Followers

Thursday, October 14, 2010

Mulanya Di Sini - Aku Wanita Biasa

Salam.

(Penulisan hari ini lebih kepada 'penulisan dari hati' maka perkataan 'aku' akan digunakan sepanjang entry ini)

Jauh hati. Itu yang aku rasa. Kenapa kau melampiaskan kata-kata yang sebegitu? Aku sedar aku bukanlah wanita lemah lembut yang memikat. Aku bukan gadis sopan santun yang akan berjalan control ayu. Aku bukan gadis seperti itu. Aku memang kasar luaran. Namun dalam? Kau tahu?

"Kau ni mesti kahwin lambat nanti. Entah ada lelaki nak ke tak. Tak lemah lembut langsung."
Bukan sekali kau kata begitu. Tapi tiga.

Perlu ke aku menjadi wanita sebegitu hanya untuk memikat lelaki?
Ketahuilah Allah dah kurniakan dalam diri setiap wanita itu sifat penyayang. Walau bagaimana kasarnya dia di mata orang, tapi masih tertanam sifat penyayang. Bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk yang bengkok? Dan bengkok itu bukan bermakna kekurangan namun sebenarnya satu penyempurnaan. Tulang rusuk yang bengkok tadi sifatnya sebagai pelindung.

Dalam erti kata lain, terciptanya seorang perempuan itu secara semula jadinya dua sifat ada dalam dirinya; penyayang dan pelindung. Oleh sebab itu, perasaan perempuan ni halus. Bersabar apabila hatinya digores oleh mereka mereka.

Perempuan yang kau kata kasar tingkah laku ini, yang kau kata tidak layak untuk lelaki yang faham agama ini lantas berusaha memperbaiki diri. Aku sedar aku banyak kekurangan kerana itu aku masih berusaha dan pastinya dengan cara aku sendiri.

Dan...

Dalam diam aku berharap agar satu hari nanti aku akan menjadi bidadari syurga kepada seorang lelaki yang melihat aku seperti bidadari. Bidadari dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Ah. Puas. Semoga dia membaca penulisan ini.



p/s: Rasa macam dah dekat. Eh, ke jauh lagi? ^___^

30 comments:

Unknown said...

sekeras2 wanita, masih terselit jiwanya yg lembut...


moga satu hari dia sedar...rupa diluar tidak sama dengan isinya...



p/s :: apa yg jauh dn dekat? :P

Frodo Baggins said...

jujur .... perempuan yg tenang bila bicara itu "cantik"

tenang disini ada maksud

yg tidak terburu2 n mnyakitkan bila bcakap

berfikir 3 saat sblum bkata

yg bhujah dgn budi n akal ...

jgn risau deq, pndangan org lain2

biarkan

"x penting"

bila dia ckp camtu ... mental dia dah di bwh kaki..

simple mcm tu jer

cheers


((Wa saja bg selang2. biar nampak panjang. hohohoho))

sab said...

setuju dgn frodo!

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

nak cakap selang selang jugak boleh?

aku taip takde short form ni..eja penuh abis..nampak agak macho tak?

bagi nampak panjang macam komen frodo

mungkin pada mata die, kau xde apa apa dan kau bukan sape sape

biar je la..die x nampak ape yang ada kat kau

tapi pada lelaki yang bakal jadi pasangan kau, die akan nampak apa yang ada pada kau dan die nampak kau adalah siapa

kan?

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

arghhh...frodo panjang lagi..haram

MOFASAD said...

marah kamu hanya sekejap
sabarlah
kita sama buat silap
semua sama
cuma
ego itu lebih mengebalkan segalanya

kalau ada jodoh tak ke mana
bukan budak tu yang tentukan
tapi Atas budak itu yang tentukan

banyakkan bersabar
banyakkan bertenang
lepas nie bahaskan "i" balik ok

baru sweet.

kah kah kah


jangan tension2

jangan moody2

jangan menjerit2

ini semua kan dunia?

ok tak?

dunia?

:)

MOFASAD said...

ok. komen wa lagi panjang dari kamen n frodo

yes!

Fazleyatul Aini said...

siapakah dia tuh deqq?

jeng jeng jengg

::[putihpurple]:: said...

kite kan lebih dari lelaki dr segi prasaan..dan lelaki lebih dari kite dr segi akal..dan krana prasaan yg lebih tu,doa seorg prempuan lebih makbul dr lelaki..^_^

dah nk kawen ke? tggu la aku skali...nk kawen jgkkk..ahaha:D

... said...

adeqq,

dulu ms bljr di sebuah sekolah.
aku diajar satu benda...
kau tahu apa?

"perempuan beragama jgn sesekali kau melentokkan suaramu dgn lelaki ketika brckp, sebaliknya bicaralah dgn kasar agar mereka tidak terpikat pd mu. Itu perisai dari kau mendapat dosa senyap kerana mmbuatkan sang lelaki jatuh cinta pd kelembutanmu..."

dlm Quran ada ayat ini. carilah. kau akan jumpa.

(simpan kelembutanmu utk yg selayaknya...simpan. jgn tunjuk sifat sebenar mu 'yg lembut ' itu )


let people hate u than u make people love u ... senyum ok ;)


thnks krana msh ingt aku ;)

Anonymous said...

adeqq
tengok yang di sini
kan banyak yang sayang dah menghormati kamu lebih dari yang lain.
jadi
jangan sesekali kerana ada sepatah dua panah kata yang tajam masuk dalam hati, lantas kita jadi mati dan binasa jiwa
yang benar harus keras dan terus benar
dan yang rosak busuk itu, wangi bagaimana semerbak pun tetap rosak dan merosakkan.

percaya satu.
dan ditentukan seseorang untuk kamu.
dan seseorang itu, wujudnya dalam mengerti kamu sepenuh jiwanya.
dan untuk itu
jadilah diri kamu sepenuh-penuhnya kamu.
dan sebaik-baiknya kamu.
yang mana,kamu itu tidak lepas dari genggam pegang jalur2cahaya Maha Esa dalam bertingkah dan senyum.

jadi?
jadi Adeqq yang sendiri. a better of yourself.
and let The Almighty Allah sort the rest.

"Kau ni mesti kahwin lambat nanti. Entah ada lelaki nak ke tak. Tak lemah lembut langsung."

jawab saja

"Ah, pasti saja aku bukan taste kamu.dan menjadi lain dari kehendak kamu bukan bermakna aku ini buang-buangan.aku suka pink, tapi kamu tidak. jadi, aku bodoh-bodoh alang di benci dunia? Oh maaf. Mungkin kamu belum habis cukup fikir sebelum berucap ya. Dan orang begitu, kalau pun ada yang mahu kawin, hati si pasangan lebih mudah luka kan? Ah sedih aku simpati untuk si dia. Dan menjadi sakit dan perit itu awal, lebih baik aku lewat dan bahagia bukan?"

boleh?

nasikputeh said...

bagus. tahniah.

biar nmpak kasar, spya org xmudah mempermainkan.

yang lembut, hanya utk yg layak.



xlama lagi tu.

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

esok ada yg mulia utk lu..
percaya lah~~

Aku_lah_Fadz said...

sbar je la dik..

fara said...

ape hak die ckp camtu.
jodoh kan di tgn Allah.
KAN TAK PSL2 KUA BAB AGAMA PLAK. EHEH.

Abaikan je org mcmtu!

Dear,
anda kene tag!

http://clumsyfara.blogspot.com/2010/10/contest-mortar-board-beauty-in-ugly.html

¶A.K.I¶ said...

base dr komen2 diatas..
stuju.
kasar x beerti gagah...
lembut tak beerti lemah.
so.. pndai2 la...
masa akan mematangkan adeq dan ALLAH akan sentiasa membantu

Adeqq said...

Eifel:-

Thanks! InsyaAllah.

Jodoh macam dah dekat. HAHAHA

Adeqq said...

Frodo:-

Wa anggap itu satu pujian bg wanita. Yang sejujurnya kata pada pandang mata wa, "berfikir 3 saat sebelum bicara". Tapi, wa mahu mcm abah lu. 10 saat.

Apakah ada satu waktu nanti, wa akan bertemu insan itu? Doakan ya.

Adeqq said...

SZ:-

setuju jugak!

Adeqq said...

Kamen:-

thanks! InsyaAllah one day kan? ^___^

Adeqq said...

Mofasad:-

Thanks juga. Moga harapan kamu itu jadi satu doa untuk aku.

=)

Adeqq said...

Lya Kaler Kaler:-

Seseorang yang sentiasa mahukan wanita yang perfect~

Adeqq said...

Putihpurple:-

Thanks kau sudi ke mari. Dalam diam aku kagumi kau! Muahxx~

Yer, itu kelebihan masing2. Seharusnya digunakan sebaik mungkin. Kan?

Jom sama2. Aku tunggu ko balik mesia~

Adeqq said...

greenrose:-

Simpan kelembutan? InsyaAllah. Cuma terkadang aku lalai dan alpa. Suara dilentokkan kerana sudah terbiasa. Ah maklum anak manja.

Aku akan cuba sepertimana kata kamu. Doakan aku ya?

Ya, kita harus keras di luar. Simpan yang lembut itu untuk selayaknya. ^___^

Adeqq said...

AJ:-

Ah... Kamu sentiasa memberi semangat pendamai jiwa. Thanks AJ! Aku kagum. Banyak yang aku terlepas pandang. Kau kupas beri aku faham dengan lebih dalam. Benar. Ada seseorang untuk aku. Dan untuk seseorang itu, aku akan bersedia dari sekarang.

Jawapan tu sangat menarik. Aku gunakan ya? ^___^

Adeqq said...

nasikputeh:-

yup! thanks. Marilah sama-sama jadi keras. hehe

Adeqq said...

Jack Alvin:-

Doakan wa ya.. ^___^

Adeqq said...

Kak Fadz:-

Sedang bersabar. HEHE

Adeqq said...

Fara:-

Dia memang takde hak tapi die slalu rasa die berhak. HUH!

Hiks. Kene tag eh? Jap nak review k dear~

Adeqq said...

Aki:-

Thanks Aki! Aku akan sentiasa berdoa. InsyaAllah. ^___^