Followers

Thursday, September 23, 2010

Jangan Tanya Tajuk Entri Ni

Salam.

Ada banyak benda nak cerita. Tapi kumpul semua dalam satu entri. Boleh kan? Sejak dua menjak ni, keinginan untuk bertemu blogger-blogger semakin menular. Namun, niat harus ditahan dulu memandangkan sangat sibuk dengan student yang bakal nak Final Exam. So, sabar yek hati. Eh, ada ke blogger nak jumpa I? HAHA.

Urm. Pernah dengar perkataan ANNOYING tak? Perasaan tu bercambah dalam hati sejak beberapa hari yang lalu. Ada manusia yang bila dah dalam kesusahan baru nak cari kita, call setiap jam, SMS setiap masa. Kalau takda hal apa-apa, ingat dia akan kisah? Tu la manusia, dah susah baru nak cari. Astaghfirullah. Syaitan dah kuasai nampaknya. Huhuhu.

Dah lama tak kongsi lirik. Pernah dengar lagu SENYUM? Dengarlah. =)

Ni antara part yang I sangat suka ^___^

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Menarik. Setuju? Mestilah! =P


p/s: Yela, saya orang kebanyakan. Kamu orang berada. Saya bekerja sektor swasta. Awak sektor kerajaan. Siapalah saya. <------ Menyampah ayat ni! HAHAHAHA

27 comments:

Cik Shiqa said...

i like too...

ermm....mnusia.. susah ingat senang lupa :)

Cik GuLA-GuLa said...

hi adeqq:)

keinginan nak jumpe bloggers?
bila nak jumpe akak dan ahli2 BTF?

Adeqq said...

Cik Shiqa:-

Adatlah kan. Manusia. Seperti kita kadangkala. =)

Adeqq said...

Cik Gula-gula:-

Hai kak!

Akan tiba masanya. Cuma masa tu pastilah lepas akak da bergelar Puan. HEHE. Nak sangat kak! One fine day InsyaAllah~ ^___^

si kosong said...

org yg ko ckp mcm dlm entri ko tu senang ko sms dia cmni je,

"apa,da tinggal saya ke yang boleh awak harapkan.?"

huahaha

MOFASAD said...

nak jumpa jom la... tapi bidadari gua takde... dia jauh...

waaaaaaaaaa

LUMUT said...

jom jumpa gua k..tunggu kat midvalley taw.=p

AJ Nismihan said...

i have the same intention too.
rasa macam nak jer bergelumang dengan insan2ceria seperti di laman Jack Alvin. Itu kan tanda kita ada kawan?
anyway, tak jumpa pun, kawan-kawan bloggers aku tetap kawan-kawan aku yang berkongsi ruang hidup yang sama.
and i proud with that.
ya, proud.
cumanya, mungkin ruang sela masa sekarang ada sedikit beza dan logistik yang buat kita-kita berjauhan.
ah, anggap saja bukan masa sekarang; esok lusa jumpa juga.
insya'Allah

dan buat sekarang, lu jaga budak lu, kasi depa leklok dalam exam.
dan kalau nak nyanyi lagu senyum yang gua sendiri tak tau nih, lu nyanyi senyap2dekat belakang. jangan sampai budak2bising kata lu bising sudah.

tak rock la kan.
ya lah, pakai sport shoes dengan baju kurung lagi rock dari itu tau!
hua ha ha

nasikputeh said...

lu pun nk dedah identiti ke? hahah

roger gua gak nti oke?

heh~

nAmA wA jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

:)
selamat buat lu..buat selamanya..hari2 esok adalah yg terbaik utk lu..


amin...

doa org jahil...

wong ah ian said...

waaaahhhh ngantuknye~...

Azwa ^_^ said...

huhuhu...pe khabor?? bz ek...

Adeqq said...

si kosong:-

idea ko sangat menarek! aku nak buat! HEHEHE

Adeqq said...

Mofasad:-

hehehe. lek luuuuuuu~
xpayah sedih2 kt sini oke. hahaha

Adeqq said...

Lumut:-

hahaha. bile balik sini yang? nak jumpe!

Adeqq said...

AJ Nismihan:-

AJ! Rindu laa! HEHE. yup, mmg cemburu kan tgk gambar2 tu. Cumanya, kena tilik diri sendiri. Punya masa yang cukupkah? HUHU

InsyaAllah satu hari berjumpa juga. Eh, dah bagi tips dah. Mesti depa bole score. Hehe.

Taktau lagu ni? Yela, lagu ni tak popular lagi. selalu menyanyi dalam kelas. Sampai student perli,
"cik, dah guruh tu. hoho" sabo je la.

Perli nampak? Hadoi! Insiden paling comel pernah terjadi tu. Jangan la jeles. Hahaha.

p/s: 'gua' 'lu'? wahh! ^___^

AJ Nismihan said...

komen pasal rock, kena berbahasa gua lu.

hehe.

eksiden tuh comel la.
tapi eksiden persona tuh yang tak terpesona mata.
so, be careful.
kita-kita nih belum sedia penuh nak jumpa DIA, so be extra caution, takut nanti tak terjawab soal amal apa segala kalau pi jumpa 'awal'. ye tak?

apapun, jaga diri ya Adeqq

Adeqq said...

nasikputeh:-

Harus lah dedah. Tapi, lek luuuu!~ HAHAHA

baek. ko list wajib jumpe oke!

Adeqq said...

AJ:-

Owh! Macam tu eh? HEHEHE.

InsyaAllah. Masih belum bersedia. Belum penuh di dada ni nak bawak ke alam sana.

Baik. Lu jugak! Jaga diri and keluarga k. ^___^

Adeqq said...

Jack Alvin:-

Amiiinn.

Kenapa doa orang jahil? Tak baik tau!Semoga setiap hari kita sentiasa dirahmati! =)

Adeqq said...

Wong Ah Ian:-

Zzzzzzzzz!~ Aku pon ngantuk.

Eh, ape kaitan dgn entry? Ok, xde kan? Aku paham. =P

Adeqq said...

Azwa:-

baik. Sehat Alhamdulillah. Busy sangat! Tapi still ada mase update blog kan? HAHAHA

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

oit..ko jgn send SMS tu kt org yg ckp kt bwh entry ko tu..kesian die..die xpunya apa2 pun kan..hahaha







stuju ngn AJ, pakai baju kurg ngn sport shoes mmg rock!!

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

Ada manusia yang bila dah dalam kesusahan baru nak cari kita, call setiap jam, SMS setiap masa. Kalau takda hal apa-apa, ingat dia akan kisah? Tu la manusia, dah susah baru nak cari.



erk...aku terasa..ko perli aku ke apa ni?

Firol said...

ayat last yang rugged

Adeqq said...

Xtionkamen:-

kalau aku nak sms gak? biar ar. HAHA. aku mmg rock kan? yela, comeyyy~ =P

pehal ko nak terasa? ko pernah wat aku camtu ke? HAAAA! baik ko cakap!

Adeqq said...

Firol:-

hehe. rugged gile kan? tu penting~