Followers

Friday, August 20, 2010

Hilang Jiwa

Salam.

Sepertinya langit tanpa dipagari bintang
tidak mampu ku oleh dengan genggaman
pilu hatiku seluas lautan mataku melihat
hanya hatiku adalah milik hati seorang manusia
sedar olehku bahawa pinjaman itu sudah tamat tempohnya
bintang itu masih bersinar
seperti mekarnya bunga di waktu pagi
berkembang segar di taman
hati dan mataku memandangnya dari jauh
kerana itu sahaja yang mampu dilakukan
satu demi satu serangan dukacita
pabila satu demi satu helaian kenangan
terkumpul di hati dan perasaan
lalu titik air mata yang jatuh satu satu
kian laju mengalir hangat
sebak mengamuk dada
jarum mencucuk di jantung

tenungan mata tidak berkelip
memandang jauh
sambil hati dan akal merewang-rewang entah ke mana
ku sambut kehilangan ini
seperti kehilangan yang lalu


Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu,

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan


p/s: Kenapa diuji lagi? T____T

24 comments:

Anonymous said...

nice poem :)

kemana hilangnye jiwa?? cepat2 tangkap ia

MOMMY CGG said...

dear..
hadapi dgn tennag..dgn senyuman:)

chill

Anonymous said...

wahai orang muda...mari menari senangkan hati.tuhan hanya menguji..

Anonymous said...

Kenapa diuji lagi?

sebab itu asal punca kejadian kita yang sebenanya perlu lurus dan kehadapan.
bila ada simpang dan siul, Maha Esa suruh kita tempoh dengan aqal dan iman.

yang di beri pada kita adalah semata-mata percaya yang Allah ada; dan ada tentu-tentu bantu hamba-Nya yang perlu.

perlukah kita kalah?
itu keputusan yang Maha Esa.
pada kita, usaha sedaya mampu. Biar yang Maha Tahu itu buat tentu hujungnya.

dan untuk berat hati dan kaki, melangkah lah terus.
dan terus.
walau perit mana; itu saja yang kamu ada.
terus-terusan hidup; dengan tali pimpin-Nya.

betul kan Adeqq?

Anonymous said...

kenapa di uji? itulah hidup. dan manusia di uji di sayangi Tuhan. dont give up dear. :)

LUMUT said...

pabila satu demi satu helaian kenangan
terkumpul di hati dan perasaan
lalu titik air mata yang jatuh satu satu
kian laju mengalir hangat
sebak mengamuk dada
jarum mencucuk di jantung

**pedih**..

komen Aj terbaik....=)

Allah akan terus menguji kita dengan ujian yg sama selagi kita belum berjaya melepasinya...

adeqq...
be strong.
nangis lah.hanya kau yg rasa.
berdoalah.

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

lu kena kuat..
Tuhan dah aturkan yg lebey baik utk lu pd masa akan dtg..

percaya lah..

5069 said...

somehow aku macam paham ape g ko rase..mungkin aku dah jumpa cara tuk overcome masalah aku tapi xtau sejauh mana ia berkesan..

AJ jugak penah cakap kat aku, mungkin kita patut jadi ignorant success (kalau x salah aku la) so that kita bole bebas beterbangan ^^

aku ditempat yg sama dan masih bermain dengan rasional..aku bukan yg kuat iman jadi semoga kita sama-sama x menyimpang jauh..

Adeqq said...

makdara Terdiva:-

Thanks. Dah taktau nak tangkap macam mana...

Adeqq said...

Cik Gula-gula:-

urm... Sedang hadapi. Tapi, kurang tenang.


Cube untuk chill~

Adeqq said...

fndrocka:-

kena menari ke nak senang hati? huhuhu

Adeqq said...

AJ:-

Thanks. Kata-kata ini kata semangat. Buat aku rasa kuat untuk hadapi. Memang betul. Ikut tali pimpinNYA. namun, aku tersasar kali ni. Sedikit barangkali. Banyak mungkin. Entah.

Berdosa kan aku? InsyaAllah. Adeqq yang lama akan kembali. Doakan aku~

Adeqq said...

Maisyara:-

Thanks dear. Sangat2. ^___^

Adeqq said...

Lumut:-

PEDIH kan? =((

InsyaAllah. Aku cuba. Dah kurang airmata. Macam makin hilang. Haisshhh~

Adeqq said...

Alvin:-

hipokritkah aku? Aku tak kuat. Dah cuba, jatuh lagi~

Adeqq said...

Ian:-

Thanks. Aku tahu kau faham. InsyaAllah. Sama-sama lah kita tak menyimpang jauh.

^___^

Firol said...

ujian tanda ingatan NYA

Cikgu Ije said...

Dia sayang kamu. itu sebab kamu diuji lagi.. senyumlah adikku.. Dia sayang kamu.

Cik Su Life Cycle said...

sajak ke..wat sendiri ke...huuhu...blog nie comel...i ske

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

sbr ye...

pasti ade hikmah di sebalik sume yg terjadi

nasikputeh said...

uhh..

aku benci tiap kali perkara2 mcm ni tetibe muncul..

kdg2 tga syok2 bergelak ketawa tetiba sekilas ia dtg dan.. satu persatu kembali main dlm kepala..

org lain belum hbs ketawa tapi aku ttbe mengenang air mata..

pe cer..??

Adeqq said...

Firol:-

yup. Sedang menerima dengan REDHA.

Adeqq said...

kak ije:-

urm. Mekasih sis. Sedang cuba. Masih dan terus cuba. THANKS!

Frodo Baggins said...

mmmmmm ...
yaaaa
begitu saja


((x tau nak kata apa))