Followers

Friday, August 28, 2009

Jom Main Teng Teng!!~

salam Ramadhan. pernah tak dengar tentang permainan teng teng? tak pernah? kesiannya. oke, TENG TENG ialah sejenis permainan tradisional yang menggunakan kaki untuk melompat-lompat dari satu kotak ke satu kotak dan kadangkala memerlukan kaki yang panjang jika terpaksa melompat jauh. fuh. panjang betul ayat. skema lak tu. ahaha. sila faham sekarang apa itu teng teng. dulu kan, mase budak-budak la kan, i pon main teng teng. seronok! baling batu macam pro lepas tu lompat-lompat la. lukis pakai kapur atas simen depan rumah, lepas main kena basuh nanti mak bising aiyoo taktau.


ini adalah TENG TENG. main teng teng pon ada strategi tau.
ingat main counter strike je ada stategi? eleh.

oke, seterusnya, main KONDA KONDI! seronok! lagi-lagi kalau balik kampung. main dengan sedara, sepupu, dua pupu, kupu-kupu. merepek. kalau sesiapa yang tak tahu permainan ni, jangan segan-segan bertanya kepada Uncle Google ye. i tak mahir sangat nak cerita pasal permainan ni. sebab main je ikut orang masa kecik-kecik COMEL dahulu. heh, perasan ah!

comel comel. jom main konda kondi. siapa nak masuk kumpulan i?

Selain tu, i main congkak! ye, CONGKAK! siapa tak tahu congkak dia memang bukan anak Malaysia ah. main congkak ni memerlukan kreativiti juga. Matematik kena la pandai dapat A masa sekolah rendah darjah tiga pun cukup la. kena kira betul-betul guli tu nak masuk mana. lagi best kalau berhenti dekat lubang kosong depan tu ada lubang lawan kita yang penuh, peh, memang syok arr rembat guli dia. mesti terkesima lawan kita tu sampai rasa nak berlari-lari keliling padang sekolah. oke,merepek.




sekadar gambar hiasan. tiada kena mengena dengan penulis, keluarga penulis mahupun kupu-kupu penulis. jangan main dengan makcik-makcik. mereka hebat!

ha, masa zaman tadika dulu, i pernah main permainan yang sumpah COMEL. yela, semua pun nak comel kan. permainan ni ada lagu. macam ni.

Ola Oli, diberi nama
Saudara saudari
cikebum cikebum
malam malam hari
siang siang hari
disko disko ...
bla bla bla tak ingat

ha, siapa pernah main? meh jadi geng i meh. hehe. yela, budak-budak zaman sekarang terutama yang dekat bandar, tak pernah main dah permainan macam ni. ada yang umur 7 tahun mak dengan ayah dah ajar main bowling. hebat tu. walau macam mana pun, hiduplah permainan tradisional untuk blogger! eh, merepek lagi.



ni la permainan budak-budak zaman sekarang. tak best tak best. tak berkembang langsung minda. baik main congkak. ada matematik. baik main teng teng. badan sihat.
akhir kata, HIDUP TENG TENG!!~

9 comments:

hakiminwizan said...

rindu nak kembali ke zaman kanak-kanak..
boleh maen teng-teng..konda kondi..galah panjang @ galah adang..
dan paling best maen bola chop..huhuhuhu..

Firol said...

budak zaman sekrg lemah math kenapa?
beza dgn zaman kite..main tepuk daun terup, tutup botol ,batu seremban..semua pakai otak mengira..


budak sekrg main..komputer kirekan tengok2 dah ada score

Natsu said...

err.. maen sabung ayam x trmasuk skali ke?

Meooo Comicore Club said...

teng2... huhuhuhu

faiq said...

maen la tuju selipa..
bole teget kepale kwn.haha

Adeqq said...

hakiminwizan - hehe. bola chop maen gak,to jarang. yeah, galah panjang!!!

Firol - tuhla pasal. bebudak skang ni memang lemah sgt math nye. myspace je terer.

Adeqq said...

Natsu - tak. sbb sabung ayam org tua yang main. hehe..

meo188 - hehehe

Adeqq said...

Faiq - mak tak bagi. bahaya. ahaha

:: hayati :: said...

ni sambungn lagu ola oli:

putih putih melati ali baba

merah merah jelita miow miow

siapa yg baik hati cinderella

tentu di syg mama(ni agk jerr. da lupe..maklum da tua..hehe)