Followers

Tuesday, May 25, 2010

Real L.O.V.E

Salam.

Entry hari ni mungkin agak panjang berjela. Sebab I taktau nak luahkan kat siapa. Cuma, I boleh luahkan dekat blog ni je. Sebab I boleh type apa je I suka.

Siapa yang taknak disayangi? Semua orang nak. Semua orang ada perasaan tu. I pun sama. Cuma, I selalu sangat jatuh hati pada orang yang salah. Selalu. Sampai I rasa yang tiada nilai pun kasih sayang ni sebenarnya. Tapi, maybe Allah nak uji I untuk jumpa dengan orang yang salah sebelum I berjumpa dengan orang yang betul.


I jatuh hati pada orang yang anggap I cuma kawan, adik-adik. Bukan. Bukan I memilih. Tapi bila hati dah berkata YA, I susah nak menidakkan hati I. I kalau dah jatuh cinta pada seseorang, sayang seseorang, I tak akan berpaling kat orang lain. I susah nak menyayangi orang tapi bila I dah sayang, untuk lupakan memang payah. Sangat.

Perkenalan kami bermula semasa kami sama-sama menjadi fasi untuk pelajar baru pada 2006. Itu tahun pertama I sebagai fasi. I demam masa hari persiapan sebelum menjelang esok. Dia datang, tanya khabar. Masa tu di kafe. Semua orang sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja terakhir. I kata pada dia, I demam. Dia letakkan tangan dia 10cm dari muka I. Dia kata, eh, panas. Macam ni jauh pun rasa haba. Dia ambilkan panadol suruh I makan. Dari situ perkenalan kami. I tak pernah jumpa berduaan dengan dia. Mesti ada orang lain temankan. MESTI.

Kami rapat. Cukup rapat. Sebab dia mengaku, I adalah salah seorang yang dekat di hati dia. I jarang berahsia dengan dia. Sebab I anggap dia macam abang. Semua benda remeh pun I mengadu dekat dia. Dan I sangat berterima kasih pada dia. Dia pernah jemput I jadi MC untuk satu majlis. Majlis tu organize by his team. I terima. Sejak dari tu, lebih dari 10 majlis untuk Fakulti dia sahaja I akan jadi MC. Itu belum masuk MC untuk majlis universiti dan lain-lain. Terima kasih kepada dia untuk itu. Kembali kepada topik sebenar.

I menyayangi dia sebagai abang. Tapi, entah bila, perasaan ni berubah menjadi lebih dari itu. Lebih dari abang. I anggarkan dia masih single. Dia tak pernah bercerita. Sehinggalah tahun lepas, I macam terdengar orang berkata dia sudah berpunya. Dia masih tak bercerita. Tahun ini, bulan 3 yang lalu, berjumpa dengan dia depan masjid putrajaya. Handphone dia berbunyi. Dia angkat. Cara bercakap macam agak manja. I tanya, GF ke? Dia kata, kalau GF, lagi sopan cara dia bercakap. DUMMM!! Macam ada guruh menghentak I ketika tu.

Baru I faham. Dia sudah berpunya. Sudah lama. Sedikit demi sedikit, sehingga saat ini, dia rajin bercerita mengenai si dia yang berjaya mencuri hatinya. I hanya mendengar penuh setia seolah-olah I tak terasa apa-apa. Hakikatnya? Pedih mencengkam ulu hati. Adakah kita perlukan Gaviscon untuk itu? Oh, lupakan.

I sedang belajar untuk menerima hakikat. Hakikat yang I bukan pilihan dia. Dia bukan jodoh yang diciptakan Allah untuk I. Perkenalan kami selama 4 tahun ni, memang memberi memori suka duka antara I dengan dia. Mungkin tiada kesan di hati dia, tapi pada I, memori kami sangat terkesan.

I sanggup buat apa sahaja untuk dia. Selagi ia tidak melanggar hukum Allah, I sanggup. Dia minta I carikan photographer terbaik untuk wedding dia, I cari. I akan buat. Sampai kawan I tanya, tak sedih ke? Kenapa sanggup buat semua ni? Jawapan I, InsyaAllah, jika kita melepaskan satu perkara untuk kebaikan orang lain, Allah akan balas dengan kebaikan yang lebih berlipat kali ganda.

Ini bukan kisah untuk I katakan yang I ni baik, innocent, lurus, sopan santun geli I dengar! I hanya menulis. Untuk kepuasan sendiri. Untuk muhasabah sendiri diri. Untuk fahamkan diri I. Hakikatnya, I masih belum kuat. I menulis untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri. Hakikat yang dia bukan untuk I, dan hakikat yang I hanya seorang adik. I kena terima.



Sedikit cebisan yang I lakar:

"Aku duduk sendiri,
Sambil memikirkan tentang kisah kita,
Kisah bila kau membuat aku sedih dan menangis,
Dengan harapan,
Kisah itu membuat aku kurang menyayangi kau,
Namun,
Kisah yang hadir dalam minda ini,
Hanya kisah indah,
Saat kau hadir dan tenangkan aku,
Saat kau hilangkan kesedihan di wajahku,
Saat kau ceriakan aku kembali,
Saat kau dengar semua cerita aku,
Saat aku tertawa bersama kau.

Dimana kekuatan itu?
Untuk aku paut kembali,
Aku takut terjatuh lagi,
Kerana aku menyayangi kau,
Dan kau hanya sekadar teman."


Sebab I menyayangi dia? Tiada sebab. I sayang dia kerana dia. Tiada alasan kukuh untuk soalan itu. I doakan dia akan berbahagia dengan insan pilihan. I akan sentiasa di sisi dia sebagai seorang adik. Selagi I mampu, I akan buat. I sanggup!

31 comments:

Anonymous said...

that is great, gurl.

macam ini saja.
kita takkan boleh hidup dengan apa yang kita harapkan saja, sebab Maha Esa hanya akan tunaikan apa yang perlu untuk kita kan :)

so, see fromone perspective.
if he never give you hope more than being a sister; than he should not to be blame. and you neither. so, who's fault? Of course not The Almighty Allah.

for me
nobody's fault.
it is all about heart; and you can never say no when it is heart matter.

should you cry?
yes, you should; for few moments; then move on strong!

if you love somebody, you should be happier to see him happy too! that is the true taste of love. Thus, do your best to be beside him when he need you, and make sure he enjoy the best marriage ever.
should that make you hurt?
you should not.
but, if you try to interfere and be a good reason for clash and divoce; then only you should regret it.

the most hurt part in this world is; orang yang kita sayang tidak bahagia di samping kita, betul tak?

starsyeea said...

love is to let go...

be strong dear...

Firol said...

nama jatuh cinta

jatuh memang ada sakitnya...

Berd said...

wah. aktif si ian kat sini.

memang boleh buat bahan!

wakakaka

azwa said...

banyak2 kan bersabar...InsyaAllah akan ada insan lain utk mu...kuatkan semangat..

5069 said...

bile pulak wa aktif kat sini?..lu jgn macam2 berd..

wa pegi blog org yg rajin komen blog wa je..sebagai tanda appreciation wa la tu...

si adeqq ni rajin gak dtg blog wa..tengkiu ye kwn!..hehe

Adeqq said...

Aj Nismihan:-

thanks. a lot!
u made my day completely by giving this thought!

yeah, i use to cry a lot! tapi fikir balik, sampai bila? this is not the end of the world.

mmg pedih bila org yg kita sayang tak bahagia dengan kita. owh sangat parah!

thanks again ya! ^___^

Adeqq said...

starsyeea:-

let it go for our and others happiness. yup! that's so true. i will dear. thanks.

lumut said...

beb...seseorang ade berpesan pada gua....

jangan serahkan sepenuh hati kita pada manusia...kita akan kecewan.
tapi serahkan sepenuh hati kita pada Dia..isnyaAllah kita akan bahagia..selamanya....

lepaskan dia....kerana dia hadir bukan utk kita..dia sekadar utk mengajar kita...sesuatu yg orang lain tiada...take care syg.

Adeqq said...

Firol:-

kau selalu buat aku gelak and bahagia dengan kata-kata kau.
nama pun jatuh kan. mesti la sakit. heee

Adeqq said...

Berd:-

erk. mane de la. Ian aktif sbb aku selalu menyibuk dekat blog dia. hehe

Adeqq said...

azwa:-

u know me better sayang! thanks! insyaAllah.

Adeqq said...

Ian:-

hehe. yup! saye mmg rajin dtg blog die. saje konon2 nk buat onar. haha

same2 fren. ^____^

Adeqq said...

Lumut:-

dear! aku tau aku harus lepaskan dia. dia mmg bukan untuk aku. aku tau.

aku akan cuba mcm yg orang itu pesan. thanks sayang! *hugs*

lumut said...

=)....

senyum penawar duka...

yusuf mujahidin ™ said...

Salam

kamu berhak mendapat yg terbaik sis

cumanya kamu perlukan kekuatan
mn nk cari?

bila dr dlm diri kamu

yakin. kamu kuat!

=)

Crazee Lazzy said...

wahhh panjang nye... jgn emo2.. kuatkan diri tu.. kalo aku jd abg ko boley? hahaah

Adeqq said...

Lumut:-

mari senyumm. ^___^

Adeqq said...

yusuf:-

Salam.

Thanks! Terkejut tgk awk hadir kat blog usang ni. Jangan hilang lagi oke.

Saye akan kuat! InsyaAllah!

Adeqq said...

Fhad:-

ni luahan aku. Biar ah panjang! Haha. Ko serius ke main2 nak jadi abg aku? Karang aku serius tetibe ko memain lak. HAHA

Cikgu Ije said...

kuat adeq!

dlm pelayaran cinta, kita pasti singgah di beberapa pelabuhan untuk betemu seorang nahkota yang membawa sebuah cahaya untuk kita.

'.. sesiapa yg bertaqwa kpd Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dr segala yg menyusahkn) serta memberikannya rezeki dr jln yg x tlintas...' (At-Talaq:2-3)

Adeqq said...

kak ije:-

terima kasih kak. ur story make me tough! akak n along adalah pendorong saye untuk terus cintakan hari-hari saya!

luv u sis.

kakak said...

p/s my luv:

he3x..tumpang lalu ye..singgah2 kejap lawat blog adeq cyg ni...
"panjang berjela"
...he3x..lawak ar sweety punch..ex teacher memang gitu..kalo tak lecture dlm class..lecture dlm blog jadi la erkkk..he3x

bila baca perenggan yang ke-2 tu rasanya terngiang2 pula lagu2 cinta klasik ni..jap2..dalam suasana yang sunyi ni...tengah dengar betul2 lagu yang gemersik dtg bagaikan alunan bermelody..
"mengasihimu dikasihi..
menyayangi mu disayangi.."

OWHhh kakak terlupa akan liriknya...namun lagu inteam ni maybe khas utk adeq kakak..

siapalah jejaka yang berjaya mencuri hati putri bunian ni..owhh andai ada satria yang meminati akak seperti mana adeq meminatinya..rasa seperti snow white ..

2006?????BIAR BETUL SEKARANG DA 2010 kan?..kalo da married maybe da ada baby sorang tau..boleh bawa main golek2..owh tragis nya memori itu..adeq...a u sure ok now???

kenapa begini...harus dihadapi dan perlu menghadapi..kenyataan itu benar tapi perit untuk dilalui.."yang ditinggalkan itu lagi sepi dari yang pergi"

mana mungkin nak mengalah atau mengelat dari perasaan itu..mcm biasa akak katakan..kalo berhubung dgn telefon tanpa wayar pun boleh dengar suara..inikan pula berhubung hati ciptaan illahi...

Gaviscon..owhhh ini perlukan nasihat doktor hati
"mama tlg la..aku sedang bingung..bikin kepala memikir tentang dia..aku yang selalu disakitinya..(mulan jameela)...wa3x...lagu ini juga tercetus dari ilham yang tidak sebenarnya...

u a the best my sweety....may be u have get advised from him..how to forget him...wa3x..

Mohd Zaki said...

ajaib kan? perasaan yang paling semula jadi ada cinta. dan masih terlalu ramai yang tidak mengetahui maksud cinta yang tertinggi. yang kalau dia mengetahuinya, dia akan mencintai semua saudara seislamnya, dan berlaku belas kepada selainnya. bahkan kepada yang berbuat jahat kepadanya akan dibalas dengan kebaikan. dan cinta Nabi kepada umatnya adalah cinta teladan, yang tatkala kaum musyrikin memerangi Baginda, Baginda berdoa, ya Allah, ampunkanlah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

Cheese Monster said...

tak tau nak luah pada sapa. aish.pelik. mai cakap kat abang mai. abang suka dengar adeqq luah.

dah bepunya jangan nak kacau. datang pada yang mampu neh.

>>___<<

Adeqq said...

kakak:-

hehe. u know me better kan? alaa, baru 4 taun la sayang. hahaha. biar lah. ada yg lebih baik untuk adeq nanti. doakan k sayang! doakan!

*saya tidak mungkin akan lupakan dia. TIDAK. dia perkara terhebat pernah berlaku dalam hidup saya*

Adeqq said...

Mohd Zaki -

terima kasih atas komen awk. Sangat-sangat berterima kasih. Awak menyedarkan saya. InsyaAllah. Saya akan cuba cari cinta itu. ^___^

Adeqq said...

hBz:-

boleh ke? hehe. nnti bosan lak. huuuu.

awk belum berpunya ke? *wink wink*
HAHA

kakak said...

to my sweety hney punch;;;;

"he love u so much..but he fine soulmAte after meet u"...
whatever my lover...u r strong gurl...

p/s...i had such a good spend time wit u last nite...tq sweety

kakak said...

to my sweety hney punch;;;;

"he love u so much..but he fine soulmAte after meet u"...
whatever my lover...u r strong gurl...

p/s...i had such a good spend time wit u last nite...tq sweety

Unknown said...

Ada ke orang yang takda masalah cinta ?