Friday, October 29, 2010

I Need More Plaster!

Posted by Adeqq at 4:12 PM
Salam.

Ku terima semuanya dengan tabah
Mengharapkan ada hikmah

Pernah dengar lagu ni tak? "Hati Terluka" by Billy Zulkarnain. Hah! Macam tu la perasaan I sekarang ni. Semalam abah tanya lagi. "Selalu bergayut malam-malam dengan siapa?" Ah sudah. Itu kawan biasa. "Kawan la abah. Kawan biasa." Abah buat muka tak percaya. "Yeke?" Aduh abah ni. "Betul. Kawan je. Takde special la. Abah carikan lah." Abah senyum. "Betul nak abah carik? Sekarang jugak boleh!" Err.. "Abah ni, orang muda lagi la. Baru 23 tau." Abah senyum lagi. Dengan nada halus abah kata, "Abah ni yang taktau lama ke tidak. Nak tengok kamu naik pelamin. Lega sikit abah." Errrr...

Senyap.

"Abah, insyAllah. Ada jodoh orang nanti. Orang naik atas dulu eh."

Abah terus terusan senyum.

Hakikatnya, memang I takde special sekarang ni. Kawan-kawan pun tak percaya. Hadui. Memang tak ada. Hati terluka beberapa bulan lalu. Tak kan semudah tu dapat pengganti kan? Ditinggalkan pulak oleh lelaki yang sangat baik. Lagilah susah nak pengganti. Hurrmm~

Soalnya. Hati semakin terluka. Siapa nak ubatkan? I need more plaster pleasee~



p/s: Soal hati itu seni. Berat kan? Mengeluh. T___T

22 comments:

Frodo Baggins on October 29, 2010 4:51 PM said...

itu yg terbaik
jgn buruk sangka ...


>>___<<


nah eskerim.

Frodo Baggins on October 29, 2010 4:55 PM said...

wa syak abah lu snyum sbb beliau dah ader colan tuk lu! jeng jeng jeng ....


>>___<<

AJ Nismihan on October 29, 2010 5:00 PM said...

begini:
yang meninggalkan kita itu baik atau buruk mana pun dia, hakikatnya, dia bukan kita. Malah, semalaikat mana pun dia, dah di takdirkan jodoh dia bukan dengan kita; paling tidak, untuk ketika ini.

jadi.
yang bakal datang nanti, seharusnya bukan di biar duduk banding dengan yang lepas.
kenapa?
sebab satu yang paling utama!
sebab yang lama itu kita sudah selam dalam2hatinya.
dah dibiar kita menerima dia sepenuhnya dia.
maka, lihatlah kita yang dia lebih memahami dan lebih secucuk.
sedang yang baru ini nanti
baru senafas dua berkongsi oksigen dengan kita
pasti banyak yang belum serasi itu ini.
maka
menilailah dengan benar keterbukaan nya.
biar adil dalam mencari hati.

mencari?
ah, aku bukan suruh kamu mengemis di tepian dengan bimbit poster itu ini,
cuma
aku mahu kamu bisik pada basah bibir dengan doa padanya
"Moga Engkau ketemukan aku dengan jodohku, dan Engkau pelihara kebaikan ku, peribadi ku, perasaan malu aku, dan engkau jauhkan aku dari maksiat, zina dan segala kebencian-Mu Ya Qahhar"
Ameen

Frodo Baggins on October 29, 2010 5:24 PM said...

"... biar adil dlm mencari hati."

wa mohon mencadang!

fara on October 29, 2010 5:35 PM said...

pasti ada yg utk adeqq.
jgn putus asa mencari k!

ps : its ok lah tak wat tag tu. frh sukasuki je tag sumeorg pun. ngeee ^^

nasikputeh on October 29, 2010 6:12 PM said...

abah lu sporting.. yeah~

SZ on October 29, 2010 7:01 PM said...

abah oh abah..

lumut on October 29, 2010 7:24 PM said...

gua sokong cadangan frodo..
namun gua pon nak mencadang kan..
"hati itu perlu diubati sebelum lu terima sesape utk dikahwini.."

mohon undur diri ...

hye adeqq.=)
tc

Lya Colours on October 29, 2010 8:28 PM said...

haih kita ni sama je kan
dlm fikiran asek pk kahwin je
fedup gak kadang2

Firol on October 31, 2010 8:45 AM said...

belum masanya..sabar

MOFASAD on October 31, 2010 12:35 PM said...

:)

Adeqq on October 31, 2010 3:12 PM said...

Frodo:-

mekaseh! nyum~
tak buruk sangka la. ^___^

alamak. xnakla. calon abah tingkat tinggi sangat. xbole xbole.

Adeqq on October 31, 2010 3:14 PM said...

"ah, aku bukan suruh kamu mengemis di tepian dengan bimbit poster itu ini"

Hehe. Tanks AJ. you are the best! betul. Aku kadang2 si naif yang lupa hendak memohon tentang itu. Lebih kepada memohon yang lain. Mungkin belum sampai waktunya.

Adeqq on October 31, 2010 3:16 PM said...

Frodo:-

InsyaAllah akan cuba adil. Lu nak cadangkan siapa? HAHA ^___^

Adeqq on October 31, 2010 3:28 PM said...

fara:-

Tulah. Abah dok tanye. Segan ai tau! HAHAHA

Adeqq on October 31, 2010 3:28 PM said...

nasikputeh:-

hehe. Die memang~ ^___^

Adeqq on October 31, 2010 3:29 PM said...

SZ:-

yeah. abah. =)

Adeqq on October 31, 2010 3:30 PM said...

Lumut:-

Hehe. Tanks atas cadangan. Betul! Kene ubati dulu kan?

Hye there! Take care gak tauu!

Adeqq on October 31, 2010 3:31 PM said...

Lya Kaler kaler:-

Takleh fedup. Kene hadapi dengan senyuman. HAHA ^__^

Adeqq on October 31, 2010 3:31 PM said...

Firol:-

Thanks! Yup. Kene sabar~

Adeqq on October 31, 2010 3:31 PM said...

Mofasad:-

Memang kalau komen kene senyum je ehh? Huh~

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ on October 31, 2010 4:45 PM said...

rilek la..chill skit
pasti ada yg terbaik utk kau..sama padan dan sama cntik ngn kau..hehe..konpem..

hye pcik!!..sy kamen!..

oi,
kl ade student cntik tlg knl2kan kt aku yek!haha

 

Ceritera-Chenta Si Tukang Cakap Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device