik teksi. Tapi, ayah tetap nak jemput.

Ingat lagi, masa tahun 1996, masa tu darjah 3. Ada peperiksaan PTS. Yang lompat naik darjah 5. Ayah semangat sangat beli buku suruh hafal. Ayah nak anak dia lompat darjah 5. Awak belajar ikut kata ayah. Hasilnya? Tahun 1997, awak masuk darjah 5. Bukan darjah 4 macam kawan-kawan lain. Masa tu, ayah happy sangat. Dia bangga anak dia naik lompat darjah. Dia tak tahu, anak dia tak suka Sains. Markah teruk masa darjah 5.

Tahun 2002, awak masuk Form 4, ayah nak awak belajar akaun. Awak tak suka. Awak nak Add Math. Awak pun masuk kelas Sains Tulen. Ayah hantar tuisyen Add Math. Ayah nak awak dapat A. Walaupun Add Math susah, awak suka. Awak selalu dapat A. Ayah bangga! Walapun Fizik hampeh, tak apa. Asalkan Add Math A.

Tahun 2004, dapat tawaran MMU. Dalam hati dah berbunga-bunga. Sebab sejak dari Form 5, memang nak MMU. Dapat course Alpha Management. Ayah hantar ke Melaka. Masa tu ayah susah. Tapi, ayah tetap cari duit untuk anak dia belajar.

Tapi, tahun 2005, awak buat keputusan nak belajar TESL. Sebenarnya, awak tak nak susahkan ayah lagi. Banyak ayah kena belanja belajar kat MMU tu. Jadi, ayah hantar awak belajar kat UNISEL. Dalam masa yang sama, ayah ditawarkan jadi pensyarah dekat UNISEL juga. Alhamdulillah. Rezeki ayah.

Tahun 2009, awak dah tamat belajar. Awak akan konvo tahun 2010. Sekarang, awak dah kerja. Bulan-bulan, dah boleh beri duit dekat ayah. Tapi, apa yang awak beri, tak akan sama dengan pengorbanan ayah selama bertahun-tahun.

3 Mei 2010, genap usia ayah 70 tahun. Ayah masih bekerja. Walaupun anak-anak semua tak kasi ayah terus bekerja, ayah tetap nak bekerja. Sebab apa? Satisfaction katanya. Di hari lahir ayah ni, awak doakan ayah akan berjaya dalam apa yang ayah lakukan. Awak doakan ayah dapat apa yang ayah nak. Awak doakan, rezeki melimpah ruah kepada ayah. InsyaAllah.

Selamat hari lahir ayah!

Dari anakmu,

Adeqq



p/s: hari ni hari lahir ayah I! ^_____^

17 comments:

Fhad said...

wahhh bgus2 entry ni.. selagi die masih ade selagi tu kite akan tolong mereka walaupun x tercapai dengan apa yg dorng lakukan pada kite dulu.. selamat hari lahir pak cik.. heheh

fatin shahar :) said...

best entry ni ^__^
ouh..kirenye blaja setahun je di MMU ye..
erm,,,dah keje pon akak neh :)
tahniahhhh!!!

p/s: tak sabar nak konvo walau belum masuk U pon lagi...HAHA

kasih said...

hari ni besday abah saya juga..
;)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kirim salam kat ayah kita

Emi said...

mmu..mmu mmg byk belanja..tp seronok..maklum Emi bekas budak MMU, tp kt cyber..:)

aNis aMirAh said...

comelnya.
bahasakan diri awak dgn ayah?
kekeke.

Firol said...

steady la pakcik...rotan sama dia kalau dia buat silap

Pensel Kontot said...

adeqq hepi besday buat ayah mu

Adeqq said...

Fhad -

yup, betul tu. at least, kita beri apa yg termampu kan.
mekasey! aiceh, jwb untuk ayah plak. hehe

Adeqq said...

fatin shahar:-

best ke? Alahai, enty ni entry repekan je dik oi. hehe

Adeqq said...

kasih:-

ye ke? selamat hari lahir untuk ayah kamu. ^___^

Adeqq said...

brutal solo:-

owh, ayah kita ke? sejak bila? hehe

Adeqq said...

Emi:-

hehe. tau x pe. MMU mmg byk belanja.

Adeqq said...

aNis aMirAh:-

hiks. a'ah. 'awak' adalah kata nama diri sendiri. hehe

Adeqq said...

Firol:-

hehe. ayah x penah guna rotan. kikikiki

Adeqq said...

pensil kontot:-

terima kasih untuk wish itu!

yana said...

sayang kat papa....nnt nk ajak papa tgk wayang ar...huhuhu...adeq jgn jelez