Followers

Thursday, August 6, 2009

apa ada dengan no 13?


salam. kali ni i nak share sedikit knowledge tentang apa yang kita mungkin tahu and apa yang kita mungkin tak tahu. perasan tak. dulu kat TV2, ada cerita 'Bilik No. 13'. Sekarang menggantikan Keliwon, TV3 siarkan pula cerita 'Tower 13'. Persoalannya, kenapa 13? mula-mula kan i ingat memang diorang saja hendak guna no. 13. tetapi, rupanya, memang no.13 tu dianggap seperti 'bad luck'. okay, mungkin u all dah tahu, i je yang lambat. tapi, i nak share juga dengan semua, apa yang i tahu. ok.

I mulakan misi dengan 'google' tentang no. 13 ni. apa yang i dapat ialah, orang yang fobia dengan no.13 dikenali sebagai Triskaidekaphobia iaitu Bahasa Greek dimana Tris ialah no.3, Kai ialah dan and Deka ialah no.10. semuanya bermula dari Babylon (siapa yang tak tahu tak lulus Sejarah aiyoo tak tahu) Memula ingatkan ianya kerana kejadian HITAM 13 Mei tapi baru tahu yang no.13 ditakuti di SELURUH DUNIA.

Tak percaya? Buktinya, sebanyak 80% bangunan tinggi di seluruh dunia tiada tingkat 13. maksudnya, dari tingkat 12 terus ke tingkat 14. tingkat 13 itu samada tidak digunakan, atau dijadikan sebagai tingkat 14. kalau masuk lif, tiada no 13. tak percaya juga? lihat gambar dibawah.


selain tu, kebanyakan Airport tiada Gate no.13. kalau tak percaya, pergi la check. hahaha. tapi KLIA maybe ade la. sebab Malaysia kan tak percaya tahyul kan. kan. kan. kalau pergi bercuti ke London, Rome, atau mana-mana tempat di luar negara, kebanyakan hotel mereka tiada tingkat 13. even bangsal pun, diorang tak letak no.13. mereka namakan sebagai 12A.



di Malaysia pula, ada sejarah tersendiri tentang no.13 kan. i tahu semua orang tahu. so, i taknak la mulakan kelas Sejarah di sini. ni kan blog yang comel. mane bole buka kelas Sejarah. ahahaha. eh, ada lagi info. Kebanyakan jalan dan lorong di Itali tiada Jalan 13. Rumah pula tiada rumah no.13. Selepas rumah no. 12, adalah rumah no. 12 1/2 kemudian baru rumah no.14. Unik juga kan?

Mereka juga percaya, sesiapa yang mempunyai 13 perkataan pada nama mereka (contoh nama Charles Manson), mereka akan ada nasib yang buruk. Ha, mesti u all tengah kira nama sendiri kan? Hahaha. Ini mungkin tahyul pada sesetengah orang, but for those yang percaya, percayalah. I cuma berkongsi sedikit ilmu yang I pun nak tahu. So, pada hari ini, mungkin anda dah belajar benda baru kan? Komenla, ape lagi!



Sumber: http://www.funtrivia.com/askft/Question56079.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Triskaidekaphobia

Tuesday, August 4, 2009

W I S H L I S T

salam. oke, today i nak share tentang 'my wishlist'. eh, taknak tau ke? ala, biarla i nak share. u all baca sahaja la. oke? jangan la klik pangkah di atas itu. not nice. baca sahaja walaupun rasa bosan hendak membaca kerana rasa bosan itu akan berubah kepada rasa bahagia apabila melihat gambar-gambar yang i sertakan bagi menarik minat u all semua hai panjangnya ayat well i memang suka buat ayat tanpa noktah as u all know me kan. fuh. sumpah penat mencipta ayat sebegitu. ok ok. kita akan mulakan dengan wishlist yang pertama.




oke, ingin memperkenalkan, 'Authentic Coach Carly Signature Patent'. first time tgk picture of this handbag, terus teruja. i nak. i nak. sambil membuat aksi melompat-lompat seperti kanak-kanak yang nak aiskrim. oh. teruja la. sebab rare. so, berminat sangat. ada sesiapa nak beri secara percuma? kecil tapak tangan, gunung everest i tadahkan. oke, next!


people, it's JIMMY CHOO HIGH HEELS! this is my second wishlist. memang ada la terasa kan nak pakai kasut Jimmy Choo. walaupun tahu, ianya macam susah je. tapi i tetap nak. i akan buktikan, one day, i akan kumpul juga duit untuk this high heels. my next wishlist.


okay, my third wishlist. IPHONE TOUCH! owh, sangat la berharap dapat memakai ini esok. eh, esok? mengapa gelojoh? sabar oke. hurm. mengapa suka iPhone ini? entah, memang sentiasa menghadap depan TV bila iklan ini keluar. suka la nak pakai iPhone. salah ke? siapa yang sudah memakai iPhone, sila jangan komen dan berlagak ye. i banned u nanti. hahaha. next.

dah ada high heels, nak flat shoes lagi? well, mestila kan. kalau nak bersiar-siar di park atau berjalan-jalan sehingga penat seperti window shopping itu, wajiblah mempunyai flat shoes. nak pakai heels jalan-jalan? sakitla kaki. eh, lupa pula. my forth wishlist, PURPLE FLAT SHOE! ada sesiapa nak belanja? silakan laaaaaaaaaaaaaa.


this is my favourite. STRAPLESS TRAFETTA LONG DRESS! eh, kan awk pakai tudung. mana boleh. siapa kata? kan ada inner. boleh la. believe me. gadis bertudung tetap boleh bergaya tanpa mendedahkan aurat. cantik kan? please say yes! hahaha..




okay, next. i nak sangat pergi Disneyland! kenapa? eh, suke la. haha. sebab i dari kecik kan memang teringin nak pergi Disneyland. tak kisah la Hong Kong or mana. asalkan i nak merasa pergi Disneyland! ada sesiapa nak bawa tak?


ha, yang ni, mestilah semua orang nak kan. MR NICE GUY! semoga Allah memberikan i seorang suami yang soleh, yang boleh merancang keluarga i dengan baik dan menjadi ketua keluarga yang beriman. AMIN.

and lastly, kalau i dah berdoa hendak seorang suami yang baik, i kenalah juga menjadi seorang muslimah yang baik. mungkin tak dapat memakai purdah ataupun berjubah sepanjang hari. namun, menjaga adab, menjaga malu suami, menjaga keluarga dan menjaga diri sendiri dari maksiat dan dosa, adalah contoh muslimah sejati kan. semoga WISHLIST ini menjadi realiti suatu hari nanti. one day, akan buka blog sendiri then baca WISHLIST ini. hehe. dah habis dah. komen komen komen. WAJIB!



p/s: oh ya, kepada sesiapa sahaja yang hendak menunaikan mana-mana wishlist i ini, beritahu ya. i terimaaaaaaaaaaa.. hahaha!

Friday, July 31, 2009

kawan dah KAHWIN. saye BILE?

salam. kalau sebut tentang perkahwinan, pastinya orang akan membayangkan perkara-perkara yang indah-indah belaka. yela, siapa taknak perkahwinan yang membahagiakan kan?
antara perkara-perkara yang selalu difikir kalau nak berkahwin, mestila;

  • nak pasangan yang soleh/solehah
  • nak sentiasa berbahagia
  • kekal ke akhir hayat
  • mahukan keredhaan dari Allah
  • RESTU mak dan ayah
  • dan macam-macam lagi

well, i pun adalah terbayang macam-macam kalau nak kahwin nanti. eh, nak kahwin dah ke? erk, belum la. lambat lagi kut. bayang calon pun belum ada. tolong carikan i sorang bole? hehe. kenapa tiba-tiba cerita pasal kawin ni? yela, minggu lepas kawan zaman sekolah dah kawin. so, macam excited lebih la sebab rasa nak kawin jugak. Hoi, jangan rasa nak kawin ye. banyak lagi nak fikir. sesekali berangan tak salah kan? Lalalalala..

kahwin bukan senang. banyak perkara nak kena fikir. kena sentiasa redha. Oops, dah tak boleh gatal lagi. BERDOSA. i gatal ke? takde la gatal sangat. cuma nakal kadang-kadang tu biasa la. kan? betul tak? betul! 10 markah. ceh, ape ingat ni kuiz ke? nak kuiz masukla pop kuiz. eh, macam penat la nak menaip. kita layan gambar je la eh.








so, ada sesiapa yang rasa nak kahwin? carikan i sorang ye. heh.
p/s: bile la time i ye. *thinking*+*dreaming*

Tuesday, July 28, 2009

say NO to chocolate!!!~

kenapa gurls suka chocolate? eh, salam. lupe pula nak memberi salam kepada pembaca-pembaca yang baik hati baca blog i tanpa rasa bosan tapi kadang-kadang ada gak bosan i tau u tak perlu tipu oh panjangnya ayat i ini tiada noktah. haha.

sebenarnya, tercetus idea ni sebab bace kat blog chika pasal girls suka chocolate. so, konon-konon macam i ni buat entry balas la. hehe. okay, for me, i tak suka chocolate. i memang tak makan chocolate. i taktau kenapa. memang tak suka. padahal, macam-macam jenis chocolate ada kat pasaran ni. kalau yang terlebih unik sampai takut nak makan pun ada. contohnya macam ni;


they are all CHOCOLATES!!~ nampak macam high heels real kan? well, bukan kerana bentuk macam ni yang i tak suka chocs. it is just an attitude. masa my mum pregnant kan i dulu, dia suka sangat makan chocolate. so, maybe i lahir, terus dah muak kot makan chocs. dah puas dalam perut dulu kot. agaknyalah kan. sebab i memang tak ada sebab yang munasabah tak suka chocs. hehe. not only chocs la. kek pun i tak berapa makan. especially, i repeat, ESPECIALLY secret recipe cake! Oh my God, memang la i tak akan sentuh. sebab memang i tak boleh makan la makanan macam gitu. sesiapa yang nak pikat i, (oh sungguh cliche guna perkataan pikat. hahaha) jangan bagi chocolate okay.

ada pernah one guy bagi i chocolate. ala, chocolate yang bisa bikin hati perempuan girl ladies gadis anak dara di luar sana terbeliak biji mata. chocolate macam ni;



i ambil la chocolate tu. orang dah bagi kan. tapi i bagi kat kawan-kawan i. i tak makan langsung. entahla. mungkin pelik. tapi itu adalah satu kenyataan. tanya la kawan-kawan yang rapat dengan i. mereka tau yang i memang not a chocolate freak. stop saying girl akan cair kalau bagi chocolate. not me! i tak akan tertipu dengan chocolate. hahaha.


SAY NO TO CHOCOLATE!!!



Thursday, July 23, 2009

s i l e n t . . .

salam. esok i akan ke JB. membawa hati yang luka. cewah. mana ada. ada majlis kahwin la. so, will be back on sunday. urm,mood sekarang fifty fifty. ada happy, ada tak happy. kalau asyik fikir yang tak happy, lama-lama yang happy pun hilang. so, kita enjoy! hah, dah iklan sunsilk puteri pulak. blah ar dari blog ni. eh, jangan la. oke, tak melalut dah.




S I L E N T . sometimes. tak semua masalah boleh diselesaikan dengan cara berbincang. kadang-kadang 'shut up' lebih better. agree? kalau berbincang leh selesaikan semua masalah, tak ada la berlaku peperangan. pada i kan, i jenis tak suka bincang. haha. sebab, i jenis yang nak menang. oke, i mean, i mesti nak tegakkan my point. and, i tak akan buat tuduhan melulu kalau tiada info. tapi i lebih prefer diam. sebab bila kita diam, orang akan bosan.

sebagai contoh, kalau ada orang keep on sms'ing or calling kita, tapi kita tak angkat, mesti dia bosan kan? that's me. i tak suka nak bercakap panjang-panjang. i prefer written. nak apa-apa, bukak blog i. sebab most of my lifetime, i akan story kat sini. i jenis suka bahasa kiasan. siapa yang tahu, dia faham la kan. hehe.

lain padang, lain belalang. lain orang, lain lah caranya. betul tak? it's me. just accept it. haha. so, siapa nak kahwin dengan i, sila la bertahan ye.

Monday, July 20, 2009

ALIF , JANGAN NAKAL!

salam.. mood dah kembali tenang. hah, rindu la kamu. kamu la. siapa? yang tengah baca ni la. rindu sangat dekat blog (oh, padahal setiap hari bukak. haha) today rasa malas nak bercerita apa-apa. cuma, i dah addicted to few songs.

  • jangan nakal - alif oiam
  • kembali pulang - kangen band (yang ada dalam blog ni sekarang. dengar lah)
  • superman - the lucky laki

so, today i nak share lirik ALIF - JANGAN NAKAL. i taip sendiri sambil dengar lagu. ada satu part i tak dapat. u all tolong carikan bole? please please please. okela, enjoy. (lagu pergi cari ye. hehe)

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terindah
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Bisa (yang ni i tak dapat.. tolonggg!!!)

c/o
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curang
oh oh
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang bawa yang kau pesan

Diriku Untukmu

Semua tahu kau milikkku
Semua tahu ku cintamu
Adapun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Bisa (yang ni je x dapat.. tolonggg!!!)

Ulang c/o

Bukan aku terlalu mengawasi kamu
Ku hanya terlalu terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Ulang c/o 3x

Diriku Untukmu
Diriku Untukmu

see, best kan lagu ni. so, apa lagi, mari menggodeh mencari lagu ini. eh, i dah ada la. hehe. tolong ye part lirik tu. tanks. okela, i nak pergi rumah makcik esah yang sebelah pasar tani sungai buloh mengambil beberapa barang yang sudah ditempah amboi cantik-cantik belaka lah jangan jeles. (apakah ayat begini? haha) daaaaaaaa...

Sunday, July 19, 2009

s o r r y . . . S O R R Y . . .

salam. entry kali ini ditujukan khas kepada dua orang rakan yang telah i sakiti hatinya. mungkin you all perasan a week ago ada one entry about loser. so, this is the special entry to two of them yang might terasa dengan my words and writing. i publish this entry sebagai tanda memohon maaf atas kelancangan bahasa yang telah menyakitkan hati kalian.

Dear friend,

Please accept my most sincere apology for my entry a week ago (deleted). I have thought long and hard about what happened and I realise how very upset/angry you must have been. I am really sorry for creating the situation which I know I should have handled better. I admit that I was in the wrong and can only say how sorry I am. I understand that it might be difficult for you to accept my apology but hope that this entry will help. I accept full responsibility for what happened...

I tahu yang entry itu mungkin menyakiti hati kalian berdua. maaf kan i. i tidak bermaksud hendak memburukkan keadaan. maybe i cuma mahu menegakkan my point of view but maybe my words a bit harsh or 'kasar'. sorry again.

kepada two of you, i doakan kalian berdua akan berbahagia ke akhir hayat. as a friend, i akan doakan yang terbaik for two of you. ayat ini adalah ikhlas dari hati. tiada sesiapa yang memaksa i untuk tulis entry sebegini.

regards,
-Adeqq-

p/s: kepada rakan-rakan yang berpersepsi negatif kepada mereka berdua, lupakanlah. ini adalah ketentuan Yang Maha ESA. siapalah kita sebagai hamba-Nya hendak mempertikaikan takdir-Nya. doakanlah yang terbaik untuk mereka.

p/s/s: Kahwin jangan lupa jemput!~

p/s/s/s: tiada kata-kata melalut dan merapik dalam entry ini kerana mood ketika menaip adalah luhur dan serius. oleh yang demikian, kepada yang ingin membaca entry merapik-rapik i seperti biasa, tunggu entry selepas ini! daaaaaaaaaa...