bercerita tentang Ramadhan yang bakal menjelang, ada satu kisah nak kongsi dengan semua. masa Ramadhan zaman Tingkatan 4 dulu, balik je dari sekolah, macam biasalah, salin baju, mandi, solat. ceh, konon bersemangat nak memasak untuk juadah berbuka. mulalah mengopek bawang, siapkan apa-apa yang patut. keluarkan ayam dari peti ais. padahal waktu tu baru pukul 3.30 petang. tak mengapa, semangat sebegini yang kita perlukan. dalam hati dah bangga la nak memasak depan mak dan ayah. rasa nak melaung, 'anak dara ni dah rajin masak! boleh kahwin!' oke, tipu. ayat boleh kahwin tu memang tak boleh blah.
siap je semua bahan-bahan, dah blender semua, dengar ayah balik. ayah panggil mama turun. dan ayat ayah selepas itu amat mengecewakan.
"Siap-siap. Kita berbuka kat rumah abang harini. dia jemput. tak payah masak apa-apalah hari ni ye." (abang itu panggilan untuk abang sulung i)
Sila bayangkan bagaimana perasaan anak dara yang semangat nak masak ni?? huh, simpan balik ayam dalam peti ais dengan rasa kecewa. oke, bye.
2 comments:
adeh. ko gi la smbug msk kt rmh abg ko tu plak. bwk bhn2 yg ko dh sdia tu dgn ayam tu skali.
ermmmm mcm mana ek nak bayangkan perasaan anak dara ek....:P
Post a Comment