Followers

Monday, May 31, 2010

Sudah Menjadi Tunang Orang

Salam.

Jangan biarkan blog bersawang macam I. HEHE. Sorry lama sangat tak update. Cuti kan. Kenduri kahwin banyak sangat! Dah takda baju da nak pakai. HAHA. Harini entry simple. Nak update pasal kenduri tunang kawan I. Bukan I tau. I lambat lagi. Tunggu orang datang merisik. =P

Kisah kawan I ni sangat unik. Kenal Disember 2009. Akhir Disember mereka couple. April datang merisik. Mei tunang. Bila nak kahwin weh? I sangat malas nak tulis panjang-panjang. Layan gambar boleh? ^__^



















Oh~ Kau sangat cantik la dear.
I doakan U selalu bahagia dengan Tunang Tersayang!
Cepat-cepat kahwin ye!
Muahx!~


p/s: Bila tiba giliran I? HEHE

Tuesday, May 25, 2010

Real L.O.V.E

Salam.

Entry hari ni mungkin agak panjang berjela. Sebab I taktau nak luahkan kat siapa. Cuma, I boleh luahkan dekat blog ni je. Sebab I boleh type apa je I suka.

Siapa yang taknak disayangi? Semua orang nak. Semua orang ada perasaan tu. I pun sama. Cuma, I selalu sangat jatuh hati pada orang yang salah. Selalu. Sampai I rasa yang tiada nilai pun kasih sayang ni sebenarnya. Tapi, maybe Allah nak uji I untuk jumpa dengan orang yang salah sebelum I berjumpa dengan orang yang betul.


I jatuh hati pada orang yang anggap I cuma kawan, adik-adik. Bukan. Bukan I memilih. Tapi bila hati dah berkata YA, I susah nak menidakkan hati I. I kalau dah jatuh cinta pada seseorang, sayang seseorang, I tak akan berpaling kat orang lain. I susah nak menyayangi orang tapi bila I dah sayang, untuk lupakan memang payah. Sangat.

Perkenalan kami bermula semasa kami sama-sama menjadi fasi untuk pelajar baru pada 2006. Itu tahun pertama I sebagai fasi. I demam masa hari persiapan sebelum menjelang esok. Dia datang, tanya khabar. Masa tu di kafe. Semua orang sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja terakhir. I kata pada dia, I demam. Dia letakkan tangan dia 10cm dari muka I. Dia kata, eh, panas. Macam ni jauh pun rasa haba. Dia ambilkan panadol suruh I makan. Dari situ perkenalan kami. I tak pernah jumpa berduaan dengan dia. Mesti ada orang lain temankan. MESTI.

Kami rapat. Cukup rapat. Sebab dia mengaku, I adalah salah seorang yang dekat di hati dia. I jarang berahsia dengan dia. Sebab I anggap dia macam abang. Semua benda remeh pun I mengadu dekat dia. Dan I sangat berterima kasih pada dia. Dia pernah jemput I jadi MC untuk satu majlis. Majlis tu organize by his team. I terima. Sejak dari tu, lebih dari 10 majlis untuk Fakulti dia sahaja I akan jadi MC. Itu belum masuk MC untuk majlis universiti dan lain-lain. Terima kasih kepada dia untuk itu. Kembali kepada topik sebenar.

I menyayangi dia sebagai abang. Tapi, entah bila, perasaan ni berubah menjadi lebih dari itu. Lebih dari abang. I anggarkan dia masih single. Dia tak pernah bercerita. Sehinggalah tahun lepas, I macam terdengar orang berkata dia sudah berpunya. Dia masih tak bercerita. Tahun ini, bulan 3 yang lalu, berjumpa dengan dia depan masjid putrajaya. Handphone dia berbunyi. Dia angkat. Cara bercakap macam agak manja. I tanya, GF ke? Dia kata, kalau GF, lagi sopan cara dia bercakap. DUMMM!! Macam ada guruh menghentak I ketika tu.

Baru I faham. Dia sudah berpunya. Sudah lama. Sedikit demi sedikit, sehingga saat ini, dia rajin bercerita mengenai si dia yang berjaya mencuri hatinya. I hanya mendengar penuh setia seolah-olah I tak terasa apa-apa. Hakikatnya? Pedih mencengkam ulu hati. Adakah kita perlukan Gaviscon untuk itu? Oh, lupakan.

I sedang belajar untuk menerima hakikat. Hakikat yang I bukan pilihan dia. Dia bukan jodoh yang diciptakan Allah untuk I. Perkenalan kami selama 4 tahun ni, memang memberi memori suka duka antara I dengan dia. Mungkin tiada kesan di hati dia, tapi pada I, memori kami sangat terkesan.

I sanggup buat apa sahaja untuk dia. Selagi ia tidak melanggar hukum Allah, I sanggup. Dia minta I carikan photographer terbaik untuk wedding dia, I cari. I akan buat. Sampai kawan I tanya, tak sedih ke? Kenapa sanggup buat semua ni? Jawapan I, InsyaAllah, jika kita melepaskan satu perkara untuk kebaikan orang lain, Allah akan balas dengan kebaikan yang lebih berlipat kali ganda.

Ini bukan kisah untuk I katakan yang I ni baik, innocent, lurus, sopan santun geli I dengar! I hanya menulis. Untuk kepuasan sendiri. Untuk muhasabah sendiri diri. Untuk fahamkan diri I. Hakikatnya, I masih belum kuat. I menulis untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri. Hakikat yang dia bukan untuk I, dan hakikat yang I hanya seorang adik. I kena terima.



Sedikit cebisan yang I lakar:

"Aku duduk sendiri,
Sambil memikirkan tentang kisah kita,
Kisah bila kau membuat aku sedih dan menangis,
Dengan harapan,
Kisah itu membuat aku kurang menyayangi kau,
Namun,
Kisah yang hadir dalam minda ini,
Hanya kisah indah,
Saat kau hadir dan tenangkan aku,
Saat kau hilangkan kesedihan di wajahku,
Saat kau ceriakan aku kembali,
Saat kau dengar semua cerita aku,
Saat aku tertawa bersama kau.

Dimana kekuatan itu?
Untuk aku paut kembali,
Aku takut terjatuh lagi,
Kerana aku menyayangi kau,
Dan kau hanya sekadar teman."


Sebab I menyayangi dia? Tiada sebab. I sayang dia kerana dia. Tiada alasan kukuh untuk soalan itu. I doakan dia akan berbahagia dengan insan pilihan. I akan sentiasa di sisi dia sebagai seorang adik. Selagi I mampu, I akan buat. I sanggup!

Monday, May 24, 2010

Tiada Tajuk

Salam.

I sangat excited nak kongsi pasal overnite kami gadis-gadis. HAHA. Disertai oleh seorang lelaki (sudah berpunya, harap maklum) merangkap pengiring kami gadis-gadis. Kami sampai Damansara nearly 11 p.m sebab nak collect ticket yang dah booking. Then, kami gi makan. I tak larat nak makan masa tu. Sebab I terbayang kuew tiow Mali's je. Tak sabar!

Then, lepas makan, kami pergi tengok movie. A NIGHTMARE ON THE ELM STREET. Serius I banyak kali jerit. HAHA. Seram weh. And sangat banyak kejutan. Sengal punya Freddy! Dalam cerita tu, ada seorang watak nama Chris. Dia dah kena bunuh sebelum pertengahan cerita lagi. Guess what? Salah seorang dari kami, masa masuk kereta, dia tanya, "Last-last Chris mati tak?" Apakah! Nampak sangat dia tidur oke. Benci! HAHA!

Lepas tengok movie yang banyak mengejutkan jantung I, kami ke MALI'S CORNER at Bunga Raya! Sedap oke kuew tiow dia. Sangat! Tapi, I makan tak habis. Half je. Maybe I memang hilang selera makan. HAHA. Lepas tu, pengiring a.k.a driver kami (gurau oke gurau) ajak pergi 7eleven. Dia beli air Zappel botol besar, kacang and air mineral. Pelik mula-mula. Lepas tu, baru faham. Nak naik GENTING!!!~

I sangat excited sebab dah lama mengidam nak naik Genting. Tapi, bukan naik waktu siang. Naik waktu macam ni lah. Taknak main apa-apa, just nak happy bersama kawan-kawan kesayangan, menikmati kesejukan. I puas sangat. Sebab I berjaya luahkan semua kesedihan I dekat atas tu, I tinggalkan semua kesedihan, I masuk kereta dengan fikiran indah je. Sedih semua I dah tinggal dekat Genting. HAHA

Then, pukul 6 pagi kami turun, cari surau. Then, kami breakfast dekat Shah Alam. Wonderful moments, great times. Terima kasih kawan-kawan. U made my day. Completely! Merekalah tempat I menangis, tempat I ketawa, tempat I melepaskan segalanya. Mereka tiada galang gantinya.

Dear, If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile. But anytime you need a friend, I'll just be me.

Thursday, May 20, 2010

Berjimba Mode!!!~

Salam.

Saya perlukan cuti. Eh salah. Saya perlukan hari sabtu untuk keluar berjimba-jimba! Memang sangat perlu berjimba untuk kurangkan tepu dekat otak ni. Tahu tak, otak ni dah tepu tahap cakura naruto oke. So, planning untuk berjimba dengan disertai oleh 2 orang lagi gadis chantek akan dilaksanakan sabtu malam ni. Yiieehaa! Sayang kamu!

Aktiviti yang akan dijalankan~



Muvee kat Cineleisure Damansara. Ticket dah booking oke sayangs! A Nightmare on Elm Street~ (seram tak cite ni?) Hope sangat cerita ni seram. Komen dari korang yang dah tengok? Terbaek tak?

Next, haruslah merayau ke Uptown. Maybe Danau Kota kot. Tapi, I tak pastikan lagi. Ini harus dibincangkan lagi. Mana lah tahu, ada yang nak pergi tempat lain. So, kita ikut majoriti ok sayangs!


Oke, ini memang terbaik! Kuetiow sedap at Mali's Corner. Gerai biasa, makanan superb! Biasa pukul 3 pagi dah habis. So, kena gerak awal sikit ni. Rindu sangat-sangat Mali's. Nasi lemak dia pun sedap. Kena fikir dulu nak makan apa. Harap sangat Mali's tak tutup. Tapi, malam minggu. Mesti tak tutup punya lah. Betul tak? HEHE. I'm coming Mali's~

Ini lagi satu port terbaik untuk melepaskan tension. BUKIT AMPANG! View terbaik, boleh buat photo shoot lah malam tu. Sediakan senjata masing-masing sayangs! Kita boleh menembak dekat sini. Semoga malam tersebut tak hujan!

Oke, ni la antara aktiviti yang akan dilakukan oleh kami gadis-gadis. Niat hanya untuk release tension dan berjimba-jimba. Tak salah kan? ^____^

Tak sabaaaarrrr!!~

Tuesday, May 18, 2010

Pernah Tak Kau Rasa?

Salam.

Hari ni mood sangat swing. Macam layang-layang terputus talinya. Sebenarnya, bukan hari ni je, dah beberapa hari. Terfikir jugak, apa kena dengan diri sendiri.

Pernah tak kau rasa, kau sayang seseorang sampai kau nak dia sentiasa ada dengan kau?
Pernah tak kau rasa yang kau tak boleh terima kalau dia dengan orang lain?
Pernah tak kau sanggup buat apa sahaja untuk senangkan hati dia?
Pernah tak kau rasa terkilan bila dia lupa hari jadi kau?
Pernah tak kau rasa down bila dia lebihkan orang lain?
Pernah tak kau rasa nak menjerit bila dia memang bukan ditakdirkan untuk kau?


Aku pernah.
Aku sakit.
Aku down.
Aku kecewa.
Aku sedih.
Aku menangis.


Aku perlukan seseorang.
Seorang sahabat, kawan, teman.
Yang aku boleh cerita.
Yang aku boleh luahkan.
Yang aku boleh menangis.
Yang boleh buat aku ketawa semula.

Aku tak boleh terus macam ni.
Tolong aku.

Thursday, May 13, 2010

Hari Belia Negara 2010 - Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara

Salam.

Pagi tadi masuk office, seorang kawan message, "Jadi tak ahad ni?" I reply, "Jadi. Mesti jadi." Ahad ni, kami akan ke Hari Belia Negara 2010. Mungkin masih ramai yang tak tahu tentang Hari Belia Negara ni. Jadi, I nak kongsikan apa yang I tahu.


Hari Belia Negara bakal mengumpulkan semua belia-belia untuk menyertai pelbagai aktiviti di samping dapat berkenalan, mendapat rakan baru and paling penting, mengeratkan silaturrahim antara semua belia. At first, I memang berniat nak pergi hari Sabtu dan Ahad. Memandangkan komitmen kerja, terpaksa I pergi hari Ahad je. Sangat tak sabar untuk bersama-sama belia yang lain menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti yang ada: (KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)






Memang sangat menarik. Bukan selalu kita dapat semua aktiviti dalam satu masa yang sama. Buktikan yang kita semua adalah belia yang akan bersama-sama menaikkan nama negara di samping membantu golongan yang memerlukan. Kenapa I kata kita boleh membantu? Ada satu aktiviti yang sangat menarik iaitu '1 YOUTH 1 Malaysia The Largest Motorsport Gathering @ HBN 2010.' Memang menarik!

Pengisian program ini adalah perhimpunan (gathering) sebanyak 6,000 buah kenderaan terbesar yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti kereta, motor, van dan lain-lain. YOUTH mensasarkan menerusi perhimpunan kenderaan ini akan mendapat pengiktirafan di dalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai perhimpunan kenderaan terbesar di Malaysia.

Lagi satu, individu yang ingin turut serta perlu menyumbang RM 20 di mana sebahagian daripada kutipan tersebut akan disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Peserta yang terlibat akan diberikan t-shirt, stiker khas, majalah khas serta sijil sebagai tanda penghargaan sumbangan dan komitmen anda semua!!! WaaHHH! Sangat seronok kan kawan-kawan!

Lagi info untuk Hari Belia Negara? Sila baca artikel di bawah.

Ha, jangan marah-marah kalau jalan tutup ye. HEHE. Kawan-kawan, selaras dengan tema Hari Belia Negara pada tahun ini, iaitu Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara, kita semua sebagai belia harus bersatu padu.

Semangat perpaduan adalah penting dan harus wujud serta disemai di dalam diri setiap belia di Negara ini. Ini adalah untuk memastikan masa depan dan pembangunan golongan belia terjamin sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang sering diwar-warkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan itu, pihak ITYM atau Information Technology Youth Movement sedang mencari 50 blog yang kreatif untuk dijadikan wadah belia dan akan dipersembahkan kepada Y.A.B. PM kita. Take this challenge friends! Boleh klik logo dibawah untuk maklumat lanjut!~



Apa yang anda perlu lakukan adalah
  • Tuliskan sebuah entry mengenai hari belia negara atau mengenai ITYM
  • tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut..
  • Sertai kami sebagai ahli.. dengan melengkapkan borang keahlian besertakan URL blog anda..
  • e-mail kan url post anda beserta borang keahlian di email berikut itym2007@yahoo.com
  • pendaftran mestilah di submit selewat-lewatnya pada 13 mei 2010
Saya sudah! Anda?

Marilah kawan-kawan, sertai kami semua di HARI BELIA NEGARA 2010. Jumpa anda disana!

Tuesday, May 11, 2010

Contest Belog Tandas Lelaki: ini bukan AIM 18

Salam. Today rasa mood sangat swing! Jadi, rasa nak join contest. Siapa-siapa ada buat contest! Mari sini. I nak join. HEHE. Sebenarnya, I terbukak blog takamine. Ada contest! I nak join. Mari kita tepek gambar dulu!~


Oke, caranya mudah je.

1. Korang kena ada belog sendiri

2. Mesti warganegara malaysia ye

3. Mesti jadi follower belog TANDAS LELAKI *mamat ni gediks! HAHA*


Lain-lain syarat, sila ke blog beliau. HEHE.

First of all, I baru sangat kenal dengan takamine ni. I mean, baru je baca blog beliau. Baru 3 minggu. Tapi, everyday I mesti nak bukak. Nak baca apa dia tulis. Memang macam haram sikit la penulisan dia ni. Tapi, I enjoy. Sebab tak serabut nak fikir apa-apa. Baca and layan je. Sambil makan popcorn. HAHA

Yang kedua, ada satu entry tu, memang I suka sangat! Entry INI. Sweet kot. Telefon mak, lepas tu syahdu je dengar suara mak. Jarang kot lelaki nak manja dalam telefon dengan mak. Siap tulis dalam blog lagi. Cayalah!

Senang kata, I memang suka baca blog dia. Cuma x pernah komen. Sebab I kan memang malas sikit nak komen-komen ni. Apapun, untuk UBAHSUAI atau PERBAIKI, I rasa blog takamine ni dah cukup OK. Cuma, I tak jumpa chatbox la. Ke, memang tak ada? Mana? Mana? Letak la. Senang nak kutuk! HAHA


Ok la beb, I dah siapkan contest ni. Sila nilai ye! *puh kiri puh kanan*

Menang atau kalah, bukan persoalan. Yang penting, dengan join contest, kita dapat eratkan silaturrahim! Kan? Eh kawan-kawan, meh la join!!!~

Thursday, May 6, 2010

Warna dan maksud bunga ^_________^

Salam.

Ceh. Tajuk je gempak. Haha. Sebenarnya, ada seorang staf dekat ofis ni. Suka sangat dengan bunga. Sebab tu macam nak buat research pasal bunga ni. Secara jujurnya, I bukan seorang perempuan yang suka bunga. I pernah cuba untuk suka bunga, tapi hasilnya, I memang tak boleh menyukai bunga. Bunga ada banyak jenis. Sampai I tak tau langsung nak bezakan bunga-bunga ni semua. Yang I betul-betul kenal bunga ros, sebab bunga tu sangat popular. Di mana-mana meesti ada bunga ros. Sebab tu I kenal bunga ros je. HAHAHA

Disebabkan I hanya kenal bunga ros je, so, I nak bercerita la tentang bunga ros. Bunga ros ada banyak warna. Setiap warna ada maksud yang tertentu. Perempuan semua suka bunga. Kalau beri bunga, cair je. Tapi bukan I. Tak tahu la kenapa. I tak suka bunga. Tapi, kalau orang bagi, I terima je la. Tapi I akan letak kat rumah je. HEHE.

Oke, mari mulakan pembelajaran kita hari ini.
BUNGA ROS MERAH. Bermaksud cinta dan sayang. Keghairahan seseorang tu boleh terjadi dengan hanya apabila dia menerima bunga ros merah. Biasa terjadi kat pasangan pengantin baru. Kalau husband bagi ros merah, confirm melting-melting. Lepas tu satu perasaan akan wujud. Perasaan apa? Sila pergi kahwin sekarang! HAHA.

Yang penting, ros merah ni memang bermaksud diberikan kepada orang yang sangat kita sayang dan memberi maksud mendalam kat hati kita. Boleh bagi pada ibu untuk Hari Ibu. Beli bunga untuk ibu sekarang! Asyik bagi girlfriend je! Biasa dia ni! =P

BUNGA ROS KUNING. Sangat ceria kan warna kuning? Kuning ni bermaksud keceriaan dan kehangatan. Sangat sesuai untuk beri kepada kawan-kawan. Ada kawan yang akan berkonvo? Sila beri bunga ini. (Saya konvo tahun ini. ^____^) Kuning juga dipercayai boleh meningkatkan rasa kepercayaan yang sangat tinggi. Boleh beri bunga ini kepada kawan-kawan sebelah menyebelah tu. Tak ada masalah.

BUNGA ROS MERAH JAMBU @ PINK. Entah. Bila I sebut merah jambu, macam comel bunyi dia. Kan? HEHE. Ok, pernah rasa suka pada seseorang tapi tak berani nak beritahu? Pergi beli ros pink sekarang! I paksa ni! HAHA. Ros pink ni bermaksud hampir sama dengan ros merah cuma ia tak keterlaluan. Ia lebih kepada 'admire'. Ala, macam zaman dulu-dulu. Minat la dengan dia tu. Bagi surat. Sekarang sila beri bunga ya.

Lagi satu, ros pink juga bermaksud kelembutan. Warna pun lembut. HEHE


BUNGA ROS PUTIH. Ha, ini sangat best. Taktau la. Dalam semua bunga, I macam TERtarik dengan yang putih ni. Mungkin sebab ia bermaksud simpati dan ketulusan hati. Kan kalau orang berkahwin, suka pakai warna putih untuk bernikah kan? Sama la macam bunga ros putih ni. Bermaksud tulusnya hatiku menikahi dikau cewaaaahhhHhHhHhhH!~

BUNGA ROS LAVENDER. Owh My... Memang I serius melting tengok warna bunga ni. I sangat suka pink purple. So, memang warna lavender ni menjadi kegilaan I. Walaupun I tak suka bunga, sebab warna macam ni, I akan terima. HAHA. Lavender ni membawa maksud 'Cinta Pandang Pertama'. Ha, kalau ada sesiapa yang jatuh cinta pandang pertama, boleh beli sekarang! Kalau tak sekarang, esok pon boleh!


BUNGA ROS JINGGA. Ok, ini agak bahaya. Ros jingga bermaksud 'desire' @ keinginan. Keinginan untuk bersama. Kira nya kalau husband balik rumah bawak ros jingga, si isteri harus faham. Ok, I tak boleh nak elaborate lagi. Tak ada experience. HAHA. Cuma, faham-faham saje lah!

BUNGA ROS BIRU. Ros biru ni bermaksud...... Ok, I tak jumpa maksud dia. Jadi, anggap sahaja bahawa bunga ros biru ni sesuai untuk orang sakit. Kalau ada orang sakit kat hospital, bawak la ros biru ni. Sebab selalunya biru ni bermaksud ketenangan. Eh, tapi kalau informasi ni salah, sila jangan marah! HEHE

BUNGA ROS WARNA WARNI. Ini tak ada maksud. Tapi, ini sangat cantik! Anggap sahaja I mohon kepada semua untuk belikan I bunga ros ini. BOLEH KAN? Sayang kamu semua!!~

Wednesday, May 5, 2010

Percayalah. Janji Allah tu pasti

Salam.

Entry ni pendek. Jadi, tak perlu sediakan popcorn. Sediakan tisu saje ye.
Kita kadang-kadang tak sedar hidup ni cuma sementara. Kita kadang-kadang tak sedar apa yang kita ada, sekadar pinjaman je. Pinjaman yang harus dipulangkan kembali pada yang Maha Pencipta.

Sedih. Itu je perkataan yang I terfikir semasa membaca entry di blog Fhad yang ini. Arwah Hisham telah kembali kepada Pencipta-Nya. Kemalangan jalan raya. Beliau meninggalkan seorang balu, Shima. Baru sebulan berkahwin. Mungkin sudah ketetapan dari Yang Maha Esa.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ini blog beliau. Klik SINI.

Dibawah ni gambar yang diambil dari blog Kakinakl.


Al - Fatihah.

Monday, May 3, 2010

Surat Cinta Buat Ayahanda

Penggunaan kata nama 'awak' adalah merujuk kepada penulis. Harap maklum.

________________________________________________________

Salam.

Kehadapan ayahanda,

Ingat lagi masa umur awak 7 tahun sampai 17 tahun, ke mana pun pergi, ayah anta. Ayah ambik. Walaupun dah Form 5, tanpa segan silu pergi jalan-jalan kat City Square JB ayah hantar. Lepas tu, call, "Awak dah siap. Nanti amik eh." Ikutkan hati, nak je balik naik teksi. Tapi, ayah tetap nak jemput.

Ingat lagi, masa tahun 1996, masa tu darjah 3. Ada peperiksaan PTS. Yang lompat naik darjah 5. Ayah semangat sangat beli buku suruh hafal. Ayah nak anak dia lompat darjah 5. Awak belajar ikut kata ayah. Hasilnya? Tahun 1997, awak masuk darjah 5. Bukan darjah 4 macam kawan-kawan lain. Masa tu, ayah happy sangat. Dia bangga anak dia naik lompat darjah. Dia tak tahu, anak dia tak suka Sains. Markah teruk masa darjah 5.

Tahun 2002, awak masuk Form 4, ayah nak awak belajar akaun. Awak tak suka. Awak nak Add Math. Awak pun masuk kelas Sains Tulen. Ayah hantar tuisyen Add Math. Ayah nak awak dapat A. Walaupun Add Math susah, awak suka. Awak selalu dapat A. Ayah bangga! Walapun Fizik hampeh, tak apa. Asalkan Add Math A.

Tahun 2004, dapat tawaran MMU. Dalam hati dah berbunga-bunga. Sebab sejak dari Form 5, memang nak MMU. Dapat course Alpha Management. Ayah hantar ke Melaka. Masa tu ayah susah. Tapi, ayah tetap cari duit untuk anak dia belajar.

Tapi, tahun 2005, awak buat keputusan nak belajar TESL. Sebenarnya, awak tak nak susahkan ayah lagi. Banyak ayah kena belanja belajar kat MMU tu. Jadi, ayah hantar awak belajar kat UNISEL. Dalam masa yang sama, ayah ditawarkan jadi pensyarah dekat UNISEL juga. Alhamdulillah. Rezeki ayah.

Tahun 2009, awak dah tamat belajar. Awak akan konvo tahun 2010. Sekarang, awak dah kerja. Bulan-bulan, dah boleh beri duit dekat ayah. Tapi, apa yang awak beri, tak akan sama dengan pengorbanan ayah selama bertahun-tahun.

3 Mei 2010, genap usia ayah 70 tahun. Ayah masih bekerja. Walaupun anak-anak semua tak kasi ayah terus bekerja, ayah tetap nak bekerja. Sebab apa? Satisfaction katanya. Di hari lahir ayah ni, awak doakan ayah akan berjaya dalam apa yang ayah lakukan. Awak doakan ayah dapat apa yang ayah nak. Awak doakan, rezeki melimpah ruah kepada ayah. InsyaAllah.

Selamat hari lahir ayah!

Dari anakmu,

Adeqq



p/s: hari ni hari lahir ayah I! ^_____^