Salam.
Owh! Sangat penat hari ini. Seperti mahu terbang rasanya. HAHA. Eh, macam lama tak update blog. Maaf. Sangat tidak berkesempatan. Tadi ke blog FRODO. Terbaca entry INI. I menangis. Entah kenapa. Oke, I touching sekejap. T___T
Berbalik kepada tajuk entry, ceh! Semalam I ke PC Fair. Best! Manusia penuh. Membanjiri KLCC Concourse itu. I mencari external hard disk 500GB. Sangat happy sebab dah tak sabar nak transfer movie. Then, ke Putrajaya melihat indahnya bumi ciptaan ALLAH. Cantik.
Tapi, itu bukan kisahnya. Semasa di KLCC, ada pasangan tua yang seperti ini.
(sumber dari encik google~)
Melayu sudah pasti. Yang lelaki berkopiah. Yang perempuan bertudung. Agak uzur. Si suami memimpin isteri. Mesra nya mereka. Tapi persoalannya, kenapa ke KLCC? Tak kan mereka ke PC Fair? Kelihatan mereka sangat susah berjalan. Seperti tercari-cari arah. Sampai ke tempat membayar kupon parking, mereka macam terpinga. Kami pun tanya, "pakcik nak bayar ke?" Si lelaki hanya menjawab, "Takpe nak. Anak bayar dulu ye."
Kami mula membuat persepsi sendiri. Kesian pasangan ni. Ke mana lah arah tujunya. Tak sampai 2 minit, datang 2 lelaki membawa 2 troli. Penuh dengan barang. Lelaki tu bersuara kepada pakcik tadi, "Jom bah. Zal dah beli semua barang dah." Pakcik tu hanya mengangguk. Kemudian, sampai 2 kenderaan mewah di depan tempat membayar kupon parking tu. Sebiji BMW baru dan sebiji JAGUAR tak silap Eksterior C-XF. Kalau silap maaf lah.
Pakcik tu bersama isterinya masuk ke dalam BMW duduk di tempat duduk belakang. Siap ada driver ber suit putih buka kan pintu. WAH! Tan Sri kah? Terus melayang segala persepsi kami.
Itu realiti hidup kan? Yang mewah harta dan mewah budi pekerti. Sedikit pun tidak menyombong diri. Sedikit pun tak meninggi. Yang anak siap senyum ke arah kami. Realiti hidup begitulah. Yang mewah sedari awal, jarang meninggi diri. Yang mewah durian runtuh yang sering lupa asal sendiri. Manusia.
Namun, sampai bila pasangan seperti ini harus dibiar hidup sendiri? renung-renungkan.
p/s: Entry pun mahu sambut Ramadhan juga. =)
22 comments:
Ya Allah, semoga dipanjangkan rezeki kewemawah jiwa dan hati mereka kepada keluarga dan keturunan mereka.
Ameen
Sungguh la, dunia realiti ini lebih penuh dengan kejutan dari dunia telivisyen.
Untuk pasangan tua dan anak2nya, aku ucapkan tahniah.
Semoga di Firdausi Maha Esa tempat mereka nanti.
Ameen
p/s: entri tu memang cukup dalam maknanya. bagi aku, Frodo juga menulis dengan hati. ada makna yang panjang dalam setiap bual itu kan :)
dan aku suka komen hang dekat sana. serius suka :)
betol tu.
tak gune kan riak di dunia...
nnti di akhirat merana...
:)
:)
indahnya hari lu..
kisah pasangan tua tu mcm ada iktibar yg bole renung bersama..
bahagia hingga akhir nyawa dgn kesetiaan..dan keredhaan..
wah..... sedap cerita dia :)
selamat berpuasa!!!
:) << senyum termanis!!!
senyum tuk link yg wat wa malu2 kucen
senyum tuk citer uncle n aunty itu
kesimpulannya ...
xder keismpulan
((Selamat berpuasa!!!)
wooohaaaa
frodo bungek!
hahahahaha
>>_________<<
wahhh! bagus ye! jarang nak jumpa orang macam dorang ni. :)
AJ:-
yup. Kisah realiti lebih mengujakan untuk diterokai. ^__^
Penulisan saye biase2 saje. Masih belajar. Masih malu-malu untuk melampiaskan kata-kata.
Terima kasih. Kita kan sama-sama perlu belajar sesuatu. That's the great thing about blogging!
^___^
Fara:-
yup. Betul sangat!
Alvin:-
Mereka sangat manis!~ Suke tengok pasangan tu. Wa teruja! ^___^
Mofasad:-
sedap leh makan x? HAHAHA
Frodo:-
Hiks. Senyum manis kah? Thanks jugak untuk entry lu~
Selamat Berpuasa ^___^
Maisyara:-
a'ah. bagus kan? so sweet oke!~ ^__^
best kan hidup mereka..
sampai ke tua still berkekalan..
dah lah kaya..
tpi itu lah hakikat dunia..
tpi x semua yg kaya baik..
Dalam sepuluh mungkin satu je yg baik
alhamdulillah..wujud lagi situasi mcm tu kat realiti..
maka,
sayangilah mak abah anda!
dan slamat senyum di bln ramadhan~
=)
owh itu kisahnye yg lu sesat?..haha
Btol tu.Kdg kala kte slalu fikir golongan sedemikian sombong dsb
Tp based on my experience di tmpt kerja, top management mcm ceo,vp,they are very nice and humble person..
Tp yg baru pangkat manager yg selalu sombong tk tentu pasal
Jom tukar theme blog disini
De'din:-
best kan? InsyaAllah, kekal ke akhir hayat~
Yup, x ramai macam ni. yang sikit ni la yang bagus!
aLy:-
yup. wujud lagi aly~
mari doa untuk mak abah kita! ^__^
Ian:-
Xpayahla bgtau orang! HAHAHA
lili:-
tu yg I kate. Yang kaya sedari awal x la sombong mana. Yang kaya durian runtuh yang menyombong x pasal. HEHE
Manusia kan? ^___^
la? gua x komen ag upenye pdhal da bc bbrapa hr lepas.
okey okey gua komen.
makcik & pakcik tu bukan jiran aku apelagi keluarga aku.
sekian.hehheheh
Post a Comment