Followers

Thursday, May 13, 2010

Hari Belia Negara 2010 - Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara

Salam.

Pagi tadi masuk office, seorang kawan message, "Jadi tak ahad ni?" I reply, "Jadi. Mesti jadi." Ahad ni, kami akan ke Hari Belia Negara 2010. Mungkin masih ramai yang tak tahu tentang Hari Belia Negara ni. Jadi, I nak kongsikan apa yang I tahu.


Hari Belia Negara bakal mengumpulkan semua belia-belia untuk menyertai pelbagai aktiviti di samping dapat berkenalan, mendapat rakan baru and paling penting, mengeratkan silaturrahim antara semua belia. At first, I memang berniat nak pergi hari Sabtu dan Ahad. Memandangkan komitmen kerja, terpaksa I pergi hari Ahad je. Sangat tak sabar untuk bersama-sama belia yang lain menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti yang ada: (KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)






Memang sangat menarik. Bukan selalu kita dapat semua aktiviti dalam satu masa yang sama. Buktikan yang kita semua adalah belia yang akan bersama-sama menaikkan nama negara di samping membantu golongan yang memerlukan. Kenapa I kata kita boleh membantu? Ada satu aktiviti yang sangat menarik iaitu '1 YOUTH 1 Malaysia The Largest Motorsport Gathering @ HBN 2010.' Memang menarik!

Pengisian program ini adalah perhimpunan (gathering) sebanyak 6,000 buah kenderaan terbesar yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti kereta, motor, van dan lain-lain. YOUTH mensasarkan menerusi perhimpunan kenderaan ini akan mendapat pengiktirafan di dalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai perhimpunan kenderaan terbesar di Malaysia.

Lagi satu, individu yang ingin turut serta perlu menyumbang RM 20 di mana sebahagian daripada kutipan tersebut akan disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Peserta yang terlibat akan diberikan t-shirt, stiker khas, majalah khas serta sijil sebagai tanda penghargaan sumbangan dan komitmen anda semua!!! WaaHHH! Sangat seronok kan kawan-kawan!

Lagi info untuk Hari Belia Negara? Sila baca artikel di bawah.

Ha, jangan marah-marah kalau jalan tutup ye. HEHE. Kawan-kawan, selaras dengan tema Hari Belia Negara pada tahun ini, iaitu Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara, kita semua sebagai belia harus bersatu padu.

Semangat perpaduan adalah penting dan harus wujud serta disemai di dalam diri setiap belia di Negara ini. Ini adalah untuk memastikan masa depan dan pembangunan golongan belia terjamin sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang sering diwar-warkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan itu, pihak ITYM atau Information Technology Youth Movement sedang mencari 50 blog yang kreatif untuk dijadikan wadah belia dan akan dipersembahkan kepada Y.A.B. PM kita. Take this challenge friends! Boleh klik logo dibawah untuk maklumat lanjut!~



Apa yang anda perlu lakukan adalah
  • Tuliskan sebuah entry mengenai hari belia negara atau mengenai ITYM
  • tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut..
  • Sertai kami sebagai ahli.. dengan melengkapkan borang keahlian besertakan URL blog anda..
  • e-mail kan url post anda beserta borang keahlian di email berikut itym2007@yahoo.com
  • pendaftran mestilah di submit selewat-lewatnya pada 13 mei 2010
Saya sudah! Anda?

Marilah kawan-kawan, sertai kami semua di HARI BELIA NEGARA 2010. Jumpa anda disana!

4 comments:

Crazee Lazzy said...

wahhh info menarik... hahaha... mesti boley menang ni... hahahaha.. ko dtg ahad ek?

Adeqq said...

fhad:-

hehe. ala, cube nasib je fhad. hehe. a'ah. datang! ^____^

Crazee Lazzy said...

alahhh yeke? asal ko x menjerit je? hahah.. kitorng baru blk dari mandi sungai dekat tekala.. tu masing2 serabai je.. aku g cari ITYM nye booth x jumpe pun.. ko jumpe?

MOFASAD said...

xbest~