Followers
Monday, August 31, 2009
Apa Kata ANDA?
Friday, August 28, 2009
Jom Main Teng Teng!!~
ini adalah TENG TENG. main teng teng pon ada strategi tau.
ingat main counter strike je ada stategi? eleh.
oke, seterusnya, main KONDA KONDI! seronok! lagi-lagi kalau balik kampung. main dengan sedara, sepupu, dua pupu, kupu-kupu. merepek. kalau sesiapa yang tak tahu permainan ni, jangan segan-segan bertanya kepada Uncle Google ye. i tak mahir sangat nak cerita pasal permainan ni. sebab main je ikut orang masa kecik-kecik COMEL dahulu. heh, perasan ah!
comel comel. jom main konda kondi. siapa nak masuk kumpulan i?
Selain tu, i main congkak! ye, CONGKAK! siapa tak tahu congkak dia memang bukan anak Malaysia ah. main congkak ni memerlukan kreativiti juga. Matematik kena la pandai dapat A masa sekolah rendah darjah tiga pun cukup la. kena kira betul-betul guli tu nak masuk mana. lagi best kalau berhenti dekat lubang kosong depan tu ada lubang lawan kita yang penuh, peh, memang syok arr rembat guli dia. mesti terkesima lawan kita tu sampai rasa nak berlari-lari keliling padang sekolah. oke,merepek.
sekadar gambar hiasan. tiada kena mengena dengan penulis, keluarga penulis mahupun kupu-kupu penulis. jangan main dengan makcik-makcik. mereka hebat!
ha, masa zaman tadika dulu, i pernah main permainan yang sumpah COMEL. yela, semua pun nak comel kan. permainan ni ada lagu. macam ni.
Ola Oli, diberi nama
Saudara saudari
cikebum cikebum
malam malam hari
siang siang hari
disko disko ...
bla bla bla tak ingat
ha, siapa pernah main? meh jadi geng i meh. hehe. yela, budak-budak zaman sekarang terutama yang dekat bandar, tak pernah main dah permainan macam ni. ada yang umur 7 tahun mak dengan ayah dah ajar main bowling. hebat tu. walau macam mana pun, hiduplah permainan tradisional untuk blogger! eh, merepek lagi.
Tuesday, August 25, 2009
Juadah Berbuka!~
Laksa Johor ni, kalau orang yang first time makan, mungkin tak berapa berminat lah kot. but bet, siapa anak jati Johor, memang akan suka bangat dengan laksa Johor ni. heh, bulan puasa letak gamba makanan macam ni memang mengujakan lah.
oke, setelah laksa Johor tersebut LICIN, (ramai tau yang dapat merasa), dengan bangga dan excitednya, i nak masak untuk second Ramadhan. yela, bulan Ramadhan macam ni, apa salahnya berbuat pahala. berkongsi makanan dengan rakan-rakan dan jiran tetangga. seronok bila dapat bagi-bagi makanan kat kawan-kawan. jadinya, untuk hari kedua Ramadhan, i masak satu lagi makanan orang Johor yang dah popular di seluruh Malaysia. it is, SOTO!!
as for me, i suka MIHUN SOTO. tak pasti kenapa, tapi i memang sangat menggemari Mihun Soto. kalau bukan anak jati Johor, memang taktahu resipi sebenar soto ni. sebab yang dibawa ke merata Malaysia ni dah bukan resipi sebenar Johor. kadang-kadang ada kedai jual soto macam sup kosong je. NOT GOOD! sesiapa nak resipi, sila post link blog dalam comment. nanti i bagi. mama pula rasa nak minum air Kathira. so, dengan menggunakan bahan yang susah nak dapat di Selangor ni, (i bet orang Johor je kenal air kathira. kan?) mama buat jugak air kathira. SEDAP! Totin, jangan jeles!
AIR KATHIRA!! nyum nyum. oke, sangat sedap. oke, entry kali ini mungkin agak gedik sebab semua pon nak makanan Johor la ape la kan. well, bukan apa. kan dah beritahu dari awal. i just nak berkongsi dengan semua pembaca yang sweet sekalian. sesiapa nak cuba air kathira, sila la ke Johor. ehehe. Selamat Berbuka Puasa dan Berterawih!~
Wednesday, August 19, 2009
Kerana Aku Perempuan dan Kau LELAKI
Saudara,
Saya dah lama perasan saudara. saudara yang selalu lalu lalang depan kedai handphone tempat saya bekerja ni kan? mengapa saudara terhendap-hendap sahaja? masuk sahaja lah kalau mahu bertemu. tak susah bukan. mengapa harus malu-malu? yang seharusnya malu itu adalah kaum perempuan.
Saudara,
Di bank semalam, saya perasan saudara lagi. saudara tertoleh-toleh ke arah saya. mengapa saudara tidak tegur? saudara malu? atau saudara mahu saya menegur dahulu? mengapa saudara tidak mahu digelar 'gentleman'? untuk pengetahuan saudara, saya suka lelaki yang gentleman. yang tahu memikat dengan kata-kata. kalau saudara malu, saudara menulis lah kepada saya. seperti apa yang saya lakukan sekarang ini.
Saudara,
Saya berharap agar saudara membaca surat ini dengan perasaan bersalah kerana tidak menegur saya dahulu. sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Seorang Perempuan.
oke, sebenarnya, nak bagi sedikit tips kepada lelaki.
1. jadilah lelaki yang 'gentleman'.
2. jangan harapkan perempuan untuk tegur dahulu.
3. ketahuilah perempuan memang akan JUAL MAHAL pada awalnya.
4. perempuan memang PEMALU. sila faham sekarang!
5. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada berguna. Sekian.
Monday, August 17, 2009
Kenapa Banyak Tanya?
betul tak? contohnya, "Macam mana nak tengok hari esok?". oke, mungkin ada yang fikir jawab sahaja, "Tunggu je la esok" atau "Tidurlah, nanti jumpa hari esok". Tetapi, sebenarnya, minda kanak-kanak bekerja lebih dari orang dewasa. mereka akan mencari soalan lagi dan lagi dan lagi sehingga kita tidak boleh menjawab.
Jangan ambil mudah persoalan yang diajukan oleh kanak-kanak. oke, yang merepek itu abaikan lah. yang berupa pengetahuan am, persoalan yang ada jawapan tetapi tidak tahu bagaimana nak jawab, kita kena jawab dengan cara yang mereka fahami.
TETAPI!!!
Ada soalan yang kita memang tak dapat nak jawab. Sebagai contoh,
"Kenapa bas sekolah warna kuning? Kenapa tak buat warna merah ke, putih ke, hijau ke."
Siapa boleh jawab, sila beri jawapan sekarang!!!
Wednesday, August 12, 2009
Bulan Puasa oh Bulan Puasa
bercerita tentang Ramadhan yang bakal menjelang, ada satu kisah nak kongsi dengan semua. masa Ramadhan zaman Tingkatan 4 dulu, balik je dari sekolah, macam biasalah, salin baju, mandi, solat. ceh, konon bersemangat nak memasak untuk juadah berbuka. mulalah mengopek bawang, siapkan apa-apa yang patut. keluarkan ayam dari peti ais. padahal waktu tu baru pukul 3.30 petang. tak mengapa, semangat sebegini yang kita perlukan. dalam hati dah bangga la nak memasak depan mak dan ayah. rasa nak melaung, 'anak dara ni dah rajin masak! boleh kahwin!' oke, tipu. ayat boleh kahwin tu memang tak boleh blah.
siap je semua bahan-bahan, dah blender semua, dengar ayah balik. ayah panggil mama turun. dan ayat ayah selepas itu amat mengecewakan.
"Siap-siap. Kita berbuka kat rumah abang harini. dia jemput. tak payah masak apa-apalah hari ni ye." (abang itu panggilan untuk abang sulung i)
Sila bayangkan bagaimana perasaan anak dara yang semangat nak masak ni?? huh, simpan balik ayam dalam peti ais dengan rasa kecewa. oke, bye.
Sunday, August 9, 2009
H1N1 - moga dijauhkan!!
oke, kembali kepada entry. first sekali maafla kerana agak lama tidak updet. (4 hari itu dikira lama kan?) agak bz la menjadi MC. bercakap tentang MC, semalam i jadi MC untuk program Jelajah Ilmuwan anjuran Kerajaan Negeri Selangor. oke, i have fun! seronok la dapat menjadi MC di hadapan YB kan. oke, that's not about it. what i want to share is about H1N1. Semua orang dah pasti tahu tentang H1N1 ini kan? semalam, semua orang di WAJIBkan memakai mask. oke, i tipu. i tak pakai pun. sebab i kan jadi MC. kalau pakai mask, nak cakap macam mana. kan? hahaha.
info terbaru tentang H1N1 ni, 28 angka kematian telah dicatatkan. what?? 28? TAKUTNYA!!! persoalannya, kenapa kes semakin meningkat? kan yang terbabit dikuarantin? oke, cuba kita fikir. seorang lelaki yang bergelar ayah telah dikuarantin di rumah. lelaki tu ada anak perempuan. anak dia sekolah lagi. dia pergi ke sekolah seperti biasa. kan ayah dia dikuarantin. kenapa anak dia pergi sekolah? kenapa anak dia masih dibiarkan bermain-main layang-layang oh seronoknya bersama kawan dia yang lain? kalau ayah dia dikuarantin, anak dia pun duduk je la di rumah. ishhHHHhhhhHHhhhhHHhhhh (oke, ini tanda tidak puas hati).
oke, sangat banyak negara yang dah dijangkiti H1N1 ni. siapa tak takut, dia memang tidak normal. siapa yang kata, "kita berserah je lah" pun dia tiada perasaan. memang la ketentuan Allah. tapi, Allah WAJIBkan hamba-Nya berusaha tahu? marila berusaha mencari penawar. memang bukan mudah. sebab itu dinamakan BERUSAHA. kalau tak payah berusaha itu senang. oke, ape i merepek pun dah taktau. yang i tau, virus H1N1 ni terlalu mudah merebak.
see, virus KOTOR ni la puncanya. oleh yang demikian, mari kita sama-sama berdoa agar dihindari dari penyakit yang setiap hari meragut nyawa ni.
p/: SILA PAKAI MASK KALAU GI DATING SEKALIPUN. hahahaha
Thursday, August 6, 2009
apa ada dengan no 13?
I mulakan misi dengan 'google' tentang no. 13 ni. apa yang i dapat ialah, orang yang fobia dengan no.13 dikenali sebagai Triskaidekaphobia iaitu Bahasa Greek dimana Tris ialah no.3, Kai ialah dan and Deka ialah no.10. semuanya bermula dari Babylon (siapa yang tak tahu tak lulus Sejarah aiyoo tak tahu) Memula ingatkan ianya kerana kejadian HITAM 13 Mei tapi baru tahu yang no.13 ditakuti di SELURUH DUNIA.
Tak percaya? Buktinya, sebanyak 80% bangunan tinggi di seluruh dunia tiada tingkat 13. maksudnya, dari tingkat 12 terus ke tingkat 14. tingkat 13 itu samada tidak digunakan, atau dijadikan sebagai tingkat 14. kalau masuk lif, tiada no 13. tak percaya juga? lihat gambar dibawah.
selain tu, kebanyakan Airport tiada Gate no.13. kalau tak percaya, pergi la check. hahaha. tapi KLIA maybe ade la. sebab Malaysia kan tak percaya tahyul kan. kan. kan. kalau pergi bercuti ke London, Rome, atau mana-mana tempat di luar negara, kebanyakan hotel mereka tiada tingkat 13. even bangsal pun, diorang tak letak no.13. mereka namakan sebagai 12A.
di Malaysia pula, ada sejarah tersendiri tentang no.13 kan. i tahu semua orang tahu. so, i taknak la mulakan kelas Sejarah di sini. ni kan blog yang comel. mane bole buka kelas Sejarah. ahahaha. eh, ada lagi info. Kebanyakan jalan dan lorong di Itali tiada Jalan 13. Rumah pula tiada rumah no.13. Selepas rumah no. 12, adalah rumah no. 12 1/2 kemudian baru rumah no.14. Unik juga kan?
Mereka juga percaya, sesiapa yang mempunyai 13 perkataan pada nama mereka (contoh nama Charles Manson), mereka akan ada nasib yang buruk. Ha, mesti u all tengah kira nama sendiri kan? Hahaha. Ini mungkin tahyul pada sesetengah orang, but for those yang percaya, percayalah. I cuma berkongsi sedikit ilmu yang I pun nak tahu. So, pada hari ini, mungkin anda dah belajar benda baru kan? Komenla, ape lagi!
Sumber: http://www.funtrivia.com/askft/Question56079.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Triskaidekaphobia
Tuesday, August 4, 2009
W I S H L I S T
oke, ingin memperkenalkan, 'Authentic Coach Carly Signature Patent'. first time tgk picture of this handbag, terus teruja. i nak. i nak. sambil membuat aksi melompat-lompat seperti kanak-kanak yang nak aiskrim. oh. teruja la. sebab rare. so, berminat sangat. ada sesiapa nak beri secara percuma? kecil tapak tangan, gunung everest i tadahkan. oke, next!
people, it's JIMMY CHOO HIGH HEELS! this is my second wishlist. memang ada la terasa kan nak pakai kasut Jimmy Choo. walaupun tahu, ianya macam susah je. tapi i tetap nak. i akan buktikan, one day, i akan kumpul juga duit untuk this high heels. my next wishlist.
dah ada high heels, nak flat shoes lagi? well, mestila kan. kalau nak bersiar-siar di park atau berjalan-jalan sehingga penat seperti window shopping itu, wajiblah mempunyai flat shoes. nak pakai heels jalan-jalan? sakitla kaki. eh, lupa pula. my forth wishlist, PURPLE FLAT SHOE! ada sesiapa nak belanja? silakan laaaaaaaaaaaaaa.
this is my favourite. STRAPLESS TRAFETTA LONG DRESS! eh, kan awk pakai tudung. mana boleh. siapa kata? kan ada inner. boleh la. believe me. gadis bertudung tetap boleh bergaya tanpa mendedahkan aurat. cantik kan? please say yes! hahaha..
okay, next. i nak sangat pergi Disneyland! kenapa? eh, suke la. haha. sebab i dari kecik kan memang teringin nak pergi Disneyland. tak kisah la Hong Kong or mana. asalkan i nak merasa pergi Disneyland! ada sesiapa nak bawa tak?
ha, yang ni, mestilah semua orang nak kan. MR NICE GUY! semoga Allah memberikan i seorang suami yang soleh, yang boleh merancang keluarga i dengan baik dan menjadi ketua keluarga yang beriman. AMIN.
p/s: oh ya, kepada sesiapa sahaja yang hendak menunaikan mana-mana wishlist i ini, beritahu ya. i terimaaaaaaaaaaa.. hahaha!