Followers

Wednesday, August 19, 2009

Kerana Aku Perempuan dan Kau LELAKI

salam. wah, tajuk entry nak best je. biasalah, kalau dah gadis comel menaip tajuk mestilah nak best sahaja seperti coklat Daim rasa best nya. baiklah. berbalik kepada tajuk entry yang semacam menarik itu (perasan), bacalah surat cinta di bawah dari seorang perempuan kepada seorang lelaki.

Saudara,

Saya dah lama perasan saudara. saudara yang selalu lalu lalang depan kedai handphone tempat saya bekerja ni kan? mengapa saudara terhendap-hendap sahaja? masuk sahaja lah kalau mahu bertemu. tak susah bukan. mengapa harus malu-malu? yang seharusnya malu itu adalah kaum perempuan.

Saudara,

Di bank semalam, saya perasan saudara lagi. saudara tertoleh-toleh ke arah saya. mengapa saudara tidak tegur? saudara malu? atau saudara mahu saya menegur dahulu? mengapa saudara tidak mahu digelar 'gentleman'? untuk pengetahuan saudara, saya suka lelaki yang gentleman. yang tahu memikat dengan kata-kata. kalau saudara malu, saudara menulis lah kepada saya. seperti apa yang saya lakukan sekarang ini.

Saudara,

Saya berharap agar saudara membaca surat ini dengan perasaan bersalah kerana tidak menegur saya dahulu. sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Seorang Perempuan.


oke, sebenarnya, nak bagi sedikit tips kepada lelaki.
1. jadilah lelaki yang 'gentleman'.
2. jangan harapkan perempuan untuk tegur dahulu.
3. ketahuilah perempuan memang akan JUAL MAHAL pada awalnya.
4. perempuan memang PEMALU. sila faham sekarang!
5. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada berguna. Sekian.

8 comments:

Esapada no 34 said...

hai.....(aku tegur ni)

Natsu said...

baek la. tggu saye rply surat ni nnt.

farah aminuddin said...

thats so true!

hehe

Adeqq said...

Esapada No 34 - Hai kembali.. hehe

Natsu - cepat2. tunggu nih.

Farah - yeah its true!

Mr.Chenta said...

salam
awak buat apa kat bank tu
sori la tak tegur
bukan malu
tapi takut awak malu...
sbb....

pipi awak ada kesan kotor
ke
mmg mekap awak mcm tu =D

Adeqq said...

oke mr. chenta.
pasni i x pakai mekap dah.

ahaha.

LaDy_ZeRa said...

btol3, lelaki haruslah gentlemen and perempuan mmg lazim dengan sikap pemalu.

so lelaki la kne buat first move!

Adeqq said...

Lady_Zera - ahaha. well, i agree wit u!~